funtasticko design

http://funtasticko.net

Pemilik baru Proton, DRB-Hicom perlu kekalkan MD sekarang, SETUJU atau TIDAK?

66 Komen

Sengaja saya buka post ini untuk menyuarakan sokongan kita kepada MD Proton sekarang, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin b. Syed Mohamed Tahir supaya dikekalkan jawatannya oleh pemilik baru Proton, DRB-Hicom. Ini kerana transformasi yang telah dibuat oleh beliau telah berjaya menaikkan kembali reputasi & jenama Proton. Sebaik-baiknya biarlah segala perancangan yang telah dibuat oleh Proton diteruskan & pemilik baru cuma menambahbaik sahaja. Kami semua berharap agar DRB-Hicom mengekalkan beliau untuk menerajui Proton. Apa pendapat anda?

Advertisements

66 thoughts on “Pemilik baru Proton, DRB-Hicom perlu kekalkan MD sekarang, SETUJU atau TIDAK?

  1. perlu dikekalkan.. sbb DSZ ini adalah icon proton.. setuju tak??

  2. Saya mencalonkan Datuk Seri HJ. Syed Zainal Abidin sebagai Man Of The Year 2012. Harap beliau dikekalkan menerajui proton ke peringkat global. Tun M mesti senyum baca komen nie… he..he..

  3. Mula2 DSZ jadi MD menggantikan TM di proton, saya agak ragu2 kerana DSZ dulu dari perodua. Tapi sekarang pastinya DSZ ialah pilihan yang tepat untuk proton.

  4. klo DSZ xlg jd MD proton…dia akan jd legend kt proton

    • mungkin ramai jurutera dgn staff proton kuar dari proton..dan pergi ke perodua daripada kerja dgn DRB..mungkin?..

  5. pada pandangan peribadi aku… may b juga dia kekal kn n cuma nadzmi kot dia replace ngan someone yg tua may b someone dari board drb-hicom… aku ckp cam nie base on press statement dia org yg mana dia nak gabungkn org lama n baru dlm pgurusan n dia kata selama dia terajui drb-hicom x pernah lg dia jual mn2 company milik drb-hicom so possible dia x jual lg lotus… dia nk tengok plan… study lu.. n wat penambahbaikan n hope ok la lotus lpas nie…

  6. setuju man of the year..DSZ…

  7. Banyak2 bos syarikat GLC aku jumpa, DSZ la paling sampoi… tak sombong, 1st time jumpa kt cross assignment program, tergamam aku.. boleh pulak dia yg tegur dulu ‘ehh jaga sini pulak ke?’ aku ye kan je lah.. mcm dah biasa jumpa aku pulak.. padahal 1st time tu..
    2nd time jumpa kat Maran, time tu najib datang nk rasmi GLC punya program.. aku tgk DSZ boleh je merayau sensorang kat kws tu.. boleh jgk dia duduk kt kws org awam ramai2. tak mcm bos2 GLC lain, mesti ada teman, layanan nak kena VVIP

    • saya teringin nak jumpa dan salam dia.. tapi sampai sekarang tak berkesempatan lagi..

      • Aku berkesempatan berbual walaupun sekejap dgn beliau, baru je hari Selasa lepas, siap dpt amik gambar skali n DSZ siap letak tangan kat bahu aku (biasanya datuk2 yg lain susah nak ‘bersentuhan’ ngan org biasa cam kita ni). Sembang pun sempoi “Bil ko beli kereta apa bil?” haha.

        Mcm Steve Jobs pun ada mamat ni.

      • alhamdulillah…. saya dah jumpe DSZ n dah bergambar pon sama dia ! memang sempoi org nyer…. siap pegang bahu aku bila tangkap gambar dgn dia…. hihi…

      • sy pun dpt gak la jumpe die 2 kali. 1st time kt KLIMS 2010 haritu, x sgka die turun sbb hari last. so lepas je die di interview, sy g la kt die, sy x smpt tanye ape2, die yg tanye sy dlu, dari mana, blaja kt mane(time tu masih student). smpat gak bgambar n sign autograf.

