funtasticko design

http://funtasticko.net

SAGA FLX SE 1.6 & Exora BOLD/PRIME/CFE/FL bukan sekadar kosmetik semata-mata

134 Komen

Dah lama tak update blog ni, terlalu sibuk dengan kerja & dalam proses menyediakan design terbaru untuk t-shirt akan datang. Balik kepada tajuk di atas, saya ingin berkongsi sedikit info yang telah diberi melalui Tweeter dari salah seorang sahabat saya yang merupakan salah seorang daripada team Ride & Handling Proton. Dia telah memberitahu saya SAGA FLX SE 1.6 & Exora BOLD/PRIME/CFE/FL bukan sekadar kosmetik semata-mata tetapi dengan beberapa penambahbaikan yang semestinya tidak dinyatakan secara “detail” pada brochure, terutama sekali pada Ride & Handling.

SAGA FLX SE 1.6 telah ditukar spring, roll bar, damper, rear bump stopper. Menggunakan tayar Silverstone Synergy M5 & terpaksa melalui proses “tuning” sehinggga 10 kali, disebabkan ia bukan tayar standard. Bayangkan betapa banyak perubahan yang tak kita nampak dalam model ni, padahal cuma model SE sahaja. Banyak kerja dorang buat yang kita tak tau rupanya.

Exora BOLD/PRIME/CFE/FL pula telah melalui proses “retune” spring, damper, steering stiffness, tyre asymmetric + silica. Sahabat saya tu cakap Exora ni boleh layan corner baik punya, selagi ada keberanian pada diri la, hahaha.. Patutlah ada sahabat-sahabat kita yang pernah terserempak dengan Exora ni tengah testing laju semacam je masa kat selekoh, rupanya ini la rahsia dia. Diharapkan Proton cerita la sikit pasal ni kat brochure nanti selain highlightkan pada enjin CFE tu, kalau tak pembeli tak tau…🙂

* dengar cerita esok launching SAGA FLX SE 1.6, betul ke? ada yang dah jumpa treler hantar model ni ke showroom…🙂

134 thoughts on “SAGA FLX SE 1.6 & Exora BOLD/PRIME/CFE/FL bukan sekadar kosmetik semata-mata

  1. bila exora ni nak lancar..

  2. Silverstone Synergy M5 so so only,
    at lease use Continental Sport Contact loh…

    • Engineer pilih tayar ikut seting yg mereka dah uji keberkesanannya pd sesebuah kereta..bknnya berdasarkan taraf tayar tersebut… Klu nak lbh ok lg byk yg ok berbanding continental sport contact… Tp adekah tayar tu sesuai dgn seting saga ni?

      • Tyre itu cost only cheap one, M5 used alot in other proton cars loh, how good M5 tyre , we also know. at lease use a bit better one.
        Proton engineer ? see there saga se/ Exora interior design also know how good they are.

      • sebab kereta nh untuk org biasa. Buat aper beli kereta kalau maintenance x mampu. Sebab tu proton pilih tayar tu. cheap to replace. kalau kereta murah tapi maintenance mahal, susah la nak jual.

      • aku punya waja ev pakai tayar 16″ mcm proton perdana…bila tukar 2 bijik..hambik ko..rm3xx sebiji hehe. klu dua bijik dah rm7xx senang2 jer kuar poket rm8xx termasuk alignment semula..takkan segmen B pun nak tayar mcm tu jugak..15″ tu pun dah ok. jimat sikit utk maintenance..

    • http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=80702&st=20

      cuba baca thread tu sstone m5 ada masalah bengkak
      tahun 2008..mgkn skrg dah ok

  3. nak nak nak!!!!

  4. Kt paultan ad org post nmpk saga 1.6 ats treler.rsenye dh nk launch la ni

  5. bila baca apa yang telah ditambahbaik pada kedua-dua model ini, saya yakin kemampuan kejuruteraan Proton.. semoga kedua-dua model ini diterima ramai.. (saya berminat pula kat Saga ni.. macam nak angkat sebijik je.. huhu!!)

  6. Macam mana nak identify engine iafm or iafm+ pada saga fl and flx?? kalo tengok dari top view of the engine..’the smart guy can identify it’..everything looks similar but only at that specific area has clearly diff..selamat mencuba….

    * tolong jap kawan2 kat sini, aku pun x nampak beza dia sbb tgok gambar jer x tgok live…aduyaiiii

    • itu x pasti. tapi nak beza fl ngan flx semestinya gearbox oil cooler kat depan radiator..

    • boleh nampak CVT oil cooler kat flx..fl takda..

      • setakat oil cooler CVT saya tau,sy dgr engine klau kita tgok betul2 pun ada beza!! tue yg sy nak tau kat mana…

      • bro chor,

        yg lain x tahu la. Kalau abs pump tu bro pun tahu. Yg tambahan kat engine x tahu la aper lagi,,

      • Haha…dh tau design cam cover klau betul2 tgok mmg lain dari Campro IAFM biasa …selamat melihat..

  7. Diharapkan bukan dari segi ride and handling sahaja yang ditambahbaik, material serta fitting interior juga perlulah di upmarket sikit, baru kena dengan r&h yang mengancam, safety features pun perlulah sealiran dengan zaman.
    Dan yang paling terpneting, quality control untuk setiap centimeter cubic semua kereta Proton baharu.

  8. Yeah! Priced of this car at rm49,249.00.????

  9. kat paultan ada leak brochure ngan spec. aku ada try post kat sana,camxapproved ajek coz byk kali gak xapprove dl2.
    just nak share, jgn mrh

    off topic mode:

    yup, u can compare with vios, city,jetta without tax, but do you know that saga also being taxed?
    saga flx 1.3 without tax is around 28k, while vios without tax is around 50k++. its around 22k different.

    thats why many people shock when persona n waja in arabs only price 38k, that is the real price without tax coz we are given exemption from tax there. now u know who to be blame…but nevertheless, every G has pros n cons,so u decide.

    by the way who said this flx se is a joke, only 165kmh, 12 scnd century sprint,guess what, proton just being humble nowadays. look at flx 1.3 cvt spec sheet, and compare with these videos

    thats when the engine is still tight. those who have been using any variant of campros will know it will be better after 5k km n even better when reaching 10k km as long as u take care ur car properly, not under tree.

    some said forte 1.6, vios 1.5, altis 1.6, city 1.5 is far away faster than this baby. as far as i know, if compare from original specsheet from respective companies, they all do around 12scnd, some pointed out city is better by 11.8 sncd that is 0.2 scnd faster. is it really big different by 0.2 scnd?

    by the way, lg power lg best, is lighter than this baby, for auto, if i not mistaken,officially is around 12.48 scnd.

    and by the way, check us policy n jetta specs first. u cannot expect price on the road n spec will be the same for each country. the calculation on the road price also diff.have u check jetta price in german itself, europe such as uk, n make sure u calculate also hidden cost involve. u shud know also even audio, power windows n aircond for cars are optional in europe.

    there is a catch for that price for jetta, even for luggage net u need to add usd 140, n splash guard which come standard nearly every carin the world,u have to pay usd 220.
    that jetta is use 2 liter engine that produce a whooping enormous 115 HORSE POWER. what a powerful engine. n 5 speed manual some more.

    by the way, the price is only for 2 choice of colors only. and remember to read the foot note

    “All prices shown are the Manufacturer’s Suggested Retail Price. Base MSRP pricing shown. Prices exclude transportation, taxes, title and other options and dealer charges. Dealer sets actual price. Wheel prices may not include tires, TPMS sensors and suspension limiters. See your dealer for details. EPA Estimates. Your mileage will vary. Obey all speed and traffic laws Images are for reference only. Some options and accessories may not appear on your configured vehicle image. ”

    even tyres not included, so drive ur jetta now illegally without tyres. so, see the dealer first will you.

    i hate when malaysian nowadays lazy to read, easy to con and cheat. always belittle n insult our countrymen.

    third class mentality, no wonder praising others cars while being cheated by them.

