funtasticko design

http://funtasticko.net

Pengerusi Proton bakal membida saham Proton, ada perancangannya tersendiri

37 Komen

* Gambar sekadar hiasan

Sebagaimana yang kita ketahui, Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh merupakan salah seorang daripada individu & syarikat yang berminat untuk membida 42.7% saham Proton daripada Khazanah Nasional. Selain itu DRB-HICOM & Kumpulan NAZA juga berminat untuk membida saham ini. Beliau merupakan orang yang paling dekat dengan Proton & tahu selok belok serta potensi syarikat terbabit.

Kilang Proton di Tanjung Malim tidak digunakan sepenuhnya, cuma 52% sahaja. Banyak pihak luar yang berminat untuk mengadakan pakatan strategik dengan Proton termasuklah GM yang dikatakan bakal membeli 50% kepentingan kilang tersebut untuk memasang kenderaannya. Jika ini berlaku kilang tersebut akan digunakan sepenuhnya & bakal menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM400 juta hingga RM500 juta.

Mengenai Lotus pula, beliau bakal menjual sebahagian besar saham Lotus kepada pembeli yang berminat & masih mengekalkan 20%-30% saham tersebut. Menurutnya, Proton lebih baik tanpa Lotus buat masa ini.

Beliau bukan sahaja mahu membida saham Proton semata-mata, tetapi telah mempunyai beberapa perancangan untuk masa hadapan Proton. Selain peningkatan penggunaan kilang Tanjung Malim, Proton dalam proses transformasi untuk menjadi pemain automotif global dengan pengenalan model “P3-21A” yang menjadi model global sulung mempunyai DNA Proton yang baru. Model tersebut amat berbeza sama sekali dari segi penggunaan bahan yang lebih baik selain rekaan dengan ciri-ciri moden. Harganya pula tidaklah terlalu tinggi.

Beliau juga berharap banyak lagi kolaborasi akan diadakan & menumpukan pasaran yang berpotensi besar seperti di China, Iran, India & negara Asean. Mengenai potensi kolaborasi pembangunan enjin bersama Mitsubishi pula, Proton dapat menjimatkan kos pelaburan pembangunan enjin baru cuma RM600 juta berbanding RM1.7 bilion ke RM2 bilion jika membangunkannya sendiri. Mitsubishi juga bakal berkongsi teknologi elektrikya bersama Proton.

Kerjasama dengan Hawtai pula merupakan peluang yang baik buat Proton untuk mendapatkan kembali pelaburannya dalam pembangunan sesebuah model. Sebagai contoh model Waja & Exora yang tiada dalam barisan model mereka, Proton boleh menjual rekaan tersebut kepada mereka.

Mengenai barisan model yang sedia ada, ia umpama memperbaiki kesilapan yang lalu umpamanya model Exora, walaupun agak lewat diperkenalkan ia adalah lebih baik daripada tiada langsung & dengan pengenalan versi terkini ia bakal menambahkan jumlah permintaan.

sumber : biz.thestar.com.my

 

 

37 thoughts on “Pengerusi Proton bakal membida saham Proton, ada perancangannya tersendiri

  1. Banyaknye duit die nak beli…

  2. harap DSZ dikekalkan sekiranya DMN ambik alih… 🙂

  3. datuk nadzmi pernah menerajui proton, jadi dia mmg sgt faham dgn proton

  4. tp bkn ke d.nazmi ni penah bersama ngan t.mahalel dulu,n bila t.m diambil alih oleh dsz, diapun undur diri.
    Tp bab kata lotus merugikan, sepatutnya tidak,nak kata prtn lebih baik tanpa lotus,agak sukar coz sapa prtn tanpa lotus.
    Jual saha,,oklah,nk kurangkan beban, tp biolah majoriti masih prtn punya. Byk fasiliti n kepakaran kat lotus yg kita bleh gunakan. Xbyk lg transfer of tech dr lotus.
    Manufacturer lain sume ada division yg buat future research tech,lotus ada, prtn xda.
    Mcm range extender,klu x kerana lotus,prtn xmerasa nk guna tech ni. Frazer n nash hanya pada hybrid biasa n ev ajek.
    Tp pndpt aku jelah. Aku sbnrnya kurang yakin ngan nazmi nih coz ada dgr dia n dsz, ada pndpt yg xberapa nak sama.