        2nd time jmpe mase conference kt shah alam haritu. smpt gk salam tp x terkate dah. lgpun rmai yg nk salam dgn die. huhu. he’s my idol in business world.

      • TIps kpda sape2 yg bhajat nak jumpa DSZ..

        pegi kat masjid Al-falah USJ 9 waktu subuh.. kebiasaanya dia ada.. rumah dia pon kt USJ 9 tak jauh dari masjid, sy menyewa bilik bujang kat USJ 9 so slalu tserempak…

        rumah dia teres 2 tingkat shj, corner lot.. takde pak guard.. sama mcm rumah teres kt USJ lain..

      • x silap beliau adalah pengerusi Masjid al-Falah, Subang Jaya.
        hmm.. beruntung kariah masjid tu ada pengerusi world class mcm DSSZ.

      • kat masjid AlFalah usj 9 senag nak jumpe dia

    • sll je nmpk dia kat msjd USJ… hehe.. mmg down to earth py org ni.

  8. Pernah sekali je terserempak dgn DSZ ni kat Proton COE masa tgh tunggu kereta kena servis. Terserempak kat kantin. Dia sorang2 je.. Ntah kenapa tapi masa tu mmg aku dpt rasakan dia ni jenis down to earth.

    Anyway, dari segi pandangan org luar macam aku ni, aku rasa dia ada wawasan, dan dia juga nampak cuba sedaya upaya utk menjayakan wawasan dia tu. bukan setakat wawasan tinggal wawasan la kiranya. So mmg harapan aku agar DSZ ni dikekalkan sebagai CEO Proton agar ada continuation ke atas projek2 dan perancangan yg sedang dan akan dilakukan. Tak guna kalau leader asyik bertukar, bila nak nampak hasilnya.

    Lagi satu tentang Lotus, ye la dari pandangan kita dari luar ni mmg susah la nk nilaikan. Apa yg kita nmpk, mungkin Lotus ni sebagai aset strategik Proton yg bagus kerana memiliki teknologi dan kepakaran yg diakui oleh rakan2 automotif mahupun pesaing2nya sendiri. Tapi dari segi jangka panjang dan sebagainya, hanya diorg yg dpt menilai sama ada perlu atau tak dikekalkan Lotus ni.

    Harap2 kekal lah, kerana dlm keadaan yg amat sengit dari segi persaingan, mana2 syarikat automotif pastinya akan hanya memperolehi kelebihan bagi yg memiliki sebuah syarikat seperti Lotus. Aku rasa kalau Lotus ni dijual, tak sampai 5 minit call masuk tak putus2 nk tanya pasal Lotus dari bakal2 pembeli baru. Mungkin KIA, atau Hyundai, pasal aku rasa Korean makers sekarang ni mmg tgh agresif utk menaikkan level kereta mereka utk bersaing dgn Jepun & Europe.

    Apa kata try bukak poll, patut jual Lotus ke tak. Cer terai.. cer terai… hehehe 😀

  9. harap kekalkan DS Syed Zainal di Proton..
    dia seorang yg berwibawa, komited, berpandangan jauh, tegas…
    dalam masa yg sama rendah diri, sederhana dan mudah di dekati…

    dan ciri yg aku paling suka sekali ialah beliau seorang yg “islamik”.. satu ciri yg agak sukar ditemui pd mana2 MD sykt GLC mahupun swasta…

    tengok sajalah ucapan2 beliau sblm ini, contohnya ketika sesi pelancaran model exora.. (http://www.facebook.com/video/video.php?v=175567725316)
    dlm era yg kbykkan org2 besar mahu kelihatan sekular dari segi ucapan dan perilaku, DS Syed Zainal sikit pun tak gentar mengekalkan identiti “islamik”, malahan tidak malu utk menonjolkan ciri2 tersebut.. alahamdulillah..

    bulan disember aritu aku terserempak DS Syed Zainal kt boarding hall Airport Kepala Batas, Kedah.. segak kemas & simple dgn kemeja tgn panjang dan beg galas jer.. waktu tu dh msk zohor, aku nmpk dia msk surau.. malu lak bila tringat aku sendiri pun xgi solat lagi..
    aku ingatkan dia naik flight MAS, rupa2nya FireFly jer… aduuuhh hebat..

    walocamna pun sempat gak aku tegur beliau utk brgambar kejap…
    memang ramah orgnya dan murah senyuman..

    bayangkan, dicelah-celah org ramai dlm airport tu beliau menyusur lalu tanpa siapa pun sedari siapa beliau.. walopun well blended dgn persekitaran, tp aku nmpk dia “special” mcm ada aura gitu..