  10. on topic mode, mmg susah sbenarnya walupun stakat tkr kasut sukan coz dia dah tune kasut sukan 14. kalu pengguna macam kita, ikut cantik n sedap mata memandang. ikut kefahaman saya yg cetek ilmu nih, tukar kasut sukan sbenarnya agak byk keje kecuali dah awal2 tune utk kasut sukan lebih besar coz meter kena calibrate laen, pcd kena sama supaya senang klu tetiba owner nk tukar rim flx 1.3yg lg kecik ker,off set kena sama. tapi penambahan weight itu yng nyebab byk enda kena adjust,klu x, xbest. jadi cam kes inspira, tune atas 1.8jek, mule 2.0 kureng ckit dari 1.8 ride n handling die.

    bukan macam yg pengeluar satu lagi, pkai setting sama cam 1.3 jek coz rakyat malaysia ni ilmu cetek, senang nak tipu. buh spoiler boleh terbang, terus gforce bleh rasa. baik punya cilok.

    pasal pemilihan material termasuk tayar, yg eden dibagitau, coz faktor segmen kete n cost. contohnya, saga nih blm, base line model, so, klu awal2 proton bg tayar rega 3-4 ratus sebijik, nanti bila owner tukar tyr, xcukup budget, amik tayar sratus lebih ajek, mula ride n handling dapat nama busuk coz dulu pkai sedap,pas2 tahun, sume xsedap coz yg dulu sedap coz faktor tayar, bukan tuning. mcm kes lancer gt.bile gt xlaku(org duk pikir gak sok nak tukar,tyr 1200sebijik), kluar ex, mulelah hampeh jek biler drive.

    so,klu tyr ayam brand pun dah sedap, apatah lg bila tukaryg lg mantap.

    klu sendiri tkr rim, xamik port pun pcd sama or off set berapa, janji masuk ajek,ngam. yg tuh bila allignment pkai software ori proton pun, xkan dpt yg terbaik coz byk menda xsama. yg tuh wat allignment, makan gak tyr. itu xkira ahbeng kencing lg, pkai setting wira tahun 97, yg tu nampak chamber lari giler babas.
    by the way, lotus tune nih mmg chamber dia negatif ckit, so jgn terkezut. just suruh ah beng tuh adjust toe, kasi kosong, kiri n kanan, so xda toe in n toe out. itu yg mkan tyr. klu ah beng tu xbleh buat, suh wat total toe kosong pun oklah.

    mmg bleh buat toe kosong. dulu ada member xcaya, br2 ni barang alignment br sampai kat prtn branch ktn, dia align saga fl, mmg toe kosong kiri n kanan,so total toe kosong. tapi lebih stengah jamlah dia buatkan nak dpt.

    • betul setting tayar ader kena mengena ngan CPU setting semua.
      berkenaan tayar silverstone cap ayam. hurm….harap dengan bantuan proton. derang boleh produce tayar as per requested specification la kot….lagih pon derang dah under TOYO tyre. dapat la buat analysis power sket….yang setahu gue. yang boleh design and test complete is Continental kat PJ jek. derang siap boleh design and test for continental global lagih…

    • Betul bro mat,

      Sbg contoh, Proton Savvy punya rear camber angle ialah negative. Maksudnya bahagian atas tayar lebih kedalam daripada bahagian bawah tayar. Menyebabkan tayar nampak terkangkang.

      Proton Savvy 2005 std tire ialah Goodyear NCT5. Bila saya dah boring pakai NCT5, saya pun tukar kepada Dunlop D01, saiz yg sama dgn NCT5, sebab D01 ni ada corak bunga tolak air. Cadangan ahbeng kedai tayar la ni..

      Lepas pakai 1.5tahun, tayar belakang, side wall bahagian dalam dah start crack. Bunga masih tebal. Side wall luar ok pulak. Cukup 2 tahun, crack macam nak pecah tayar (Menakutkan). Saya mula syak material Dunlop agak cepat deteriorate. Tapi daripada suggestion kawan2, diorang kata Dunlop ada masalah side wall mudah crack.

      Lepas daripada tu, saya pun kembali pakai NCT5. Bayangkan Savvy 2005, tayar std 175/50/R15, hanya ada NCT5, Dunlop dan Silverstone Evol8. Dan 3 tayar ni bukan senang nak cari..

    • ni link utk tahu brape changes in speed once we up/down rim size.
      http://www.kouki.co.uk/utilities/visual-tyre-size-calculator

  11. ada yg kata myvi 1.5,5.5liter per 100km?
    eden check kat brochure,perodua xbg berapapun,check ngan website,xda statepun berapa liter/100km
    cube jenguk2 paultan.org,/fastmotoring,autoinsidermalaysia n etc, official statement dr perodua, myvi 1.5 liter manual minyak dia 15.9km perliter, bagi auto 12.9km perliter.

    1 liter = 15.9km (manual)
    5.5 liter x 15.9km = 87.45km ajek,xsampai 100km.
    1 liter = 12.9km (auto)
    5.5 liter x 12.9km = 70.97km ajek, lg teruk.

    100km/15.9km = 6.289@6.3 liter per 100 km (manual)

    100km/12.9km = 7.751@7.75 liter per 100 km (auto)

    mudah betul perodua aka daihatsu aka toyota nipu rakyat malaysia. tkr figure ckit, rakyat malaysia pun pening. nak kata japan mode fc bagus, xjugak coz autocar uk test balik,margin of difference dia besar ngat berbanding ngn figure dia bg coz japan cycle mode klu ikutkan amik kira sume (combined fc).
    tapi xtau method mana perodua pkai coz diaorang xnak bgtau.(bukan xnak, tp takut kantoi)

    mcm prtn, wlupun figure dia nampak mcm x btl, tp atleast dia xtipu. drivelah constant 90kmh, mmg dpt figure dkt2 ngan dia bg.

    klu ikutkan figure official, flx 1.6 lebih jimat dr myvi se 1.5

    6.7 liter/100km versus 7.75 liter/100km.

    senangkan menipu org malaysia🙂.

