funtasticko design

http://funtasticko.net

Kejayaan berganda Proton!!!

104 Komen

Sebenarnya saya baru je sampai ke rumah ni. Balik ke kampung kejap, keluarga buat korban kat sana. Berita yang memang menggembirakan & membanggakan peminat Proton khasnya serta rakyat Malaysia amnya. Proton telah mencapai kejayaan yang berganda dalam Rali APRC sebagai juara pengeluar keseluruhan selain pemandunya mendapat juara & ketiga keseluruhan. Tak silap Proton sapu bersih 8 gelaran menurut info bro Fridzmax. Tambah membanggakan Proton Exora REEV berjaya memenangi  Best Overall Extender Range/Plug-in Hybrid Vehicle & The Most Energy Efficient Multi-Purpose Car-Prototype dalam cabaran RAC Future Car Challenge menurut info bro MoFaz. Persona REEV memang tak bernasib baik kali ni, ada sedikit masalah teknikal, kalau tak memang tambah lg 1 gelaran lagi, hehehe…Kalau ada info yang saya terlepas tu tolong la tambah kat ruangan komen ye..

Info update dari Motor Trader :-

Gelaran/kejuaraan yan dimenangi Proton di APRC, catat sejarah sebagai pengeluar pertama menyapu bersih 8 gelaran :

Overall FIA APRC driver’s title, APRC manufacturer’s title; APRC Teams Trophy; FIA Asia Cup Driver’s title; FIA Pacific Cup Driver’s title; Manufacturer’s title in the APRC Rally Cup for 2-wheel drive category; APRC Rally Cup 2-wheel drive Driver’s title; and APRC Junior Cup Driver’s title.

Tahniah kepada Proton!!!

* Penat tak abis lagi ni, tapi sempat la update blog jap, hehehe..🙂

104 thoughts on “Kejayaan berganda Proton!!!

  1. Laporan penuh kejayaan Exora REEV dan kenapa Persona REEV tak menang dah ada kat Paul Tan. Senarai 8 gelaran APRC yg Proton sapu bersih, pertama kali dlm sejarah APRC, ada kat Motor Trader.

  2. Persona REEV kongsi kedudukan dengan Toyota Prius utk anugerah apa saya x jelas kt brita TV3 tadi.. dgr2 mcm tu je… tapi pelik lak Persona REEV boleh ada, kata nak hentikan pengeluaran tahun depan tu utk versi engine standard je ke?
    personally saya suka persona, nampak tegap dan seksi dengan punggung besar kt blakang walaupun sedikit menganggu pendangan arah blakang.. harap sangat model persona elegance di naik taraf mcm Saga BLM ke saga FLX tu.. walau model lama tapi sales dia mcm ok lagi

    • Mmm… sebab tu DDSZ bagitau P321A bukan pengganti Persona:) mgkin kot nanti pengganti sebenar pesona akan guna platform P321A:)

      Exora REEV menang n lebih baik daripada Prius Hybrid Plug-in.
      Syabas n tahniah. Chaiyok, chaiyok!

      cheers!

    • rasa, yg akan keluar sekali ngan P321A adalah versi P321A REEV sekali kot.. hihihihi…. harap2 betullah..🙂

  3. 8 APRC Titles..

    Tak tahu nak letak Evo X kat mana. Semua Proton dah ambil. hahaha. DSSZ siap ulas, Neo yang juara 2WD tu, sama je yg ada kat kedai. Ahaks..

  4. proton makin mantappp

  5. Kini ku menawan dunia
    Telah ku gagahi pawana
    Menung dan khayalku bukan lagi sekadar fantasi

    Kini ku dipandang dunia
    Telahku langkahi hampa dan lara
    Dan ternyata kan ku
    Menjangkau sejauh jua

  6. tahniah proton..

  7. terbaik,mantap n membanggakan….syabas PROTON..Sy bangga

  8. butthurt to all basher……………wahahaha

    gelak guling2 utk diorg….

  9. alhamdulillah…terbaeekk..proton..utk rally taun depan neo x berhasrat nak letak supercharger atau turbo ke.rasenye dah sampai masa proton update neo tu kalau nak kehadapan dan lebih jauh..skang kita aim skoda dgn pugeot lak…

  10. Harap dapat lebih banyak penaja untuk musim depan supaya dapat masuk semua pusingan dalam IRC, team proton x cukup budget utk buat 2 rally serentak, ada beberapa tarikh IRC rally dgn APRC rally yang clash

  11. Betul ke Neo tu sama dengan kat kedai punya? macam tipu jee… kalau betul buat apa beli Evo … Neo bleh belasah semua..

