funtasticko design

http://funtasticko.net

Varian baru Exora Star menggunakan aksesori buatan Indonesia dilancarkan

27 Komen

* Gambar sekadar hiasan

PT Proton Edar Indonesia, pengedar kenderaan Proton di Indonesia telah melancarkan variant terbaru Exora Star yang menggunakan aksesori buatan Indonesia. Dengan dua pilihan transmisi manual dan automatik, varian yang ditawarkan adalah Exora Star Automatic, Exora Star Executive dan Exora Star Supreme. Tiga pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Tranquility Black, Genetic Silver dan Solid White. Enjin masih menggunakan Campro CPS dengan kotak gear dari Mitsubishi.

Aksesori buatan tempatan Indonesia yang ditawarkan pada Proton Exora Automatic ialah head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, CD), door visor, side body molding, tint glass dan mark top variant. Exora Star Executive pula ditawarkan aksesori buatan tempatan Indonesia seperti head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD), semi leather seat, alloy wheel, rear parking sensor, rear garnish body color, pillar B & C black colour, outside mirror cover, fog lamps, rear spoiler + HMSL (High Mount Stop Lamp).

Manakala Exora Star Supreme ditawarkan aksesori buatan tempatan Indonesia seperti head unit 2 DIN (USB, Bluetooth, DVD & GPS  Monitor Roof Mounted), full leather seat, front parking camera, rear parking camera, rear garnish crome, door handle crome, bodykit front, rear and side serta rear spoiler + HMSL (High Mount Stop Lamp).

Harga yang ditawarkan pula ialah :

    • Exora Star Automatic M/T : Rp. 154 Juta (RM 52,279.17)  A/T : Rp. 165 Juta (RM 56,013.40)
    • Exora Star Executive : M/T Rp. 168 Juta (RM 57,031.83) A/T : Rp. 179 Juta (RM 60,766.05)
    • Exora Star Supreme : M/T : Rp. 188 Juta (RM 63,821.33) A/T : Rp. 199 Juta (RM 67,555.55)

RM 1 = 2,945.72 Rupiah kalau ikut Currency Converter

sumber : otomotif.antaranews.com

* JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17

27 thoughts on “Varian baru Exora Star menggunakan aksesori buatan Indonesia dilancarkan

  1. lol.. siap gune currency converter lagi..

    • nak tau beza harga dengan kat sini, tapi kena ingat la, memang akan berbeza sebab aksesori tu made in Indonesia… kos akan lebih murah

      • jgn tengok harga eksesori jer.. nak hantar kereta proton jual dekat luar negara byk benda kene pikir… pasal warranty.. parts.. service…. kalu grey import takper nie under proton…. walau jual tak bnyak service mcm kat edar kene ada…. harap2 berjaya lah kereta kita kat sana.. lagi ramei beli lagi murah pak.. ya tak gitu mas joko

      • kos murah tp berkualiti… seluar rm10 pun leh pakai samap 5 tahun tampa colour lusuh teruk…. mesti la mereka nak barang berkualiti tp murah….. kita je sanggup bayar barang kitar semula dengan harga mahal….. tak caya g ketuk bahagian depan cover plastik langgar dengan basikal pun leh pecah….. menipu semata…. dah terbeli menyesal tak sudah…. nak wat mpv untuk keluarga utamakan keselamatan pengguna…..

  2. menarik..harga ats jln ke tu…HMSL (High Mount Stop Lamp). tu apa??

  3. Exora cukup banyak dia punya penjualan. Khusus Exora Star sejak June-December 2011 sudah terjual 750 unit. Total penjualan Proton Edar Indonesia 2011 adalah 2000 unit dengan 70% adalah penjualan Exora

  4. Proton Indonesia ada buat promosi buy back utk beli semula kereta proton pada harga yg ditetapkan bg yg ingin tukar baru dlm tempoh 3 tahun, ia supaya resale value kereta proton tinggi

  5. Off topic:

    nak tanya, nasim dah launch Peugeot Boxer. Sebab baru 2 hari lepas nampak Boxer dengan actual no plat dekat Pj berdepan dengan berjaya joylong/chana Showroom.