    • Bro mat,

      Rakyat msia ni walaupun dah merdeka ttp akal masih dijajah oleh negara luar. Apa negara luar buat sume bagus walaupun terang2 kna kencing luar dlm.

    • LAGI POWER diaorg tipu, LAGI BEST diaorg sales…
      amacam fanatik (or fanataik) myvi & japan wannabe?
      best tak korang kena kencing?

    • Mana diorang dapat figure 5.5L/100km tu? Diorang ni xreti convert ke ape?

      Yelah tu, kalu 12.9km/L convert L/100km jadi 7.751L per 100km.

      Jadi onpaper Myvi 1.5 ialah 12.9km/Liter manakala Saga 1.6FLX 14.9km/Liter..

    • woho~

      kalu takat 7.3L/100KM tu..
      gen2 mak aku HL Auto Campro kosong speed 130km/h tu hiway le..
      kalu dlm bandar PJ, 9L/100KM tu biasa la..

      myvi premium auto KPKB (kureng power kureng bes, 1st gen),
      mmg ble dpt 7.5L/100KM dlm pekan. myk ron 95 RM50 350km.

      • itu myvi 1.3, yg 1.5auto,perodua sndiri ngaku lg kuat dlm slide dia. Xsilap dlm slide aritu, 1.3 dpt dlm 15 ++ km bg auto, yg 1.5, 12.9. Mana ntah slide aritu,mgkin ada kawan2 bleh bg link smule.
        Klu ikut logik,klu 1.3 7.5 l/100km, 1.5, dlm 9l/100km.
        Claim 15++ km
        ikut kiraan bro faghmee 100/7.5l = 13.3km
        kurang lebih kurang 2km dr official figure
        so, 12.9 – 2km = 10.9km
        100/10.9km = 9.17l/100km real world.
        Itu minyak myvi 1.5 auto.

        Amacam, ada rasa tertipu lg perodua fans?

    • PErodua=PEnipu
      PEErodua=KENCINGrodua haha!

  12. manager proton tmpat saya bgtau saga flx se ni launch pada 1 Disember ni sekali dengan hari pelanggan proton 2011

  13. Pemilihan item mcm tayar ini lebih kepada kos dan keperluan, kena balance, tayar silverstone synergy m5 ini tayar energy saver, ada silica yang improved fuel consumption, kalau nak gn brand mcm michelin pastinya kos meningkat, lagi satu komponen yg ada mestilah local made bukan import

  14. saya rasa beza iafm+ dgn iafm biasa ialah tambahan cvt shj, enjin tetap enjin campro iafm mana2 yang ada pada proton..

    • x sama la. Kalau sama mcm tu matematik biasa sama la ngan matematik moden and matematik tambahan.

  15. klu bukak block dia, ada tulis iafm +, dh ada masa bro campro tnjuk gambo sempena hari innovatif ke menda,xingat dah.
    Iafm+, bkn saja cvt, tp improve iafm unit, profile, ecu 32 bit,n different fine tuning. Sbb tuh 108hp@5750 rpm. Iafm besa xdapat hp byk tuh pada rpm tuh. Walupun lebih 2hp@110hp, tp pada rpm 6500k. Pada rpm sama, xsalah hambalah masa tgk graf hp, dlm 100hp ajek.
    Torque pun len, iafm plus torque sama ngan cps tp sampai lebih awal 150nm@4000k rpm. Cps 150nm@4.5k rpm.
    Tp yg best dibgtau oleh rakan@prtn, 2000rpm dh perform oppose iafm lama,3k rpm br perform coz nearly 90 percent of torque available at 2k rpm. Kalah ngan cps tang hp ajek. Town driving,ttp best iafm+.
    Tgh tggu exora fl, kata pkai cvt,mesti pkai 32bit ecu coz ada bcm advance. Klu pkai 32bit ecu,mesti tuning lain n cvt hanya max hp @ 6k rpm, cps 6.5k rpm.
    Saya rasa hp berkurang klu nak letak pd rpm 5750, mgkin dlm 115-120hp ajek, tp yg penting torque.
    Manale tau kot2 torque 160nm@4k rpm. Tp mcm mustahil ajek. Tggu n lihat. Rasa cam mustahil pkai 4at coz saga pun pkai cvt, xkan exo pkai 4at lama.

    • tapi p321a tu nnti bukan ke guna campro 1.6 iafm+ gak?
      tak berat ke nak angkat body kete tu?

      • wpun campro cps 125hp masih ok lg drpd jetta yg cc 2.0 tp 115hp je

      • jetta spec

        2.0l
        1272kg
        115hp
        170nm peak 4k rpm
        century sprint: 10.3 second

        spec jetta utk hp mmg tak memuaskan tapi torque agak tinggi dan century sprint bleh dpt 10.3 saat. agak baik utk sebuah kereta yg besar. bagi aku hp ni tak penting sbb hp lebih kpd maksimum laju yg boleh dicapai. tapi torque dan graph torque tu yg penting utk penjimatan minyak dan acceleration dlm bandar.

        kalo p321a boleh dpt nilai torque yg memuaskan mmg best la.

  16. sebenarnye dah launch belum hari nie,macam senyap jek,tak sabar nak tgk live nie..

  17. sorry my bad, slh kira, myvi 1.3 14.6km/l
    so, myvi 1.5 11.6km/l, tolak 1.3km

    100/11.6km = 8.62 liter/100km.
    Still xjimat mana. Waja saya,klu org umah bwk,average 9l/100km coz dia kaki speeding gak, saya dpt dlm 8.5 ke 9l/100km.
    So, xdalah jimat mana pun. Tipah tertipu lg.

    • aku update aku punya fc , waja ev 1.6 (A) dulu 9.xl/km all time even masa cuti sekolah pun tp skrg bole dapat 12.7km/l atau 7.87l/100km. tayar 16″ , waktu pegi tak jam, waktu balik tetap jam..harap ms dh buka sekolah bole la dpt dlm 10.x km/l huhu

  18. klu flx 1.3, mixed driving dlm 7.6l/100km, 1.6 dlm 8.6l/100km lebih kurang. So, lebih kurang myvi jek, klu lebih pun,ckit ajek. Banding rega n boot space, cnfirm flx 1.6 menang, performance pun menang.
    Mana bro gforce yek, myvi 1.5 auto 12.49 saat, flx 1.6 12 saat. Nak banding 1.5 ngan 1.2 savvy, meh plak banding 1.6 flx auto ngan myvi 1.5 auto. Kena ingat, flx berat 100 kg dr myvi, tp lg laju dr myvi. Pelik,bukan ke sepatutnya myvi lebih ringan, sepatutnya lebih laju, siap ada DVVT tuh.

    • hp dan torque 1.6 flx lebih besar dr myvi 1.5, torque curve 1.6flx lebih tinggi banding dgn myvi 1.5, pecutan bergantung kpd torque enjin, hp pula untuk dapat atau maintain top speed, hp yg tinggi dpt atasi drag udara dan tayar,
      gear ratio jg pentng, cvt lebih efficent banding dgn 4 speed auto, cvt x de shift shock yg blh slow down acceleration

  19. apa2 hal flx lg best lebih praktikal dan ekonomi..tapi masih jarang nampak kat atas jalan nape ye..