    • Dsz x ckp sama mcm kat kedai. Dia ckp sama mcm kat showroom. Neo R3 pun penah berada kat showroom.

    • Neo 2wd yg sama macam jual kt kedai.. bukan Neo S2000..

    • Neo 2WD tu memang standard bro. Cusco ambil cuma tukar suspension, gearbox dan beberapa features lain (tu pun sebab FIA requirement).

      Enjin Campro tu Cusco tak usik pun. Hanya 130hp (Neo R3 pun 145hp) rasanya Proton ada ECU special utk Neo ni. Perlu juga diberitahu FIA tidak membenarkan valve lift dan vvt digunakan dalam rally. Jadi, Neo ini pastinya tiada CPS.

      Sesiapa yg berkesempatan melihat aksi Neo 2WD ni di youtube/live depan mata, kereta ni tak laju mana pun. Cuma bila Karamjit drive, beliau akan memanfaatkan setiap inci selekoh dalam litar, seterusnya anda akan lihat beliau mencantas Evo dan Imprezza. Ini saya panggil Man and Machine bergabung.

  12. tulah…neo kalau standart mendet mmg xleh nak fight evo..tapi bile kene gaya modi dgn setting,…mgkin lps aprc 2011 dgn CJRC rally kat nihon ni,org jpn da mule usha-usha proton x pun bg setting gile-gile kat kete dia orang.so proton jgnla pulak selesa dgn kedudukan skng.kene bg power lg neo tu utk taun dpn..

  13. yang rugi nya, proton tak ambik kemenangan ni nak promote Neo… Tau la Neo tu dah lama, patutnya masa macam ni la nak promote Neo tu..

    • boleh guna utk promote neo kat china & jepun.. kat malaysia rasanya dah tak perlu nak buat lebih sebab neo thn depan dh EOL.. baik stresskan kat p3-22a (hatchback) lepas ni..

      • kekurang buat arr billboard congrate APRC ngan RAC nih. letak kat federal ker…kasik yang tak beraper nampak tuh perasan..

      • betul tu bro, buat iklan kat surat khabar sekali…promo kat ruangan sukan berita pun ok

  14. Facebook Proton Cars UK Ltd dah ada gambar dan video tentang penglibatan Proton dlm Future Car Challenge 2011.

  15. Tapi bila baca komentar dalam blog sebelah sana, masih ada yg bash kemenangan Proton. Antara intipati statement mereka:

    1) “APRC BOLE LA HUHUHU!!! and with renault engine”
    2) “ape kelas aprc. kalau nak betul2 kena tibai masuk gelanggang sebenar wrc la”
    3) “alistair mcrae suku sakat colin mcrae”

    Kecewa. Bila kalah dihamburkan kutukan dan ejekan. Dah menang kena kutuk dan perli pula. Harap mereka ni dah jadi golongan minoriti. Kalau masih ada orang begini, sampai bila pun kita tak maju..

    • nnti bila proton dh menang wrc lak diorg senyap je tk pulak kata tahniah hehe apa pun tahniah buat proton, susah nak menang , lagi susah untuk mempertahankannya huhu

      • Dia suruh menang kat F1 la pulak nanti, confirm punya tu.. blog PT tu international blog.. ramai Indon masuk saya rasa.. maklum lah, diaorg pernah jgk buat kereta dulu x jadi.. bila malaysia berjaya mana senang duduk Indon nih..

