funtasticko design

http://funtasticko.net

Satria Neo S2000 bakal beraksi di SWRC tahun depan!!!

37 Komen

Ini berita yang pastinya mengujakan kita semua. Proton buat julung kalinya bakal menyertai WRC kategori S2000 tahun depan dengan mempertaruhkan 2 pemandu Per-Gunnar Andersson dan Giandomenico Basso yang akan memandu jentera Satria Neo S2000. Mereka akan beraksi dalam 6 perlumbaan terpilih untuk musim hadapan termasuk di Rali Monte Carlo.

Selain itu Proton juga akan mempertahankan 8 kejuaraannya dalam APRC tahun depan, dengan Per-Gunnar Andersson serta Juara APRC tahun ini, Alister McRae yang juga memandu jentera Satria Neo S2000. Tahun hadapan Proton tidak akan menyertai IRC. Semoga berjaya!!!

* kali ni kalau Proton menang 1 stage dalam SWRC mesti satu kejayaan besar & akan melonjak jenama Proton diperingkat global.

 

37 thoughts on “Satria Neo S2000 bakal beraksi di SWRC tahun depan!!!

  1. Alistair pun nanti drive jugak in swrc on certain race..tapi basso exclusive untuk tarmac…so I assume mcrae akan drive in gravel round…Dan saya budget proton guna 2012 untuk pretest sebelum comeout with a full blown wrc spec car pertengahan/lewat 2012 since wrc kan sekarang guna 1.6 turbo…dan compete full round wrc pada 2013…

    atau pun mungkin hanya wishful thinking saya…

    • boleh la test CFE kalau macam tu… menarik ni

      • bro camp u tak tst lagi ke…whoho ,,memang mengkhayalkan. i did, and intoxcicated by cfe engine now.

      • belum, tengah cari masa sesuai buat short test… lepas tu boleh la buat short review skit..🙂

      • pergi la bro campro. Saya sebenarnya dah ketagih tapi giler aper test drive 2 3 kali . Nanti org kata aku pelik lak.

      • Bukan saja nak test …tapi publicity pun ok jugak kan….brand association …..product global mesti ada global promotion campaign/branding/brandconfidence built up yang power jugak…
        Rasenye untuk paling effective dan murah wrc la..kalau global campaign via media macam kia/hyundai…mau berbillion usd…

    • Kalau enjin CFE tu boleh di-adjust utk supply 300hp, couple dgn Xtrac, then baru Satria Neo jadi full spec wrc car.

      Proton masuk SWRC pun, rival tetap Skoda (Juho Hanninen). (Maklumlah, VW tak bagi Skoda upgrade kpd WRC)

      • technology dari perlumbaan mmg tak di nafikan amat berguna kerana kita boleh menguji parts pada tahap yang paling maksimum… tp kalu nak guna cfe dalam wrc its totally new ball game… seluruh enjin perlu di ubah dari segi material… cuba tengok harga sebiji kereta wrc…terlalu mahal…. wrc lama pun dah 500,000 pound dalam 2.5juta.. tu sebiji..dalam wrc ada 2 kereta.. dah 5 juta… kalu berlaku kemalagan kene ada kereta ganti… gaji engineer, pelumba.. pengangkutan.. etc… so dengan kata lain ia melibatkan modal yg terlalu besar.. takper enjin sekarang pn masih dalam proses penambahbaikan… yang paling penting chasis neo tu setanding dengan kereta swrc atau wrc sendiri.. doakan kejayaan mereka…..

      • Taboogen,

        Masa ni laa nak promote CFE. Semua orang pun tahu enjin perlumbaan tak sama macam enjin normal yg dijual dalam pasaran. Memanglah semua part dalam enjin kena ubah, material, tuning even chassis pun kena revise semula. Cost logistic, spare part, tire dan manpower. Dan ini semua ialah cost yang biasa ditanggung kalau nak masuk mana-mana saingan ralli. Takkan nak masuk ralli takde development cost?

        Saya tak berapa setuju kalau chassis neo dikatakan setanding dengan kereta swrc dan wrc. Sampai sekarang, Neo masih belum mengatasi mana2 kereta kelas Super 2000 ataupun wrc. Dengan Lancer dan Subaru, Ya, Neo telahpun mengatasi. Saya lebih cenderung mengatakan Neo S2000 ada kelebihan bila dipandu dalam track gravel/dirt.

        Lihat bagaimana PG-Anderson dalam IRC Rally Scotland. Hampir kebanyakan Peugeot, Skoda dan Ford yang biasa mendominasi track tarmac ketinggalan dalam track gravel.

