funtasticko design

http://funtasticko.net

Sesi pandu uji ringkas Exora Bold & Saga FLX SE

50 Komen

Ini merupakan hasil dari sesi pandu uji ringkas Exora Bold & Saga FLX SE. Kami telah berpeluang untuk memandu uji kedua-dua model tersebut. Kami sengaja memilih untuk memandu uji pada hari yang berbeza kerana tidak mahu ada yang mengganggu penilaian kami kerana baru pertama kali mengujinya . Exora Bold merupakan model pertama dipandu uji.

Dari segi luaran :
Kali ini, Exora diberi nafas baru, nampak lebih ganas dan sporty dan pada masa yg sama lebih elegan. Pemilihan warna juga kali ini telah menampakkan ciri ekslusif Exora Bold ini. Ia kelihatan lebih mewah walaupun pada harga yang sederhana. Rim yang lebih besar dan sporty berserta tayar high performance GT Radial.

Segi dalaman :
Warna Tempest Grey dari Exora MC1 (bukan exora 1st batch yang pkai grey ajek) di carry over, memang nampak lebih baik, nampak macam material lebih mahal kerana warna lebih gelap (hanya illusi optik sahaja kerana material yang sama, cuma warna yang berbeza dengan tambahan sedikit bahan kalis calar). Bagi saya sudah memadai untuk MPV harga sederhana, tetapi saya lebih meminati warna “piano black” yang akan lebih menampakkan kemewahan. Material centre console dengan cubic checked memang blend dengan dashboard yang sama tekstur dengannya, apabila diperhati dengan teliti, barulah nampak kenapa a/c vent tepi guna warna liquid silver, akan nampak “triangle projection” kerana ring gearbox ditengah dashboard juga guna liquid silver, sama dengan power window punya console.

Segi prestasi dan pemanduan :
Memang amat mengujakan enjin CFE ini. Walupun tiada kick macam yang kita biasa dapat dalam kete enjin turbo dengan gear manual@auto, tetapi kuasa yang dihamburkan dengan cvt, lebih selesa bagi saya kerana terasa di dalam kereta mewah kerana kuasa yang disalurkan begitu lancar, namun begitu, bila ada yang menduga, mode L@sport di tuil,lalu throttle terasa lebih tepat, responsive dan “crisp”. Exora terasa melonjak-lonjak, “pedal to metal” melihat meter rpm naik melebihi 5000 dalam mode L.

Pemanduan “Proton Ride & Handling” terasa lebih mantap dari exora sebeulmnya dan terasa lebih baik dari kebanyakan kereta disegmen B mahupun C. Bodyroll yang minimum, cuma apabila melanggar lubang, ianya terasa keras sedikit, mungkin kerana pilihan tayar & saiz yang lebih rendah profilnya.


Saga FLX SE
Dari segi luaran :
Memang kelihatan cukup sporty dengan bodykit warna metalic grey (bukan tak berwarna @ warna asal bumper sepertimana dakwaan segelintir rakyat malaysia yang boleh dikategorikan sebagai “buta warna”). Warna merah nampak lebih kompak, yang putih pula nampak lebih besar. Semoga ada warna-warna lain sebab ramai juga yang ingin membeli tapi tak jadi kerana hanya dua pilihan warna dan juga tiada varian manual.

Segi dalaman :
Walaupun nampak mewah dengan kulit sampai handle handbrakepun dibalut dengan kulit,akan tetapi jahitan benang merah agak “overstatement”. Sebab bagi saya, warna merah dan hitam dah cukup contrast, tak perlu dijahit dengan jalinan yang besar, kerana ia nampak jahitannya lebih kasar . Lebih baik macam yang dibuat pada Gen.2 CPS@Neo CPS. Yang lain macam biasa cuma meter nampak “clean n simple”. Fit & finish nampak lebih baik dari Savvy mahupun BLM.

Segi prestasi dan pemanduan
Kita tak boleh jangkakan prestasi dia seperti CFE. Yang boleh dikatakan, ia jauh lebih baik dr FL 1.6 IAFM & CPS kerana beratnya lebih ringan dibantu dengan kotak gear CVT, bukan sahaja “infinite ratio”, tetapi hanya menyerap sedikit sahaja kuasa enjin berbanding transmisi automatik Mitsubishi, malahan penggunaan ECU 32 bit memang banyak membantu.

