funtasticko design

http://funtasticko.net

Mitsubishi Mirage versi produksi Mitsubishi GSC (Global Small Car)

35 Komen

Inilah versi produksi Mitsubishi GSC (Global Small Car) yang diberi nama Mirage. Ia bakal diperkenalkan di Tokyo Motor Show yang bakal berlangsung tak lama lagi. Rekaan luaran tidaklah banyak sangat perbezaan dengan versi konsepnya sebelum ini, dengan ada beberapa bahagian yang telah di”toned down” untuk produksi. Sekali imbas rekaannya macam Kia Picanto versi lama.

Dari segi interiornya pula nampak lebih simple & nampak basic. Bakal dijana dengan enjin 1.0 Mivec 3 silinder bersama fungsi Auto Stop & Go dengan dilengkapi kotak gear CVT. Model in bakal membuat pelancaran rasminya di Thailand yang juga merupakan tempat kilang pemasangannya pada Mac 2012.

* Mitsubishi Mirage dah menunjukkan rupanya, kita nantikan macam mana rupa Proton GSC nanti yang bakal berkongsi “major part” dengan model ini. Dengar cerita Proton GSC tak jauh beza dengan gambar rendering yang sebelum ni. Kemungkinan juga Proton GSC concept versi yang hampir produksi bakal di pamerkan di Geneva, Mac 2012. Harap betul la info saya dapat ni 🙂

35 thoughts on “Mitsubishi Mirage versi produksi Mitsubishi GSC (Global Small Car)

  1. Harap Emas lebih lawa dari nh. Tapi kita dpt agak Emas besar dari viva la kan.

  2. wow side profile dia mcm P3 lah.. mit tiru proton nie.. hahaha…

    • hahaha… harap proton gsc tak la macam ni, sebab dlm slide haritu proton gsc pkai platform sendiri, kalau tak jauh beza pun dengan lotus ethos je nanti..

  3. simple bebeno design…huhu

  4. harap2 Proton tak rebadge kereta ni.. nanti kurang laku mcm Inspira lak..
    lagi pun ni bukan identiti Proton pun..

  5. apa yang saya tahu.. dia besar lagi sikit dari myvi.. and enjin bkn lah 1.0 liter kot…

  6. Kenapa Mitsubishi tak namakan GSC ni sebagai Colt? Anyway, Mitsubishi pastinya ada menyimpan rekaan versi high-end yang hampir menyamai Lancer Evo X.

    Daripada info yg saya dapat, LCC-Emas guna LG CNS. Masih tak dapat gambaran lagi diorang guna platform apa (Samada wider Savvy atau Mitsubishi GSC).

    • rasanyer macam pernah dengar… GSC akan gunakan platform Savvy yang dah di revised.. arsanyer pernah keluar kat paultan.org

      • setahu aku.. platform savvy nie hanya mule jer tuk buat design kereta… setahu aku lah kan.. nie dengar2 cerita jer.. platform baru nie juga akan di guna kan tuk buat saga baru…. itu aku dengar lah

      • bukan dengar cite dah, kat slide yg sy print screen haritu dah tunjuk terang2, memang platform proton gsc ni akan guna utk buat saga r gak nanti

  7. bukannka… kembarnya peugeot 208…. pasal bentuknya lebih kurang sama jee….

  8. emas mmg tak padan dgn mirage klu bndg dr segi bentuk..rasanya tak sama segmen dgn gsc ni..atau mgkn emas khas utk segmen teknologi hybrid, gsc ni utk enjin biasa..

  9. Mmm… sebenarnya confius gak ar. n masih berteka teki kta sumer nie EMAS akan guna platform apa. Harap2 ar EMAS nie tak guna platform Mitsu GSC nie. Kalau ikut design yg italdesign propose utk EMAS tu, Jarak tayar blakang-depan lebih panjang dan berkonsepkan SUV(bercitarasa SUV) . Bagi saya model GSC mitsu nie biasa2 jer.