    …vote for DS Syed Zainal…

  10. siapa la yang vote ‘TIDAK’ tu…nampak sangat spesies akupunya nih…LOL…

  11. aku setuju..
    yang perlu dipecat penasihat proton tu…itu yg harus…
    adakah patut proton tgh naik ,dijual nya dekat DRB…
    DSZ dah bagus dah bayak perubahan berani yg telah dibuat.. setahun dua lg model proton akan lebih mantap… tp kalu dah bawa DRB mungkin teruk….sejarah penswastaan dibawah penasihat proton tu…memang terbukti merugikan rakyat..

  12. I’m one of proton staff. honestly, you can’t get a better MD other than him. he’s a legend. he’s inspired us to be better in everything we do. and the most important is, he’s believe in his own team compare to other bosses.

    • pengakuan ikhlas dari salah seorang staf dia… kalau bos tak yakin kat anak buah siapa lg nak bagi keyakinan pada diorang kan? betul tak?

    • ” he’s inspired us to be better in everything we do”

      sooooooooooooooooooooooo agreeeeed

      mood & semangat kami berkobar2 dinyalekan oleh DSZ
      7 core values, committed to be better, mcm2 lg lah

      tp jgn mengharaplah
      CEO confirm tukar
      ade juge yg ckp Najib will take DSZ as his Senator
      wait and see…

  13. KEKALKAN DSZ..

    Tgk video pengucapan beliau masa pelancaran model Exora pun quiet inspiring..

    Peribadi beliau pun baik.

    p/s : kdg2 yang kutuk2 beliau di PT pun kebanyakkannya aku rasa cayanun alip… mereka ni mmg tak puas hati dari dulu dengan kereta nasional ni. Makanan, bahan Binaan, Spare Parts, semua cayanun alip n the geng conquer. Harapan kat industri automitive jela boleh bersaing..

  14. Setuju sangat2..especially budaya kerja jepun@toyota yg dibawa md dsz dari perodua ke proton..disiplin &kualiti… pernah Kul 6.30pg dh ade terpacak kt kilang tinjau kerja anak buah….ade md lain buat camtu….

  15. Salam, patut kekalkan beliau. Banyak usaha beliau lakukan untuk mengubah corak kerja di dalam proton (walaupun banyak kekawan di Proton mengeluh zaman DSZ ni kerja macam Jepun, tetapi sesuatu yg positf la), malah beliau tak putus-putus adakan aktviti-aktviti menaikkan jenama proton (yer la, macam usaha macam ‘jaminan tingkap’ la, roadshow la, ushar blog2 la etc…)walaupun remeh tp diambil kira jugak)…
    Bagilah beilau ‘peluang dan ruang’ untuk lakukan yang telah dirancang ….

  16. DSZ perlu dikekal kan untuk realisasikan wawasan proton

    aku rase klau proton tak dijual proton akn jd lembat,bila duk bwh khazanah tak blh masuk modal…so prton susah nak bersaing..proton kena jd entiti bebas..skrg mase yg terbaik..kite sama2 doa kan prton akn berjaya demi maruah negara..

  17. Quote : “Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus
    dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
    semua ini untuk diri saya semata-mata.”- Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukari

    Rasanya, DSZ akan kekal la kat situ.. selagi takde orang yang berkemampuan buat masa ini. Kalau DSZ bagus, dia boleh jadi Boss Automotive kat DRB-HICOM tu sambil meninjau kerjasama yang dah ada kat Pekan. lepas tu boleh la menambahbaik lagi Proton…

    • untuk pengatahuan DSZ tu mmg ex kat DRB dulu prjk tiara,dan hicom perkasa yg saya dapat info,jadi x de masalah pasal jumpe kwn lama..