        Bila cerita pasal cost, lihat Citroen dan Ford, mereka ada penaja besar (Red Bull dan Abu Dhabi)

        Apepun, saya mengharapkan yang terbaik daripada Protonmotorsport. Sebagai manufacturer/factory based team, inilah pentas yg sesuai utk mengetengahkan ‘the best technology’ yg Proton ada.

        Pendapat saya semata2.

  2. this is from paultan.

    i hope proton basher wil come up with story like its a photoshoping image or what ever creative reason just simply to bash proton, good luck.

    • serius, panel meter dia buruk.. myvi lawa owh.. haha..

      • tu memang la, diorg tak perlu spend banyak untuk R&D, jadi boleh la buat meter canggih2, hahaha… lagi 1 mungkin jugak proton nak meter dia ada identiti, boleh dikatakan ni juga kesinambungan dari Saga FLX nye meter panel… p3-21a pun lebih kurang gini gak…. kalau bro nak tau vendor yg buat meter myvi lb tu sama je ngan p3-21a, Continental AG

      • aku tgk mcm myvi 1st gen jek..ok wat..mcm kete2 toyota..ape masalh?

      • 2 la.. bro campromania sendiri ngaku meter 2 buruk.. mekasihh.. haha.. tp, saya tengok meter satria neo, chun giler bhai.. buat la yang macam 2.. sesuai la ngn harga.. ha, pemulas aircond 2.. macam saga flx… bagi la rupa sikit.. bulat macam gen2@pesona@satria neo ke.. baru la sedap mata memandang..

      • Meter Satria dengan Gen-2 tu macam bra size besar gamaknya….:-)

    • 2400 RPM for 110 see gow good is the car.
      sales men should take this as one of the selling point.
      besides vvt feature, turbo,
      205 NM of pushing power as low as 200rpm is the essence.

      like vw proton does not show off, like having vvt badge or turbo badge.
      the vw supercharger with turbo is only explained by a brief letter TSI.
      for proton so does proton presenting all those features just by having CFE word.

    • Sama macam Persona Elegance. Memang plain dan buruk. Bila backlight on, baru laa cantik sket. Tu pun masih xmemuaskan hati..

      Mungkin Proton boleh tambah corong pada meter cluster macam Honda Jazz, atau macam VW Polo. Waja CPS pun ok.

      Tapi pada saya, memandu Proton bukan semata2 nak tengok meter cluster. Meter semata2 dilihat utk tengok oil gauge. Most of the time saya enjoy ride and handling. Atau ‘how fast I attack this corner’. So, masa tu baru tengok meter. Hahaha

      • tak perlu tu semua kot.. coz 90% of the time prg pandang ke hadapan… for me there is no need for meter cluster coz
        1. distracting user
        2. susah nak baca info kat panel.. terlalu banyak info
        3. cost nak buat meter tu tinggi (org malaysia mampu bayar sikit tapi nak banyak)

        tnyalah mana2 automotive maker cost nak ubah dashboard sahaja barapa…

      • Proton Interior designer perlu belajar dari honda camna nak design. Tengok Civic pergggghhh. Lancer = uwekkk.. altis…ermmmm..Exora dan seangkatan=ZZzzzZZZzzZZz. Bayangkan terpaksa tengok dashboard meter ngan Stering tuh bertahun tahun lamanya tiap tiap hari…..Zasss

      • MRddr,

        engineer proton x perlu belajar dari Honda, deorg boleh buat sekali, Benda yg paling penting DUIT, MONEY. Deorg boleh reka tapi biler masuk production, mesti ada cost cutting. Proton kecik jer bang oi. Jangan samakan dengan P2 yer. Honda tuh dah menapak 1 bumi dah.
        Kalau nak mcm civic, perlu la harga pun sivic ini, x. Nak proton buat kereta seakan/qualiti sama civic, tapi biler tang price nak mcm sebuah Saga.

      • Prolever

        Engineer pon kena belajar. Tak belajar camna nak buat bagi elok. Memamng betul benda paling penting duit. Ko mungkin tak tahu harga sebenar exora lebih mahal dari civic fd2. Exora tuh harga jualan dia bersabsidi dari kerajaan. Kobayangkan kat langawi fd2 82K exora prime 86k. Mana mahal? mana dashboard elok? Tapi aku suka CFE ler.

      • Mrddr,

        mmg x dpt dinafikan, tapi kene ingat, Honda jual bukan kat satu tenggara. Satu dunia ada. So kene tengok jugak “wang” yg dilaburkan untuk buat sesuatu produk. Mcm pisau, kalau ada modal 2 kupang, boleh la beli pisau lipat dan kalau duit ada 20 hinggit, boleh la beli pisau seramik yg sememangnya tajam. Tapi still fungsi sama untuk memotong, cume selasa atau x itu ikut kehendak si pengeluar modal. Senang cerita bro, kalau dashboard exo buruk, pergi la beli kereta konti, Habis cerita.
        BTW, civic masuk malaysia mmg murah tapi pelik, kenapa harga boleh mencecah 82k sedangkan kalau x d tax saya rase separuh dari harga asal.