Berbanding dengan CFE, apabila melebihi 4000 rpm, mencecah 6000 rpm, ngaumannya terasa amat kuat. Untuk pemanduan biasa dalam bandar, 1600 rpm sudah cukup untuk kekalkan kelajuan 60kmh dan tidak perlu “rev” lebih dari 2000 rpm kerana sepanjang pandu uji, setiap kali selepas lampu isyarat, Saga FLX SE meluncur mendahului mana-mana kenderaan di sebelah dengan hanya menekan pada 2000 rpm sahaja. Macam biasa, dalam L mode, ianya telah berubah menjadi lebih agressif & enjin braking juga lebih terasa.

Pemanduan pula lebih mantap, steering lebih responsive dari Exora Bold, mungkin kerana Exora adalah MPV. Tetapi kerana tuning dia lebih keras, tambahan dengan rim lebih besar serta tayar lebih nipis dari Gen.2, menyebabkan melanggar garisan kuning terasa kasar. Boleh lah dikatakan comfortnya seolah-olah memandu Lancer GT, kalau boleh terima Lancer GT punya ride comfort, tiada masalah bagi FLX SE. NVH hanya OK sahaja, tapi memang dijangkakan untuk kenderaan dalam bracket harga yang sama.

Secara kesuluruhan, Exora Bold CFE & Saga FLX SE memang kenderaan yang cukup berbaloi untuk dibeli berdasarkan harganya kerana kualiti seperti enjin, kotak gear sertan ride & handling yang dinamik akan anda perolehi. Ia hanya terdapat pada kenderaan yang hampir@lebih dua kali ganda nilainya di Malaysia malah jika dilihat dari sudut tanpa cukai sekalipun, ianya tetap lebih nilai untuk dari segi harga.

* artikel ini disediakan oleh bro Mat & telah di”edit” semula oleh saya. 🙂

50 thoughts on “Sesi pandu uji ringkas Exora Bold & Saga FLX SE

  1. not bad

  2. kirenye persona elegance lebey comfort la ek banding sagae flx se?

    • yup.. persona elegance tuning dia lebih kepada comfort, saga flx se ni lebih pada sporty..😉

      • Sebenarnye nak bezakan dari segi pricing point dan segment kereta. dua2 1.6

        B-segment (flx) punya kereta mesti kurang comfort dari c-segment (persona) kalau tak no point beli persona kalau FLX sama senyap.

        Pada pendapat saya FLX punya driving position dan rear leg room space lebih baik dari persona.

        Wind & Tire Noise suppression Persona Menang
        Driving Position & Rear Passenger Space FLX Menang

        P3-21A akan adress kelemahan gen2 punya platform iaitu very bad driving positon dan space yg kecil untuk kenderaan c-segment.

    • Hmmm.. torsion beam vs multilink.. sah2 multilink persona menang.
      cuma nak tanya sikit selain dari handling multilink lebih bagus apa lagi istimewanya multilink nih?

    • Persona Elegance pada saya ada sedikit nervous pada handling-nya. Proton Savvy lebih mendakap jalan.

      Tapi Persona lebih kepada family car. Eloklah comfort sedikit daripada Saga dan Savvy.

  3. bestkan pickup Bold…aku pon kagum…rse G nye…

  4. review yg agak baik. mungkin penggunaan bahasa dan perincian pemanduan dan kenderaan boleh dimantapkan lagi.

    satu lg, mungkin pendapat sy je, tapi review ni nmpk agak bias dan “proton fan-boy” dari segi bahasa dan susunan ayat. tapi dari segi penceritaan teknikal adlh neutral dan terbaik.

    semoga boleh dimantapkan lagi.🙂

  5. Komen yang bagus, cuma kalau dipinjamkan untuk seminggu..mungkin isi ceritanya lebih menarik dan lebih dekat pada penggunaan seharian berbanding ujian setahat 2-3 jam. Tahniah pada bro Mat dan Tuan Tanah yang sudi menulis laporan ni. Aku pun dah tinggal nak beli magz Auto@My dan yg sewaktu dengannya tu.

  6. salam, bro… adakah NVH lebih baik dari myvi.. sama atau kurang dari myvi?

