funtasticko design

http://funtasticko.net

Info mengenai Enjin CFE (Charge Fuel Efficiency)

82 Komen

UPDATE : Di ambil dari www.arenakereta.com

Ini merupakan sedikit data teknikal terkini Enjin CFE (Charge Fuel Efficiency) yang bakal dilancarkan bersama dengan model Exora BOLD tak lama lagi. Enjin ini mempunyai 138hp pada 5000 rpm, tork 205Nm pada 2000-4000rpm. Dari segi penggunaan bahan api pula 8.3liter untuk 100km pada kelajuan 90km/h. Di sini jelas membuktikan enjin CFE ini adalah “torque based” yang lebih menekankan aspek tork yang amat penting bagi sesebuah kenderaan yang membawa penumpang atau beban yang berat. Puncak Kuasa(kuasa maksimum) dihasilkan adalah setanding enjin 1.8N/A tetapi pada kelajuan enjin(RPM) yang lebih rendah. Dengan bantuan CVT ia akan lebih melancarkan daya pecutan enjin ini.

sumber : paultan.org

* macam mana le boleh ada “typo error” kat slide tu, kalau tunjuk kat public tak ke niaya, hahaha… dengar cerita 16hb ni launching, tungguuuuuuuuuuuuu…………….. 🙂

Advertisements

82 thoughts on “Info mengenai Enjin CFE (Charge Fuel Efficiency)

  1. bro campromania,

    bila baca kat paultan ada yg claim exora cps 7.9l/100 km, betul ke? bukan ke 10.++l/100 km…

    • kat slide tu pun nyatakan macam bro ckap tu, tu belum ambil kira faktor CVT lagi…

      • Masalahnya kita punya quote untuk constant 90km/h. Orang lain ikut kaedah lain. So dah tentu yang constant 90km/h akan dapat data yang lebih nampak macam jimat.

  2. aku rasa para pengkritik proton dah nampak point nak bash CFE ni –> FC.

    tapi tork 205Nm tu mmg ngam dgn exora ni..lupakan fc yg hanya berbeza 300ml/100km..enjoy the ride.

  3. pug 5008 pun dpt 7.3l/100 km…. ok la tu 8.2l/100 km…..

    • biasanya pengeluar dia akan setkan tinggi skit berdasarkan average data yg diorg dapat masa testing.. kat brochure pun proton sengaja letak lebih supaya bila normal nye driver, pasti akan achieve data yg diorg provide tu, tapi bergantung pulak dengan gaya pemanduan.. bab fc tu, takde ketara sgt bezanya…nak tau kena test drive la jawabnya, performance memang kalau ikut data ni memang best la, awal2 dah dapat power yang diinginkan

  4. Iskh iskh..fail sungguh la sesiapa yang buat slide ni..
    yang buruk nama proton..
    Quality please….

  5. rsnye penyedia slide ni either nk cpt (smpai xsempat cek, sbb kena present kat bos) or bkn engineer/technician (office staf).. sll brlaku mcm tu kat tmpt kawe.

  6. proton ke yg buat ni? mcm tak je ni. sgt tak professional.

    grammar salah. camparision, torgue, bus’s & lorries buyer?
    graf tunjuk perbandingan 1.6cps, 1.6cfe dgn 2.0na. tapi penerangan membandingkan dgn 1.8na plak. konfius.

    ni mcm salesman proton je yg buat.

    • bila tengok balik macam ada yg xkena je ngan slide ni… kalau sesiapa ada data terkini boleh berkongsi di sini ye, 😉

      • lagi satu kalo ikut slide presentation official proton yg lain takde pun buat perbandingan dgn guna nama terus spt “Toyota Innova” atau “Nissan Grand Livina” tapi lebih kpd “hint” spt “mpv N 1.8 na” atau “mpv T 2.0 na”. mcm membandingkan kereta saga blm dgn kereta lain. slide proton menggunakan “hint” “car v” dan “car m”.

        pendapat aku je la. 🙂

    • saya rasa nh mcm bukan actual slide. Mcm Prime yg mmg bukan actual prime..

