funtasticko design

http://funtasticko.net

PANAS BERAPI : Adakah ini P3-21A???

120 Komen

Perbandingan dengan TUAH

Adakah ini P3-21A??? Gambar ini diperoleh dari http://forum.lowyat.net/topic/2108935 & http://imageshack.us/photo/my-images/600/30962526759421419631358.jpg/ setelah diberitahu oleh sahabat kita. Kalau betul ini P3-21A apa pendapat anda? Kemungkinan besar ini kereta yang dihantar untuk crash test kat IDIADA, sebab kereta crash test biasanya warna kuning.

* Proton jangan saman saya dah la lepas ni, sebab web lain yang mula  “leak” dulu.. ni kira “teaser” gak la, korang gak dapat free publisiti kan? Siapa la yang snap gambar ni ye, hehehe…terima kasih la kat dia..  Jom kita komen pasal design P3-21A ni!!! 🙂

Advertisements

120 thoughts on “PANAS BERAPI : Adakah ini P3-21A???

  1. grill depan tu nampak kurang menarik plak. kosong jer nampak.

  2. aduhai…..seribu kali sayang……….

  3. grill depan kekurangan chrome… huhu
    cantek dah warna ni

  4. Kenapa aku rasa lampu tu kecik je ek .. ke kereta ni sangat besar? Rase macam patut besar skit lagi cantik dan nampak mahal. Macam saga FL..

    Suka tengok tayar dia.. tak nampak masuk ke dalam macam proton sekarang.. wiper kemas skit tapi still nampak la .. 😀

  5. warna kuning ni yg nak dihanto ke US jd yellow cab…

  6. gril cam kureng jer… 😦

  7. wow!! nampak macam transformer.. pasal grill tu harap2 lebih cantik la di luar nanti.. mmg gambar ni menarik r… ^_^

    • memang sahlah inilah bentuk fizikalnya,tentang gril memang sama seperti spyshot sebelum ini,cam na pun aku yakin bila tengok dari dekat pasti cantik

  8. Lampu dia kurang mantop dr model proton tuah mase klms..kecik sikit rasenya

  9. nie name die design modern

  10. Berapi,Panas,Terbakar aku menunggu,baru dpt tgok separuh…Thank a lot pada yg snap pic ni!!

  11. geril depan besor munkin bole bg angin senang masuk…engine turbo.

  12. front lamp & gril mmg tuah lbih menyerlah…lg 1,aku lbih suka design front bumper tuah sbb lbih nmpk global car.

  13. bro kasi photoshop la buat mirror biar nmpk keseluruhan kereta..

  14. nape tiba2 aku rasa tuah more better ek?huhu

  15. letak gamba p3-21a mase agm aritu bro..compare side by side. huhu

  16. this is not bad..not bad at all..looks modern n up to date… tuah is prettier…but if this one comes with a nice interior… n with that cps turbo..should be a nice car to buy…. please proton..please do a good job..n please get a nice steering wheel logo on it!

  17. ni ke italdesign yg redesign blek tuah?????kurang wao ler…mybe selera global kot

  18. aiyer… Tuah jauh lebih cantik lah jika dibandingkan ngan ni…

  19. utk pic ni, aku rasa mmg agak kecewa.

    nnt dh kuar, baru nk komen..

  20. Bila la nak dapat tengok ‘ponggong’ die ni asyik depan je….:)

  21. nice…wlaupun tuah lg cantik, tp ak ttp rasa P3-21A ni cun klau tgk live dpn mata..

  22. sangat cantik dan menawan… taniah proton

  23. tu lah bila dah keluar semua kecewakan.. tu lah yg di kata surprise element dah takde…..

    NEXT……..

    • belum lagi bro, kena tengok banyak angle & paling penting kena tengok live depan mata baru leh buat kesimpulan.. kereta proton ni biasanya tak fotogenik, hahaha… kena tengok live baru ok..buat masa ni sy just nak tengok pe pendapat ramai, ntah sape la yg letak gambar ni kat link tu..

      • betul. Kereta proton mmg x fotogenik. Tengok live baru lawa atau x. Tengok live baru nak komen.

    • yap. pasni orang komplen tak cun. pastu orang lain percaya. pastu kereta ni tak laku. pastu proton bankrupt. haha. kalau aku jadi boss proton aku dah potong lengan mamat yg snap tu.