  7. Good review.

    Mungkin perlu penambahbaikan dari segi penggunaan bahasa. Kalau boleh, gunakan Bahasa Melayu yang standard serta tatabahasa yg betul. Penggunaan bahasa Inggeris boleh di-italic-kan.

    Ulasan yg bagus adalah ulasan yang mempunyai pujian dan kritikan. Tidak boleh semuanya puji dan tidak boleh semuanya kritik.

    p/s: Test drive review di Paultan pun tak cukup komprehensif. Mungkin pemandu uji perlu diberi lebih masa berada dalam Bold dan FLX SE.

  8. mana ebtry sebelum ni bro campro??

  9. takde ke actual pics yg kenderaan yg dipandu uji tu?

  10. klu rajin bole tambah komen2 yg bro mat buat sblm ni mengenai kedua2 model ni, mgkn lain kali bole review pandu uji teliti kot hehe
    klu taknak pun aku rasa dh memadai utk setakat ni,
    apa pun tahniah dan teruskan review anda pd masa depan huhu

  11. psl vvt tu, ada sesape bleh terangkan tak?
    ble vvt tu engage? awal rpm atau hujung rpm?
    mcm kebanyakkan kereta spt vtec, vvti, cvvt, cps engage pd 4k rmp ke atas.

    dan bila boost turbo kick in?
    full flat torque pd 2k rpm sehingga 4k rpm.
    ada kemungkinan spool spin bwh 1.5k rpm?

  12. Plan asal nk sewa beli SAGA ni.. tpi mcm tak sesuai pulak.. agak kecik bagi aku yg tinggi kat 6kaki nih. rasa agak sesak bila duduk seat belakang.
    Apa-apa pun memang murah sangat la kalau banding dgn spek yg dibagi tu sesuai utk target golongan muda beli kete pertama. kalau aku mau je mark up lagi 2-3ribu harga dia buat cover free give yg canggih-canggih mcm i-phone ke i pad ke.. kasi racun sikit buyer yg dalam dilema..
    tengok gambar bhauto nih sangat menyerlah merah dia sporty habis..

    http://www.bhauto.my/saga-flx-se-meluncur-lebih-laju-dan-bergaya/

  13. mmg review dibagi se neutral yg boleh. Sbb tuh tiada perbandingan dgn kete lain,exora bold dibanding dgn exora lama, saga flx se hanya dibanding ngan blm@fl. Hanya dr segi ride n handling sahaja di beri perbandingan sedikit. Kritikan juga diberi. Mcm dlm review saga flx se, bg saya, lebih elok kiranya cube bg komen yg lebih objektif kepada kete yg setarf dgnnya,iaitu budget segmen. Adalah tidak adil jika dibanding dgn kereta yg lebih atas dr dia mahupun vios.
    Bg exora bold cfe pun sama, ianya adalah mpv kategori sederhana. So,perbandingan lebih kpd sekelas dgnnya mcm citra, innova,avanza,glivina mahupun alza. Agak sukar utk cr segmen yg sama kerana dr segi harga,dimensi,prestasi,amat berbeza. Sebab itu review lebih kpd exora bold versus exora mc1@mk1.

    Maaf kerana ada guna bahasa campur. Mmg dua kali test exora bold,yg pertama dlm 20++km,yg kedua dlm 10km++. So,hanya bg short review ajek.

    Ada ditawarkan utk test drive sessi yg lebih lama, dlm seminggu,tp memandangkan ini hanyalah kerja sambilan sahaja,agak sukar utk menyusun jadual utk test drive jangka masa yg lama.

    Maaf diatas segala kelemahan,agar boleh bg review yg lebih baik akan dtg. Salam.