  7. konspirasi…. hehe

  8. Dia nak taip Camprorison kot…:-) PPSMI dah dihapuskan, sebab tu lah grammar macam ni.

  9. hahahaha…typo error tuh,,,sepatutnye comparison 🙂

    sebenarnya slide nih diposkan kat fb EOCM ER CREW dan aku buh kat blog aku heheee… yg mana salesman dorang telah menjalani ‘Regional meeting & Exora CFE product training’ kat Primula Beach Resort baru2 nih…belajar selok-belok Exora Bold la tu…. 🙂

    p/s: dari mana blog paultan dapat sumber gambar erk?

  10. sebenarnye ni adalah slide sebenar yg ditunjukkn semasa briefing exora baru kepada para salesman proton. typo tu mmg xdpt dielakkn, human error. tp lepas ni harap2 xde berulang lg la ye.

    rasenye paultan dpt dlu gmbar ni sbb klau kt slide sbnar, bile check source gmbr tu ade kuar link paultan.org. proton sayang bebenor kt paultan ni.

    • ape salahnye klu paultan.org dpt gambo tu dulu ? sama- sama blog kete….asalkan kita sbg pengguna dpt manfaat….aku sokong dua-dua—baik paultan atau funtastico ! Be open minded…skr dah nok masuk 2012 beb.

    • enjin tu dibuat perbandingan antara N/A dgn turbo. mmg berlainan kategori tp klu nk bndg dgn mpv yg kuasa turbo pun berapa je yg ada kat sini. pug 5008, caldina?

      tak kisah sgt pasal tu tapi kat p.t. ramai yg persoalkan fc tu. mcm mana cara utk dptkn nilai tu?

      graf ru tunjuk pada rpm yg rendah (bwh 2000rpm) pun torque yg dihasilkan lbh tinggi drpd enjin N/A 2.0. aku harap mmg tepat lah mcm tu dan pembeli bole je pakai exora kat bndar, klu sesak pun tak risau sbb jimat petrol.

  11. erm rasa figure dalam slide tu macam tak berapa tepat..
    minta sapa2 bagi pencerahan.. tq

  12. kalau guna euro4 fuel mungkin akan dapat fc yang lebih baik

  13. bro campromania, how to email u?

  14. Macam ade sesuatu tak kena dengan manual CFE..

    Btw proton nak kekalkan harga base ngan medium rasanya. Sebab tu mentenkan CPS..

  15. kat sini kata CFE tu Charged Fuel Efficiency, kat paultan tulis Charged Fuel Enhancement. mana satu yang betul ni?

  16. bro mcm pelik je bro translate ayat ni “Enjin CFE ini juga kuasanya hampir menyamai enjin 1.8 N/A tetapi hanya pada kelajuan enjin yang rendah”. xperlu ada perkataan hanya kot.

    sebab ayat asal dia bermaksud lebih kurang mcm ni: Puncak Kuasa(kuasa maksimum) dihasilkan adalah setanding enjin 1.8N/A tetapi pada kelajuan enjin(RPM) yang lebih rendah.

    di atas hanya dipaparkan graf torque, takde tunjuk graf kuasa.

  17. Brochure Rasmi Exora Bold (tapi kecik sgt, x nmpk detail

    http://kizzkazz65.blogspot.com/2011/12/brochure-rasmi-exora-bold.html

  18. cedok komen kat paultan. kalau betul lagi jimat la

    ahmadi says:
    14/12/2011 at 5:20 pm

    i just take a look at Exora Bold brochure, the fuel consumption for Exora CFE CVT 7.8L/100KM.

  19. kalau tengok kat gambar baru atas tu CFE ni ada VVT kat intake, Direct Injection takde pulak cerita kat situ

    • maknanye CFE ni dh Euro4/5 la ni, blh eksport pi europe la nmpknye….

    • CAMPRO CFE ni mmg takde DI cuma VVT je yg ade. Y Family engine kalu proceed baru ada DI.

