funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton nak jual 50% saham Kilang Tanjung Malim kepada GM???

62 Komen

Sama ada betul atau tidak berita ini, kita nantikannya dalam masa yang terdekat. Menurut theStar, saham Proton tiba-tiba melonjak semalam kerana ura-ura berita penjualan 50% saham Kilang Tanjung Malim kepada GM yang berjumlah RM800 juta.

Jika ini berlaku GM akan memasang kelengkapan terkini di kilang tersebut yang bernilai RM300 juta untuk pemasangan model-model keluarannya. Ini juga mungkin ada kaitan dengan bencana banjir besar yang melanda Thailand yang memaksa GM mencari lokasi alternatif untuk memasang kenderaannya. Bagi Proton pula, mereka akan mendapat akses untuk teknologi luar & membantu meluaskan pasaran luar negara.

sumber : biz.thestar.com.my

62 thoughts on “Proton nak jual 50% saham Kilang Tanjung Malim kepada GM???

  1. EMM NO KOMEN…

  2. nape org yg sbangsa dgn aku suka menjual… ada tanah tanah jual… ada sawit… sawit jual… x boleh ke just bagi sewa je… kn bagus… dpt duit sewa… nie jual kat org, esok2…apa pn kita xde… dah semua nak mjual je… jgn tdesak sangat sampai nk jual… utilize kilang tu just bagi sewa je…

    • tapi ni bukan macam jual tanah.. kalau jual tanah, takde 50-50..
      ni kira downgrade dari milik penuh kepada usahasama.. macam tu la kot. tapi aku pon setuju kalau setakat bagi sewa je..

      • ini business lah bro… kalu tak 50-50.. proton keluarkan semua blanja upgrade kilang.. tambah pekerja.. tp tak laku.. saper pulak nak tanggung bala kerugian tu…. cer citer…kene ada win win situation… takde satu company pun nak JV secara percuma jer… kalu GM nak suruh pasang kereta dorang tanpa 50-50.. tu dah kira mcm proton ambik alih terus pemasangan keter gm… takde company pn nak mcm itu mah…

  3. mungkin ada baik dan buruknya GM beli saham kilang Proton di Tanjung Malim. Kedatangan 2012 disambut dengan berita cukai naik, jual beli disana sini.
    apepun saya bersyukur malaysia tidak dilanda banjir yang besar seperti thailand baru2 ini.

    • mcm mana dgn kenderaan yg masuk air tu agaknya, klu tgk gambar, honda city yg byk tenggelam
      adakah kenderaan yg dijual slps banjir tu masih sesuai dijual?

      • X.. deorg crash kan semua. kat autoblog ada vid crash tu. Tapi nak cari jenuh.. Kene cari balik la rasenyer

  4. “acquire a stake in the national car company’s plant”
    jual 50% kilang je kan bukan ownership?
    ntahla saya tak paham sgt bab2 ni 😀

  5. sbg rakyat malaysia, sy berharap milik kita akan selamanya milik kita..tapi pembangunan jangan ditolak. pun begitu jangan menang sorak kampung tergadai.

    andai jualan saham itu bi bawah 49% sy setuju. sebab majoriti saham masih bwh kawalan kita.

  6. for me its a good news… in terms of technology dan kepakaran.. proton untung.. dapat equiptment baru…. cara and budaya kerja baru… tak payah lah citer pasal sebangsa.. tengok majoriti yg sebangsa ngan kita ni keje mcm lepas batuk di tangga jer.. jarang tengok yg sebangsa kita nie beria2 bekerja….. bkn aku diskriminasi kaum sendiri tapi itu kenyataannya……