  6. Dgr cite interest rate dia paling rendah kat sana.. betul ke? patut lepas nih kalau wat loan dgn bank muamalat patut dapat la special interest jugak.. tak gitu? ke sama je mcm duduk bwh khazanah.. bank2 berkaitan khazanah ketuk jugak pembeli proton..

    • dulu dah elok ada EonBank.. gi jual kat HongLeong. aku masih ragu2 lagi pada DRB ni… derang la yang bawak masuk Proton Tiara dulu.. yang buruk nama Proton, bukan DRB.

      • yup betul tu.. yg buruk nama adalah Proton… tu pasal aku tak suka DRB..
        Dulu GM bawah DRB & sekarang GM bawah Naza,
        sama GM bawah DRB, byk kereta GM dapat jual sbb ada special packages offer oleh Bank Muamalat, but after few years, list HP defaulters yg banyak adalah pembeli kereta GM/Chevy, saper nak beli 2nd Chevy boleh tanya kat Bank Muamalat,… last2 yg rugi Bank Muamalat..

  7. Proton seharusnya membangunkan sendiri in house financing untuk meraka yang income bracket RM1500 ke bawah, local bank mmg tak berminat kes-kes tulang macam ini.

    Satu lagi Proton terlepas pandang banyak kes2 foreingner especially student (mostly arab & iran) meraka berani deposit tinggi tapi local bank masih tak yakin dan meminggirkan meraka.

    Produk sudah ada dan content produk juga sudah par dengan Perodua cuma masalah teknikal dan marketing sahaja perlu diselesaikan untuk merampas position market leader national car.

    Tutup sahaja proton-commerce pada hidup segan mati tak mahu same to bank muamalat tak boleh diharapkan, bagi laon Proton gen2 85% sahaja untuk kerata baru.

    Credit to AMBank yang banyak support kes 50&50 dan kes tulang proton.

  8. Sesiapa yang kerja proton. Pergi suruh boss motorsport korang selamatkan proton ni. Ini history dan legacy proton. Gila babi rugi kalau hilang.

    http://forum.lowyat.net/topic/2205483

  9. Kerajaan menawarkan harga lebih murah di Indonesia berbanding di Malaysia..Mengapa kerajaan x mnjual Exora di Malaysia pada harga yang rendah..Sy yakin kalau kerajaan menjual Exora pada harga yang murah,Exora mampu mengalahkan penjualan Alza dan juga mampu meningkatkan ekonomi Proton…Kalau jual murah kat Indonesia pun belum tentu dapat smbutan..Proton dan kerajaan perlu memikirkan rakyat Malaysia dahulu…

    • aigoo… huh.. x larat rasenyer nak jawab soalan / statement mcm nh..

    • bukan kerajaan kita yg tentukan harga kat indonesia bro, kerajaan indonesia la yg buat semua tu.. lagipun aksesori exora tu ada yang dibuat di sana, jadi kosnya mungkin lebih murah dari yang kat sini…sebab tu la ada perbezaan harga

    • Yang menawarkan harga Proton bukan kerajaan tapi kerajaan hanya atur cukai. Di Indonesia roadtax Exora satu tahun = Rp 2.100.000 = RM 750 dan diluar insurance yang punyai interest 3 % harga kereta berarti ditambah 3% x Rp 154.000.000 = Rp 4.620.000 = RM 1650.
      Bila kita mau beli dengan leasing / credit kita harus beri Down Payment minimal 20% harga kereta serta lama leasing maximum 5 tahun dengan interest 4-6% / tahun
      Jadi sebetulnya termasuk cukup mahal punya kereta di Indonesia.
      Belum lagi harga minyak Shell Super 92 = Rp 8600 = RM 3.07 serta Shell Super Extra 95 = Rp 9000 = RM 3.21

  10. wow…cantik exora star ni…clean & simple………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s