    • Mmmm… setuju. Setakat cakap proton bleh tembusi negara2 tu. bleh kolaborate dgn mitsu ker, atau mana2 nak jimat kos itu sebagai alternatif. Sedangkan proton/lotus bleh pergi jauh dan mudah dikenali sekiranya sinergi nie kena dgn pengurusannya. Sayang sangat bila lotus terlepas begitu sahaja. Dah jadi aset tuu… Kalau begitu takdirnya, buat apa la awal2 dulu beli lotus:) Mgkin ar masa zaman TMahalel dia beli lotus, D nadzmi x berkenan, pastu kuar dari proton pastu masuk blk dan kalau dia menang bida nie, langkah pertama jual lotus…Mmm… mmg berbeza kn bila orang politik/busines dan org tekno handle syarikat?

      Mmg ar proton dah banyak timba ilmu dari lotus. Tapi bukan faktor itu jer protn bleh berdikari utk pasaran global. Bagi saya branding prootn utk pasaran global x kuat lagi. Berilah masa lotus buktikan proses pemulihan 5 tahunnya lepas tu kalau x jln gak, baru ar itu liabiliti namanya… dan selepas itu decision making is urs…

      my 2 cents.

    • bagi nadzmi for 2012, jual lotus dapat profit 300%. untung.
      pastuh 2014, orang lain keluar EV or new tech. nadmi cakap kat engineer proton. by Q3 aku nak semua tech tuh kat kereta proton. LOL. maner nak cari sumber dah ilang. LOL.
      -never trust this guy la aku rasa-bussiness tayar celup yang bahaya untuk nyawa orang pon dier sapu, aper tah lagih kereta. janji untung. sapu.

    • Sekarang ni Proton yang banyak bagi technology ke Lotus. Lotus harapkan handling je bagus, design dan kualiti tak leh harap.

  5. aku sokong bro mat bab jual lotus n nazmi n dsz x sebulu…. spt yg aku ckp sblm nie…. lotus car adalah yg mdtgkan kerugian manakala lotus engineering sebaliknya…. bnyk faedah dlm lotus engineering yg masiih belum d tranferkan ke proton…

    antara contohnya yg bro mat cakap…. reev mmg main dr lotus engineering… bkn lotus car… dia pernah test kat gen2 klu x slh sbg 1st prototaip sblm dia test kat exora…

    antara lainnya lagi dia wat rnd pasal cable plug guna optic n laser…. so far setahu aku benda nie proton x dpt lg… 1 pn x dpt lg technology pasal nie… selen dr 2.. lotus engineering gak dh patentkan ala2 shut off(tp dia bg nm lain)… yg mana utk mjimatkn minyak… bla x dperlukan hanya 2 dr 4 lejang shj akn bfungsi tp bla dperlukn kesemua 4 lejang akn bfungsi…

    nie link lotus engineering http://www.lotuscars.com/engineering/en/index kat website nie pn kita leh tengok lotus secara umum nya dibahagikan kpd 2… lotus car n engineering… dii antara masalah lotus car ialah jualan kereta lotus itu sendiri… kat wikipun leh baca gak sejarah lotus cam ne…

    proton mula nampak mgorak langkah bila dsz take over… dah bpe lama nazmi join proton… n apa perubahan atau transformasi yg dia wat… tp bpa lama lak dsz join n apa transformasi yg dia dh wat dlm masa yg singkat so fkir2kn lah dlm masa yg lamapn nazmi masih x bupaya nak tranform proton so bla dia take over boleh ke…aku mmg x confident ngan mamat nazmi nie…base on prestasi nazmi nie…bkn shj d proton malah company yg ada hubung kait ngan dia yg lain2 sekalipun…. kita sama2 lah fikirkan… lama x semestinya tau segalanya or menjiwai or tau selok belok… mcm ceramah yg aku dengar…. sorg ulama tu kata… klu kita nak ikut lama… unta kat padang pasir lagi lama dok sana… tp masih x boleh bbahasa arab gak… so lama is nothing…

    • betul gak bro cakap tu, nampak yg buat transformasi Proton sebenarnya DSSZ, dia memang the right man utk terajui Proton… bukan setakat kualiti, tapi model baru ada banyak penambahbaikan… cuma kena ada dana besar utk expand & develop model baru…

      yg bro ckap teknologi ala2 shut off tu tak silap nama dia cylinder de-activation kalau nama Lotus bagi la… memang patut Lotus engineering ni Proton simpan, ni boleh dikatakan harta/khazanah intelek/teknologi masa depan, bukat stakat ride & handling, teknologi platform kereta & enjin diorang ada

      • cylinder de-activation? cam prnh ada kt honda, x pasti la pulak

      • cylinder deactivation tu kalau tak salah teknologi lama.. sama mcm Mitsu punya 4G92 punya engine kan?… dia rehatkan sebahagian silinder bila kereta dlm rpm tertentu dan akan aktif balik bila kete perlu lebih kuasa. manufacture lain ada jugak pakai, beza dia mungkin pada sistem yg ada sikit lain.. mcm turbo.. mcm2 jenis jgk Turbo kita ada kan..