    • bro mat,

      ambik je la offer seminggu tu.🙂

      kalau tengokkan reviewer lain, apa yg diorang buat, diorang arrange activity harian diorang untuk fulfill test drive tu. contoh:-

      – bawak kereta tu hari2 untuk pegi kerja. result: dapat rasa mixed condition driving environment

      – bawak family & kawan2 jalan2, pegi makan ke, santai ke, panjat genting ke, apa ke. result: dapat rasa macamana keadaan kenderaan tu bila fully loaded dengan orang dan barang. lagi satu, bole review, experience penumpang di semua seat row. kebanyakan review, tak masukkan experience penumpang di semua seat row, ini mungkin bole jadi point tambahan. bukan apa, kadang2, yg nak beli kereta ni, bukan setakat keputusan org yg nak drive je, tapi, isteri, anak2, mak bapak, in short, bakal penumpang pun bole pengaruh keputusan kita untuk pilih kenderaan yg macamana.

      aku rasa bro campro & bro mat bole fikirkan apa aktiviti harian yg lain yg bole digunakan untuk fulfill test drive review.

      my 2 cents.🙂

  14. perbezaan multilink dan torsion beam, multilink independant, maksudnya, tyr belakang kiri n kanan akan menghentak secara berbeza mengikut permukaan jalan dan lebih senang utk talaan dan lebih comfort,tetapi kos lebih tinggi utk dihasilkan dan akan bebankan user pada jangka masa panjang kerana byk bushes digunakan,sampai masa,bushes keras,kena ganti. Spring n abs dipasang sekali walupun bleh ditukar asing2.
    Torsion beam lebih ringkas. spring n absorber dipasang berasingan n kosnya lebih murah. Antara kelemahannya,ianya fixed. Nak tgk perbezaan,kena skodeng kat bwh dr belakang.
    Kalu jalan sebelah kanan n kiri xsama, multilink@independant setup,lebih mantap coz ia dapat menyesuaikan dlm keadaan jalan yg berbeza,manakala torsion beam berbeza.

    Kalu amik selekoh tajam, kete pkai multilink nih, xterasa senget sgt coz dia independant, tp torsion beam,mmg terasa coz beam dia sebatang jek yg pegang dua2 absorber. Ng multilink, hanya middle part jek fixed, beam kiri n kanan independant.

    Hrp suci bleh phm penerangan aku yg xberapa nak mantap nih🙂

  15. nvh flx se berbanding myvi se, myvi se rasa lebih baik ckit dr flx se jika dipandu dibwh kelajuan 100kmh kebawah. Atas pada tuh,lebih kurang ajek coz bunyi angin dah start masuk. Tp bg flx se,bleh dimantapkan nvhnya dengan pkai vibramat ada dijual di prtn sc,xsilap rega dlm rm799 ajek siap pasang. So,jika psg vibramat,nvh mgkin setara@lebih baik dr myvi se,tp masih lg dikira murak dr myvi se auto walupun ada penambahan vibramat.

    Kualiti plastik sama aje bg saya coz dua2 guna hard plastik,cume dr segi design, mmg myvi se nampak lebih cantik,terutama meter console dia.
    Flx se, byk carry overparts dr savvy,blm n fl. So,xdalah wow pun. Skdr ok jek.

    Tp klu nak bandingkan, prtn spend byk ,asa utk hasilkan saga nih coz buat dr scratch, cube kurangkan kos supaya rega boleh murah.

    Manakala, perodua hanya fokus utk interior,bumper n bodykit ajek. Yg lain dah siap sedia. So,byk masa bleh spend kat designing. Lgpun,kos yg perodua tanggung utk rnd xlah semahal prtn coz ckit jek part yg diaorg buat.

    Klu buat dr scratch,xtaula camne hasilnya. Buat bumper,interior n bodykit pun rega lg mahal dr saga, klu buat dr scratch,paham2 jelah.

  16. thank for the review. neutral and santai
    -harap lepas nih boleh review sepantas yang mungkin, pasal takut cerita dah sejuk. baru FD nak review.
    -harap boleh amik gambar sendiri lepas nih. video even better.
    -recruit followers untuk join test drive.
    -gaya tulisan. harap lebih banyak sub topic. kalo cerita pasal seat. ader seat nyer sub topic.
    anyway nice first time try. harap time review P321-a karang boleh improve lagih.
    banyakkan membaca, do the rakyat style writing, and we all happy to read.