      • patut le xde bro, tapi dengar2 enjin family y tu belum pasti lagi… harap proton collaborate ngan mitsu la buat new engine, nak best lagi ajak company china sekali joint develop, kos makin kurang, dapat economy of scale

      • y family nak tungu sampai bila …

        dulu cakap 2014, tapi proton punya style mesih delay 1 tahun or more ….

        jangan lupa Euro 6 start 2014 September

      • delay sebab duit xde la tu bro, khazanah xleh nak pam dana

      • Em, thanks bro theking. Saya ternanti-nanti maklumat tepat penggunaan Direct Injection dalam CFE nih. Puas saya cari info pasal DI dan melalui pengamatan saya, Proton perlu kos yang besar (dan masa kajian yg lebih panjang) jika mahu memasukkan DI dalam CFE.

        (Setelah membaca sedikit info pasal TSI VW) Dalam enjin DI, Fuel Injector adalah komponen paling penting. (Mahal pulak tu). Selain cylinder head perlu revise semula utk simulate semburan bahanapi dalm kebuk pembakaran. Air inlet manifold pun kena revise juga. (Kena buat lain gamaknya)

        Walaubagaimanapun, tahniah kepada Proton kerana CFE ni ialah trend enjin masa kini.

      • terlalu lambat tukar DSZ ….haiz

  20. bincang pasal fc.. tp tak de pulak jenis RON apa.. 95 ke 97?

  21. bc komen Kt paul tan….
    Pak Abu says:
    14/12/2011 at 8:36 pm

    Mari kita bash kaw2 p1. Pastikan pembeli sangsi nak beli so depa akan consider beli avanza. Ingat, avanza is toyota. Quality is paramount. Ini apa turbo2 nih? high maintenance. Apa dia? GL lagi save minyak? Laa…. mesti ko salesman nissan

    Sapa yg bash aku semalam fasal cornering avanza teruk? Mangkuk tol. Hoi, setakat dengar review dari kengkawan, mmg bodoh. Org ckp kura2 boleh terbang, hang angguk je, then sembang mcm pakar

    ni la org kta…busuk pya org…hati sudah htam….

    • GL memang save oil …. jangan lupa engine GL ialah engine kosong (xda tech macam vvt iafm cps)

      Avamza cornering is ok …. cause Avanza ialah kereta FR (tapi duduk di belakang nak muntah)

      • Bro CEO,

        GL 1.6 ye memang enjin biasa2 je. 1.8 ada cvtc

        Pada saya Avanza cornering tak ok. Titik graviti tinggi kereta macam nak tergolek. Tapi cmon laa, Avanza ialah van/mpv. Jadi takperlu sampai corner baring.

        p/s: Saya suka drive Toyota GL ayah saya. Kereta FR la katakan. Bila drift rasa nak tanggal gandar belakang. hahaha..

      • berkenaan dgn wak abu tu, biarkanla dgn avanza mungkin die hardcore toyotarian nye org so tok sah gaduh2..so CFE ni kira bagus ape..tork tinggi,kuasa yg banyak dan yg paling penting keselesaan kesemua penumpang..sekuarang2nye takle terhantuk kepala org kat belakang bila kete lalu bumping yg tinggi…nak corner2 yg best je bwk motorla..

    • Pak Abu nih ketinggalan zaman.
      Abg Saleh (upin ipin) pn pakai exora..kekeke

      aVANza baru ni aku ske tgk dashbod & door panel fitting dia, mmg ok.
      kalaulah exora cenggini…kalau la..

      tp bab handling tuh..aVANza bes? lol

  22. one of my friend the sails rep. said its the best proton ever, as already tested the cfe x ora

  23. Kalau baca komen di Paultan, ada yang mula membandingkan Exora CFE dengan Peugeot 5008 dan VW Cross Touran. Malah tak puashati kenapa perbandingan power, ‘torgue’ dan FC dibuat antara GLivina 1.8 dan Innova 2.0..Ini satu peningkatan yang mendadak bagi Exora. Hahaha

    Namun secara peribadi, YA, saya juga membandingkan Exora CFE ini dengan Peugeot 5008. Jika Exora takde panoramic moonroof sekalipun, apa salahnya Exora dipadankan dengan interior putih kuning dan rain sensor seperti yg ada pada Peugeot 5008. Membandingkan Exora CFE dengan GLivina, Alza, Innova adalah sangat kolot pada saya..