    lg satu kaum sebangsa ku… kalu ada perubahan mmg susah nak terima…

    ayat aku mmg keras tapi aku rasa takleh nak sangkal kebenarannya…

  7. klu kita fikirkan balik nak ke dia transfer technology dia… aku rasa mmg susah(berdasarkan pengelaman aku deal ngan us, jepun n korea) tp klu korea ok skit… so far lah…nanti2 x tau cam ne… mn2 negara sekalipun mmg susah nak transfer technology… mcm2 alasan dia nanti bagi… n mcm2 sekatan….. delay2…. sampai kita sendiripun feed-up…nyesal….. biasa itu lah yg belaku……so bagi aku mmg baik klu bagi GM gunapakai kilang tanjung malim 2… sbb kita dpt utilizekan semua apa yg kita ada… dlm masa yang sama kita leh wat duit gak… tp jgn sampai dia org takeover or konker je sudah lah….. T&C kena betul2… kena pandai main dengan ayat….. jgn separuh jln dah 2 rasa x sesuai… last2 bcerai… last2 duit yg dh dgunapakai membazir….

  8. Eloklah tuh,daripada tak fully utilize kilang tg. malim tu,baik dijual aje sebahagian sahamnya..dah jual tak semestinya tak leh beli balik..esok2 beli la balik. 🙂

    • Bleh ker beli kalau orang tak jual. Tengok cerita suzuki ngan vw. Nak beli balik tapi vw tak jual. Camna tuh

  9. Mmm… yg nie tak pasti nak komen mcmana:) Tapi kalau tengok situasi semasa, setakat jual share 50% kilang Tj Malim tak lah seserius jual saham 50% proton keseluruhannya. Ker sama jer? Cer citer… Setahu saya, kilang tanjung malim tu adalah antara kilang pemasangan termoden di rantau nie. Even proton pun setakat nie hanya menggunakan less 15% daripada kemudahan yg ada. Sekiranya ada 2, 3 model2 baru utk pemasangan baru mgkin 30% pun tak sampai. So, proton masih ada lebihan 20% penggunaan kemudahan kapasiti tj. malim tu. Pilihan terbaik mmg ar 50% tu disewakan sahaja. Tapi sekarang nie dgn kemudahan yg canggih dan luas tu, kalau saya GM, memilikinya lebih berbaloi dari menyewa utk jangka masa panjang. Lebih2 lagi kalau berlaku situasi seperti di Thailand. Yg penting ada win-win situation.:)

    Cheers!

    • aku rasa sewa jer nie… 50% kemudahan kilang di beri kepada GM.. tp under pengawasan proton…kira cost penyelenggaraan kilang di kongsi bersama… VW nak beli pn tak dapat.. ni kan GM…. kalu aku proton… aku dah lama bagi VW dari GM…. VW lagi besar… at least VW tak pernah rugi mcm GM

      • tapi aper2 pun sewa jer kot. Dapat utilize kilang 100%. Lagipun, Chevy nanti semua kuar dari kilang tanjung malim.
        mana la tau tetiba Cadillac/opel boleh masuk balik malaysia. dan kalau GMC masuk malaysia mesti bungkus hilux.

      • Mmm… GM mmg pernah rugi n hampir bankrup. Nasib baik negara diorg bailout. Tapi sekarang top ranking no. 1 bagi tahun 2011:) Bagi saya, better GM then VW yg penuh dgn tipu muslihat…

        Cheers!

  10. Pada saya ini hanya langkah permulaan kepada kerjasama yang lebih besar diantara Proton dan GM setelah VW terkeluar dari ‘big picture” Proton. Proton tak akan jual begitu sahaja kerana sebelum ini pun ia masih untung walau pun merosot kerana pelaboran dalam Lotus. Namun tidak pula kita dengan Proton mengalami masalah kewangan. Jadi kewangan bukan motif jualan … tentunya sesuatu yang lebih besar menanti 🙂

  11. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/5/business/10206359&sec=business
    nadzmi dah umum bid utk Proton
    tapi yg sedihnya dia cakap nak jual Lotus

    “If I buy Proton, I will cut it off, and probably retain a 20%-30% stake, which translates to a lot of savings every year. There is a lot of potential buyers for Lotus, and once a deal is signed it will be written back to the books of Proton,” he said.