  24. saya rasa ni dh final design dh ni, xde dah ubah2 dah, awal gak leak gambar ni lg 4 bln baru launch, tu la proton x nk buat sneak preview kan dah kena bogel 🙂

  25. sapa ada lyn Kampung thread,kot2 boleh dapat gambar lain pulak….

    “You guys didn’t read Kampung’s thread is it?

    He already posted before albeit not yellow color.

  26. Bagi saya ok saja design grille P3-21A ni, simple dan membuatkan kereta ni nampak lebar, tapi kalau chrome line tu silver chrome macam Persona Elegance mungkin nampak lebih gempak.

    • persona elegance mmg cantek..
      tp stakat ni utk pic ni, mmg below expectation
      grill nampak murah, chrome lining x menonjol, projector lak mcm leh dpt kt kedai abg jek.. cube tiru volkswagen, safe design but ade sexy elements..

  27. Mata aku nampak Radiator Grill mcm Vauxhall Astra Turbo….

  28. sebenarnya 90% sama berbanding tuah.grill dia je problem sikit.apa2 pun awesome job by proton

  29. tak payah cakap banyak la.. senang cerita aku lebih pilih p3-21a daripada Toyota Dugong dan cik Siti yang overprice dan spec yang tak seberapa…

  30. tadi saya baca komen admin arenakereta.com
    dia ckp grill tu belum tunjuk rupa sebenar..
    pakai yg biasa2 dulu sebab nk pegi crash test..
    harap2 betol la ape yg dia ckp..
    *praying*

  31. menarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
    lampu cam lambo..
    keje kuat2 kompul duit, takyah bayar ptptn ngan kawen semata nk bli kete nih.. hahahahahahaah

  32. mcm kuning miyabi xtreme x brapa xtreme tu la…sy sokong bro campro..kete ni utk dihantar ke IDIADA utk frontal, side ngn roll over test…harap2 leh achieve 4 bintang paling kurang..heheh

    bagi aku design wise…safe..kemas..x nampk over sgt…nmpak up to date..

    gud luck utk prton 4 their first global car…dengan promosi yg agresif…sure boleh punyer

    terbaeeeeeekkkkkk…(boboiboy)

  33. takpayah tidur malam ni borak pasal gambar terjangkau panas!!!ayuhhh!!!

  34. rasanya ramai yg tak puas ati part gril depan ni. knp proton tak design honeycomb grill je? nmpk mahal compare plastik horizontal melintang.

    • teruskan komen membina n berapi guys..kritik betul2..mmg model yg ni tak dpt nak adjust dah sebelum 2nd quarter launching tahun depan..tp if kita teruskan komen n sales agak slow utk awal2 maknanya ada harapan utk major facelift within 1 year.. (harap2 sgt jadi..serius)

    • saya juga menyokong, bahawa rekabentuk grill terlalu simple. maaf jika saya katakan begitu, sebab grill tak kena dengan kemantapan kereta ni. harap ni cuma ilusi optik semata, hehe~!! Proton, tolong la tukar grill tu.. pllleeeeaaaassseee~ 🙂

  35. Hmm…terasa nak jual plak saga flx aku nihhh…

  36. Memang ramai yg tak puas hati dgn gril tu.. nampak kosong dan murah.. Kalau dah majority org komplen, mmg confirm design dia tak berapa kena..

    Takde ke sape2 nak email complaint kat Proton? Harap2 sempat diorg redesign gril tu sebelum launch.

  37. Inspira is still the best ‘Proton’ car! But good job for this Persona 2

    Proton aku harap korang baca lah komen kite ni…

    Just design a really good international quality car like the Cruze or Forte, or even Lancer… and get the whole motherfreaking world talking about u!

    We proud to be Malaysians are just waiting for that awesome PROTON car to buy because, if u make a good car, we will buy it!!!!

    Just make a good car, stop thinking about making profits for your family and friends only ok! Thanks!!!!

  38. teruknya security proton.

    • LAGI teruk security P2 sebb selalu jgk gmbr model baru dia leaking…….:-P

      • aku setuju….proton ni susah gak nk dpt gmbr model baru dia tp p2 tu sng2 je bleh dpt gmbr extreme dlm kilang siap ade staf wat kje..lg hampeh security dia sma cam model yg dikuarkan…

    • dah tentu gambar nie di ambil kat luar dari kawasan PROTON…

    • Orang: Teruknya anak mak limah main dengan jantan sampai pregnant.
      Geng Mak Limah : anak mak senah lagi teruk, main dengan tiga orang lelaki sekali gus.