  18. Sebenarnya penjualan Proton takde kena mengena dgn penasihat proton. Cuma Khazanah sendiri yg tak berminat nk hold proton lama2. Ni aku dpt tau dari staf khazanah sendiri. Khazanah ni lebih kpd profit making semata2. Proton pulak lebih kpd engineering company, yg mana kebanyakan staf2 Khazanah mmg takleh nk faham sgt dari segi budaya kerja dll. Proton jugak sebuah projek kereta nasional yg ada kepentingan khas pada rakyat Malaysia.

    Eloklah DRB yg pegang Proton kerana DRB sendiri mmg sebuah engineering/heavy manufacturing company. Aku rasa DRB pun taknak tukar lebih2 pada Proton punya management ni, pasal benda ni akan create uncertainties. Orang taktau mcm mana future management akan deal dgn customer, service etc.. Silap2 org akan hold pulak sebelum beli kereta Proton. Sekarang nampak dah cantik under current MD.

  19. Off topic,: quote dari CBT’s editor “In Proton, the clashes of ego that have led to illogical spending – for instance, the ongoing development of a GT3 class of race car – ”

    ada sape tau pasal ni tak? GT3 class of race car? New s2000 tu ke? rasa lain je…

  20. Mungkin DSZ akan dipindahkan ke jawatan lebih tinggi dalam DRB?
    Kepakaran beliau mungkin diperlukan dalam DRB agaknya.
    Cuba korang pergi rumah DSZ,sentiasa ada bacaan Al-Quran dalam rumah dia..

  21. currently he the best man to run Proton, no one are better than him even in DRB itself.. tgk lah apa dah jadi ngan Modenas… aku ingat dulu.. Modenas managed to control kapcai market, but now what happened? kalau kepala tak bagus, company pun tak maju….

  22. nak tunggu saja apa tindakan drb…. tp setakat nie bagi saya… klu nak ganti… ganti dgn siapa?… takde..!!!!

    tolong namakan sorang dlm outomotif tempatan yg boleh gantikan dia… kalau ada..

    tp kalu nak tukar jugak sah-sah la nak naikkan kroni…. takde sbb nak ganti orang yg perform….

  23. Syed Mokhtar nak ambil KTMB pulak?

    http://www.btimes.com.my/articles/20120112005249/Article/

    Pada saya, memang wajar KTMB diambil alih. Komuter 15minit interval terlalu lama. Booking train intercity xsemudah booking tiket Airasia.

  24. Dont worry. As far as I’m concerned, Syed Mokhtar is a very wise man, for sure. i can’t see any reason at all for for him to fire DSZ.

  25. alamak…jgn la pecat DSZ…sye bru cita2 nk jd engineer kt P1 and berbakti utk rakyat bawah tunjuk ajar DSZ….mse time practical kt P2 dlu…sye ade tnye bos2 sye….diorg mmg ske dgn DSZ…DSZ x mcm bos2 jpon yg lain mse die jd Engineering Director…klu nk visit plant kne bersambut bagai…DSZ main terjah je..tau2 basikal die dah ade kt parking plant….klu lpk ngan operator pon DSZ nie mmg sempoi…xkerek cm bos2 yg lain…harap2 tercapailah cita2 sye nie…

  26. DSZ dulu di perodua …. bawa myvi masuk ke malaysia dan bawa perodua jadi Top 1 di malaysia

    • bawak myvi sume tu bukan decision dia la.. tu sume jepun pon decision.. jadi boss kat P2 sama jadi cam BONEKA jepun je.. tak leh jadi decision maker… bila dia keluar p2 baru nampak.. kehebatan dia..

      sama cam ex p2 boss yg pi ke NAZA tu… naza lembab cam tu gak… sebab masa dia kat p2.. bos jepun yg handle….

    • as far I know, he was the one bring Myvi to M’sia… able to get sales more than 100,000 units within 10months.. right product for right place..

  27. luahan hati…mmg sedih bile tgk,dgr n baca, org2 kita duk bambu dsz n org2 dia klu pasal prtn. Pasal cukai slh kat diaorg, pasal ap slhkan diaorg n aper2 jelah pasal masalah prtn mahupun automotive kat malaysia,sume slhkan diaorg.

