funtasticko design

http://funtasticko.net

Apa pendapat anda kalau P3-22A (hatchback 5 pintu) rekaan belakangnya macam ni ?

53 Komen

Apa pendapat anda semua mengenai topik baru ni? Saya dengar-dengar cerita rekaan belakang model P3-22A (hatchback 5 pintu) rekaan belakangnya style lebih kurang macam ni la, mungkin trend hatchback sekarang macam ni kot. Apa pendapat anda? Bagi saya kalau betul la style dia macam ni memang lagi menarik model P3-22A, sebab saya pun peminat kereta hatchback. Kita tunggu la “spyshots”nya mulai tahun depan, model ni dijangka masuk pasaran 2013.🙂

53 thoughts on “Apa pendapat anda kalau P3-22A (hatchback 5 pintu) rekaan belakangnya macam ni ?

  1. of cause its a good one.

  2. cam x best…x minat arr

  3. tersangat setuju tapi jangan nak tiru design tail lamp dengan bumper dier skali…tu namanya tiru kucing (copycat)…hehehe…

  4. mmg terbaik n menarik…

  5. adoii… asyik tanya pendapat je.. penat pknye.. bagi je gambar yang sebenar… baru boleh komen… he he… takde gambo terbaru ke…

  6. erk..proton nak minat keluarkan versi wagon ke?

    • adehh wagon.. xpyh laa.. sedangkn toyota honda pon tak berani bawak masuk malaysia.. sini bukan market wagon..

      • Mmm… kat m’sia bukan utk pasaran wagon. Ramai tengok kat jlnraya, model2 compact kereta juga mpv (alza/GLivina) dah bleh convert mcm wagon:)

        cheers!

      • tapi shootingbrake boleh..

    • boleh jual, tp kena market sebagai “mini MPV” segment mcm Alza

    • pada pendapat peribadi aku, wagon adalah 1 bodystyle yg bagus. sebabnya, lebih flexible dari sedan. boleh digunakan utk bawak orang dan barang. kalau nak bawak barang (especially size besar atau pelik) banyak, bole lipat kerusi belakang dan bole bukak board cover belakang (kalau ada). nak masukkan barang pun senang, sebab bonet dia sekali dgn bahagian cermin belakang. company yg beli kereta utk kegunaan pekerja pun suka wagon bodystyle.

      kenapa kita jarang nampak wagon kat malaysia ni. pada aku, ada 2 sebab:-

      1. kalau kita tengok statistik jualan kereta di malaysia, very major portion kereta yg terjual adalah berharga rm70k ke bawah. tapi x de 1 car manufaturer pun yg offer kereta wagon pada harga bawah rm70k setakat ini.

      2. dari segi exterior design, design kereta wagon yg di bawa masuk ke malaysia sebelum ni pun, kebanyakannya serupa macam kereta wagon jual ikan bapak aku. so, exterior design kena improve, mungkin bole ambik idea dari toyota caldina atau hyundai i40.

      my 2 cents.🙂

  7. boleh tahan lah design dia.. tp mungkin belakang tu di panjangkan.. coz biasalah org malaysia.. nak boot belakang besar isi beg nak balik kg….

    tu yg susah nak design kereta hatch nie… boot besar ruang cabin kecik and vise versa…. so moral of the story kita tengok tahun depan…. tak lama lagi jer lah tu…

  8. fuh.. minat tyul klu design language mcm nie.. sy minat design renault megane rs. http://kereta.info/wp-content/uploads/2009/03/renault-megane_rs_2010_3.jpg

  9. awesome!!!!!

  10. kalu mcm cruze hatchback tu ok, clean design n practical
    tp better kalu nombor plate kat atas mcm neo

  11. memang cantik kalu mcm ni….
    sekarang proton perlu rekaan berkauliti dan kemas… serta ruang boot paling kurang pon 380 liter utk hatchback…
    proton jangan la main potong sedan buat hatchback dan sambung balik lampu belakang…hodoh sangat…!! itu mcm pemalas saja buat keja lepas tangan… harap proton boleh buat rekaan boot dan lampu belakang lain daripada sedan….. baru ada gaya mutu keunggulan…hehe.. cuba kita tengok nissan latio sedan dan hatchback kan berbeza… tak la nampak main potong dan lekat balik…. ni kiata tunggu pulaa nissan tidur…nampak mengancam habis…boot pon besar 380 litor tu…baru tidor habissss….
    jgan la proton buat mcm gen2… dah la potong! dia rendah kan pulo bumbong belakang.. habis sempit….rosak rosak…
    untuk model yg akan datang harap rekaan akan lebih baik dan berkualiti….
    aku hanya boleh mengharap saja la…..apa boleh buat….?