      Walaupun di ubah cerita tapi fakta tak lari kan. Securitynya still teruk.

  39. Ble tg kat gambar nampak krg mengancam. Tp kalo zoom out bg nampak ilusi mcm tgk full car nampak cun gak. Ada elemen styling mcm city pun afa gak.

  40. klu tgok gmbar ni,rase P3-21a ni mcm tkde kene ngene je dgn TUAH kt KLIMS ari tu… bnyak sgt kelainanye..mybe tuah jd rplycmt perdana kot..

  41. proton tolong tukar grill……please………………….

  42. Lampu untuk Consept Tuah jauh lebih menarik drpd yg keta kuning tu. lebih besar dan nmpak mewah. Knp jadi kecil dan tak padan dgn keseluruhan body kereta.. Ada masa ke nak ubah lg ni.

  43. Gambar ni ambik di airport kargo. Kereta ni nak bawa pergi Spain, nak buat crash test kat facility yang sama crash test Exora dibuat Applus+ IDIADA facility. Sebab tu warna dia kuning. Bukan sebab ikut Myvi SE tu @ Myvi Extreme tu.

    Tapi kereta ni nampak kyurang sikit kat grille tu. DSZ biasala, main safe design. macam Wira. Tapi safe design ni la kan jadi kegemaran ramai orang termasuk orang tua dan muda. orang tua boleh ambik terus standard design. Orang muda boleh pergi Brothers tambah skirting ke apa2 ntah lagi untuk kereta ni. kira macam one size fits all la konsepnya. Jimat kos pengeluaran, Jual banyak, untung lebih.

    • maybe pemilihan DSZ terhadap design memainkan peranan besar namun team design proton seharusnya lagi ganas menyedia-kan proposal2 yg mantap n hebat.. cuma rasanya time ini dierang pening2 dgn masalah italdesign.. aku rasa team local designer proton lagi best dari italdesign..minta maaflah bagi yg menyanjung tinggi sgt those italians tp aku rase pada konsep tuah pun tak seberapa ikhlas pun cara mereka restylekan keta konsep itu…

  44. Kalau diikutkan, emblem-nya tu lebih besar daripada yg ada kat waja. Tapi dari sudut ni, rupanya sangat hampir seperti yg telah saya gmbarkan dalam blog saya:

    http://fridzmax.wordpress.com/2011/11/05/new-proton-persona-r-p321a-latest-render-3ds-max/

    Cuma saya mengharapkan, jika motif dalam grill tu ditukar kepada honeycomb, atau skewed rectangle. Atau paling tidakpun, bilah grill tu dipangjangkan kedalam bagi menunjukkan depth supaya grill depan kelihatan lebih solid.

    Dari segi rupaparas keseluruhan (bagi angle ni laa), P321A telah keluar daripada kelompok design kereta Asia.

    Warna memainkan peranan. Warna Fire Red, kelabu dan Pearl White perlu ada dalam line-up P321A. Warna kuning begini mungkin sesuai di-reserved-kan utk varian sport.

    • cantik render bro…rasa nya dah betul ler rupa camtu 🙂

      design wise, memang euro-centric lah, safe evergreen design..walaupun nmpk mcm xde wow factor, tp ni jenis design yg tak cepat “tua”..

    • Feedback member mengatakan ini Honda City @ Kia Forte.

    • mula2 tgk kat atas : adoyai…lbh krg mcm yg kat dlm slide tu
      tp bila tgk rendering bro, emm rasa ok la pulak..hehe
      harap2 tak lari dgn rendering tu..klu tak, susah mau cakap la

      • bhgn blkg aku tak risau sgt, aku yakin mmg cun punya, apa2 pun gud luck to proton dlm test di idiada

  45. Cuba berdiri jauh sikit.. Tengok betul2.. Ekceli P3-21A ni cantik!

  46. menghampakan. apesal lain dari tuah? apesal headlamp tak same macam tuah. grill depan tak cantik.

    * ini salah satu dari komen bakal pembeli yg dah dok tunggu model ni keluar sebelum decide nak tukar kete ape.