      • cylinder de-activation ni dh lama kedengaran.
        sblm honda, audi dh ada tech ni.

        dulu dlm web proton ada sebut psl CDA.
        adakah CDA ni cylinder de-activation?

      • cylinder de-activation tu memang dah lama sangat Lotus buat & patenkan, cuma tak sure company mana beli… takkan la diorg nak declare company mana, pastu company yg beli tu mesti la tukar nama & declare tech tu dia punya…semua ni kan p&c

  6. aku pun harap kalo nadzmi ni berjaya beli saham proton, beliau mampu meneruskan perancangan yg telah dirangka skrg.

    seingat aku, beliau menerajui proton ketika zmn kegemilangan proton wira, dan ia sudah tentu tak sama dgn keadaan skrg dimana pengguna sentiasa “high demand” dan sekiranya tidak puas hati dgn proton, mereka ada kuasa beli jenama lain.

    apa pun kita tunggu dan lihat. cuma kalo berjaya, hrp DSZ dikekalkan.

  7. Bro…for real, lotus is burden…
    Get rid of it…
    Lotus rugi, takkan nak cover sume dgn jualan saga? Jual je lotus tu…jv dgn mitsu…

    • Mmm… abis tu, masa prootn beli lotus, masa tu lotus bankrup, rugi gak…

    • lotus is not a burden. Baru-baru ni lotus dah jual 400 buah kereta diaorang kat China walaupun dengan jual model-model lama. Ada pasaran yang masih tak diterokai Lotus. Cuma Proton lack of capital, so model-model baru Lotus tak boleh dikeluarkan masa terdekat.

      Kalau depa kaya, tahun depan dah boleh keluar model baru Lotus.

  8. Kalau Nadzmi ambil guna loan dr finance jd mcm Malcolm Glazer take over Man United ler. Proton jd cagaran pada Bank. Nadzmi jaga Transnasional n BAM pun terumbang ambing.

    • tu la, biar drb, diorg ada dana sendiri… tapi rasanya buat masa ni tak payah la jual saham proton…tggu p3-21a dulu, dah launch & dapat sale bagus profit balik proton nanti

  9. Dato nadzmi bukanlah tokoh dia opportunis , title bumi untuk menghirup kekayaan peribadi.
    Sedikit pernah sy rakam antaranya:-

    1. Bas henti2 transnasional rugi mtk kerajaan bailout. Bas Mara exspress pun kerajaan kasi.

    2. EON paksa beli proton full accesories, kalu tidak tunggu lama , wira 47k tp dapat tayar size kecil 155/13 . Betul2 da’jalun kaz’abun ko ni.

    4. Trisilco motor sales pun x seberapa. Keta uk spec semua ko sapu.

    5. Pi perbetul BAM dulu, kenapa simpan hafiz hashim n mana budak melayu lain cina je ramai. Dah kena beli ke?

    6. Jangan tamak sangat , bagi peluang orang lain pun nak kaya jugak. Dah sampai masa datuk p kuliah ust azhar idrus takut2 stroke dtg lagi trus gold.

    Maaf lah bahasa kurang enak.