    • diaorg bengang sbb pakai toyota, honda, nissan, mitsubishi, mazda…tp x de mng ape2 lgsung…kaki kutuk proton alih2 kwn2 yg pakai jenama tempatan plak sapu bersih…

  16. btl kata bro fridzmax, org malaysia(bukan semua) mmg pemikiran cam2,kalu msia punya team ke,brg ke,sume kutuk. Klu toyota@honda@mitsu mng aprc,mesti ckp ‘tgk,prtn cap ayam,cube tgk kete jepun,power’,tp bila prtn menang,apala sgt aprc, dpt driver best bleh lah n mcm2 lg.
    Dh tu kete2 n driver2 len dlm aprc tuh cap ayam ke? Mereka sume otai2,tp dlm racing,bukan faktor driver jer,faktor kete main peranan gak,dua2 penting.
    Klu vettel bwk kete team lotus,blum tentu team lotus jd juara dunia. Begitu jugak sebaliknya.
    Duk sebut enjin renault, dah yg evo tuh,xnak sebut ke enjin hyundai kia jugak,bukan mitsu buat sorg,gitu jugak pug. Check balik gearbox,buat sendiri ke yg dlm rally nih?
    Org dunia hanya tgk team aper,kete aper yg menang, sebab tuh f1 vettel menang team redbull,xda plak org nk tanya apsal xpkai enjin redbull buat sendiri.
    Itulah hakikat org malaysia, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata xnampak.(maaf walupun peribahasa agak kurg tepat)
    yg nak sampaikan,klu kita punya kejayaan,mcm2 komen negatif sampaikan lee chong wei pun kena. Ingat senangke nak main sume super series n masuk final sume super series walupun sbahagiannya lin dan xda?
    Penat tau,klu lin dan,dia pilih,so byk masa nak rest. Ni main sume,bleh injured tau. Klu yg ckp senang tuh mesti xpenah main badminton.
    Ckp mmg senang,tp nk buat susah. Prtn nak menang bukan senang,sama gak dlm future car challenge tuh,byk manufacturer otai2. Klu xkerana masalah data pada persona reev, prius xmerasalah anugerah,lgpun bukan slh prtn,msalah komputer onboard penganjur yg problem. Klu exora yg sampai last skali dlm team prtn bleh mng,inikan plak persona yg sampai jauh lebih awal n lg sekejap generator wankel on utk charge bateri.
    Ada plak yg ckp prtn pkai backdoorlah,rasuah penganjurlah. Aper ni, sapa prtn sampai bleh pkai backdoor n rasuah penganjur. Mcm kes tahun lepas,klu semudah itu,saga ev dah menang,tp krn isu kontroversi,saga klh ngan vw.
    Apa2,mentaliti org msia masih ditahap dunia ketiga. Bilalah negara aku ni nak maju klu rakyat masih camni,aduyai

    • Maybe some of them is have nightmare with proton quality. May be some of them is full with political hatred. Asal proton jek relate ngan corrupted crony. Yg plghampeh sekali they thought the Malay is the proton which is robbing their cheap car price in malaysia. Rasis. come arr people. Hard earn technology improvement is nothing to do with that. Bash when them wrong. Congrate when they do right.

  17. ada jugak yg kata evo n imprezza yg masuk tune street jer aka standard, apelah bangang ngat, klu kete evo standard masuk rally,dah lama terbako enjin dia coz turbo yg dia buat bkn utk endurance mcm rally. Org mcm nih pun ada ke.
    Lainla klu yg group n yg enjin standard n/a. Ingat kete turbo on the road tuh leh withstand race ker? Drag race blehlah,endurance race mana bleh,sbb tuh vw yg terkenal dgn dir inject tubo pun modified klu nak masuk rally,mana bleh pakai spek standard. Itu klemahan enjin turbo. Klu n/a lain cite.

    • biasala tu rakyat mesia..ramai yg boleh bawak kereta tapi berapa mahir,ramai yang boleh bwk kereta ke motor laju-laju sampai abis meter tapi sebenarnya masih belum cekap…nak tau betul ke x betul tengok statistik kemalangan jalan raya berapa ramai yang mati..dan kebanyakkan yang mati sbb bwk laju.klau race berada di position last ataupun x menepati masa yang ditetapkan..so samela mcm orang pandai drive kete tapi x tau tentang teknikal dan keupayaan kete…dalam mindset asalkan brand hebat kete bagus,laju dan jimat minyak enjin tahan,nampak comel adalah kereta tu kereta yang bagus….kebanyakkan pendriver-pendriver ni mcm ni kalau tanye pasal teknikal mungkin kurang arif tentang kete diaorang….apela yang aku merepek ni…dah ngantuk kot
      .hahahaha..