    • TUAH is a concept car bro…

      • saya paham tuah concept car. tapi untuk saya, saya lebih minat front grill and headlamp tuah. lagi sporty.

        walaupun tuah concept car, tapi design tuah bukan tooo advance utk di-implement kat production car. lain laa kalau lampu tuah pakai laser ke, side mirror pakai camera ke.. itu saya paham memang tak mungkin jadi production car dalam masa terdekat. ni setakat design headlamp a little bit aggresive je.

        ini taste saya lar, lain org lain taste. saya kena tunggu bila keluar tahun depan, then compare dgn other available models, kereta yg mane saya nak ganti dgn satria tua saya.

      • konsep pun ia bukannye konsep yg tak mampu utk production.. stakat styling headlamp n overall body stamping mcm tuah tu mmg mampu sgt utk masuk production..persoalannya why byk lari sgt bola tone-down production sedangan konsep tuah itu dah ok n well accepted time present motorshow aritu? maybe ada engineering factors ke arah ini atau pun proton sendiri harus gilap lagi skill transfer from concept to production kerana sebelum ini kebanyakan konsep proton adalah focus utama production enable..

        jikalau exora time kuar itu adalah safedesign n bagaikan a few years backward from the current market..maka yg ini OK SEDIKIT bole cucuk styling kia forte..namun they should do better like with gen2 time launch…

    • Takpe bro.. tang grill tu mesti byk kuar yg aftermarket punye nnti..bleh pilih mcm2 n tukar bro..even honda civic pun byk tukar grill ke civic fd2 atau type r…of course r3 pun akan kuar design grill cantek punye..small matter maa..

  47. my first look…overall ok laa..cuma grill depan tu…harap buat le can vw passat ke @ american metal grill…walaupun simpe nampak cantik…

  48. nampak lawa…mintak share gmbr ni kat blog ye tuan rumah…

  49. tgk ok jer… rasanye tak perlu nk design cue melampau mcm korean car…. makin lama pandang makin sesak mata tgk…. mula2 mmg nmpk WOW, lama2 menyampah…..

    lgpun proton buat praktikal, safe ngan reliable dh cukup rasanya…. pendapat aku ler….

  50. bagi aku kete ni lagi cantik dari tuah. lagi simple tapi fluid. tapi nak komen banyak pun tak bleh sebab tak nmpak semua skali.

    bro fridzmax,
    satu dari rendering bro buat tu hampir sama dgn rupa kete ni. tapi grill bro buat lagi cun. http://fridzmax.wordpress.com/2011/11/05/new-proton-persona-r-p321a-latest-render-3ds-max/p321a-051111e/

  51. sapa yang snap ni mesti tak tido lena. dosa weh..amanah tak jaga.

    tapi bila dah letak gambar, byk plak songeh nak kutuk..bila tak letak gambar..kata tak preview product macam VW la etc..

    ahh rakyat Malaysia ni serba serbi tak kena. Tak pernah nak setuju dengan produk tempatan. tunggu la bila dah launch nanti..korang jilat la balik ludah2 korang tu sampai licin.

    • Bro.,

      1. jgn salah faham.
      kalu baca komen2 kt sini, rata2 mahukan “refinement” utk p3-21a,
      bukannya mengeji.

      2. ini bukan gmba terbaik.
      dh nama pn spy/snap, mst ada “image distortion” sana-sini.
      sbb tu, segala komen tu hanya berkisar berkenaan snap ini, bukan yg sebenar. yg sebenar sy pn xtahu.

      3. proton ble ubah design bila2 masa.
      aku yakin fascia p3-21a ini ble berubah dlm lifetimenye.
      tgk saga blm dolphin time mula2 kuar..kn lain ngn saga fl?
      cuba tgk kt bumper line..ini mmg aku puji proton sbb dgn jenis line cenggini,
      mmg ble tukar-masuk design senang. wa respect!

      further comment, reserve time dh kuar nnt 🙂

      • WE WANT BETTER & REFINED P3-21A! MAJOR FACELIFT IN A YEAR TIME!

      • betul tu..headlamp saga BLM pun proton boleh ubah 100% utk FL, inikan pula setakat design grill depan. Bab2 bumper org tak pernah tegur sebab mmg design dia dah cun. Aku rasa mungkin proton ada masalah nak design depan dgn belakang terutamanya bahagian tengahnya.