    • atleast deorg bandingkan dengan PUG and VW. Company europe lak tuh. Tapi sekali lagi, kan best kalau ada panoramic roof kat exora.

    • offtopic>>

      hahaha ibu mertuaku mmg ske ngn Pug5008 tu.
      aku&wifey dh usha pn kt NAZA.
      interior pug tu kaler itam, aku personally xske.
      tp seat dia mmg bes, ice pn ok, moonroof tu bes.

      skrg tgh promote exora bold..hahaha

  24. berkenaan minyak mahal tu..rasanya nie dari paultan, argument yg aku rasa paling make sense utk difikir ber sama??

    payne says:
    14/12/2011 at 3:02 pm
    Yeah… like the fuel price keep decreasing down these days. a 1.6cc engine that drink 8.3L of fuel per 100km. 1.6cc vs 1.8cc livina and 2.0 innova. wonder which one got the heavier body and frame. plus body & frame toughness. plus everybody knows that town brewed people like to push the pedal the most. so 8.3L per 100km is not a big deal ehhh?

    MoFaz says:
    14/12/2011 at 3:21 pm
    you get the peak torque much earlier in CFE compared to 2.0 Innova, so you don’t have to push the metal too hard anymore to get Exora moving. 8.3L vs 8.0L is only 60cent per 100km. while 1.6 could save RM290 peryear for roadtax compared to 2.0 engine, people who bought Exora could still buy 152L of petrol from roadtax saving and travel about 1800+km with that.

    p/s : kalau ada yg rajin terjemahkan lah..hamba malas hehehe

  25. hmmm mcm biasa la bila msuk bab perbandingan akan kluar la perbandingan yg tak kena tempat.. mcm Myvi vs Persona dulu tu…
    apa-apa lah.. yg penting road tax exora lebih murah…. spare part mudah dan lagi murah…
    P/S; Peugeot 5008 tu kategori SUV kan? mcm mana G.Livina?

  26. pada pandangan aku lah kn… lebih baik dinormalizekn baru wat perbandingan… nie lebih adil… contohnya semua fc dtest @ 90kmh… so senang… pandingkan teknikal ke teknikal tp proton perlu tekankan kekuattan dia … wat benchmark….. contoh dari segi engin dia cfe ke soft turbo ke, vvt ke, safety dia seat belt, break disc dpn blakang, abs, ba, lotus ride n handling, dah tu kelebihan2 lain lagi… pasti gembar… plus saleman pn kena la tau gak benda2 alah nie… jgn dok kencing ja…. kena di ingat ada pembeli yg mmg begitu terpelajar pasal mpv nie … jujur n bcerita kekuatan exo nie pd pbeli….

  27. mcm dah lama aku tengok slide nie…. rasa late 2010 kot….

  28. em,aku ada kemusykilan ngan slide presentation nih, mcm keje org bhagian sales ajek coz katanya sales punya briefing. Bkn apa, coz exora cps, innova n grandlivina pynya fc, xsama yg tercatat dlm brochure@90kmh. Xsilap aku,exora punya bukan 7.9l/100km pd brochure. Aku rasa, ni fc mixed mode 50 city 50 highway, tp bwk @ average 90kmh.
    Tq kizz kazz bg gambo perbezaan gbox coz prasan yg gbox bold tuh, centre console dia mcm dark grey. Rasanya bold h-line xsilap mata memandang mcm warna coklat/silver aircond outlet ring klu zoomkan gambo yg kat cbt tuh. Adakah ni gb m-line? Mgkin jgk gb bold h-line. Nak try usha brochure klu dpt esok. Br bleh tau spec.
    Hrp2 prtn dah standby utk media test yg panjang mcm exo mula2 kuar dl coz bkn saja dpt bg insight secara menyeluruh,tp dpt juga komen pasal fc. Ada prasan x flx se, prtn xda panggil media utk test pun. Mgkin diaorg panggil sekaligus kot,skali ngan exora bold.
    Ini hanya angan ajek, kan bgs klu m-line pkai cvt jugak, xgitu kwn2 🙂