      • mcm mana nak mahir, tgk skolah memandu sudah la… zaman saya buat lesen kecoh dgn isu lesen terbang… yg hadir bwk duit kopi x payah cite la.. confirm lepas.. cikgu dgn skolah plak jenis sayang kereta.. langar tiang confirm meraung la cikgu.. bukan sebab stress bdk x paham2.. stress sebab kereta telangar tiang… masa buat lesen motor pulak boleh cikgu asingkan mana yg dah pandai dgn x pandai bwk moto, lps tu membebel marah2 kt bdk2 yg x pandai bwk moto lagi nih.. pesan dia, dah tau nk amik lesen blajar la dulu bwk moto tu.. padahal sekolah la tempat kita blajar memandu… semua nk buat keje senang je…

    • kasi pancung jer research tuh, nyampas baca komen dia, mengaruttt…

    • Haha, memang ada yg cakap Evo dan Imprezza tu tuned daripada street version. Dia ingat FIA bagi masuk ke kalau simply ambil kereta daripada showroom, adjust kiri kanan, terus boleh masuk rally?

      Pada saya, lantak pi laa diorang nih. Dunia mereka hanya evo dan imprezza je. Mereka ni bukan tahu pun DS3, Fiesta, Skoda dan Peugeot. Fiesta kalau kenal pun sbb Ken Block (yg tak reti bawak tu). Karamjit tu 10x lagi bagus drpd Ken Block.

      Bila cerita pasal Karamjit, diorang tahu tak dia cuma drive Neo 1.6? Evo pun terkucil blkg Neo 1.6 ni..Kereta bagus mana pun, kalau driver tak bagus, luck tak bagus, mana nak menang.

      Alonso drive Ferrari – berapa kali Ferrari menang F1? Loeb drive Citroen, Citroen menang. Kimi Raikonen drive Citroen pernah menang?

      Saya kurang setuju kalau kata Neo S2000 ni lebih berkuasa daripada Evo. Apa yg penting disini bukan kuasa. Tapi kita boleh kata RAMUAN yang ada pada Neo S2000 dan Neo1.6 ni tepat utk menjulang Proton menjuarai APRC. Ni tak habis2 kata Evo standard laa..driver tak power laa..

      • Akhirnya, setelah 3 hari internet rumah down, baru boleh komen.

        Sebab tu saya pun mals nak komen kat sana. Bro frajin ker kome kat sana. Kadang kala benda nonsenses sangat yg mereka kata. Lebih baik bersembang kat sini.

        Bab neo r2000 tu, bukan ker satria neo lagi kecil, ringat dan banyak HP. Tapi betul jugak, Kalau Great Car + inexperience drive(dumb) = Fail. hahaha tengok failblog pun dah tahu.

      • diorang tak paham apa apa….
        memang la Evo X tu guna yang street version, tapi kalau ikut HP, Evo X lebih power dari Neo S2000. Evo 290+hp vs Neo 280hp. Evo X siap turbocharged lagi tu!… enjin NeoS2000 tu pulak guna engine renault yang dulu pakai kat Waja 1.8 jeeeee, diorang kasi modified jadi 2.0. tengok.. enjin yang umor dah sedekad pon boleh menang lawan Evo X. terbukti chasis Neo memang power. tapi derang tu jenis tak mampu menerima hakikat.. kebenaran memang kadangkala pahit untuk ditelan… haha

      • yg bash proton tu pun dh mmg bangang bro…enjin evo standard tu diaorg ingat cam enjin 1.5 keta lg power,lg best,lg mhl tu ke? driver x power?eh? driver yg bwk evo dlm aprc tu diaorg kutip kt mna bro? bkn driver world class? atau basher tu yg bwk? patut la kecewa je bila neo yg mng,bkn evo…japan wannabe bro…klu bleh spender pun cari jenama japan.

    • aku suka la kaler proton Exorea REEV ni..hijau dia cun le… nanti bile launch Exora CFE, buat la kaler ni… kalau Exora prime ok gak..

