funtasticko design

http://funtasticko.net

Gambar & Spesifikasi Hyundai ELANTRA MD!!!

28 Komen

SPESIFIKASI ( KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ )

Sementara menantikan info-info atau spyshots terkini dari Proton, ini juga merupakan model baru yang pasti nantikan oleh peminat automotif negara. Hyundai Elantra MD atau dikenali juga sebagai Avante di pasaran global akan dilancarkan tahun hadapan. Model yang berada dalam segment C ini pasti bakal memberi saingan kepada model keluaran Jepun atau Eropah yang berada di pasaran sekarang.

Dijangkakan pelancarannya bakal dilakukan sekitar bulan Januari atau Februari 2012. Model ini merupakan model CKD yang bakal dipasang secara tempatan di kilang Inokom, Kulim. Harga dijangkakan dalam lingkungan RM90, 000 – RM 100, 000 yang lebih tinggi berbanding harga KIA Forte.

Variant yang ditawarkan ialah 1.6 Manual, 1.6 Auto (standard), 1.6 Auto (high spec) & 1.8 Premium. Enjin yang bakal menjana model ini ialah Gamma 1.6MPI (1,591 cc), berkuasa 132ps/6, 300 rpm dengan tork maksimum 16.1kg.m/4, 850 rpm. Bagi variant 1.8 pula menggunakan enjin Nu 1.8 MPI (1, 797 cc), 150hp & 20.0 tork. Tayar bersaiz 205/55/16 & 215/45/17.

Info serta gambar di atas telah diemail oleh salah seorang sahabat kita bro Nadzri Mohamed Yusof. Terima kasih bro kerana sudi berkongsi info & gambar ini. 🙂

28 thoughts on “Gambar & Spesifikasi Hyundai ELANTRA MD!!!

  1. aku rasa keter nie lg smart dalam bentu hatchback

  2. design forte lg better.. design camni cepat buruk..

  3. jap jap.. aku tengok bahagian air cond.. cuma yang 1.8 premium jer std.. makna yang lain tu optional atau takde ker…. kalu kat korea yer sejuk kot.. tp kat sini panas…

  4. Cantik sgt keta nih!! Nk amik lah taun dpn. tp syg x de lampu drl & LED kt blkng (even yg premium.. kalo xsilap aa). Yg lain sume da latest i.e. heated seat, reverse camera etc. kalo ada reverse assist mcm VW/Audi yg ble tlg pakr keta sndri lg awesome!!!

  5. cantik jugak dashboard dia

  6. Saya bukan skeptik. Tapi Sime Darby akan letak harga Hyundai lebih mahal daripada Kia.

    Jika berdasarkan spesifikasi yang diberi kat gambar tu, pada harga sub RM100k, anda boleh dapat Kia Forte 2.0 dgn 6 Airbags.

  7. Apasal model ni left-hand-drive? Mungkin test mule je kot.. tak nampak macam locally assembled version ataupun version untuk pasaran Malaysia..

  8. yg ni pn ada airbag kt tepi gak. heated seat tuh kalo tgk spec yg kt us la. mayb kalo dtg misa dot cooled seat kot.. huhu. tp heated outside mirror utk ape ek??.. hmmm… yg ni ble la nk lwn ngan mazda 3. senyummmmm…..🙂

    • sebab kalau ujan susah nak nmpak side mirror tu, especially kalau kereta blakang tak bukak lampu… kalau heated macam rear windscreen, bleh nmpak jelas.. ada cara yg murah dan jimat.. sapu je rainx kat side mirror tu. haha

  9. msia masuk left hand drive?

  10. Ni nanti badge INOKOM, bukan HYUNDAI kan.

  11. Auto Defog- buang kabus windscreen

  12. dasyat design kereta ni sampai lampu belakang lagi beberapa inci nak jejak kat petrol lid..hehe..mungkin design ni mmg nampak ‘wow’ pada masa skrg..lagi 2-3 tahun mungkin dh nampak tak menarik.

    harap2 sime darby tak downgrade spec bila buat CKD, sekadar 2 airbags dgn abs je..tp interior dia mmg nampak upmarket.

  13. Lampu belakang macam Hyundai Sonata.

  14. apsal nmpak mcm maivi lb je bentuk dpnnye. terus aku rase tak lawa.

  15. Walaupun P231a masih tak menunjukkan wajah sebenar, saye dapat rase Elantra lebih cantik dari P231a….tp ini subjektif sebab saya minat kepada shape kereta curvy2 and airflow…

  16. Boleh siapa tahu mana perginya model 2011/2012 Hyundai Accent (Hyundai Verna)?

    Terima kasih…

  17. bg saya console tengah dashboard tu x cantik nmpk pelik, kereta hyundai design dia tgk sekali cantik tp bile tgk banyak kali design die cepat boring nmpk mcm kena suntik botox, sy lebih prefer design vw walaupun simple tp x jemu mata memandang….

  18. satu lagi pesaing p321a dh mari…makin meriah industri otomotip malaysia ni…harap jd pesaing secra sihat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s