    • diorg tggu proton kuar keta ev/reev kot hehe

    • flx adeee, sebab newer registration still carried by FL model due to promotion and thee are some FL left over.

      FLX does make way to customers. FLX SE is a good offering from proton i believe this will be a seller.
      somehow price is the final analysis as a determination factor for the customer. so we hope proton car is cheerfully affordable to own.

    • sebenarnya bukan jarang. Pasal susah nak beza fl ngan flx. FLX belambak sebenarnya…

  20. proton buat kereta saga utk kereta murah,tapi aku tgk dh nk sama ngan pesona segmennya. bezanya cuma saiz shj. dh nama kereta murah, buat so so sudahlah asalkan teknologi tip top. ini nanti org keliru nk beli persona ka saga.

  21. Maklumat yang saya terima dari sumber dalaman,Exora turbo ni akan dilancarkan pada 15/12/2011..
    Wallahuallam..

  22. saya puji marketing p2,pndai main figure klu nk tnjuk improvement. Cntoh myvi 1.5 century sprint, nk nampak sub 10 saat, pkai figure 9.98 saat. 0.02 saat tuh klu ukur ngan kete 10 saat century sprint, xnampak beza,kena pkai photo finish. Ssh nk achieve 9.98, saya yakin ramai user hanya bleh dpt 10++ saat.
    Mcm fc jugak, pkai figure besar km/l. Cntoh, 14km/l dgan 15.4km/liter dh consider besar. Tp klu pkai l/100km, nampak kecik ckit.
    Itu kdg2 prtn punya marketing kena blaja. Klu flx ni depa letak 11.98 saat, nampak powerkan,mcm jauh jek dr myvi 1.5 punya performance.

    • bos marketing p1 pun sekarang dari p2..
      ekeke…pusing2..orang same aje..p1 ke p2 ,p2 ke p1..

      • bkn ke proton appoint chaku ke ape ntah nama dr coca cola marketing? Dia org perodua ke dl? Sorry tanya, nak tau info. Tq.

      • john doody chacko ni dr p2 ke? erkkk..

      • chacko dulu x coca cola…mungkin yg sebelum dia kot org p2.. harap dia bawa la perubahan drastik…

      • rasa yg omputeh tu marketing yg p2 tu bos edar…… coz bab sales and marketing lain2 department… marketing nie kene creative… sales kene cari pelanggan….. aku rasa mcm tu r…

    • takpe… yang penting jujur… ade keberkatannya… hehehe…

  23. utk new myvi,aku dgr sndri p2 engineer ckp tuning R&H 1.3 n 1.5 pn tak sama sbnrnya. 1.5 bias ke more stblity n firm ride. tak salah aku swift sbg bnchmark..

    • swift benchmark? seriously? aku tak test drive lagi. tapi cam mustahil dalam kalahkan swift..

    • sama aje tuning 1.3 n 1.5 myvi. Dah ada dlm post sblm nih,journalist dah tanya, autoinsidermalaysia,bukan sorg, tp 3 engineer jwb. Aku xtaulah nk panggil tuning@aper, yg aku tau,myvi br cume tkr vendor absorber dpn ajer. Dulu dua2 apm, ni dpn kayaba, blakag apm. Panggil tuning ke tuh? Klu tuning, tkr setup absorber atleast, anto jek kat apm, bkn apm xleh buat. Prtn bleh buat, suh apm tkr rebound setting n stiffen ckit shock dia.

  24. exora yang dalam gambar ni tiada slot fog lamp di bumper depan?
    engineer proton lupa nk tebuk lubang ka?
    sengal ler….

  25. Penggunaan rim dan tayar bagi sesebuah kereta juga ada hadnya. jangan pula hanya mahu nampak cantik dan macam kereta lumba, tukar rim dan tayar melebihi had sebenar.

    kemalangan berlaku banyak yang disebabkan penggunaan rim dan tayar yang salah!!

  26. apela pasal fog lamp pun nak gaduh..x dewasa tul…

  27. Saga FLX SE ni, 1.6manual ada tak? harapnya spec barang accessory semua sama macam CVT model.

    • takda manual 1.6 FLX ni, Proton pandang rendah orang pakai Manual saja.

      • if you look at the handbook in the glove box of the flx, flip through, there is a detail specification of getreg 5 speed for 1.6. its a total different rationing from the getrag 1.3. so thats mean 1.6 iwill be mated with 5 speed manual box besides cvt.

        its just that we cant confirm it until the launched of the SE

      • bukan proton je.. hampir semua pengeluar kete dah mcm tu.. tgk evolusi trans auto dah mcm2 ada… nih dah ada dgr cite CVT 12speed.. entah apa yg nk dibuktikan.. sales kete auto pun jauh lebih baik compare manual.. mungkin ini sebabnya kot.. cuba tanya saleman P1 @ P2.. memang ini la realitinya.. ramai cari auto

  28. Off topic:

    Jualan Myvi LB bulan lepas tinggi semacam, 10k unit tu. http://cbt.com.my/top-10-car-sales-figures
    Tapi mungkin demand tinggi sebab sales Myvi KB menurun sebelum pelancaran LB.
    Kenapa sales FLX kurang, sedangkan harga jauh lebih murah.
    Nampaknya pembeli lebih cenderung kepada Miyabi.
    Marketing Proton memang ada kekurangan, kemungkinan besar ramai pembeli tak sedar kewujudan FLX dan pembaharuan yang ada pada model ini.
    Proton perlu lakukan sesuatu.

    • Myvi Lb siap ada lagu tema lagi… proton? buat kete.. siap.. lunch.. jual spt biasa… letak iklan kt kaki newspaper sikit.. ok sudah…. tgu model baru pulak.. padahal banyak bebenor benda yg boleh dijadikan modal marketing kete proton nih…

      • harap masa launch persona r ada buat teaser kat paper, kereta black out tapi biarkan lampu DRL hidup, iklan kat paper gn font yang jelas dan unik utk highlight spec mcm saiz but, airbags, safety rating,fc, ikon model pun kena nampak cool supaya pembeli muda berminat

    • sbb myvi 1.6 br keluar stok, walaupun lancar bulan 8 tapi stok blm ada lg, sama juga masa myvi 1.3 br keluar, naik mendadak tapi lepas tu normal semula,
      bnyk penguna myvi baru adalah wanita muda, graduate universiti pun bnyk wanita, jd mmg myvi jd pilihan,namapaknya kuasa membeli kaum wanita lebih tinggi banding dgn kaum lelaki