    • 20% to 30% stake banyak tu…doesnt mean jual terus.. proton masih ada pengangan saham dalam Lotus… lagi pun kita kene percaya pada bakat rakyat tempatan.. kita dah ada proton ride and handling dah….

      sampai bila kita nak tumpang bangga atas jenama org….at least burden yg di tanggung oleh proton boleh lah di beri ke pekerja proton skang nie.. hehehe

      • kalau ada just 20-30% tu kira mcm jual terus dah tu, sbb controlling majority utk buat keputusan dah xde, sekadar dikerah inject modal dan kutip dividen saja
        proton bukannya popular lagi terutamanya kat market luar, nak xnak memang perlu ada something yg boleh popularkan proton, in this case Lotus lah

    • Huhuhu…:(

    • Mungkin pada nadzmi, lotus ni liabiliti kpd proton yg mana ia sentiasa memerlukan suntikan modal yg besar.

      Walaupun perancangan nak mengeluarkan barisan2 model baru dalam beberapa tahun lagi, namun pasaran automotif bg kelas sport dgn harga 100k pound agak sukar dijangkakan. Mungkin proton tak boleh menunggu lagi terus menerus sedangkan proton juga perlu membangunkan model2 baru.

      Tambahan lagi, mungkin proton sudah yakin yg mereka sudah mampu merekabentuk kereta dan powertrain sendiri. So, modal besar yg sentiasa disuntik kt lotus tu mungkin boleh disalurkan kpd RnD proton. Tapi tak taulah. sbb Tun pasti tak setuju punya lotus dijual. kalau ikut aku pun, aku tak setuju saham lotus atau proton dijual.

      Tapi dalam era pasaran bebas, apa2 juga boleh berlaku.

      • Mmm… kena faham mengapa dulu proton beli lotus yg dah bankrup pada 1995. Dan kena pula lihat apa potensi lotus kepada proton hari ini. Macam nie la, beri sahaja laluan lotus menyusuri plan pemulihan 5 tahunnya. Then selepas itu sekirannya petunjuk aras tidak seperti yg diharapkan, then barulah sepatutnya proton memikirkan wajar atau tidak lotus dilepaskan.

        Kadang2 semcm ada konsiprasi sahaja utk mengagalkan plan pemulihan lotus ini. Ada plak yg cuba menangguk di air yg keruh. Dan pihak2 ketiga pula ada yg sudah bersiap sedia nak cuci tangan menggapai lotus setelah apa yg proton lakukan utk lotus.

        my 2 cents.

        cheers!

  12. vw nak take over control proton… tengok apa jadi kat suzuki… so mmg tepat apa yg proton putuskan utk tidak teruskn jv ngan vw so aku harap proton berhati2… jgn sampai kita tlepas kawalan…. jgn kita ingat kita je yg pandai main politik… dia org pn pandai main politik gak…

    dah jual dah 2 nak beli balik mmg tidak berbaloi… kebiasaannya kita jual dengan harga murah berbanding kita beli kembali… so mmg rugi… harap2 jgn la jadi mcm ini… rugi duit rakyat… biar lah kita bsusah2 dhulu bsenang2 kemudian…. ada ketika kita dibawah dan ada ketika kita di atas…. waktu dbawah jgn pula putus asa sampai nak mengadai n mjual semua…

    plus klu nak jual skit saham lotus ok… tapi lotus car je la… jgn lotus engineering… lotus engineering yg bnyk mdatangkan faedah n ganjaran kpd kita… plus klu dbaca mmg dari dulu lagi lotus car bnyk mdtgkan problem… itu sbbnya ada berlaku jual beli lotus car… tp lotus enginnering senantiasa memberi pulangan yang menguntungkan….

    jadi kesimpulannya pada aku baik sewa atau jual sikit je tak yah la sampai 50% share tanjung malim 2 n klu nak jual lotus just jual lotus car itupun sikit je… utk dpt suntikan kewangan n bknnya lotus engineering… biar kta pegang 100% lotus engineering n majorii share kilang tg malim…

    • Mmm… sekarang nie saham lotus 100% milik proton. jual sikit pun dlm 10-15% pun ok. Yg penting majoriti saham masih milik proton. 🙂

      cheers!

