funtasticko design

http://funtasticko.net

INFO : “L” pada CVT bukan gear rendah, sebaliknya adalah “Sport Mode”

43 Komen

Ini info yang saya ingin kongsikan kepada semua, terutama sekali kepada pemilik & bakal pemilik kereta Proton yang menggunakan CVT. Sebenarnya “L” pada CVT tu bukan gear rendah, sebaliknya adalah “Sport Mode”.ย  Dalam mode ini, enjin akan “rev” lebih kurang 20% lebih tinggi berbanding dengan D mode. Throttle akan lebih responsive untuk menambahkan kuasa enjin.

Memandangkan dalam brochure tak di beritahu & ini juga adalah kesilapan pihak Proton sendiri kerana masih letak “L”, sepatutnya letak la “S” (Sport), itu yang lebih afdal. Harap Proton ubah la benda ni untuk P3-21A & tolong la “highlight” kat brochure. Ini dah termasuk sebagai Unique Selling Point. Rugi tak di war-warkan…๐Ÿ™‚

* review test drive Exora BOLD dah keluar kat website automotif, banyak komen yang positif nampaknya…๐Ÿ™‚

43 thoughts on “INFO : “L” pada CVT bukan gear rendah, sebaliknya adalah “Sport Mode”

  1. wah leh wat promote kt org.. ruginye proton x buat.

  2. rasa pemilihan L bagi memudahkan pengguna paham…. L gear rendah untuk memecut atau naik bukit…. lg pn jarang lah org akan masukkan L bila memandu.. nak2 bila ada cvt… tekan jer dia pergi dah….

  3. L tu same ke mcm OD button pd kereta lain? kalu salah tolong tunjukkan =)

  4. yg teman paham kalau L mksd nye guna time nk naik bukit je..tu pun kalau bukit tu terlalu steep.kalau yg bro campro mksd kan tu mcm bleh guna bile2 masa termasuk mase sdg memecut di highway.

    • yup, memang bile2 masa je boleh guna kalau nak extra power… nak guna masa memotong pun boleh, tapi harus diingat bila guna mode L ni minyak pun kuat, normal la tu… gunakan bila perlu sahaja

      L untuk automatic biasa tu memang betul low gear, tapi sistem CVT ni lain sikit, bawah ni contoh2 gear CVT dari jenama lain





  5. rugi la x mention Sport mode tu..
    kete2 conti yg latest sume ada sport mode pd gear dia

  6. well, i do believe they were right to remain the L wording. if any, any words will do but not S..why..

    to change it from L to S (which usually stand for sport mode, sport shift, sportronic etc) seem simple enough, simple sticker. yet bear in mind no matter what we do, whatever bodykits, performance kits etc we put on Exora – it is still a family ride for 7 person. and the word SPORT shouldn’t even ever mention in the same sentence with MPV (exora) in the first place, hence the swearing “crazy daddy” “mommy monster on the loose” “ambulance in disguise” etc we often hear whenever ‘these-kind’ of 1.5 ton juggernaut cruising faster than it should on the tarmac.

    yes, it is sport mode mechanism in there, to boost up the power output of ur engine.. maybe they should considered these instead :

    A – Aggressive mode
    C – CFE-specialty mode (haha this 1 is my fabret, ala M-mode on BMW)
    M – maximum power mode

  7. i think proton takes s mode in a low key, or in a humble way so that people will stick to d and any urgency will only be taken by a blip of a accelerator pedal.

  8. byk lg proton kena blajo ttg marketing!..tang intake VVT tu pun x diwar2 kan…kalo dpt kat kompeni jepun/korea mmg abih laaa penuh but dgn emblem..cth terbaik toyota altis!