  18. biasala basher2 tuh..mcm F1 michael shcumaher yg juara dunia pn kalah dgn young driver…guna driver juara WRC pn xbole menang dlm rally gk if kete tak power…kereta proton power laa bole menang dlm race tuh…

  19. off topic jap,br tgk kat youtube,mamat test cvt flx dia, 0-100kmh dlm 13++ scnd(kira ikut video time,tp yg menarik,rev dlm sekitar 4krpm jek,xrev kau2 lg dan dlm D mode),pastu top speed 185kmh(pun dlm D mode), yg menarik, speed increase gradually,tanpa hesitation, sama gak satu lg video, dlm pantang,test dr 60kmh(xsilap mata sayalah) sampai 165kmh, mmg power 1.3 iafm plus nih,yg nih,manual.
    Prtn begitu humble sekarang meletakkan sprint time n top speed kete prtn,xmcm zaman tm yg ambitious.
    Itu br 1.3 iafmplus pada saga yg sama berat ngan vios dugong,klu 1.6 iafm plus plak,lg power. Kita tggu cps plus cvt plak camne kat exo fl.

  20. off topic jap,br tgk kat youtube,mamat test cvt flx dia, 0-100kmh dlm 13++ scnd(kira ikut video time,tp yg menarik,rev dlm sekitar 4krpm jek,xrev kau2 lg dan dlm D mode),pastu top speed 185kmh(pun dlm D mode), yg menarik, speed increase gradually,tanpa hesitation, sama gak satu lg video, dlm pantang,test dr 60kmh(xsilap mata sayalah) sampai 165kmh, mmg power 1.3 iafm plus nih,yg nih,manual.
    Prtn begitu humble sekarang meletakkan sprint time n top speed kete prtn,xmcm zaman tm yg ambitious.
    Itu br 1.3 iafmplus pada saga yg sama berat ngan vios dugong,klu 1.6 iafm plus plak,lg power. Kita tggu cps plus cvt plak camne kat exo fl..

    • mmg flx boleh capai 60 km/j cepat mcm kereta cvt lain. Cume saga flx adalah kereta bawah 50k yg ada cvt dan below 1.3cc. Yg lain kalau ada cvt/seangkatan harga kompom mahal lagi.

  21. Off topik:

    Berkenaan dengan INspira, R3 nh dibuat sebab nak clearkan stock inspira yg 2k tu ker. Kan ada saper bagi tahu yg inspira ada 2k stock sblum New inspira roll out. Ker saya silap. Lagipun sebab secara rough sales inspira banyak kat 2.0 and 1.8 cvt. So mesti lambakan 1.8 manual banyak.

  22. bro campro tade cerita baru ke?

  23. salam, ni link yg manual plak

  24. dengar2 saga flx 1.6 se launch mggu ni or next week…ade ape2 berita dari COE tak?

  25. inspira ada diskaun RM7000…..

  26. Exora patut di color dengan tone macam Exora REEV tu.. segak dan cantik~! two tone.. meriah uols~!

  27. kalau ada berita buruk dalam Proton…. nanti ramai lah… yang tak suka kerajaan… datang hentam guna statement lapuk ” power windows ”… tutup proton lah… dalam Pemikiran Proton Basher… diorang tak reti beza antara Politik dengan Bidang Industri Automobil.. diorang pikir dengan tutup Proton boleh beli kereta Eropah dengan Jepang dengan harga murah… diorang silap… sama jer.. kalau Proton tak ada… lepas tuh nak bandingkan dengan Harga Proton di negara (diorang cakap main sedap ikut mulut) setiap negara berlainan ekonomi, Cukai dll…

    tengok dengan Negara UK… apa yang tinggal dengan Industri Otomobil diorang… tak apa nak dibanggakan…. (pasal politik lah) apabila parti Buruh Pegang UK habis Industri Otomobil zaman Parti Konservatif dibiar bungkus atau dijual ke negara luar…

    Blog Bro Campromania nih jadi bahan Politik…

    • ni jenis manusia BUSUK HATI…dengki…dan tak mahu satu bangsa tu berjaya.. yela, tgk la bangsa mana ramai dalam Proton?
      isu sekarang pun, nak kurangkan penjawat awam alasan nak lebih efektif.. Sama je swasta pun berlambak kaki goyang, kaki tai chi kaki gosok perut bos…sebab perangai manusia ni berbeza-beza..
      Kalau Proton takde, berapa ramai akan hilang kerja? ni takde kerja lain, Di Atas Pagar punya kerja la ni…provoke sana sini..
      Dulu kerajaan nak buat polisi baru, kereta lama kena scrap… mcm2 kata tak patut la, persatuan ah beng pun punya bising la..ni sebab semua scrap car bangsa diorang..
      kalau Dr.Mahathir jadi PM lagi aku rasa dia tegas bab2 policy ni, bantai je cayanunalip ni..
      ape aku merepek ni..kekekkee

      p/s: kalo diorang pertikai bab politik, DUN aku bg undi kat P@S, Parlimen aku bg undi kat BN..cara yg tu aku rasa boleh membantu bangsa aku..