  29. stuju,marketing prtn satu hal, mentaliti rakyat malaysia satu hal, perodua bijak pun satu hal. Xpasti plak lines myvi dpt kuar sampai 10k unit sebulan, kcuali ada stock pile byk2. Tp taktik itu harus di puji coz menunjukkan, walupun akhir tahun, myvi mcm goreng pisang panas walupun kebiasaannya sale semakin menurun pada akhir tahun coz org xnak rugi beli kete akhir2 tahun. Secara xlangsung, menarik minat ramai potential buyer yg tggu tahun dpn, beli thn ni jgk.
    Mmg xdinafikan myvi lg laku dr saga, ini kes preferance (org xkisah spend lebih utk kete kecik coz made in japan by malaysian), phobia pada proton, anti gov otomatik tetiba jadi anti prtn🙂 n etc, yg penting bagaimana pihak marketing perodua memanipulasikan figure(bukan tipu figure, tapi mcm tahan stock@kuarkan myvi lg best byk2 sblm launch coz senang nak manipulate sales), xkisahlah walubagaimana cara sekalipun, tp wa tabik marketing diaorg.
    Tgk brochure myvi lg best, lg power lg best, banding ngan flx n flx se, ada nampak beza x cara diaorg nyampaikan dlm brochure?
    Retractable steering pun cite dlm brochure walupun menda tuh dh jd syarat wajib, so xperlu nk cite, tp ttp cite coz nampak cam safety bgs. Itu strategy. Proton, walupun dr zaman waja sampaila ler ni, ckitpun xcite. So,byk loop hole dilihat dlm marketing prtn. Please, wake up marketing team, if u want to go global, marketing also must be global.

    • myvi punye production mmg lebih 10k sebulan.. n ade ura2 ckp nk kurangkan ke 8k sebulan utk myvi baru utk jage kualiti, tp x jd. kualiti tetap dijaga.. pekeje perodua sndiri yg gtau.. kalo salah xtau la.. wallahuaklam

      • ko bacalah komen aku dr mula sampai abis. Aku puji marketing p2. Yg aku tahu dlm official md p2 statement sblm ni, production capacity 8k jek sebulan. Tp xkisahlah, yg penting,aku nk pointkan yg marketing p2 bgs, prtn punya marketing kena lebih proaktif dan blaja jat mana kesilapan diorang.

  30. aku hrp,masa launch p321a nanti,prtn buat dokumentari khas pembikinan dia,dlm masa sama,selitkan sekali sume kete prtn yg lain,start dr saga blm, exora, neo. Terangkan aper dia ride n handling, tunjuk demo dr saga blm sampailah p321a, ala mcm video featuring fairus fauzy tuh. Tp selain slalom, tunjuklah camne right n handling bleh bantu ketika emergency mcm ngelak barrier kat depan masa ari ujan, tp masih bleh control kete walupun xda esp, tnjuk video kat trek live, jgn wat simulator mcm iklan coz xnampak real, nanti org ckp ala, cgi, bukan real.
    Tunjuk crash test, selit2lah crash test kete lain gak. Tunjuk kat mana diaorg test kete,dlm salji,kat uk, kat japan n mana2 lglah yg hnt test.
    Tnjuk powertrain dpt,kat prtn n lotus, camne tuning n test enjin sampai ekzos merah, test reliability enjin kat luar,cite serba sedikit,camne power dia@target dia, fc n meeting euro berapa emmision.
    Pastug cite pasal design, design philosophy, camne design nak meet engineering demand termasuk menerangjan pasal design xsemudah disangka coz segala aspek perlu di kaji mahupun nak buat sebutir steering.
    Byk lg nak tulis, tp dh letih menaip.
    Harap2 pihak proton amik perhatian. Buat 4 episod, cam slot 1 cite pasal p321a n powertrain, slot kedua p321a n ride n handling, slot 3 p321a n design(bgtau rakyat malaysia yg gen2 n neo di pen down oleh lotus design, slot ke 4, p321a n safety2 dlm kete prtn n bleh cite psl bcm gak.cari slot mlm minggu,slot khas lepas berita. Ala,kautimlah ngan rtm@tv3,xkan xnak bantu kete kebangsaan kot.
    Itu harapn saya jelah, tapi saya meletakkan harapan tinggi agar jd kenyataan. Jgn plak lupe letak tarikh, tv mana, jam berapa dokumentari tuh kat iklan tv@suratkhabar p321a.
    Pastu masa merdeka tahun depan, replay jek dokumentari tuh one shot, yg sbenarnya 4 slot tuh 1 dokumentari aje,tp dipecahkan jd empat. Atleast membara smula semangat merdeka tgk bgaimana anak watan pada zaman moden, bukan berjuang ngan senjata,tapi dengan kepakaran n teknologi dgn negara luar.

    Negaraku, malaysia.

  31. pastu,dalam dokumentari, jgn lupe selit video s2000, neo group n rally aprc, asian max 1600 dulu prtn menang, pastu mss at sepang tahun ni yg prtn menang, exora reev, saga ev, persona reev (jgn lupe gak tyg ngan kete mana neo s2000 berlawan, neo group n, asian max 1600 yg neo r3 mng lwn kete2 ksayangan rakyat malaysia, mss sepang yg neo n gen2 r3 menang tunjuk gak kete2 mana yg kalah,i mean tunjuk video tgh starting@ tgh race yg neo dikelilingi byk kete idaman malaya), sume award yg kete2 prtn dapt dr slurh dunia, dr dulu, sampailah sekarang, lebih2 lg exora,byk mng award kat asia. Jgn lupa award saga blm n persona gak. Savvypun jgn lupa, byk gak menang walupun org msia kutuk.
    Bukan aper, nak info kat rakyat msia, jgn perlekeh kete msia, mmg belum on par lg,tp on da way, tggu. Lgpun, ramai gak xtau kejayaan prtn, award prtn dpt.

    N dokumentari ni, bukan sahaja utk rakyat masia, bleh kasi discovery channel, tnjukkan mcmmana prtn dulu n sekarang, org luarpun perlu tau apa kejayaan prtn n award2 prtn penah dpt.

    Ini sebahagian dr marketing, klu nk best lg, masuk market us, tangkap artis paling popular diaorang, jd ambasador@pkai kete prtn, cnfirm meletup mcm kes prius, xperlu sponsor pun, cameron diaz beli sendiri prius, pastu sume artis lain ikut, n of course,peminat fanatik diaorg akan ikut coz diaorg ni trendsetter.
    Hrp2 chacko n team marketing prtn dpt dgr komen aku yg xdalah hebat mana, tp mgkin bleh dipertimbangkan, spend lebih utk marketing utk p321a.
    Ataupun sponsor kete utk filem2 yg rasanya akan boom. Tgklah transformet, xpasal2 camaro dh jd bumble bee, siap org pggil warba kuning bumble bee, hebat pengaruh citekan.

    • the selling point of myvi is FC.
      so saga FLX cvt which is also good in FC , but no body knows.

      people are un aware of what is FLX. no idea at all, except forum members here.

      so im very much agree with mat. people need a good massage, the art of massaging should be applied, the massage that reached everybody, touch their heart with cherish and laughter.
      but the piont is how to tell people that now proton FLX is good at FC.