  29. em,aku ada kemusykilan ngan slide presentation nih, mcm keje org bhagian sales ajek coz katanya sales punya briefing. Bkn apa, coz exora cps, innova n grandlivina pynya fc, xsama yg tercatat dlm brochure@90kmh. Xsilap aku,exora punya bukan 7.9l/100km pd brochure. Aku rasa, ni fc mixed mode 50 city 50 highway, tp bwk @ average 90kmh.
    Tq kizz kazz bg gambo perbezaan gbox coz prasan yg gbox bold tuh, centre console dia mcm dark grey. Rasanya bold h-line xsilap mata memandang mcm warna coklat/silver aircond outlet ring klu zoomkan gambo yg kat cbt tuh. Adakah ni gb m-line? Mgkin jgk gb bold h-line. Nak try usha brochure klu dpt esok. Br bleh tau spec.
    Hrp2 prtn dah standby utk media test yg panjang mcm exo mula2 kuar dl coz bkn saja dpt bg insight secara menyeluruh,tp dpt juga komen pasal fc. Ada prasan x flx se, prtn xda panggil media utk test pun. Mgkin diaorg panggil sekaligus kot,skali ngan exora bold.
    Ini hanya angan ajek, kan bgs klu m-line pkai cvt jugak, xgitu kwn2 :-)..

  30. satu lg,klu tgk torque punya chart, secara teorilah, fc xkan jauh beza ngan brochure, sama ada city@highway drive. Klu beza pun ckit coz idling, go n stop situation. Klu dlm bando n highway,aku rasa kebanyakan org kan drive sekitar 2k-3k rpm jek coz ini cvt.
    Sprint pun aku rasa sub 11 saat coz maklumlah, berat gak exo nih, tp rasa ttp bleh beat flx se punya centurty sprint
    aku rasalah, dia saja cut off power@5k rpm coz torque dia dive pada 5k rpm.
    Tp klu dia bg up sikit sampai 5750 rpm, mgkin dpt 151hp.
    Xtaula kot2 simpan utk p321a.

  31. tagline bg exora Bold ni More Power More Style…Space is a Bonus….Lebih Kuasa Lebih Bergaya (x leh guna pkataan “lagi” nant kata ciplak)heeheh

  32. saudara sekalian, off topic sikit,

    please be on a lookout for a silver waja EV WML3220,
    stolen this morning at bukit maluri kepong between 2am to 6.30am on the 15th december 2011(this morning). pls email me at speedmac@gmail.com or call 012-6898212.

    Terima kasih buat pertolongan anda.

  33. official info
    cfe fc 7.8L/100km
    century sprint 13.3 scnd
    max speed 185kmh
    centre console checked cubic, cam warna krom ckit(sejibik gambo gear console bro kizz kazz bg), aircond vent liquid silver, steering leather wrapped.
    Cume keciwa, m-line masih pkai at n mt(tp mt xtau mitsu@getrag,mgkin mitsu kot),
    centre console mline liquid silver, bline platingrau.
    Rim cfe 205/55 r 16.
    Berat cfe 1486 kg, 53kg lg berat dr mline at, sbb 4 wheel abs oppose 2 wheel sblm nih n accessories.
    Esp xda,faktor cost.
    Prime xda info,nanti keep updating. Tgh forward details kat tuan tanah. Nanti tuan tanah akan update…

  34. bro macspeed,bawa bersabar, saya doakan penjenayah dpt ditangkap n kereta dpt dijumpai smula.

  35. Bro campro,
    Apa cerita Wira Biru Engineer India kat R3 Proton VIP tu? Dah serah ke? Hari ni dah 15hb?

  36. Pingback: What is Campro CFE Technology ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s