  9. nampak x gambo cvt audi tuh yg balut kulit, itu yg aku maksudkan sblm ini, nampak ckit jek,tp impak beso,nampak mewah n sporty,mgkin p322a cvt bleh buat

  10. kiranya L lebih responsif bagi engine kita untuk laju lagi la kan… mungkin proton kekalkan begitu supaya pengguna rasa serasi dgn sistem yang dah biasa dipakai kot.. agaknya lah..
    Kalau-kalau la encik tuan tanah baik hati tolong la design satu brochure altenatif untuk proton, biar diaorg tengok mcm mana key penting diketengahkan oleh seorg peminat tegar. masuk kan kat sini kita sebarkan melalui internet, insyaallah ada kesanya jugak nanti. silap2 diaorg hire bro buat brochure pulak.. lagi cepat la info leak kat sini ye dak??

  11. idea bijak. tuan tanah dah lame terlibat dalam design & automotif. kalo cube ketengahkan apa yg org2 awam nak tau dalm satu2 brochure kereta, bru Proton leh nmpak ape yg patut diorg buat. itupon kalo diorg nmpak laa.๐Ÿ˜‰

  12. D – Deras
    L – Laju tak ingat

  13. bagus juga idea tu…. ada rezki leh dpt contract wat design brosure tuk proton…. plus dlm 2 leh educate org… cnth cerita semua kelebihan2 n point2 proton…

  14. emm.. betul betul tu aku dah test kat bold guna gear L.. mmg melompat2 ketenie… (power bro)

  15. Dikhuatiri jika menggantikan L kepada S, nanti pengguna lenjan je guna “sport mode” tu, walhal tujuan L tu mungkin utk mendapatkan kuasa ketika memotong atau mendaki bukit.
    Maka tiada la lagi penjimatan minyak disini..๐Ÿ™‚

  16. Saya berpandangan berbeza. Benar kata ezracopter. Penggunaan wording ‘Sport Mode’ utk family car macam Exora ni mungkin akan membuatkan pemandu rasa macam drive kereta.

    Tanggapan yang salah mungkin membuatkan Exora ni tak serve sebagai family car. Kalau P321A tu, memang logik guna wording ‘Sport Mode’.

    Sebelum ini, saya cuba bangkitkan presentation pada rupa paras Myvi 1.5 yang ‘agak extreme’. Walaupun dgn enjin lebih besar 1.5, tapi ia masih lagi Myvi.

    Jadi, mode ‘L’ tu wajar dikekalkan dalam Exora. Sebagai family car, presentation perlu mengetengahkan ciri2 family car.

  17. Soalan jujur.

    Kalau L tu bukan untuk low gear, then macam mana nak dapatkan ‘engine braking,’ e.g. masa turun bukit? Ke CVT ni memang boleh auto detect kite tengah turun bukuit?

    Aku sekarang drive auto, so mase turun bukit yang panjang-panjang (turun Genting, contohnye) aku akan shift from D to 3, untuk dapatkan ‘engine braking,’ so takyah ler aku tekan brek sampai berasap macam nak gile.

    Mohon pencerahan =)

    • Saya pun tertanya-tanya soalan yang sama. Bagaimana ia detect kereta berada dalam keadaan downhill untuk activate engine braking..

      ada sensor khas ke?

      • bagi saya senang jer. jangan pijak foot pedal.. Sama la mcm manual ker auto ker. Release foot padel dan biar engine automatik downgear sendiri. Pasal cvt kan perform ikut barapa banyak kite tekan pedal. So kalau kite x tekan, secara automatiknyer gear x kan naik keatas dan semestinya akan down shift.

      • cvt nih,slagi dlm gear, dia mcm getah coz belting sentiasa lekat pada pulley, jrg2 kita main brek utk masuk selekoh ker, coz bila lepas minyak, dia akan jd perlahan dgn cepat berbanding manual@auto.