      • kuar gambar tunjuk driver dlm flx dlm jem dlm keta…dlm hati dia kata : abis la minyak aku…jem ni…stesyen minyak plak 2 km lg..adusssss…sempat ke takk ni?..pastu tgk lg kat fuel metre…pastu camera tunjuk kat blkg saga tu ada myvi dh berenti sbb minyak dh habis, dia restart keta mmg tak bole…sambil mulut kumat-kamit sumpah2……saga tu terus jalan sampai tiba di stesyen minyak..pastu kuar tag…”flx..not only smooth but it’s a fuel saver” hehe contoh iklan..

  32. aku nak tanya, apa beza saga FLX dgn saga FL?

    • ado tigo nok royak ko mung…

      nombo satu,
      kem profail dio lain sikik, pah tu 32 bit ecu. respong comey.

      nombo dwo
      saspensen. .roll ba besa sikik, spring kerah sikik. kona sedak laa,,,tapi tok mlopak -lopak mecey sprieng spok.

      nombo tigo.
      gia -bok hok lain, namo dio cvt continiuhli veriebo traanmisyen.
      dia buwi over draih lebih. jimak minyok laaa. RPM dio rilek sikik.

      kalu rugpho tu samo jah,,cumo ado tepek hurok FLX ppungong dio.
      demo keno tera teh, barghu tau.
      demo gi laa teh, barghu bulih bezo. semuuuh, sedak RPM rendooooh jah.
      jjupo demo kak proton eda deh. demo dok mmano lo ni?

      (kawe raso demo tahu doh niiii, saja nok tanyo pulok)
      sudoh garu
      gata pulok
      sudoh tahu
      tanyo pulok.

      hehehe, jangey ambik ati,,,kawe slorogho jah tuuu.
      maah zahey bating.

      • haha. lawak mu. tu yg aku nk highlight, tak semua org tau FL dgn FLX. lg2 kalau bab technical tu.
        saga FLX ada yg gear manual jugak. cuma proton highlight the main improvement FLX ni adalah gear CVT ja.

  33. baru ni, aku jumpa exora tngh diuji lagi, guna nimbor plat yg bese guna utk r&d la,,, pergh.. laju giler… ada sebijik honda civic ek kot yg try kejar… exora tu senyap je bunyinya… ek tu punya bising.. lebih 140km/h diorang drive… masa tu drive 100km/h… nampak exora tu laju giler potong… agak2 top speed exora baru ni berapa ea? kalo yg turbo r

  34. *off topic ye..
    Proton sedang bangunkan SUV 4×4? ada apa2 inf0 tentang ni?
    http://us.oto.detik.com/read/2011/11/20/124016/1771293/1207/proton-siapkan-sebuah-suv-4×4

  35. aku bkn sorg yg bias, sbb tuh slalu aku ckp, credit shud be given when its due. Bile aku puji p2 punya marketing n kritik prtn punya marketing, kena thumb down, ahaks🙂.
    Xkisahpun, yg penting aku nk prtn maju. Weakest link masih lg marketing. Masih xsampai kat org yg xminat automotif mcm geng2 kat sini.
    Walupun ramai org luar xphm automotif, tp diaorg tau perkataan dvvt sama ngan vvti, kdg2 ada gak yg ckp sama ngan vtec(walupun lain), abs, ebdlah, airbaglah(walupun diaorg xtau aper fungsi menda tuh n camne berfungsi), yg penting diaorg ingat dvvt jimat, abs n etc safety.
    Maksudnya aper yg perodua wat marketing berjaya. Ramai owner iafm enjin masih ingat enjin diaorg campro lama,walupun ada iafm.
    Klu wat iklan, highlightkan menda tuh,tunjuk perkataan beso2, bio nampak, n tunjukalah ckit camne iafm tuh berfungsi, cps berfungsi, cfe berfungsi, cvt berfungsi.
    Suka ngan iklan flash epic saga, tp hanya dlm internet ajek,patut tnjuk kat tv. Tp diaorng lupa nak wat flash utk enjin,patut kena buat.
    Mmglahlah klu ikutkan klu gabung sume,wat iklan tv jd lama, tp bleh jek wat selang seli.
    Ramai lg xtau kewujudan flx n jugak prtn dh pkai gbox cvt n manual getrag.
    Harap2, p321a nih nanti, buat cam masa exora dulu, bg journalist test drive lebih awal n long test drive, highway, jln bando, naik genting supaya dpt journalist tulis komen lebih awal n bglah release test drive report awal. Prtn pun bleh jdkan ia sbagai satu exercise,maksudnya komen journalist,klu ada weakness,bleh diimprovekan. Mcm exora dulu, ada komen gb kickdown lambat(paultan), so exora dh auto diadjust kasi sensitive ckit throttle. Ada yg ckp feedback steering terlalu tinggi,so,dibimbangi nanti balik kampung,jln teruk akan rasa penat drive. Prtn dh rectify kasi kurang ckit. Tp bile org uk test, dia rasa numb lah pulak, maybe coz jln diaorg cantik,so,perlu tambah lg feedback. Lain tempat, lain preferance.
    Pasal p321a pkai iafm plus tkt underpower coz lg berat,saya rasa xda msalah ngat janji torque cukup. Ala, mcm rasa bwk iafm plus 1.3 flx, dh xda rasa underpwr dh. Mcm buh enjin 1.5. Mmg klu buh p321a iafm plus, xdalah sepower flx se nih coz flx se ni lg ringan, tp rasanya mgkin rasa mcm flx 1.3 kot, not bad lah.
    Tp yg info saya dpt, klu org bleh trime altis 1.6, civic 1.6(kat singapore ada), elantra/avante@forte 1.6, xda masalah utk trime p321a iafm plus. P321a lg ringan dr exora, pkai gb cvt, torque sama ngan cps pd exora n sampai lebih awal dr cps. Klu exora kira2 ok jek@cukup2 jek power dia, so, p321a, semestinya lg baik.
    Tp of course, nk best, amik cfelah.
    Tp cps n cvt masih lg jd persoalan, klu prtn dpt adjust cps ngan cvt n meet euro 5@6, lebih baik pkai cps + cvt jek.
    Aper2,kita tggu jek launch exo fl, smoga sume persoalan terjawab.

    • kdg2 pelik gak org suka bndg century sprint (0-100km/h) tapi berapa kali sgt nk pecut dr standstill? klu tgk real world scene jrg sgt org terus tekan pedal sampai lantai dari berhenti…biasa tekan mcm biasa je..mgkn diorg nk kata klu century sprint ok, klu drive ms real world pun ok..worst case..15sec kot..tp takde lak pernh aku tgk keta slow gila sampai tertinggal jauh ke blkg dr berhenti..lain la driver sendiri yg mmg taknak tekan pedal…pun takde lak keta sampai tak lepas kuar simpg sbb slow sgt…huhu

    • tipikal org msia

      vvt/vvti/dual vvti/dvvt- jimat minyak dan fast response

      Vtec/i-Vtec/MIVEC – enjin powerful

      campro – low tech engine, masih pakai timing belt, sluggish, bunyi kuat mengaum dan tak jimat minyak.

      mmg betullah bro, proton kena ubah persepsi org kt enjin campro walaupun pengubahsuaian enjin ni dah dibuat. Sebab org masih skeptikal dan terbayang2 enjin Gen-2 2004 bila disebut campro. Kalau CPS tu, mmg org jarang nak bash.