      • org malaysia ni telah di”tune” otaknya oleh ahli politik yg yang sibuk nak berkuasa & nak kekalkan kuasa..semua isu nak dipolitikkan ni la jadinya..industri pun boleh jadi isu gak, sy takut rakyat kita ni jadi hamba politik je, negara tak jalan, matlamat nak jadi negara maju tak sampai..yang berjaya cuma memecahbelahkan masyarakat..hasilnya dah nampak, kita ni kalau takde yg pemimpin betul2 tegas tunggu masa nak berpecah je la..

      • sebab tu politik nh boleh rosakkan segala2nyer. Kesian bro campro. Saya minat proton pasal ia hasil tangan orang malaysia dan terutamanya ada org muslim. Saya benci proton dulu2 pasal segala2nya politik sampai or terbawak2 kisah lama sampai sekarang. Aper2 pun saya berfikiran neutral.
        Saya x nak org kenal P1 pasal politik. Saya nak org kenal P1 dengan teknologi, kepakaran dan motorsport.

      • aku x nak sentuh pasal politik dlm FB tu, cuma aku nak semua orang tau saga tu accident di jalan TUN RAZAK KL malam minggu ke malam Raya tahun ni x silap aku,driver pelajar dari timur tengah(mati kat situ juga tercampak keluar-xpakai seatbelt la tu..)disyaki memandu dalam keadaan mabuk,klau rajin cari balik pernah keluar paper berita ni dulu…

        p/s;Klau x tau hujung pangkai xyah lah buat fitnah letak gambar Saga mcm tu,klau Vios pun sama juga klau dah bantai tiang lampu dalam keadaan laju…

      • bro chor,

        Oo. gambar saga tu ker. Semua kereta mcm tu kalau highspeed pole crash. SEMUA jenis kereta akan jadi mcm tu. Die ingat kalau kereta merc x kot.
        Tengok kereta dodge challenger nih.. Sama x..

      • undi kpd BN ? …. duit cukai rakyat bagi BN mkn habis….

        Malaysia is going to buy six patrol boats at a total cost of RM6 billion or RM1 billion per patrol boat.

        Philippines’s petrol boats: RM 31,600,000
        Malaysia’s petrol boats: RM 1,000,000,000

        mana RM 968,400,000 pi ?

      • bantu bangsa sendiri ?

        habis la Malaysia, fikiran racism …..

      • Bro ababa,

        Cuba bro letak gambar dan spec kedua dua boat tu,nanti kita cuba nilai balik.

      • BN suka beli barang guna harga yang lebih tinggi, ini bukan satu tahun dua tahun

        http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/44816-state-of-the-art-technology-maybe

      • Biar betul patrol rm30k jer…

      • atau AG Reports semua tipu ? mereka tidak beli barang lebih daripada market price ?

      • Saya ambil contoh boat ni,kuasa engine hampir sama cuma mungkin x sehebat ni(saya xtau spec PETROL BOAT MALAYSIA) klau kita tgok dalam 360 selalunya boat yang digunakan mempunyai kuasa engine 250hp x 2(mercury engine),tgok sendiri berapa harganya klau RM 31,600.00 boat apa pulak dapat!!

        http://www.mudah.my/BOAT+Silverton+442-11899095.htm
        atau mungkin Petrol Boat Malaysia yang ni….
        Malaysian Maritime Enforcement Agency Petrol Boat

      • aihh, cite pasal bot pun masuk sini ke? hehehe..sy tak nak la kait benda yg takde kaitan kat sini, sy tak nak nanti lari dari topik asal.. bab komisyen tu semua politician pun sapu, jangan tertipu dengan politician yg sememangnya kaki penipu utk hidup.. semua janji bile nak mengundi, bile dah menang nak jumpa pun payah.. sy kalau boleh balik ke zaman beraja macam Melaka zaman dulu2 lagi bagus, takde la orang biasa jadi pemimpin rasa diri dia macam raja..ni rakyat berjiwa raja namanya, full stop..hehehe..🙂

    • ooo,maaf tuan saya xnampak 31juta…saya nampak mcm ribu jer!!