  17. Hari ni berpeluang test drive Exora Bold CFE dekat Merdeka Auto, Segamat. Ujian jalan raya tak jauh sangat dan melibatkan jalanraya kawasan bandar sahaja.
    Pandangan pertama dari segi luaran dah nampak hebat, warna coklat cerah ada tulisan CFE Inside.
    Start enjin je, bunyi enjin tak terlampau kuat, masuk gear reverse, w/p masa tu jam 12.00 tengah hari..silau tp tengok pada cermin reverse ada video undur…jelas dan terang. Mudah lah nak undur mcm ni.
    Seat kulit dua ton, coklat dan kelabu dan memang selesa w/p tak berapa ‘body hugging’.
    Kelaur je jalan besar dengan cepat dah dapat masuk aliran kereta lain…pick up cepat macam bawak kereta sedan 2 liter. Lepas lampu hijau trafik terus tekan sampai 80km/jam…memang cepat dan takde rasa gear bertukar. Terus ambik selekoh ‘curve’ yang panjang…biasa dengan kereta sedan..kt sini dah slow sebab rasa membuang…tp Bold rileks je..tak rasa membuang langsung. Siapa yang pakai Persona tau lah macam mana bila layan selekoh. Naik bukit potong Myvi enjin tak terasa diperah sangat dan rpm masih dalam 2,000 rpm, biasa kalau kereta sedan nak potong kereta pada masa yg sama naik bukit memang rpm naik sampai 3,000 atau lebih. Tapi Bold tak macam tu.
    Kesimpulan terakhir:-
    Selesa – NVH – bunyi luar memang tak masuk w.p ada 2 biji motosikal kat depan. memang top dapat 5 bintang.
    Keselamatan – R&H body tak bergoyang masa ambik selekoh, brek cukup terasa konfiden.- Dapat la 4.5 bintang.
    Perasan pemandu..memang best sampai terasa nak trade in je kereta lama he..he.
    Baru sedap nak pegi Kota Bharu ke, Cameron ke…

  18. myvi 1.5 se@extreme mmg power dr 1.3, tp nak kata power dr flx se,on paper pun dah kalah. Century sprint flx se cvt 12 saat, myvi 1.5 auto 12.49 saat.
    Klu ada yg baca komen aku kat post yg dah hilang tuh🙂, dah ngetest myvi extreme auto ngan savvy manual aku. Mmg power myvi 1.5, on par ngan savvy aku@130kmh, tp beyond that, bubye…
    Terkezut juga sebenarnya coz x sangka myvi extreme 1.5 auto xbleh mkn savvy 1.2 manual. Saje nak tgk berapa tiang dia tinggal savvy aku, tp sebaliknya berlaku.
    Klu dgn flx se, xtau ler camne coz flx se lg power dr savvy aku.

    Yg rasa power coz dia pkai conv auto,ada rasa kick back bila drop, rpm turun naik,turun naik. Feeling ajek. Klu bwk cvt,jgn tgk rpm, tgk speedo,laju mana speed dia increase. Dah nama cvt, xdpt rasa kick back coz infinite ratio. More power in smooth style.

    Xyah pedal to metal nak dpt century sprint,just kick half throttle, bio rpm sampai 4k dah cuku, nak masyuk lg,masuk sport mode L. Itu bleh rasa dia melonjak kedepan. Klu pedal to metal, dlm L mode, cecah 6k rpm, naik bukit,3 org dlm kete,masih terasa kete melonjak kedepan.

    Tp jgnla banding kete 1.6 keatas@turbo, cume kete lain 1.6. Ngan gen2 cps auto pun bleh makan century sprint dia.

    Cume klu nak myvi se power,amik manual version, not auto.

    • Masa Myvi 1.5 mula2 keluar dulu, ada yg nak bandingkan dgn Neo CPS. Neo CPS boleh makan asap, katanyalah…

      Jadi sekarang masih tunggu review Neo CPS v Myvi 1.5. Tak keluar lagi. huhu.

    • tapi bro kalah tang minyak lak…myvi jimat….

      • sejak bile plak myvi auto 1.5 minyak lebih save dr savvy 1.2 manual? He..he.. Klu flx se,mgkinlah xsejimat myvi se 1.5 auto,itupun xpasti lg.
        Tp flx cvt,dah on par ngan myvi 1.3 auto. Lgpun, flx lg berat n lg beso.
        Klu ckp psl blm@fl, yup,myvi lg jimat.

      • tgk pakej la bro.

        nk myk jimat, naik kancil 660cc.
        tp ko xselesa la cm naik myvi.

        utk space yg besar, lg ok pakai saga.

        kalu nk compare, tgk pakej.
        kalu nk kira satu2 cm xmasuk akal.