      • Ada Brother Mofaz pernah terangkan dulu pasal profit margin kena up pasal sales kurang. Yo la langkawi kan tak ramai. Kalau untung sama dengan jualan yang kurang so untung berapa la sangat kan. Nak tak nak kena up harga la tapi masih nampak perbezaan harga dengan semenanjung. Civic lebih kurang 48k. Avanva baru S harga semenanjung 76k Langkawi 54k beza 22k. Tapi hairan kenapa la proton ngan perodua semua model beza 2-k ja semua model. kalau saga ngan viva tuh bleh la terima coz harga murah. Tapi yang harga mahal cam exora prime tuh pon sama jugak. Proton ngan Perodua ni Ambil untung besar sangat ker memang tax serendah 3.7% jer yang dikenakan keatas dua kompeni nih. Kompius

      • tu, kene tanya bank. Sepatutnya Gov yg control benda2 mcm nh dan sepatutnya local car lebih rendah berbanding Conti, tapi x, nh Bank yg control Gov.

  3. Kalau Proton masuk WRC cuba guna enjin campro ok gak kot. Guna campro CPS ke, campro biasa ker.

    • rasenye still guna enjin renault..tapi utk compete dlm wrc satria neo WAJIB DAN MESTI guna turbo atau supercharge..kalau idak asyik enjin problem je..sbb driver dalam wrc tu sume cam setan bwk kete..evo dan subaru dah bukan lawan neo dlm rally…lawan neo ialah fiesta,citeron dan renault…

  4. tp, meter tuh,bila bwk, xdala burukpun coz dia backlit led, mcm optitron. Mcm persona elegance, mula2 nampak buruk dpn mata, tp bila idup enjin,nampak lain plak,lawa jugak. Dlm gambo xnampak,kena bwk br nampak. Dial die clear, tp yg bgs, rpm n speedo lain pattern, yg rpm lebih byk line dia, senang nk view coz cvt nih, plg penting,kita cntrol rpm klu nk dpt most fuel efficient dia.
    Bkn paling cantik, tp xburukpun. Pendapat aku ajek. Ajim1malaysia dah test drive?

    Meter neo lawo?em,xtauler, menda nih subjeltif, tp bg aku, meter neo xlawo,plain jek, tp kaler jer menarik,warna biru bile mlm.

    • ala meter gen2 aku yg oren pn dah biru dah.. tukar led jer belakang dia… tak suka meter design lah meter sendiri.. ada rasa syarikat yg buat eluminated meter panel.. tp masalah.. biasalah rakyat malaysia…. syarikat yg aku tahu tu baru nak design meter tuk perdana.. wira… aku tanya gen2 masih blm ada lagi…

      so tak leh nak salahkan sangat manufacturer….. sedangkan kemahiran kita sendiri pn tak seberapa…. cakap jer lebih (opss terkasar)

      • kite nie mmg la xreti nak design panel meter 2.. nak autocad pn jauh lg.. bukan hal kite pn nak sibuk2 design panel meter 2 nyer.. ape la.. ko nak g design panel meter 2, design la..

      • Bukan kerja pengguna untuk design sendiri meter. Pengguna boleh suarakan pendapat mereka kerana proton akan menjual produk kepada pengguna bukan hanya kepada meter designer. Dah kerja Meter designer tuh buat la meter elok elok. Cam hala balai jer.

    • kalau tengok suzuki swift model 2005-2009 punya lg buruk, bagi saya meter jenis madza 3 dgn big LCD kat tengah mcm audi a1 pun ok, lepas tu letak silver ring mcm kat waja cps, kalau ada digital speedometer mcm kat audi a1 lg mantap, myvi baru punya LCD x de lah besar sangat, cuma warna saja yg nampak cool

  5. kemanakah perginya atko?? tidak silap aku atko performance lg bagus dr mcrae cuma atko byk kali xde luck, enjin rosak la mcm2 lg… untuk kategori SWRC enjin yg diguna adalah NA shj bkn turbo..

  6. meter exora bold ni keno tgk yang real punya baru lawa, aku dah test drive ok gak tgk meter dia, beza tgk yang dalam bambar tu

  7. Masalah masa Proton masuk IRC banyak date rally yg clash dengan APRC, mungkin sbb tu x nak masuk lagi IRC, tapi kalau nak dapat mata utk SWRC kena masuk sekurang-kurangnya 7 rally termasuk 2 rally overseas outside europe,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s