  10. secara dasarnya… berdasarkn pengalaman ada 3 cara dlm engineering nie sbg contohnya org kerja proton berfikir…

    yang pertama org bawahan… technician… diia tau wat kerja.. ot… gaji masuk dpt bonus ok… bnyk wat kerja routine ja… yg len malas fiikir…

    yg kedua ialah pertengahan… engineer… wat spec kaw2… priority kat safety, performance n jimat duit…

    yang last boss atau manager dan top management… org yg senantiasa bfikirn secara business… yg dfikir ialah keuntungan semata2… engineer dh wat semuanya optimum.. tiba2… bos kta kena jimat kos…. so wat lah graph… dr graf tu yg bnyk guna duit ialah material kereta… so bos kata kiita kena lowkn qualiti dia skit… concentration material tu kena rendah… so jiimat la kos… so akhirnya jadilah plastic yg low material…

    mcm juga kes nie… apa yg membebankn… yg x mdtgkn untung… ialah lotus… so bos kata kta jual lotus dah 2 kita untung la… x yah nk tanggung kerugian lg… nie lah cara bos bfikir… tp klu bos yg background engineering… setidak2nya dia akn fikir gak hal2 engineering selaiin kos…

    yg perlu dberi keutamaan skarang ialah p321a… spt kata bro campro… marketing kaw2… insyallah leh untung kaw2… org malaysia yg mana x mo xpe… jgn putus asa… truskn jual… export… may b bla export yg tlalu bnyk… org luar menerima baru lah kot org malaysia yg x menerima bru nak terima… lpas 2 cuba utilizekn kilang tanjung malim….. w/laupun nk jual(atau blh myewakn)…. just a few je share… biar kta still control… dh lpas 5 thn klu lotus masih mbebankn blhlah dfkr n dkaji nak jual skit saham lotus car…. lotus engineering jgn lg usik… tengok lu effect lpas jual lotus car cam ne…

    skarang nie focus pd p321a… focus… insyallah leh untung bnyk… org tua2 kata… skt2 lama2 jadi bukit… jgn jelojoh nanti yg dkejar x dpt yg dkendong berciciran…

  11. Cuba baca ini,

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2012/01/proton-is-up-for-disposal.html

    Saya setuju dengan pendapat agar Proton tidak dijual kepada Dato Nadzmi. Sekarang dia CEO Proton malah dia dengan Proton sudah sangat lama tetapi apa pun tak berhasil. Bila DSZ datang, barulah Proton nampak kembali bersaing. Apa justifikasi Nadzmi bahawa jika dia beli Proton, Proton dapat berubah jadi lebih baik sedangkan selama ini dia memang dengan Proton sejak zaman Tan Sri Yahaya lagi tanpa sebarang hasil positif.

    Juga, jika bukan persetujuan beliau, Lotus dengan Danny Bahar sekarang tidak akan bazirkan duit untuk perkara yang bukan-bukan.

    • cakap lotus on track for 5 year turn around plan. tup tap nak jual plak. ker memang as per plan. LOL.
      -BAM lak pecat misbun pastuh tak nak ceriter pasal aper. Badminton and bola is belong to rakyat, ( latest chong wei pon dah start kalah ngan cheng long, not only lin dan dah sekarang nih ). LOL.
      same as proton. it belong to rakyat. it not about money. aku rasa dier nih hideous sama cam mahathir arr…too old to think

  12. x kire sesape yg amik proton nti…..aku nak DSSZ jugak jadi leader proton……org yg dh terbukti mmg berkaliber dan seswai utk lead proton…..drpd dh nk bangkrup skng dh jd player………….bukan sekadar kroni cari makan je

  13. Sebagai bakal pengguna MPV Proton (loan dah lulus tinggal nak amik kereta je) aku amat mengharapkan masa depan Proton ni cerah dan takde keputusan mengarut2 mcm zaman pre-DSZ, sbb aku nak pakai kereta lama, bukan takat setahun dua je, ada kena mengena jugak ni.

  14. andaikata nazmi take over… so proton ialah salah satu syarikat swasta… so semua org kena tunduk n ikut ckp nazmi.. sbb dia big bos…

    at that time he could do anything ….. plus dah la dia x sebulu ngan dsz so mahu ke dia continue contractkn dsz lg?klu mahupun dsz kena ikut ckp dia… mcm skarang big bos khazanah… so dsz leh by pass dia klu x suka… as long khazanah suka… sbb khazanah ialah big bos proton…

    off topic….

    aku rasa lbih baik p2 wat gsc…. ambik sebijik ke…rebadge ke…

    klu dia ambik sebiji proton leh tumpu pada export je gsc nie… manakala local dari p2…. p2 fokus pada pemasangan je… setting2 semua still dr proton cnth proton ride n handling n lain2…

    manakala klu dia rebadge fo sure dia guna lambang p2, proton hanya mkn atas angin la mcm 2….. so…. kita biar je la kat dia… at the same time proton fokus gsc mcm produk biasa… utk local n export….