    Bila aku jumpe teamt prtn dr hati ke hati,diaorg nih sbenarnye mmg dah buat yg terbaik, hanya limitation mcm budget, gov policies n regulations, board decision, xkira lg hidden hand punya campur tgn n ada juga segelintitr yg dlm prtn yg amik mudah pada perkara2 yg remeh temeh cam salesman,forman,sa n staff(bukan sume, hanya segelintir,sory klu ada terasa),yg buat keje xda perasaan tanggungjwb n bangga coz terlibat dlm satu menda yg beso n menyumbang pada negara n juga rakyat malaysia yg ada xberi moral support langsung.

    Nak beli@xnak beli, decision masing2,tp kita bleh bg sokongan moral. Zaman sekarang nih,dah xramai yg berperang dgn senjata,tp berperang dgn teknologi n pembangunan negara serta pembangunan minda rakyat.

    Bg aku, mereka diprtn umpama tentera, yg mempertahankan maruah negara, berjuang utk kemenangan walupun serba kekurangan,tp xpernah jemu n putus asa. Kita yg xberjuang sebagai tentera,seharusnya memberi mereka semangat,bukan mengutuk,tp bg kritikan utk penambahbaikan.

    Aku mgkin dah di bankan dlm paultan kot coz byk komen aku xkuar,tp xper,kat sini masih ada walupun ada yg suka thumbdown coz aku suka sentuh bab2 pemikiran kritis, bab2 patriotik. Aku suka pepatah hujan emas dinegeri org,hujan batu negeri sendiri,baik negeri sendiri coz negeri yg hujan emas,walupun kaya,tp mgkin idup xaman,berperang coz maklumlah emas,org sanggup berbunuh kerana emas,walhal,emas hanya tinggi dr segi nilai,tp penggunaan,xbyk,antaranya brg perhiasan n kemas sahaja.

    Tp,negeri yg hujan batu, xda org nak berebut n berbubuh kerana batu,tp bg mereka yg berpikiran kritis n opportunis, batu ni akan jadi lebih bernilai dr emas, bleh buat jalan, bleh buat bangunan,umah tempat berteduh n mcm2 lg. Senjata pun bleh :-).

    Itulah perbezaan minda org malaysia yg suka hujan emas n yg suka hujan batu.

    Ni sekadar anologi. Yg thumbdown aku,smoga dpt hidayah hendaknya sampai dsz pun nak disingkirkan. Apa lah, itulah masalah org malaysia,nak pakai kete jepun, berbangga pkai kete jepun,tp perangai, mindset,budaya,xikutpun org jepun. Nak airbags berbakul2, tp xpakai seatbelt, nak kauliti cam german makes,tp xsanggup bayo mahal,nak murah ajek,reket lining made in china pun mahal,sapa kata yg china made sume murah?bergantung pada kualiti gak.
    Nak teknologi canggih,tp xtau nak guna,beli iphone,tepon android,tp hanya tau pkai utk call n sms,ada gak yg pkai hp canggih,tp pkai public phone coz xda credit,xkira species yg suka misscall.

    Bg rata2 basher, value for money adalah menda yg canggih,tp sebenarnya,value for money,menda yg ikut keperluan kita.

    Off topic,betul ke myvi rm50 dpt cover 500km++ dlm bando?mcm kancil pulok minyak dia,itu aku baca komen dlm internet bila owner komen. Tp yg aku tau 350+-km utk auto n 400+- utk manual. Mcm 5l/100km plak. Yg best,ada yg ckp,myvi lb br 1.3 auto dpt 450-470km guna rm50 ajek,mcm hybrid plak. On topic, sanggup berhabis rm 100-200 sbulan sbb nak jimat fc, padahal bleh beli kete yg lg murah,tp beza minyak xsampaipun rm50 sebulan,lg jimat,value for money.

    Tp klu atas sbb2 lain,oklah jugak,tp sbb fc,mcm xvalid jek klu kira cost versus saving.oklah,byk merapu,salam.

    • biasa la tu bashers, ckp tak penah nak kalah.. ada yg cerita dgn aku dia bwk myvi dia kat hiway cecah speed 200km/h. myvi stock nih.. auto 1.3.. aku siap tanya balik, eh betul ke ni 200? ye. dia ckp. hohoho.. aku senyap je ler.. maleh nk bertekak. buang karan..

    • pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’ lebih difahami maksudnya oleh orang yang pernah merantau jauh ke luar negara dalam masa yang lama….ada kena mengena dengan ‘sense of belonging’….

  28. Mmm… DDSZ is the best. Ada ciri2 MD yg hebat:) Teringat masa presentation dia ketika pelancaran Exora kat KLCC dulu. Lagak dan gaya dah mcm Steve Jobs semasa memperkenalkan Iphone4 jer. Terkesima dan sangat kagum dgn gaya confiden, penampilan, body language tulus n bercakap tanpa teks di tangan. He’s the one. Kalau dia digugurkan dari jawatannya sekarang, amat rugi besar dan cadangan yg sangatlah x bijak. Proton sudah dlm landasan utk ke level yg seterusnya. Proton pun dah ada pakej yg menarik; Team yg hebat, model2 yg dijangka hebat dan paling best sekali adalah peneraju hebat seperti DDSZ yg memberikan seribu inspirasi kepada proton sendiri menuju gemilang… chaiyok! chaiyok! 🙂

    P/S : yg paling best gak bibirnya sentiasa basah dgn khalimah …alhamdulillah…insyaAllah…. bila memperkenalkan produk proton.:) …berkat.

    cheers!

  29. Dengarlah luahan hatiku..

    PROTON dibawah naungan DRB-HICOM…janganlah anda menjual LOTUS…belajarlah daripada kesilapan..masih ingatkah kamu ketika menjual MV Agusta dengan harga yang murah sedangkan kamu membelinya dengan harga yang tinggi?? Tahukah kamu, MV Agusta berjaya setelah dijual dan memberi keuntungan kepada pemiliknya..sedangkan kita menjual MV Agusta disaat syarikat itu memerlukan kita?

    Pandanglah LOTUS sebagai syarikat yang berpotensi untuk berjaya..dan bukannya memandang ia sebagai beban.. Begitulah juga sepatutnya rakyat MALAYSIA..rakyat MALAYSIA sepatutnya memandang PROTON sebagai syarikat yang berpotensi untuk berjaya..dan bukannya sesuatu beban kepada negara.

    Yup…LOTUS munkin ketika ini bagaikan parasit pada PROTON..namun, cuba bayangkan apabila pelan 5 tahun LOTUS berjaya? Bayangkan..segala keuntungan yang diperolehi hasil kejayaan pelan 5 tahun LOTUS boleh digunakan untuk membantu memberi suntikan dana kepada Proton agar dapat mencipta banyak lagi model-model baru.

    Saya, wakil daripada jualan dari PROTON EON BERHAD Cawangan K. Terengganu berharap agar Datuk Syed Mokhtar Al-Bukhary akan mengekalkan LOTUS sebagai anak syarikat PROTON dan juga mengekalkan Datuk Syed Zainal Abidin sebagai CEO PROTON… (“,)

    http://www.facebook.com/pages/Proton-EON-Berhad/231326906903163?ref=tn_tnmn

    • better reading dari the star’s singhs yang macam ada vendetta je dengan proton. Credit when credit is due.

  30. dsz seorang yg bagus dan penuh dedikasi…tak mcm bos2 melyu yg brpgkt datuk tg lain…sombong…bongkak..angkuh..xmacam dsz…tak kire pgkat..msre ngn kakitangan..murah dgn syuman..boleh jdi yang behormat lah bos aku nie…

  31. Saya sokong sangat2 DSZ tapi macamana nak undi ni?

  32. Kalau DRB tukar DSZ dengan orang lain, memang DRB buta. DSZ dah buat terlalu banyak perubahan positif ke atas Proton..

  33. lw ada rzki,harap ak dpt bekerja dgn DSZ dia stu hri nnti…insyaallah=)..doakn ye kwn2 sume…

  34. Terima kasih DSSZA memberi hadiah yg tak ternilai kepada kakitangan PTMSB, ESQ bakal memberikan perubahan dlm diri warga Proton bg menghasilkan P3-21A yg hebat bakal menawan dunia. Jasa mu hanya Allah yg akan membalasnya, kami warga Proton mendoakan semoga DSSZA terus meneraju Proton agar perancangan yg telah dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kpd team ESQ & ATS dalam berkongsi ilmu merealisakan impian Proton menawan dunia. Syabas DSSZA.

