funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : SAGA FLX 1.6 SE sedang diangkut ke showroom!!!

35 Komen

Ini merupakan petanda besar SAGA FLX 1.6 SE bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Sahabat kita bro Eric Goh aka ericmaxman telah berjaya menangkap gambar ini sekitar Jalan Kuching ke arah Rawang. Arah tujuannya tidak diketahui, tapi yang pasti ini merupakan sesi penghantaran ke showroom sebelum pelancaran rasminya yang dijangka 1hb Disember ini, sempena Hari Pelanggan Proton. Menurut bro Eric, tiada lagi “koyok’ yang melekat pada badan kereta ini, tapi cuma gambar belakang sahaja yang dapat diambil. Terima kasih bro Eric kerana sudi berkongsi gambar ini dengan kita… bro Eric sekarang dah jadi “paparazzi” untuk blog ni, hahaha…😉

* dengar cerita bulan Februari tahun depan Inspira R3 “real R3” akan dilancarkan, tungguuuuuuuuu…. hehehe…🙂

35 thoughts on “SPYSHOTS : SAGA FLX 1.6 SE sedang diangkut ke showroom!!!

  1. yg aku x sbr nk tngok ialah persona R tanpa koyok & dihantar ke showroom…showroom blom buka lg aku dh tggu dpn pintu…klu x sbr jugak,follow trailer smpai showroom…

  2. yeap..treler bawa SAGA FLX SE ni dah dikesan menghantar kereta sejak minggu lepas lagi..lama-lama tengok, warna putih pun mengancam jugak sebenarnya… http://goo.gl/LGpxD

  3. kalau aku beli kereta ni, aku nak tukar lampu belakang dia kepada yg standard je.

    kereta p3-21a takde apa2 info lagi ke? dah nak masuk bulan 12, maksudnya ada 2-3 bulan sebelum launch. tapi kadang-kala proton suka tangguh2.isk

    • tengah tunggu result crash test kot.. tapi design tu dah final, sama je macam dlm gambar baru2 ni

    • bro, ko nak tuka lampu stended? ko bg ak lmpu tu, ak bg ko lampu stended. amcm? hahahah good deal kot.

      • haha..tulah..aku minat standard berbanding lampu ni yg nampak aftermarket..tapi tu kalau aku belilah..hhehe

      • xdehal la, klu ko beli roger ak. hahaha. nnt ko cr la nick ak blk, hahaha. *boleh buat urusniaga kt blog ni, lg 1 terbaik!!

  4. exora bold takde cite ke hehe… dh ngidam nie..

  5. Inspira Real R3. Menarik! Terbaik!

  6. lagi best lagi power killer …. Saga SE 1.6 launch on 1 Dec 2011

  7. kalau aku la beli keta ni aku tambah line sticker hitam / belang harimau mcm saga proton 25th anniversary edition kat shoulder pastu roof kasi hitam jugak. depan pun aku hitamkan jugak bumper kat bawah gril. kat belakang hitamkan bonet kat bhgn plate utk seimbangkan dengan yg depan.

  8. Aku dah book pun.. hahahaha.. terkejut orang proton edar tu.. “awak orang first tanya, orang first test drive, orang first boo..” hahahaha.. InysaAllah kereta ni takkan menghampakan aku.. Huhuhuhu..

    • tahniah la bro, bile dapat keta?

      • dia kata standard sebulan.. mungkin hujung bulan 12 atau awal bulan 1.. yg x tahan tu, “mana awk tau? harga pun tak deliver lagi, spec semua pun masih private and confidential..” berkata beliau sambil menunjukkan surat apa tah tertulis ‘confidential’..

  9. tahniah Proton Edar Sungai Buloh sebab dapat customer yg x menyabor mcm aku.. huhuhu.. harganya RM49,844, dapat interest 3.0%, guna Bank Islam utk graduate.. =)

  10. sejak sebulan lepas aku dah berurusan dgn SA proton lepas dpt maklumat dari funtasticko saga flx 1.6 ni nak kluar..tp mula2 dia ckp tak dpt apa2 berita lagi..sebelum raya haji hari tu dia call aku ckp saga ni confirm kluar..dijangka 24nov..aku trus apply loan under graduate scheme( 0 d/payment)..tp apply loan utk persona B line..alhamduliLLAH loan dah lulus…tadi petang jumpa dia dan aku tanya confirm ke kluar 1 dis ni, dia cakap insya ALLAH confirm sebab dorg dah buat persiapan untuk majlis tu..belon2 hiasan pun dorg dah dpt..

    • harga utk solid white – RM49 449
      fire red – RM49 899

    • Kenapa ye bila proton aje full loan??, common support la sikit .Inspira kureng pasal ni la ‘ala full loan’ + bank rate tinggi. Buyer yg da established malula di label begini.
      Sorry no harm base my experiance 90% proton punye kaki full loan or markup loan.

  11. tu la.. dua hari lepas aku tanya kat wangsa walk, salesman proton dia cakap dia xtau menau pun kete ni akan keluar.. siot jek.. nak abihkan sale 1.3 la kot.. sekali td anta printing album pengantin, terserempak lori anta lete ni kat Taman Wahyu, KL.. Terus berdesup aku ke showroom, tanpa basa basi terus book.. huhuhuhu.. tolong la proton bg kereta ni x menghampakan..

  12. Ada komen kat PT yang banding harga saga 1.6 flx dgn persona, bg sy 49k kalau persona cuma blh dpt Bline auto yg x de airbags dan ABS, kalau nak banding dgn myvi 1.5/ 1.3 baru sesuai

  13. this is trendy. to break conventionality of mass proton.
    yet, no imports having this type of trend.

  14. this is trendy. to break conventionality of mass proton.
    yet, no imports having this type of trend…

  15. pg td sy ada nampak lori pengangkut keta proton,ada 2 sga flx 1.6 warna ptih n mrh b’sama flx 1.3,persona n neo menghala ke manjung…

  16. kalau buat pink version tentu myvi xlaku

  17. insya Allah keta ni tak menghampakan , bedesup kat bandar, stabil kat highway

  18. flx se dah pun dilancarkan smlm kalau x silap…releast kat paper..so bolehla pg showroom tgk dan booking…harga menarik,so sape2 yg sblum ni da booking flx boleh tukar dgn flx se ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s