        Yg aku phmlah dgn pengetahuan yg cetek nih,downhill sensing nih, dia mmg ada sensor khas, cntoh, dia akan tgk pada throttle input n pwr engine, klu x berada pada kelajuan sepatutnya pada jalan flat(lebih laju)@klu kita apply brake, adakah kete semakin laju walupun xtekan minyak, ,maka dia kan detect menda tuh, klu laju,lebih dr sepatutnya yg dicapai,maka maksudnya turun bukitlah.

        Mmg best ada function nih cam invecs 2 kat waja, lebih2 klu bwk jln kampung,laju2 main selekoh,@ turun genting@bukit tinggi dgn laju, rasa cam bwk manual, tp cume ecu ntcu tlg decide turun gear. Tp kadang2, annoying jugak klu bukit tuh bukanlah bukit, tp flyover jek,tp coz detect ada downhill,dia terus kik down gear, almaklumlah artificial intelligence, bukan manusia.

      • Orait, barulah cerah. Terima kasih tuan-tuan. Hehehe.

  18. Patut L tu jadikan K iaitu KERS..
    hohaa…

  19. cvt punch ada downhill sensor yg buat dia rev tinggi utk apply engine braking. Tp klu drop L pun bleh coz dia akan rev 20% higher n dpt engine braking.

  20. cvt punch ada downhill sensor yg buat dia rev tinggi utk apply engine braking. Tp klu drop L pun bleh coz dia akan rev 20% higher n dpt engine braking..

  21. sayangnye cuma xde manual mode mcm inspira.. tambah2 lg paddle shift.. kalo ler ada features2 tu.. fuhh.. confirm feel giler bwk exora bold nie.. mmg leh lupa daratan dibuatnye..

    • mpv tak leh buat gitu bro, sebab ia lebih cenderung kepada family car, biar lebih pada comfort drive… p3-21a nti dengar2 cerita ada paddle shifter, push start button pun ada

  22. L is stands for LAJU…hehehe

  23. nak tanya sikit la pada sape2 yg dah test exora ni. (at least sitting test)๐Ÿ™‚

    kalau tengok gambar, pada 2nd row seat, ada ternampak plastik yg connect back seat dgn bottom seat tu macam obvious sangat terkeluar. benda tu tak mengganggu penumpang yg duduk di 2nd row ke?

    • maksud aku, gambar yg ini:-

      • rajin2kan lah diri bro ke show room… senang terjawab semua persoalan…

      • bro taboogen,

        hehe. niat di hati memang nak pergi. tapi belum berkesempatan. tu yg tanya pada sape2 yg dah test.

        apa jawapan bro berkenaan soalan aku tu?๐Ÿ™‚

  24. ok test driving it.
    first thing cvt is slightly different when its about to move. .a slight delay before the wet clutch engage then after that u will feel the smoothness of the cvt.
    the pedal need a little jab for exora to tap the power, power is almost instant and town cruising is effortless. the need to overtaking the slower traffic is simply instant surge foward.
    relax driving at 100kmh the techo shows 2100rpm. any power on demand its command of yor right foot.

    suspension is comfortable. switch driver sitting at the back during speed , the suspension is comfortable.

    this car sets for family use, but it can be a hard charging when demand.

    the fastest i managed was 120kmh due to the limit of the road condition that day.
    driving exora cfe is overwhelming i can say. its a near european car piece of experience. its no typical japanese peaky powerband mpv. thanks to 2000-4000 flat torque curve from its turbo unit.

    at least my experience from that test, conviced someone to purchase exora cfe

  25. Persoalan: Berdasarkan gambar gear shift di atas..apakah function lubang kotak kecil disebelah kiri..? selain dari fungsi S.A.T button disebelah kanan tu..? t.kasih

  26. dalam manual book lubang kecik tu untuk lock gear

  27. kata saleman aku tempat reset gear shift kalu dia hang,masukan kunci melalui ruang tu…betol ke tidak?

  28. per la korang ni…. “L” tu untuk yg baru belaja amik lesen mandu la… “S” plak kalo nk wat “projek” dlm keta…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s