funtasticko design

http://funtasticko.net

Pandu Uji Auto Anda : BMW X1 xDrive 20d

14 Komen

Ini merupakan permulaan kerjasama antara Funtasticko Design dengan Auto Anda, sebuah program automotif untuk TV yang bakal muncul tidak lama lagi. Kemungkinan dimasa akan datang setiap sesi Pandu Uji Auto Anda akan disiarkan di dalam blog ini. Pembaca blog ini bakal mendapat “review” dari mereka yang memang amat arif dalam bidang ini seperti Hezeri Samsuri,Yanti Zolidia & Azad Jasmi. Anda juga boleh melayari laman Facebook mereka di facebook Auto Anda

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuai Le kepada pembaca yang berbangsa Tiong Hua, semoga dengan kedatangan tahun Naga Air membawa kemakmuran, kesejahteraan & kekayaan kepada semua.

BMW X1 XDrive 20d – lebih kereta dari SUV
Oleh Yanti Zolidia Kassim

ENTAH kenapa, tetapi model BMW X1 cukup digilai oleh kaum wanita. Mungkin kerana bentuknya yang lebih ke arah SUV, tetapi masih kelihatan elegan dan sesuai dengan konsep wanita kosmopolitan yang agresif. Bagi mereka yang sudah biasa memandu SUV (seperti penulis), kelebihan tempat duduk yang tinggi serta tayar yang lebih besar memang lebih praktikal untuk pemanduan di bandar.

Kabin juga lebih lapang – sesuai untuk yang sudah berkeluarga. BMW X1 memang sudah menjadi idaman penulis sejak dilancarkan. Memang sudah mengidam, dan sesi pandu uji yang terluang membuatkan penulis tidak dapat tidur lena. Bentuk “long nose” yang menjadi konsep rekabentuk BMW masih wujud, tetapi dipadankan dengan badan yang panjang ke belakang, keseluruhan rekabentuk X1 nampak seimbang.

Berbanding dengan abang-abangnya, X3, X5 dan X6, X1 sememangnya paling kecil dari segi saiz. Namun begitu, ia cuma kecil sedikit sahaja dari X3. Tidak keterlaluan kalau penulis rasakan, X1 ini lebih kepada sebuah station-wagon 1-Series yang ditinggikan. Papan pemuka atau dashboard memang jelas BMW – dan model pandu uji ini datang dengan sistem i-Drive dan satellite navigation. Mutu pemasangan memang kemas, cuma pilihan plastik yang digunakan kadang-kala terasa sedikit murah untuk kenderaan yang berharga hampir RM300,000. Bila diketuk, terasa seperti bunyi plastik Perodua Myvi!

Konsep BMW lebih memberikan fokus terhadap pemandu, dan kesemua suis dan butang direka untuk memudahkan pemandu menggunakannya. Dari stereng balutan kulit hingga ke tombol gear, semuanya terasa “solid” untuk dipegang. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan sistem i-Drive, ia bukanlah satu teknologi yang ringkas. Perlu lebih dari satu atau dua hari untuk membolehkan kita fasih menggunakannya. Namun, bila sudah fasih, ia boleh digunakan tanpa perlu melihat ke skrin pun.

Enjin yang digunakan ialah enjin diesel 1,995cc dengan intercooler dan turbo, serta common rail injection. Ia ditala agar mampu menerima kualiti diesel Malaysia yang mempunyai kandungan sulfur yang tinggi. Hasilnya, 177hp dan 350Nm seawal 1,750 RPM.  Transmisi ialah 6-kelajuan auto dengan Steptronic dan pacuan empat roda X-Drive yang terbukti berkesan. Bila enjin dihidupkan, bunyi bising enjin diesel jelas kedengaran dari luar kenderaan. Nasib baik bila masuk ke dalam, ruang kabinnya senyap sunyi seperti sebuah kereta mewah.

Pada mulanya, penulis merasakan sterengnya terlalu berat. Namun inilah BMW, stereng memang direka supaya berat agar pemandu merasa yakin bila memandu di kelajuan yang tinggi. Walaupun SUV, sistem suspensi masih lagi ke arah genre kereta. Ia mengambil selekoh tajam tanpa sebarang olengan kronik dan dengan tarikan tork maksimum dari putaran RPM serenda 1,750 RPM, memecut X1 ini keluar dari apex selekoh ialah satu aktiviti yang menyeronokkan!

Sayangnya, bila jalan tidak rata, X1 mula terasa seperti sebuah Proton Saga Magma dipotong spring – melantun-lantun tanpa sebab. Dari pengamatan penulis, ini diakibatkan oleh suspensi yang keras serta tayar run-flats yang digunakan oleh BMW (ia tiada tayar simpanan).

Untuk pemandu yang lebih agresif, pacuan belakang membolehkan ekor terasa menggelungsur sedikit bila pendikit ditekan maksimum bila mahu keluar dari selekoh. Amat menyeronokkan dan dengan sistem pacuan empat roda, pemandu pasti berkeyakinan X1 ini tidak akan membuang sesuka hati.

Memandu di jalan-jalan kecil di kawasan Dengkil membuktikan tork atau daya kilas lebih penting kerana ia membolehkan X1 ini memotong deretan kenderaan dengan bersahaja. Tekan dan ia akan melonjak ke hadapan tanpa mengeluh. Penggunaan minyak memang rendah, hasil teknologi diesel semasa. Secara purata, penggunaan minyak penulis ialah dalam sekitar 9L/100km, menjimatkan bagi SUV pacuan empat roda yang mempunyai prestasi seperti sebuah sedan sport.