  35. Chehhh…korang duk luar proton mmg nampak dia islamik la, itu la, ini la…coba korang duk dlm proton ni…mmg hamlau la. Yg komen baik2 tu suma balachi2 dia je. Habis org perodua dibawak masuk ke proton. Masuk pangkat besar2, tp sampai skrg proton x untung besar pun mcm zaman Tg Mahaleel. Cuba check skrg proton ada reserve cash brape? X sampai 1B pon..dulu time Tg Mahaleel, proton ada more than 3B cash…hahhh ko ade DSZ?

  36. semoga dsz dikekalkn…tp harus diingat kalau dia di keluarkan sekalipun…mesti ada hikmah yg terbesar yg telah dijanjikan oleh Allah… utk tansri dan tun m…harap2nye dpt dpertimbangkan semula…kita buang sgala bias dan prejudice, semangat assobiyyah takkan akn membantu…..

  37. Mr Azlan, i agree wit u more than 100%. Since DSZ came in, too many Perodua people he brought in especially in the post of Manager and above. As far as i can remember not less than 7 GMs currently serving Proton or Edar was from perodua. Yet, DSZ denied it has got nothing to do with him….come on la, if not bcoz of him, these fellas is not even qualified to sit on their chair in proton right now…the best part of it, one of his beloved GM has resigned and rejoin Perodua as a director…hahahahhaaaa how easy Perodua got an indepth long term planning of proton by hiring this “muka tak senonoh” guy.

    Serve u right DSZ! Can’t wait to see him and his buddies to get kicked right in the middle of their ass out of Proton!

  38. YES to DSZ
    Big NO NO to TM & other self-righteous DRB righthandman

    *to Azlan, maybe it is you who’re TM’s balachi. TM got 3B reserve cash for Proton? yeah, right…TM KNEW NOTHING about Automotive. I mean, Overall Automotive industry. he knows nothing about manufacturing GOOD QUALITY, RELIABLE, & EFFICIENT CAR. He alienated all those good & positive manufacturing practice (TPM , kaizen, quality built in from design etc) & instead he brought those so-called western culture (laid back & flexible) that only jeopardized the company long term future, without strong Manufacturing culture, discipline & ethics.

    If you want to talk big, come down to the shopfloor first, & then you’ll see what is GOOD for Automotive company like proton.

  39. YES to DSZ
    Big NO NO to TM & other self-righteous DRB righthandman

    *to Azlan, maybe it is you who’re TM’s balachi. TM got 3B reserve cash for Proton? yeah, right…TM KNEW NOTHING about Automotive. I mean, Overall Automotive industry. he knows nothing about manufacturing GOOD QUALITY, RELIABLE, & EFFICIENT CAR. He alienated all those good & positive manufacturing practice (TPM , kaizen, quality built in from design etc) & instead he brought those so-called western culture (laid back & flexible) that only jeopardized the company long term future, without strong Manufacturing culture, discipline & ethics.

    If you want to talk big, come down to the shopfloor first, & then you’ll what is GOOD for Automotive company like proton.

  40. *to langkasuka:

    if u are from the shopfloor and not from the 5-figured Proton earner, then let me ask u, after more than 6 years DSZ sit at the Proton’s realm, how much incentive (bonuses) has he been fighting with the BOD to be distributed fairly among the so called shop floor staff? think about it as compered to the TM’s era. or maybe u just joined proton under the shade of this nicely bearded looking gentlemen that u loved so much..

    i vote for Ong’s & Azlan’s comment above..

  41. deyy langkasuka… ko cakap ethic pe kemendenye nih? klu stakat asyik2 imamkan semayang hajat tapi tak tgk kebajikan pekerja serupa hipokrit la tu! setiap kali nak masuk bulan july union dah mcm pengemis mintak konsider bonos kat DSZ…piiirrraaahhhhhh

    vote for anyone but DSZ!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s