  13. x kisah la.. yg pntg sy nk tgk P321A live hari ni.. – @ SACC

      • huhu.. nak unveil byk2 takut Bro Tabogeen marah.. tp yg paling penting nak tekankan. dashboard n panel pindu guna soft plastic mcm kete wira dulu dan steering die ada emblem chrome mcm Waja.. Yahoo!!

      • lagi satu, Dato’ Syed Zainal cakap yg full spec harga dalam RM 74k

      • ooo penting la emblem warna kat stereng tu..ok la

      • march 12 …..

    • lama dah tengok.. siap duk dalam dah.. hhaah

    • yep.. update features die pun dah ok dah.. Tapi kalau boleh cek berapa actual airbag die.. hahaha

      • stereng, dashboard.. seat depan (dua2 belah…) pillar depan(dua2 belah), pillar belakang (dua2 belah)… slot in key.. start button… build in GPS receiver,..

      • hoho.. tq bro

      • xda Keyless Entry Remote ?

        jika xda keyless memang outdated bagi push start T.T

      • xjugak keyless itu wajib utk push start. Ada byk kete mewah n eropah dia pkai slot in,just masuk,xperlu pulas.
        Ada jugak jenis pulas. Yg suka keyless entry nih biasanya korean car,pastuh japs, pastu brlah kete2 lain.
        Kena ingat,keyless entry nih,klu bateri abis@kurang power,manual jugak jdnya,kena slot in n pulas. Tp xkisahlah mana2pun.
        Tp klu kete conti xpkai keyless entry,tp ada push start,out dated lah yek :-). Bro, merc cls amg mclaren mercedes pun slot in key,tp push start kat gear knob.rega,sendiri mau ingatlah, berpuluh bijik kete jepun n korea bleh beli ngan rega dia,xkan cikai kot …hu…hu…

    • p321a ada kat sacc ka… sampai ble?

  14. Tanjung malim not used…kalau tak pakai…rugi..sebab when underutilized..the maintenance cost is not justified

  15. Firstly, jual separuh daripada saham kilang itu adalah langkah mudah untuk GM membina kompleks mereka sendiri dalam kawasan kilang tersebut. Jika hanya sewa, mungkin mereka tidak mahu ambil risiko melabur banyak untuk bina kompleks baru tanpa jaminan hak. Proton tidak rugi kerana mungkin mereka boleh kongsi teknologi melaluinya. Berbanding Jepun dan Korea, aku fikir Amerika lebih mudah untuk berkongsi teknologi kerana fikiran lebih terbuka.

    Second, macam bro Taboogen cakap, kita boleh tiru budaya kerja GM. Harap tidak tiru banyak sangatlah sebab GM punya budaya kerja bukan bagus mana pun. Yang ada dan selalu orang cakap adalah “the Toyota way”, bukan GM way… 😀

    Apa jenis kenderaan yang boleh GM pasang di Proton City nanti? Aku agak banyak juga sebab kalau di Thailand, mereka lebih utamakan Pickup. So, pickup mungkin tidak. Aku bajet, kereta jenis sedan seperti Cruze dan Sonic (dulu Aveo), kereta brand Opel dan Vauxhall.

    Seperti yang orang lain cakap mengenai VW, aku setuju. Maka aku lebih prefer GM berbanding VW kerana VW sudah banyak brand low end takut nanti bila mereka ambil Proton, Proton jadi pemasang saja. Sedang GM masih belum ada brand low end global.

  16. just wait for this Saturday…

  17. ada apa dgn sabtu nh ?