    sbb dulu dia ada alasan yg kita malaysia xde modal yg mcm myvi tp bla kita keluarkan apa yg myvi ada or lbih baik lg iaitu gsc so dia sebenarnya xde alasan… tupn klu dia mmg betul2 company malaysia la… betul2 nk kembang or tingkatkn produk anak tempatan lah… nak seribu cara tp klu dah x nak sejuta alasan

  15. Ramai opportunis dalam dunia korporat yang sanggup menjual maruah agama dan bangsa hanya untuk mengaut kekayaan berjuta. Proton biarlah diterajui mereka yang benar2 passionate tentang kejuruteraan kereta (DSZ).
    Orang lain yg ada kat atas nak buat untung lebih, berundurlah. Agak kalau terfikir buat duit semiliana mungkin dgn jalan singkat, tak payah lah kerja, ambik gaji pun buta je. Ramai lagi tenaga teknokrat Melayu yang sayangkan bangsa dan agama yang mampu menerajui Proton.
    Oh tentang ‘soalan is this true’ pegi copy dan paste balik kt Malaysiakini ke Papagomo ke…byk blog politik kat luar sana. Itu pun kalau reti Bahasa Malaysia. Tak paham….potong bg anjing makan..

  16. Mengenai Lotus pula, beliau bakal menjual sebahagian besar saham Lotus kepada pembeli yang berminat & masih mengekalkan 20%-30% saham tersebut. Menurutnya, Proton lebih baik tanpa Lotus buat masa ini.

    Komen: Tinggal 20%-30% sahaja? Lebih baik tanpa Lotus buat masa ini. Sekarang jual, nanti mahu teknologi Lotus lagi. Mahu beli balik? Mungkin bila Lotus sudah untung. Pihak tertentu tidak mahu jual balik kepada Proton. Proton mesti terus memiliki Lotus sehingga rancangan 5 Tahun Lotus. Kalau betul-betul tidak menjanakan keuntungan selepas model-model baru dikeluarkan, baru jual Lotus.

  17. Tanpa Lotus, Proton mungkin tidak dapat sampai hari ini. Lotus memang memberikan manfaat kepada Proton juga…. Jangan lupa….

  18. masalahnya tu yang dia mau. beli proton waktu ni tak la mahal sangat. kalau dia beli lepas proton keluarkan peTuah nie..jawabnya..dengan potensi keuntungan baru 1st global car nie..bising la rakyat kalau dia beli ngan harga biasa.

    aku tgk dia nie tau nak untung segera je.. gila aper.. Lotus on the right path dah sekarang. dah ada dlm peta2 perlumbaan dunia balik dah bukan mcm 4 5 tahun dulu. dr F1 ke go-cart ada jenama LOTUS kini..dgn plz 5 tahun LOTUS tu..ramai gila tok sheikh2 arab nak beli..dia ni tau nak duit segera je..

    Paling bdoh pun tunggu la HASIL JUALAN PRODUK BARU LOTUS yang cover balik loan & interest serta at least 30% keuntungan yg sindiket tu..bukannya COVER DRP HASIL UNTUNG SEGERA JUALAN SAHAM LOTUS…

    ni manpak sangat jenis Melayu Ali Baba..jenis yg banyak kabel tapi bila dapat, jual lesen tak org tu ni, sub balik kat org lain..jenis Melayu camni yg buatkan org Melayu makin menjauh dgn gov. / BN. Kaya bukan dgn usaha, tapi dengan cara manipulasi pasaran. fikir2 balik ape beza Melayu camni dgn George Soros tu????

    Kesimpulannya :

    1. sblm dpt untung dr P3tuah… kerajaan kalau nak menang PRU13, tolong jgn jual lagi Proton.

    2. dan sewaktu jual tu, mestilah bersyarat..LOTUS sekurang-kurangnya 55% adalah masih kekal di bawah PROTON!!!!

    3. banyak lagi org kaya yang jujur kat Malaysia nie..tak kira la Cina ke, India ke, Melayu ke..tapi penting org yg bukan jenis kat atas ni.. belum lagi dpt beli. dah sound awal2 nak jual Lotus..tak ke bahalol tu namanya, PR pun gunakan teus isu ni, “see tgk org BN, belum lagi beli dah nak jual..tamak sungguh lintah2 UMNO ni”…

  19. What have been done by the Late Yahaya Ahmad will be….. gone! if sell off Lotus…

Tinggalkan Jawapan kepada Abe Batal balasan