  12. aku suka tp bagilah italdesign atau pinifarina yg design kan..🙂

    • italdesign kan VW dah amik. pinifarina lak ntah la. Tapi lebih baik in house dan try keluar 2-3 contoh .Baru ok. X pun MOU/JV. lagi jimat banyak.

    • yg penting design cantik, terkini sbb target world market.. cuba lihat KIA/Hyundai, first thing nak jadi world car, dia org hired byk international talent utk bekerja ngan dia org.. siap buka design house kat Europe..

      so memandangkan P1 ada limited fund, the best adalah mengguna international design house mcm pinifarina & italdesign

    • jgn dengar sangat cakap investor, selalunyer dia org fikir keutungan & berakal pendek >:…
      contoh paling terbaik adalah bila Maybank beli bank indonesia.. ramai investor tak setuju katanya merbahayakan EPS maybank dan macam2 lagi… last2 tgk, banyak bank salute kat Maybank dan dah ramai bank Malaysia beli bank indonesia mcm CIMB bank…

    • Ada invester, sajer jer nak naikkan lagi saham proton dengan bermacam2 spekulasi. Sah2 proton x kan lepaskan lotus. Bodoh aper.

  13. so far kereta-kereta versi Hatchback/Liftback yang telah di”sedan”kan tapi tercantik yang pernah saya lihat setakat ini adalah Proton Persona…

    harap Proton dapat menghasilkan rekabentuk hatchback P3-22A yang terbaik…

    Good luck Proton!!!

  14. hrp2 lmpu blakang die led la
    ps2 design cm sonata ckt, de curvey2
    konfem mantap!

  15. Kalau belakang cam alfa romeo giulietta memang cun. Enjin turbo pastuh dual exos paip kiri dan kanan..Cunn..Jangan letak exzos kat tengah cam neo sudahla. Ada orang tak suka.

  16. klu buat mcm mazda 2 pon dah ok….just dimension die kne bsr skit dri neo…then open 2 version…3door ngan 5 door….bru ade bnyk pilihan…klu utk performance better 2 door la…scare x lngsung proton dah jimat kos dri segi buat platform….just my ideas…

  17. Elok kecuali bahagian atas yg menyokong 3rd brake light. Ia akan mengurangkan ciri aerodinamik kerana curaman turun mendadak akan menyebabkan pemisahan lapisan udara. Ini akan megalakkan pergolakkan udara.

    Biar spoiler asing dijadikan opsyen bagi mereka yang suka bentuk dan sanggup menambah drag kereta. Mungkin lebih sesuai untuk model 2 pintu dan boost yg lebih tinggi.

    Kalau 5 pintu janggal sikit. Siapa nak 5 pintu, pergi lah beli sedan. Dari segi marketing pun kalau pengeluar lain bila nak jual hatchback, mereka pertontonkan jenis 2 pintu. 5 pintu sebagai opsyen. Tapi tumpuan market mereka adalah Europe. (Clio, Fiesta, Corsa, Yaris, Civic R). Buat masa sekarang EU mempunyai terlalu banyak halangan nasionalistik. Kalau Proton nak buat jugak, ia perlu menerima hakikat volumenya rendah sekadar 300 unit sebulan untuk pasaran dalaman, Australia mungkin dapat memberikan volume tambahan. Pastinya hatchback bukan model pilihan kebanyakkan orang Malaysia. Walaupun ia adalah design yang effisien dalam penggunaan bahan.

  18. pada pandangan mata aku la… or pendapat peribadi aku… rasanya yg 1st gambar 2… lampu blakang dia proton dah guna kat persona n gen2 lama… ala2 or lebih kurang.. klu kt tengok skali pandang tp yg gambar kedua 2 aku suka… mmg nampak gaya masa kini… tp klu kta amati merchnya design… lampu blakang dia mcm sejenis je… dia just olah2 skit ikut model2 dia yg lain tp base on yg sama klu kt tengok skali pandang…… so benda nie dia jd mcm tradmark merch so may b proton leh wat mcm 2 gak ke… just wat yg betul2 safe design… n utk model2 yg lain just olah2 dari tu je… tu pandangan aku base on pengamatan aku…

  19. Latest info…

    1. P3-22A ni just ade 6 speed manual transmission je instead of 7 speed cvt yang akan ade kat abang die ( P3-21A). Memang target untuk those yang suke thrill bile bawa kete. A bit let down for me but still hoping the management would change their mind for letting the 7 speed cvt on this baby.