  36. tp paling best bile jumpe geng2 kete vtec, asyik2 ckp vtec bukak, vtec bukak. Pastu ada yg ingat enjin vtec bentuk v. Lawak gak bile dgr, tp yg penting,marketing honda berjaya menyerap dlm hati diaorg, sama gak ngan vvti. Rasanya xpenah plak honda@toyota guna vtec n vvti mng f1 ker, rally ke,@ lemans ke, gt mgkin kot,tp japan gt je kot. Mgkinlah ada skali dua kot, tp bknlah sampai jd iconic sbb menang race.
    Tp yg penting,marketing mmg power.klu x, xdalah sampai orm msia giler2kan vtec n vvti. Bkn msia jek,sluruh dunia.🙂,klu toyota,mgkin lotus ada jugak mempopularkan enjin diaorg.

  37. off topic**

    bro2 and kawan2 seforum sekalian,

    sy nk mintak pandangan sikit.. sy suke elemen2 mewah yg ade pd Waja CPS (gated gear,auto light level, auto-fold side mirror, HID lamp & etc) + waja nie berat n buat die jd stabil..laju pun tak gegar..dlm mse yg sme sy suke saga 1.6 flx nie sbb design yg fresh, baru n paling penting CVT..tp bg sy waja nie walopun da lme tp design die xmessy, simple, fresh n nmpk tegap jgak..sy dilema nk beli sama ada waja CPS 2nd hand atau Saga 1.6 flx nie..kalo sy mmg nk beli waja dgn harapan dpt masuk CVT dlm waja..haha..

    pd pandangan bro2 yg bijak tntg automotif nie, yg mne bro2 pilih?..boleh tak bro bg comparison figure dr segi teknikal waja CPS 4 AT vs Saga Iafm+ CVT?

    *Suka Waja CPS kaler Blue Agate..nmpk besar..hehe🙂 *

    • *waja memang best, lagi2 masa drive kat highway, laju, stabil, R&H pun best! (kata pemandu PDRM, hehe~)

      • ayah saya guna waja campro n sy pernah drive n tahu mcmane feel drive kat hiway guna waja..ternyata berbeza bwk jentera Proton neh..n alhamdulillah sejak 26 Julai 2006 dpt kete xpernah ade ape2 masalah besar even power window masih berfungsi keempat2nye dgn lancar smpi skang..hehe..tp lepas sy tunjuk kat ayah sy gmbr exora turbo n spesifikasi yg bro2 bgtau, ayah sy nk trade in waja tu dgn exora turbo..insyaAllah amek versi PRIME kalo ade..kalo xde amek cfe pn memadai..syg plak dgn waja tu..sbb tu sy nk beli waja CPS..tp keputusan sy digugat dgn kehadiran saga 1.6 flx nie..hahah..confuse neh~

    • Itu saya setuju, saya dah pakai waja sejak tahun 2004, kereta ni mmg special dari segi rekabentuk dan endurance dia, bawak laju jgn cakap setakat 190 tu dah biasa… tak pernah takut, stabil aje… cumanye dia ada legend dgn masalah power window, hehehe… tapi pada saya minor je tu.. yang penting mmg puas pakai kereta ni.. sekarang milage dah 230k, tak de problem langsung walaupun bawak lenjan kat sepang..

    • Aku pakai waja cps auto skrg. dari segi kualiti “materials” dan spec., mmg waja CPS ni jauh lebih baik dari Saga dan mungkin juga persona. tapi design interior dia dah menunjukkan umurnya. Kadang-kala bila aku pergi servis kereta waja aku, park sebelah persona dan saga, aku dapat merasakan design waja walaupun cantik tapi dah nampak tua.:P

      Cuma aku dapat merasakan saga 1.6+CVT mungkin lebih baik dari segi performance, engine refinement dan responds. nanti aku nak gak test drive nak banding dgn waja cps aku.

      • tp bg sy interior waja masih fresh compare to interior saga n persona..mungkin faktor kemasan kulit yg wat die nmpk fresh n mewah..bg sy la..hehe..tp ntah nape hati nie berat pertimbangan kpd waja la..sy xkesah 2nd hand janji condition mseh baik..heheh

      • waja cps auto mcmna prestasi dia, ak teringin jugak nak pakai kereta ni.

      • kalau nak citer prestasi auto 4 speed ni, paham2 jelah. tapi taklah teruk sangat prestasinya. gear auto pun takde terasa senggut bila gear bertukar. mmg smooth. kalau nak best, pakai manual.

    • bagi saya, proton waja mula dihasilkan pada tahun 2000, walaupun upgrade dgn enjin cps dan HID light, pada asasnya ia model tahun 2000, dr segi enjin dan suspension rasanya x de banyak beza dgn proton saga fl, tapi kalau dilihat dr segi safety, saga fl lebih baik dr waja, pada tahun 2000 euro NCAP masih baru, x bnyk kereta dpt 5star, penggunaan ultra strengh steel masih baru, proton saga flx dpt 3star sama mcm waja, bagi sy lebih baik ciri keselamatan, dgn 2airbags dan ABS

      • suspensi waja ialah multi link untuk belakang dan saga ialah torsion beam. EuroNCAp sudah lama!!!!!!! dan banyak kereta dari pengeluar sudah mendapat pengiktirafan juga. penggunaan besi yang bertegangan tinggi juga sudah lama digunakan oleh pengeluar kereta dan dari masa ke semasa dipertingkatkan lagi.

      • walau bagaimanapun, sama ada Euroncap, ancap, jpncap… lima bintang atau enam bintang, yang paling penting mesti berhati-hati di jalan raya.

        kereta yg mendapat 5 bintang, bila mengalami kemalangan teruk pun boleh putus dua… dah tengok banyak dengan toyota GOA, honda g-con, bmw, merz punya 5 bintang di euroncap, sama saja.

  38. Waja ni sama level dengan persona r, kalau saga tu kira dah turun level sikit. Baik tunggu je persona r, body shape setanding 3 series. Pasti tak menyesal.

  39. ye la..betol la marketin proton sudah bagus..sy setuju sgt2..nk wat jdkan cite,saya pakai gen2 cps…tutup engine warna merah..bile anto kt servis luar sbb tukar minyak hitam..mekanik tu igat engine tu campro lame,die x boleh beza IAFM dgn CPS…mekanik tu claim die pernah kerja kt RND proton shah alam..die cite pasal engine campro la,gen 2 la.oil sump campro mudah pecah la(tp tu cite lame)…yg aku terkejut pasal die cakap gearbox auto proton gen2 ZF yg wat..die asik kutuk gen 2..saya ckp kt die nie gen2 yg kedua sy pakai sejak 2004 lg…tp mereka saja2 buat2 x PAHAM..sebab melayu yg buat sume nie..LOTUS..brand ape tu..pegi mampus la..aku x pedula pon(kata2 org yg xnak terima kebolehan/kehebatan orang melayu)..proton buat apepom,sgt susah nk ubah mentaliti org mesia..

    tp pada pendapat saya sbb proton x bole maju kt mesia..

    sume pihak telah memainkan peranan yg terbaik tuk menjatuhkan jenama proton…

    kesimpulan:produk proton memang berkualiti setanding dengan jenama lain..

    pada pengamatan saya kenapa jenama proton x boleh nk tawan market tempatan..