BMW X1 X-Drive 20d ini mungkin menjadi alternatif kepada mereka yang mahu membeli sebuah sedan, namun dengan harga hampir RM300,000 (untuk model dipandu uji ini), ia bukanlah satu alternatif yang murah. Penulis merasakan ia masih terlalu mahal, tetapi cukai kenderaan negara merumitkan keadaan dan oleh itu, ada antara kenderaan yang dirasakan harganya terlalu mahal. Sekiranya BMW Malaysia mampu menurunkan harganya ke RM250,000, pasti sambutan akan lebih menghangatkan!

Spesifikasi BMW X1 xDrive20d
Enjin: 4-silinder sebaris 1,995cc turbo diesel intercooelr dengan common rail injection
Kuasa maksimum: 177hp @ 4,000 rpm
Tork maksimum: 350Nm @ 1,750-3,500rpm
Transmisi: 6-kelajuan dengan Steptronic dan pacuan 4 roda bijak
Ciri-ciri: 6 beg udara, DSC (dynamic stability control), DTC (dynamic traction control system), Hill Descent Control, brek cakera dengan ABS/EBD
Harga: Dari RM268,800.00 tanpa insurans.

artikel & gambar dari facebook Auto Anda

* lepas ni dah ada profesional la yang akan buat review test drive new model kat sini, thanks bro Hezeri Samsuri 😉

Advertisements

14 thoughts on “Pandu Uji Auto Anda : BMW X1 xDrive 20d

  1. tahniah bro. lepas ni boleh jadi blogger sepenuh masa la 🙂

  2. Terima kasih bro! Harap kita boleh collaborate further, insya Allah. Janji ada lebih informasi tentang motoring dalam Bahasa Malaysia!

    • sama2 bro, tu dah menjadi keutamaan lepas ni, sebab info pasal motoring dalam bahasa malaysia tak sehebat yang english, tu yang buatkan penyampaian tu kadang2 tak sampai kepada golongan yg lebih suka bahasa malaysia.. lagipun kita bukan dok kat negara mat salleh, hahaha… 🙂

  3. Bro campro,
    kalau x mampu nak tanggung, bawak la 2-3 org jadi admin. Bukan aper, incase kalau bro buzy kat syarikat, yg admin sorg 2 nh boleh update. Tapi aper2 pun tahniah.

  4. Tapi aper2 pun betul cakap Kak Yanti. Tu perempuan tu bawak 190km/j stedy jer. Belum laki lagi. saya pun x sempat nak tekan sampai 120km/j lagi. X per, esok nak p tekan habis.

  5. pastu boleh tukar guna template wordpress yang nampak pro baru mengacam skit bro. atau boleh bli yang profesional 🙂 pastu boleh boleh guna domain sendiri .net / .com ker

    • sy memang nak tukar jd .com/.net nanti, kalau ada sponsor blog nak iklan ke apa baru la syok, boleh support utk bayaran & ada masyuk skit, hehe.. 🙂

  6. taniah bro.. maju setapak lagi… kami sensiasa menyokong FUNTASTICKODESIGN!!!

  7. komen penulis mengenai penggunaan bahan plastik dan suspension yg melantun2 menunjukkan kereta yg mahal dan berprestij mcm BMW ni pun tidakla sehebat harga dan namanya.. tetapi teknologi je yg jauh je depan… sesape yg asyik nak komen kualiti plastik dan bende2 kecik yg lain pada kereta proton kena fikir balikla.. sebab kereta mewah pun pakai kualiti yg serupa.. cuma mungkin anda tidak pernah drive je kereta mewah tu….

    * part yg best bila penulis kata:
    cuma pilihan plastik yang digunakan kadang-kala terasa sedikit murah untuk kenderaan yang berharga hampir RM300,000. Bila diketuk, terasa seperti bunyi plastik Perodua Myvi!

    apesal dia tak kata proton?…. sebab myvi lg teruk kot…..

    • mungkin dia nak gambarkan,hard plastik tetap hard plastik,xkan jd soft plastik walu design lawo camne sekalipun. Tp mmg dah kena komen pasal plastik dlm bmw x1 n previous x3 dlm autocar uk n top gear coz guna hard plastik,xmcm kebiasaan german makes, tp xsilap, bmw janji akan revise smula,rasanya x3 dh revise,x1 xpasti plak.

      Tp bgs gak klu prtn guna hard plastik utk versi low line cam saga,tp design lawolah ckit. Harapan saga r lg jauh mengancam,tp xtau guane coz dh ader new owner.

  8. tahniah bro… huhuhu… bmw.. aku x mampu milik lg… insyallah satu hari kereta kedua aku bmw selen proton my 1st car… insyallah

  9. BMW X1 mmg plastik interior x berapa tinggi kualiti jika nak dibandingkan dgn harganya

  10. dr byr ratus riban baik angkt proton je…kenderaan bkn sewaan bkn aset tp liabiliti, lain la nk kira faktor masa, keselesaan sekali tp susut nilai tahunan yg tinggi mmg x berbaloi la, takat gaji murah2 mcm aku ni baik bli rumah atau tanah ke dgn ratus riban tu…

    ops x5 aku prnh follow sampai 150km/h dgn waja buruk aku, steady gak hehe. bwk stay > 130km/h , aku x ingat berapa km , tak jauh kot mgkn 30km last2 bagi jalan kat aku, bg aku sdp ati kot, ms tu tak cucuk pun, just follow je, x7 pun pernah aku follow kejap, 170km/h huhu

    apa pun teruskn dgn review camni, bila lagi mau bndg bmw dgn proton klu takde review camni kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s