        Apa pun kita tunggu gambar penuh..mana tahu bulan depan leak lg.

    • saya rasa saya tak nampak apa yg dikutuk disini… semuanya pandangan positif… pandangan peminat kereta yg mungkin juga bakal pembeli.. kita tak boleh tong sampahkan apa yg pembeli mahu… itu adalah kehendak pasaran yg mana mereka inilah yg akan bawa halatuju jualan….

      sepatutnya tiada perkataan banyak songeh tentang apa yg pengguna nak… kerana sesuatu produk itu adalah untuk mereka… untuk dijual…

  52. macam macam pandangan…bagus bagus…he he he

  53. yg pasti FORTE lagi cantik lah

  54. Nampaknya Proton masih maintain safe-design policy.

    Tapi bumper depan terlalu simple dan flat. Kalau bumper depan ikut original Tuah concept (macam bumper Inspira ada shape lengkung) baru best.

    Mungkin ada masa lagi untuk Proton ubah bumper depan flat design kepada design ala-Inspira (lengkung kat tepi).

    Kira OK lah P3-21A nie nak jadi Kereta Global Proton, tapi Kia Forte 2013 serba baru design lagi mantap jadi Proton mesti buat minor adjustment untuk elakkan ‘dead-on-arrival’ / design dah lapuk outdated masa pelancaran!

    Spied: Redesigned 2013 Kia Forte slips out
    http://www.leftlanenews.com/kia-forte-2013.html

  55. saya x tahu kenapa, tapi tengok kali kedua, ketiga, terasa lawa lak. Mcm mana pun, saya insyaallah akan beli gak kereta nh. Pasal dah prepare nak amik kereta nh. Sekarang tengah siap muka jer.

  56. boleh tahan utk sebuah model global pertama proton
    suka dgn wheel arch tu,memberikan ilusi buffy & tough pd side profile
    bg aku design grill sedemikian maybe utk seimbang dgn ketinggian atau dimensi kereta…
    lg pun gambo ni x hi res dan x long shot…..so x dpt nak menonjolkan unik dia tu….
    mungkin kalau tgk live,grill tu lebih solid dari yg dijangka,the headlamp fit nicely with front end styling…..

    pd akhirnya,aku sebenar lg suka klu proton buat chrome lining tu berkesinambungan ke dlm headlamp mcm tuah….tapi yg kita perlu sedar bahawa kebanyakan kereta konsep x semua elemen dapat dijelmakan ke produksi massa…mcm manapun yg ada ni pun just nice,cuma kalau boleh tambah lg chrome lining kat atas dan bawah grill…

  57. rilek bro… nie kan ke nak anto main langor langor jadi wwatpe nak cantik cantik, lugi oo… kita tunggu je nanti.. wa cakp bututnye terrrbaikkkk… lagi best dr ispiraa

  58. Lawa dah kete ni…safe design. Dulu masa mula2 nengok Hyundai sonata baru, woww! betul2 mengujakan tapi 2-3 kali tengok macam pelik pun ade…melampau sangat design dia cepat jemu…
    pasal gril..rileks bro, tengok toyata hiluk baru, lebih kurang je design dia, mungkin selera skang cam tu.. ape nak heran tunggu FL nanti lawalah dia….
    Apapun PROTON Terbaikkk…….good luck

  59. seingat akulah gambo yg aku pernah tgk dulu, emblem dia kat tgh2 grill,yg ni kat atas cam spyshots punya. cume yg h-line aku tgk ada crome disekelling grill. mgkin utk crash test,so dia xletak. tapi angle gambo ni amik kedepan ngat ngan color utk crash test yg xberapa menyerlah, lu perhatikan betul2, hood atas lampu ada slope downward mcm civic. so tuggu jelah bila launch, tgk dpn mata. mcm gak persona e dl, masa tgk gambo kat kilang, mcm hampeh jek,tp bia tgk depan mata, ok plak.

  60. gambar ni pun ambik tergesa2 sbb tu angel x cun. design body p3-21a sgt sporty kalau dpt tgk depan mata. cuma proton x ambil inisiatif lebih seperti tukar foglamp kepada saiz besar sikit. kalau tgk luaran mungkin dh selalu. saya harap untuk lihat interior.. x sabar pulak rasanya..

