funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : P3-21A di Bukit Fraser pada cuti Tahun Baru Cina!!!

42 Komen

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Semakin hampir pelancaran model global sulung Proton, P3-21A semakin kerap mereka melakukan ujian jalan raya. Sampai cuti sempena Tahun Baru Cina pun mereka tetap berkerja. Gambar-gambar ini telah dikirim oleh sahabat kita bro Kamarul melalui email kepada saya. Menurutnya 2 buah p321-A bersama dengan 2 buah Exora BOLD telah ditemuinya di Bukit Fraser.

Bro Kamarul juga sempat melihat interior P3-21A semasa mereka berhenti seketika di Shahzan Inn, tapi malangnya staff Proton tak bagi ambil gambar. Interiornya memang menarik, steeringnya masih mengekalkan steering Exora, tapi ada logo berbentuk bulat yang ditampal dengan koyok hitam. Gear knob pula dari model Persona, tapi yang pastinya ini bukan model sebenar sebab gearknobnya memanglah berbeza sama sekali.

Terima kasih bro Kamarul kerana sudi berkongsi gambar & info ini dengan kita, selamat bercuti!!!🙂

42 thoughts on “SPYSHOTS : P3-21A di Bukit Fraser pada cuti Tahun Baru Cina!!!

  1. Cantiknya… tak sabar nak tunggu koyok2 tu dicabut..
    harap2 interior tu memuaskan.. amin.. ^^

  2. salah satu kosong spec ? tengok rim tu plastik

  3. door handle pintu depan dan belakang tu mmg x sama level ke. nampak kat pintu depan lebih rendah.

  4. Bold ada test lagi ker.
    btw, test nek bukit freser memang best giler. Saya rase naik paling laju dlm 40-50km/j jer tapi belok die yg terbaik. Lepas belok terus gaung yg mmg teramat dlm. Saya pernah pergi tahun 2010. Naik myvi kawan, semua pakat menjerit dlm kereta. Test handling and engine + transmisi mmg terbaik kat sini.

    p/s: bro kamarul, kalau die naik atas kekali, mmg jalan mati, x pun ada satu tempat jer hotel kat belah atas. Pergi pusing2 la.mesti jumper balik.

    • tu mungkin prime kot

    • Ye bro masa first time nampak, diorang tengah naik bukit , terus tergamam padahal camera ada kat tangan..yela exited first time nampak live..haha..brape minit lepas tu diorang turun, terus sya kejar la..tengok2 diorang singgah Shahzan Inn tu..mmg cantik la..mmg dpt tengok interior dia clear..tingkap plak x tutup..fuhhh..tp sayang la staff x kasi amik gambar padahal dslr dh tergantung kat leher ni ha..haha..tp ape2 pun, senang cerita kalau nak banding interior kereta ni dengan vios n city..P3-21A ni la yang terbaik! Haha

    • Sama..memang sama, yang beza gear knob je sbb spyshot haritu, nampak lain..gear knob ni pakai persona punya..mmg ada start stop button, radio set pun lain dr kereta proton2 sebelum ni..banyak button..screen radio tu pun besar sikit..screen multi-info display kat instrumentation cluster tu, memang menyala and siap ada simple graphic even engine tengah off..haha..cukup la stakat tu kot nanti spoil pulak kang..haha

    • slalunyer kereta exora ker inspira tu sebagai kereta pengiring….. in case kalu ada problem ada spare parts atau kereta lain tuk support.. al maklumlah kereta blm lagi dalam pasaran mana nak dapat parts dia.. hahaha

      • aku sempat gak tengok dalam “pengiring” bold tu… tempat duduk penumpang diaorang letak tong air, kat belakang ada le segumpal sarung tangan dan berkotak air mineral kecik.. agak gak la diaorang bawak perkakas lain kalau kalau P3-21A tu meragam tengah jalan…agaknya..

  5. tu laa pasal.. saye tengok tingkap terbuka baeekk punye.. tapi xde shot untuk interior.. sayang nyeee..

    *bro kam, DSLR anda pakai lens ape..? kalau pakai 70-300mm leh laa snap dr jauh.. (skodeng laa snyap2.. hihi~)

  6. sport rim dia lain yg nie… ada lubang2… may b nie tuk high spec kot..

    • yg lubang2 tu sah la bkn sport rim.. b-line punye penutup jek..

      • itu saya tau bro… cuba bro zoomkn gambar yg 1st 2… yg besar 2… tengok sportrim dia lain ngan spyshoot sblm nie… plus saya pn tau yg cover plastik 2…ada nampak…nie yg sport rimnya

  7. xsabar nk tunggu kete ni kuar.. hmpir setengah tahun aku tahan nafsu nk tukar kereta.. hehehe.. hopefully harga de jgn smpai sama mcm inspira la.. xmampu nk bayar bulan mahal2..

  8. rasanya yang nak launch dah siap, yang ni test untuk buat yang lebih gempak lagi kot hahaha

  9. tgh test CFE kot…
    bontot sebijot inspira
    huhu…

  10. Siap ada innova & avanza lagi celah2 tu, mesti dorang gerun kene kepung ngan model2 ‘samseng’ proton :3

  11. npk mcm ada 2varian: base line n h- line. kelihatan cam boost meter jer kt sebelah kanan dashboard h-line 2. korang ada perasan tak lampu merah pd bhgian bonet belakang menyala pd h-line n tidak pd b-line.

  12. Peyno 23hb pon ada di fraser hill .. Jumpa 2 bijik exora bold .. Seronok owner dia boleh test mpv baru cfe naik bukit

  13. Semalam saya nampak kereta berkoyok warna putih agak sedikit koyok yang ditampal dekat area Tasik Banding tengah bawak 60kmh plus mmg tak sempat nak tangkap gambaq. Tapi yang peliknya kereta tu namapak macam Renault Megane.

  14. hui, xsabar nyela nk tggu launch ni. 2 tahun ak tunggu ni. dari forte, tggu cr-z, tggu plak veloster, tp akhirnya ak rasa lg bgus p3-21a ni. mak aku pon ske. xsabar nk masuk minang. hehe

  15. Logo berbentuk bulat? Logo ini ke?

    Okay juga tu. Tapi harap2 tukar la bentuk rimau tu. Tak menarik langsung. Tiru stail Harimau Malaya pun takpe. lebih ‘cool’.

  16. dekat bahagian bawah bumper belakang nampak macam ada difffuser?

  17. Bayangkan p321-a ni di gembar gemburkan sebagai

    “Quality verified by Volkswagen”. haha.. mainan minda..

  18. off topic…..ble tngok cover engine cfe mcm kurang menonjol..bkn ape..ble ak tngok cover engine honda,die ade tulisan crome vtec.nmpk engine tu ade class.so proton ptt wat jgk mcm tu.highlight kn cfe tu kt cover engine.rsnye wat yg tu xde melibatkn kos yg besar.xpyh wat crash test kot…cume kos crome tu je….brape la sgt kn….tp impak die besar ak rase……..

    • chrome kat engine cover? rasanya kalau buat survey pun, ntah berapa percent je yang setuju. tak ramai yang suka bukak hood tengok enjin dan tengok ada chrome CFE kat situ.mungkin boleh pegi beli kat kedai brother’s lepas tu tampal je bagi yang berminat. lebih kos efektif.

      sebenarnya majoriti lebih suka chrome topmark pada steering wheel.

  19. spyshot kuda belang mmg susah nak dapat ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s