  18. Perjumpaan PM bersama warga industri selangor kat proton SA sabtu ni.. Vendor2 pon dieorg jemput dtg..huhu

  19. “Besides the increased utilisation of the Tanjung Malim plant, Proton needs to transform itself to be a global player, and I believe the upcoming model codenamed P3-21A will be the global car that will transform Proton’s DNA. The car will be a completely different car with better material and design coupled with modern features. One thing is for sure, Proton’s DNA will shift to a higher gear with the plans in place,” he said.

  20. Dgr Cerita Honda pun nak beli plant ni. honda punya lain kat Melaka tu pendek sgt. takleh nak produce byk.

    Honda pun nak relocate dari Thai….

    Source dari jepun kompeni aku…..

    • sorry line bukan ‘lain’

    • Sebenarnya kalau ikut logik, lagi bagus buat kilang automotif di Malaysia berbanding negara lain di Asia Tenggara. Tapi masalahnya dengan dasar NAP kerajaan kita yang menyusahkan pelabur automotif asing untuk datang buka kilang di sini.

      Takpelah nak lindungi perusahaan automobil tempatan tetapi jika hadkan pengeluaran kenderaan berenjin besar, susah juga nak berkembang. Pasaran di Asia Tenggara bukan jenis beli kereta enjin besar. Rugi sangat jika waktu sekarang kerajaan masih tak ambil peluang untuk tarik pelabur tambah-tambah dengan masalah di Thailand.

      • tu la masalahnya, sebenarnya bagus untuk Proton jugak kalau diorg invest kat sini, banyak vendor luar yang supply komponen kat kompeni tu akan masuk, jadi Proton ada banyak pilihan vendor & boleh tendang vendor2 yang tak bagus terus… ni mungkin salah 1 strategi utk cover vendor2 tak guna ni supaya dpat cari makan lagi..

        kalau ikut kadar cukai pun Proton masih kena cukai tinggi & yang paling banyak ambil untung ialah kompeni Jepun… jadi dasar NAP ni takdelah nak protect Proton sangat, dah la geran R&D dapat ciput, nak buat bumper pun tak lepas, hahaha…

      • cuba korang tengok page ni:-

        http://www.proton.com/About/Corporate/Governance/Group-Operations.aspx

        pada aku x ada masalah kalau proton nak jual sebahagian interest dia di tanjung malim manufacturing plant (Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd.). bukannya proton nak jual interest dia dalam Proton Holdings Berhad pun, which means tak effect pun pada kepentingan proton dalam subsidiary2 lain. yang penting Proton Holdings Berhad retain 51% interest dalam Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. lagi 49%, bole jual la kat GM ke, Honda ke, sape2 yg interested la. x pun dalam 49% tu, bidder2 yg interested bole share.

        my 2 cents. 🙂

  21. Tak silap sy keyless entry suis kerata proton skg ni . Terms yg tepat smart key,

    Bila ada smart key mesti ada button kat pintu utk picit masuk kerata.
    Yg menarik bila dah start enjin , smart key boleh tinggal kat rumah aje.
    Hebatkan kalau p3 dpat apply tech ni.

  22. saya dah tgk sndiri kilang Proton Tg. Malim. memang besar. lepas ni akan di gunnakan lebih banyak la dengan pengenalan model P321-A yg akan dipasang di kilang tersebut. model2 global selepas ini pun akan dipasang di sana. semoga Proton City lepas ni lebih meriah dan rancak diselangi dengan siapnya kolej kediaman UPSI. Teringin jugak nk tinggal kt sana.

    *BTW. clay model yg jd isu sblum ni mmg GSC. bntuk die seakan2 Mitsu Mirage baru sbb proton bnyak share components dgn Mitsu lepas wat MOU thun lepas. Yg pnting kne tekankan ialah ianya bukan rebadging tp components sharing. Tanpa selindung, DSZ kata ia adalah model Myvi Killer..

Tinggalkan Jawapan kepada krs189 Batal balasan