    1.kedai spare part asik menburuk buruk jenama proton kepada pembeli part…

    2.pandangan politik:proton adalah inisiatif kerajaan..kebanyakn masya bukan pro kerajaan akan mengutuk usaha kerajaan dlm apepom keadaan termasuk tempias kt proton..

    3.kebanyakan kawan2 saya yg student universiti yg br abis belajar dalam kelompok sastera stream(art dan seantero) xtau ape pasal teknologi dan x kisah langsung pasal teknologi cap melayu proton yg buat…(CPS,IAFM,ABS,EPS,ESP,BA) mereka adalah potential buyer..kebanyakan mereka akan cenderung tuk pilih jenama yg meraka rasakan bagus macam x pernah rosak seperti T dan H(wahhal da byk keta T dan H kena tarik balik)..mereka amik mudah dengan mempercayai keta buatan jepon ori atau japan kilang malaysia adalah keta yg xkan rosak..saya cite apepom pasal mereka..contoh..sy bagitau teknologi CPS lebih kurang dengan teknologi porsche vario cam..mereka gelak gile2..mereka x pecaya langsung…(kalo kite bagi kertas soalan math kt mereka2 ini,math teras spm,add math,calculus,algebra,vector,probability,partial differential equation,math fom 6,math tahun 1,math taun 2,math master..bg mereka xde beza pom)..so mereka igat orang melayu xkan maju..

    4.jurujual perodua x pernah memuji proton kepada saya..mereka asik dok merendah2 proton pada potential buyer..x elok la,mudah rosak la,engine makan minyak la,..saya ade berbual dengan jurujual produa..die tanya sy,keta ape cik pakai..saya cakap gen2 cps..pastu die asik kata gen2 cps mudah rosak power window la..dashb low kualiti la..bunyi bising la…

    p/s:maap kalo tulisan saya ini menganggu emosi sesetengah pihak..t/kasih

    so macam mana nk buat supaya bangsa mesia compident dengan air tangan orang melayu???

    • Saya setuju dgn kenytaan saudara.

      Salesman Perodua adalah yg paling ramai mengutuk Proton walaupun mereka pakai kereta Proton. Salesman Perodua kebanyakan yg saya jumpa memang menipu. Menipu semata2 nak dapatkan sales. Walaupun saya tak kata semuanya menipu, tapi cukuplah bila saya bertemu seorang salesman Perodua yang mengatakan Persona lebih besar daripada Alza.

      Ini ialah isu sentimen dan persepsi. Selagi rakyat Malaysia merasakan Toyota/Honda di Malaysia adalah model terbaik utk nilai yg mereka bayar, Proton akan terus dirasakan tidak berkualiti. Paling parah jika Proton dilabel sebagai jenama kereta murah.

      Bro,

      Kawan2 saya, ramai yang sanggup meredah kedai halfcut mencari spare part kereta mereka. Its ok kalau mereka cari enjin halfcut, dashboard. Tapi bayangkan kalau mereka cari halfcut brake, suspension? Jenuh dah saya tanya, kenapa tak cari brake yg baru sahaja? Jawapannya mudah, mereka nak yg origin from Japan. (Walaupun barang tersebut dah masuk 15tahun, berkarat, dan belum pasti ia well function atau tidak)

      Isu brg halfcut ni bukan saya nak kecam. Tapi kita lihat bagaimana mereka sangat percaya/yakin dgn barang jepun ni walaupun ia sebenarnya dah berstatus ‘besi buruk’. Lihatlah keyakinan mereka terhadap jenama Honda EK9 atau Toyota AE86.

      Ada juga kawan saya yg mendakwa Civic Type R dah ditamatkan pengeluaran kerana terlalu ‘Power’. Kenyataan yang membuatkan saya ketawa. Tapi tahukah anda, saya hanya ketawa sorang2. Kerana kawan2 yg lain amat percaya dengan jenama Civic Type R.

      Proton perlu lebih agresif. Biar low profile dan humble. Janji produk Proton dibayar utk prestasi dan praktikaliti bukan dibayar kerana persepsi dan sentimen.

  40. mcm gak geng2 honda sendiri, walupun bkn sume, tp ramai gak meraban, vtec bukaklah, enjin bntuk v lah, vtec beso, vtec kecik n mcm2 lg. Mcm ada member pkai ek at, penah tanya dia,kete camne coz beli 2nd hand. Dia jwb kete tip top, enjin smooth, tp bila naik, pwr window kena guna tgn, ada yg jem, aircond kuar abuk, lock x fungsi, gb auto sengguk2 sentap bdn (mcm rasa sentakan gforce🙂 ), bwk 60 bunyo cam 120.
    Kdg2 terpikir gak coz org bleh trime sume tuh pd kete jepun, tp pd prtn,jgn hrpm sume problem. Kete standard, dh tkr enjin standard skali coz enjin jem(biasalah kete lama), ni nk tkr lg skali coz dh mcm2 bunyi kat enjin halfcut standard yg br jek tukar 2 thn lepas. Br ni dgr2 katanya nk lego.
    Cume itulah mentaliti, susah nk ubah. Xda lg rasa naik kete jepun lama rasa best, cume klu yg br,mmg ler rasa best coz kete mana2 br rasa best.
    Kdg2 rasa bangga bila ada pluang bwk diaorg naik waja campro kosong eden. Smooth ajek, sampai ada yg menanya n puji. Mcm biasa, ada yg tanya tukar enjin lain. Manusia manusia

  41. Dulu aku minat sgt nak ambik waja CPS …yg manual la..hr tu ade keluar sekali Waja R3…tp mahal gilo…
    Masa nak kawin memandangkan org rumah boleh bwk auto je..beli la Civic ET.
    Tp sampai sekarang dok teringat ngan Waja terutamanya handling yg sangat mengujakan bila turun terowong Menora…boleh layan lap dgn tak payah brek langsung.
    Hanya jauhari mengenal manikam….antara kaca dan permata…Waja bukan sebarang org….ia dari Driver to the Driver.

  42. saga blm1.3 power ,aku pernah test dgn myvi1.5 ……myvi pikap ok bila dalam 135km sejam bila saga blm dah cecah meter 140 sejam blm ternyata menunjukan power yg sebenar ,aku tingal myvi 1.5 2tiang jarak lampu,huhuhuhuhuhuhu ada berani gear 4 saga blm aku dapat cecah 185km sejam huhuhuhuhhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s