      • Siapa kata kancil 660 jimat minyak. Kalau dibandingkan dengan wira lagi jimat wira. selesa pun selesa.

      • ala blm@fl krg jimat minyak pun tp harga kurg riban dr myvi
        lebih selesa, ada boot lg besar lak tu

  19. Review yg bagus. Saya amat berharap kalau proton dapat keluarkan versi exora bold cfe yg basic: minus ciri2 mewah seperti seat leather, dvd player, reverse camera, dan sebagainya, tapi masih maintain lagi spec safety dan rim sport 16″. Mungkin boleh dapat dlm harga dlm 75k. Sbb saya jenis driver yang suka tumpu pd ‘feeling response & feedback’ pemanduan kenderaan kita. Terlalu banyak gadget menyebabkan kita hilang fokus pemanduan. Secara tak langsung lebih ramai mampu memiliki exora cfe.

  20. sejak bile plak myvi auto 1.5 minyak lebih save dr savvy 1.2 manual? He..he.. Klu flx se,mgkinlah xsejimat myvi se 1.5 auto,itupun xpasti lg.
    Tp flx cvt,dah on par ngan myvi 1.3 auto. Lgpun, flx lg berat n lg beso.
    Klu ckp psl blm@fl, yup,myvi lg jimat. Itupun city drive,highway,same jek

  21. Sorry off-topic kejap… Kot2 ada sapa dari EOCM kat sini, nak tanya apa dah jadi dengan forum tu?

  22. Setuju dgn warhawk sebab Bold CFE+CVT hanya ditawarkan pada versi Premium, kalau yg versi standadr basic masih CPS auto 4AT. Seharusnya kehebatan CFE+CVT turut ditawarkan pada semua versi. Itupun, rasanya kena tunggu enjin CPS dgn gb auto dah habis stok..baru masuk enjin baru kot.
    Betul ke Proton..insider ade yg boleh highlight sikit.

  23. Alhamdulillah, smlm sempat TD XBold ngn bro Nazz kt Glenmarie.

    Route sekitar situ, ada kombinasi jalan.

    ahhh…senang citer, enjin CFE nih mmg power la.
    (of course le aku compare ngn gen2 campro0 mak aku).

    selalunye kalu nk kuar simpang yg ada bukit sket,
    aku drop gear 3 gen2 auto, rev 5k rpm.
    tp smlm aku bg je myk kt CFE..korg tau ape jd?
    wheelspin tuh!

    mulanye nk bawa relax2 je..nape nk bawa relax? sbb selesa..
    mmg betul la bagai dikata, mmg acceleration XB ni cm Myvi 1.3 Auto Premium wifey.
    dlm kabin senyap cm dlm myvi.
    of kos aircond sejuk, std proton.
    pada aku, tu pn dh cukup memadai utk sebuah mpv.

    then bro Nazz ajak jln belok2 cket.
    ni yg wt aku cuak sbb trauma xcden baru2 ni.
    korner bmw 80km/h, korner golf course 70km/h.
    slow? ni mpv bro. mpv layan korner?

    verdict: kalu ada rm80k, bli la mpv nih.

    prediction: p3-21a yg pakai CFE xtau la cmno power eh😛

  24. salam.. cb komen sikit gambar ni..
    intake pecah.. material problem ke .. btw tu cfe exora..

  25. Sapa kata flx se xjmt.aku dh pakai 2bln,ulang alik ke tmpt keja,mula2 pakai mmg minyak d teruk o.18@km,lani dh jimat jd o.12sen@km,pickup xpyh dk kata la tanya streng tekan kaki je,kalu bndar selalu dk depn,hgway dgn mvi lg best dh beradu msk 18okmj pada rpm 4.5 myvi dh babai kt blkang,mgkin flx se ni enjn besar kot,dan yg terbaru pg kelmarin di hywy a.setar diduga h.cty i.vetc kputusannya bila 18okmj city msh dk sebelah,tekan rpm ke 5k dh tinggalkn city tgk meter dh 2oo+ lbh,jd flx se bg saya keta yg murah dgn kuasa yg besar wlapun hage xstanding dgn keta luar,saya jgk ada livina 1.6m,rasanya kuasa flx se lg bgus dr lvina tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s