funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton bantu mangsa banjir

3 Komen

SUBANG JAYA, 28 Disember 2011– Proton hari ini melancarkan program ‘PROTON I-Care Prihatin Banjir’ untuk membantu pemilik kereta Proton yang mengalami kerosakan akibat banjir. Program ini akan bermula pada 29 Disember 2011 sehingga 29 Februari 2012.

Melalui program ini pemilik kereta Proton yang terlibat boleh mendapatkan pemeriksaan secara percuma, servis tunda percuma untuk jarak dalam lingkungan 5km dari pusat servis Proton terpilih & juga diskaun sehingga 20% untuk Alat Ganti Tulen PROTON.

Selain itu, program ini juga melibatkan road show dari PROTON di beberapa lokasi di Kelantan, Perlis, Pahang dan Johor. Road show tersebut telah bermula lebih awal iaitu pada 23 & 24 Disember 2011 bertempat di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, Kelantan dan juga di SCH Service Center Kangar, Perlis pada 24 & 25 Disember 2011. Untuk road show yang akan datang, lokasinya adalah seperti berikut :

 

Tarikh

 

Tempat

30 Disember 2011

Stesen minyak Petronas , Jalan Johor, Pontian, Johor

30 & 31 Disember 2011

Pekan Kerayong, Bera, Pahang

Pihak Proton akan mengumumkan lokasi road show yang lain dalam masa yang terdekat. Semasa road show berlangsung, juruteknik Proton akan berada di lokasi tersebut & akan memberikan tips untuk mengendalikan kereta yang rosak akibat banjir. Pemilik kereta Proton boleh melakukan “18-points safety check” dan pemasangan tali pinggang belakang secara percuma.

Untuk servis tunda & keterangan lanjut, sila hubungi PROTON I-Care Centre di talian – 1300 – 880 – 888 atau 1800 – 888 – 398

Advertisements

3 thoughts on “Proton bantu mangsa banjir

  1. tahniah ..satu effort yang sangat baik,yg paling penting perkhidmatan selepas jualan yg terbaik..so owner proton jgn lepaskan peluang..

  2. ~Komited untuk menjadi lebih baik

    #Saya cayang Proton ^_^

  3. sebenarnya kene buat mcm nh time musim banjir. X pun all the time. Terutama kereta uh kene kawasan banjir & ada insurans untuk banjir. Senang nak urus. Tapi 5 km radius tu rasa2nyer buat la lebih sikit la..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s