    Bleh sapa2 confirm kn?

    cheers!

    • apa yg bleh confirm platform emas nanti boleh di jadikan multiplatform…. mcm2 model boleh dikeluarkan dari platform yg sama.. tggu jer.. tak lama lagi jer tu

  10. saya tgk Proton Emas besar sikit dari Myvi.. viva jauh sangt la..
    dah makin bnayk spekulasi… ada engine diesel la.. Hybrid la.. apa la kesudahannya nanti.. harap kita x perlu tunggu lama

  11. GSC ni kalau dah saiz dah besar maivee dah masuk saiz kereta segmen B , nanti kacau plak market satria neo. Ke memang proton nak ganti Neo dan Savvy sekaligus dengan GSC? Konfius.

    Kalau melihat kepada konsep EMAS memang nampak saiz segmen A macam i10, alto dan picanto. Harap dapat dijelaskan hal ini.

    • x d makner nyer kalau segmen satria neo.
      Savvy and Neo akan EOL. Neo akan diganti dengan P3-21B (hatchback). Nanti ada la versi coupe and hanthback kot..

    • Ni saja saya buat spekulasi..

      Neo mungkin derived daripada P321a. Dan future Neo adalah bersaiz seperti Opel Astra dalam kategori C Segment Hatchback. Sebelum ni pun banyak kali Holden Astra ditemui bersama P321a.

      New Saga mungkin adalah derived daripada LCC-Emas. Kita dah ada data daripada slide show yg menyebut akan ada Saga R. Resource person saya juga ada menyebut akan ada mini MPV derived daripada platform LCC-Emas ni. Jadi platform LCC-Emas ni akan digunakan pada Lotus City Car (LCC), EMAS, Saga R dan Mini MPV.

      Exora R sepatutnya diperkenalkan paling lewat pada 2015. Dan harap namanya pun janganlah ditukar. Kekalkan nama Saga, Persona dan Exora.

      • aku tak pasti kenapa proton jarang mengekalkan nama pada model2 barunya. kalau kuar model baru, mesti nak cari nama baru…tak ke pening kepala. tu yg legasi sesuatu model hilang mcm tu saja.

        setakat ni saga, satria, persona (wira UK) je yg kekal nama..tu pun ada tambah2 kt belakangnya.

      • Jadi neo akan naik pangkat ke segmen c, manakala lcc-emas-gsc adalah segmen a/b.

        Takde ke perancangan proton nak buat arena r?

  12. Utusan Malaysia ada iklan proton menang rally hari tu… agak2 diaorg ambil nasihat dr bro-bro sekalian….

    • Mmm… setakat yag saya perasan, dua kali la iklan dlm paper tu. satu muka besar lagi. Mmg nampak gah satria S2000 tu. Mmg layak ar menang:) …Mgkin ar kita sumer nie dah jadi mata n telinga diorg… hehehe…

      Cheers!

    • dah seminggu baru nak masuk paper. Cuber cerita benda lain.

  13. orang maner bacer dah paper mesia nih..
    come on arrrr billboard please.

  14. Kereta Mitsubishi Mirage ini jika diperhatikan mempunyai iras2 Peugeot 308. Inilah perangai designer Jepun dari dulu lagi. Sekadar pandangan peribadi saja. Gracias. Ghamsa Hamnida.

  15. Proton rebadge lah Mirage nie jadi new Savvy.

    Cuma simple redesign:
    – number plate belakang kat atas bonet
    – door handle pull-out type (kasi chrome lagi best)
    – bumper depan style inspira…
    – lampu brek belakang LED
    – lampu depan foglight combine DRL, lampu turn-indicator wing mirror LED

    Enjin 1.0L dan 1.3L CPS, direct injection, auto tranny CVT, ABS, dual airbags etc. dah cukup best dah. Harga RM30k-RM40k. Kasi hantam sikit Viva lah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s