  61. kalo nak lg cantek tggu aftermarket punya produkla bro…

    bagi aku cantek dh ni…turbo dh ade…

    so engine x yah kaco dh…cuma kasi make up je…

  62. Cuba tengok gambar ni…toyol camry 2012 punya gril, hampir sama kan

    http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=95714&st=40

    Memang trend skang gril cam ni…….

  63. My wish to Proton:
    Good Luck for NCAP crash testing.. hope can get 5 star rating..

  64. wow..sy suke..mata sy dh cantik sgt dh..hope spec dia jgn kurg skit pn banding forte..

  65. off topic:
    Bro campro, Even PHB FB pun x tahu pasal bend nh. hahahah. jenuh PR die nak menjawab

  66. Tidak nampak sangat rekacipta / reka bentuk daripada Italidesign Guigiaro. Ya, lampu depan, bumper dan grill konsep TUAH lebih mantap? Kenapa Proton tidak menggunakan konsep tersebut?

    Dah sedikit kecewa…. 😦

  67. salam and hi…

    cuba tgk webpage ni: http://www.sembang-auto.com/2011/01/honda-civic-2011-vs-proton-persona-r-2012/

    kalau p3-21a price range 70k -80k, memang civic baru x laku la nanti…haha

  68. kat webpage ni ada spyshot front grill p3-21a: http://kereta.info/panas-spyshot-persona-r-replacement-grill-proton-tuah/panas-spyshot-persona-r-replacement-grill-proton-tuah/

    nampak macam lain skit dari yang crash test car punya…xtau yang ni untuk production ke x…

  69. Ada sesiapa yang tahu suspensi belakang yang digunakan? Torsion Beam atau Multi Link?

    • Multi Link

      • hahaha…. anda pasti itu jawapan dia. jawapan muktamat? hahah….. entahlah sebab ada lapuran yang mengatakan ia menggunakan Torsion Beam…

        Kalau Multi Link… syoklah itu… Pengendalian kereta adalah lebih mahal, tapi mahal dan susah direka…. torsion beam lebih murah… jimat tempat…utk sesebuah kenderaan

      • jgn takut , torsion beam pun klu tune bagus hasilnya bagus jugak, aku yakin proton dh mahir bab2 handling nih


      • apa nak risau.lotus ride and handling kan ada.proton boleh!

  70. maaf… salah taip (Pengenalian kereta adalah lebih baik, tapi mahal…..)

  71. off topic:

    byk dipekatakan gambar ni diambil kt kargo tuk diangkut ke spain… tp kn kat kargo ada ke menda ‘jack’ keta tu (warna merah).. rasa mcm kt kilang jer, tuk angkat keta tuk inspect bwh.. gpun kalo nak g crash test pun tak yah la smp berbalut plastik beria sampai passenger blakang.. mcm nak g showroom jer, mcm da final jer.. hmm ntah ler.

    • x final g. Ada 3 bulan g untuk test part.

    • dia balut segala coz parts sampai dari vendor dah berbungkus..walaupun kereta crash test…masa pemasangan dia akan simulate pemasangan sebenar.. supaya dia leh keep track every step pemasangan.. bila time crash test nanti dia kan check if tak buang plastik cover masa pemasangan ada effek tak nanti… tu lah korang cakap tp cakap tak berilmu… lg pun masa crash test dorang akan buka plastik tu tuk supaya dapat environment sebenar….. aduhainyer

  72. Pingback: Proton Tuah? | The Car Guys (TCG) - Malaysia

  73. Baru lepas baca komen2 dr Lowyat forum tu. Typical bashers, sebut nama Proton semuanya tin milo la, power windows la, fugly, copycat, rebadge bla bla..
    Then ada yg kata kereta ni mcm Myvi Extreme wannabe pulak..

    Aku pun bukannya pandai dalam bidang automotive ni tp at least apa benda usaha yg org buat utk kebaikan kita kena puji la. Buat la research sikit..

  74. ala komen2 kt lowyat tu jgn dilayan. ada yg saja troll & sengaja nk naikkan darah orang. tapi bagi aku agak kecewa sikit lah. dah mcm vw concept yg vw keluarkn masa geneva 2011 :: http://paultan.org/photo/index.php?album=volkswagen-italdesign-giugiaro-concepts-leaked&image=4.jpg

    papepun all the best proton!

  75. pki grill spender gak ker mcm p2..dulu bkn main kutuk beb

  76. kecewa ;(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s