    • elok ada cvt version, market malaysia ni kena ada auto nye version, kalau europe memang manual pilihan diorang selain enjin diesel

    • wah so 6speed manual mmg jadi la..

      • p3-21a pun ada 6 speed manual & cvt 7 speed…🙂

      • harap2 ada magnesium paddle shifter ngan organ-type acc pedal

      • paddle shifter tu kemungkinan besar ada untuk premium spec, tapi material pe tak pasti… sy pun suka organ type acc. paddle, selesa skit nak tekan minyak…baru la eropah gitu, kia optima k5 baru ni paddle dia macam tu

    • Kalau korang faham CVT tu ape, sebenornye gear dia satu aje. Driver Pulley, V belt, Driven Pulley. Adeler belt tensioner. Programnya untuk maintain torque optimum. 7 stage tu gimmick aje. Lain kali kalau perhati Inspira 2.0, FLX SE, Honda City, Mitsu Lancer mana pakai CVT, ekzos nya tak boleh nak menderam. Ko tukar ler zos tip besor mana pon. Mono tone aje.

      Manual utk lebih control, especially boleh drop gear dan keluar dari corner macam pelesit, pre-load sebelum launch, engine braking jimat brake pad, dan sememangnya lebih jimat minyak dari CVT. Tapi biasalah bila dah ada power, tak pikir pasal minyak. Hehehe.

      Org yg nak laju x beli kete 5 pintu auto/cvt. Org kebanyakkan nak beli 5 pintu tapi suka cocok hatchback apasal? Ada hati konon… Org kita masih tak faham asas Power:Weight. Tu lah dah kabor dah; nak senang beli 5 pintu. Nak laju cari yg ringan.

  20. em,rasanya hatchback yg bro campro maksudkan bukan mcm savvy@myvi, tp hatch back mcm gen2, i30, lancer hatchback, jazz@fit, golf n etc yg sbenarnya kete sedan, tp ada 5 doors utk utk bleh masukkan brg beso ikut boot, tp volume boot dia xkecik. Tgk gen2 sudahlah,walupun hatch, boot volume beso, tp kekurangan headroom. Itu yg prtn kena amik perhatian. Golf, jazz n etc kat atas, boot volume besor, n civic euro 2012, versi hatch 5 doors, boot beso. Kat sana xjual sedan coz org minat hatch sbb versatility dia.

  21. aku rasalah, kereta hatchback nak ditukarkan kepada sedan mungkin lebih susah daripada bentuk sedan ke hatchback…contohnya proton telah menguji pelbagai aspek bila nak tukarkan gen-2 kepada sedan dan hasilnya pun bagus terutamanya dari segi bentuk/stail..takdelah nampak ganjil mcm peugeot 207/206 yg “disedankan”. even aku tgk jetta baru2 ni pun mcm overhanging bila lihat dari tepi.

  22. well..

    talking bout hatchback. diorg cakap model P3-22A dah sedia cantik..so takde masalah kot. beside, Proton mestila buat yg ada resemble P3-21A kn..

    cuma yg diharapkan kalau lah (kalau je) ada Proton Designer baca..

    nak buat Neo replacement buat la camni.. http://paultan.org/2010/03/03/seats-scirocco-rival-is-pretty-and-green/..

    coz production sebenar SEAT IBE langsung tak sama & secantik concept ni. lagipun, concept tu banyak ciri2 neo sedia ada.fulamak..cuba bayangkan konsep nie buat versi NEO WRC (4wd, 160hp, 240Nm, gps etc) harga dlm RM90k and below..confirm bye-bye kereta-kereta lama gue hehe..

  23. Menarik! tambah satu lagi model… 2 pintu sport Satria r macam gambar ke2..

  24. Saya suka kereta, tak kira la brand apa, satu work of art yg boleh dilihat diseluruh dunia..Dalam bab design ni saya tak pandai tp andaian saya siapa yg perkenalkan design language dulu dalam market maka dia lah yg empunya nya.. bila ada org lain buat benda2 yg seakan sama orang akan kata, “ahh tiru nii..” “oh ini design ni..” “Eh, macam kereta ni lah” dah mcm2 lagi lah.. so dalam hal ni saya betol2 nak tengok Proton berjaya memartabatkan design Proton di mata dunia, dan bila saja sesuatu design tu keluar ada yg boleh berkata “eh, mcm proton lah” atau pon “alah ni proton dah buat dulu” dan sebagainya.. Saya tahu design proton ada originality dan tidak meniru tetapi umum tidak sedar.. dan inilah tugas yg berat saya rasa proton perlu buktikan..Selamat Maju Jaya dan mohon maaf..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s