      • apa yg bro ckp tu betul, kena tgk spec semua… td baca artikel tu filipina beli 2nd hand dr US…. so nntikan feedback pihak sebelah lagi….

  28. tahniah bro, maknanya blog ni dh dikenali ramai….

    • hahahha.. emmm.. pikir2 pun betul jugak..

      • dulu P@ulTank takde pesaing.. skrg Bro Campromania ada… Funtasticko namanya..Tuuu Diaa..
        P@ultank tu kalau bukan kerana posting pasal sepaishot kereta Proton, tak mau nya orang nak pergi baca..

      • bro prolever, ada blog tak?

      • hahaha x d. Dulu nak buat.X terbuat2 sampai sekarang. Lagipun lebih baik “mengimarahkah” blog bro campro dari penat tangan saya nak update benda yg belum tentu org tengok.

      • prolever,

        Memang funtasticko ni sangat imarah. Penuh saf-saf. Ahli qariah pun dah bertambah..keh3

  29. jap lagi ramai ler yg beli papan iklan kat sini……

  30. Curi-curi Wang Malaysia ni SAH moderatornya Cayanun Alip…
    DSZ yang rata-rata tahu keperibadian dia macamna, anjurkan aktiviti kat masjid dll, pun menatang cayanunalip ni nak jatuhkan..

    sory kwn2, gua bukan emotional..tapi tengokla betapa busuk hati menatang cayanunalip ni.. bagi betis nak paha…

    lawan…memang vavi betul cayanunalip ni..

  31. cuba tgk mcm mana melayu singapore dipecahkan… contoh IC diorg akan catat ko bangsa apa, mcm melayu dipecahkan ikut suku.. Jawa, bugis @ orang asli… hasilnya melayu kt sana berpuak2
    cuba pula tgk Macam mana bangsa Indonesia disatukan, tak kira apa bangsapun cina ke India mereka harus pakai nama indonesia.. x boleh bawak nama keturunan mcm cina kat malaysia nih..

    aku x paham bila proton dipolitikan, sedangkan kalau tumbang BN skalipun proton tetap milik kerajaan malaysia.. bukannya hak Umno.. ini hak kita rakyat malaysia.. sedar tak sedar harga sebuah demokrasi berpelembagaan semakin mahal..

    • hahahahahaha

    • Nak komen balas lebih2 pun serba salah juga bro Suci. Yelah, funtasticko ni kan blog pasal automotif.

      Rakyat Malaysia ni secara ringkasnya, berpendapat apa sahaja yg berkaitan kerajaan ialah milik Barisan Nasional. Jabatan kerajaan, agensi kerajaan, GLC, projek2 pembangunan semuanya datang dari BN. Yg sebenarnya, Kerajaan adalah badan eksekutif yang menjalankan tugas mentadbir negara tanpa bias politik. Semuanya ini dimainkan oleh politician.

      Betulkan kalau saya salah; politician (yg kita duk undi setiap 4tahun) sepatutnya mainkan peranan dalam Legislative, gubal undang2, buat polisi negara. Tapi sekarang politician dah jadi Eksekutif, guna title utk berkuasa dan yg paling kita taknak mereka ni mengawal Kehakiman pula.

      Disebabkan Malaysia tak pernah bertukar pemerintahan, rakyat pula diceritakan dengan pelbagai projek pembangunan sejak merdeka lagi (sehingga nama Kerajaan Malaysia pun tenggelam. Yg kita dengar hanyalah Kerajaan Barisan Nasional). Persepsi ini salah. Siapa pun yg menang pilihanraya ke 13 ni, Kerajaan tetap Kerajaan Malaysia. Proton tetap GLC, dan paling penting kereta import still akan ada cukai..

      Kebanyakan orang tak faham perkara ni. Harap ahli funtasticko semuanya dah faham dan tahu hal ini.

    • Offtopic sikit…

      Saya teringat dengan Kisah Jet Pejuang Buatan Canada ” Avro Canada CF-105 Arrow ”

      disebabkan Politik dan campur tangan asing… habis Projek Nasional Canada hancur lebur…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s