funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : P3-21A ditemui di lebuhraya Karak!!!

53 Komen

Spyshots terbaru ini telah diemailkan kepada saya oleh sahabat kita, bro mohderic sebentar tadi. Difahamkan 2 buah P3-21A sedang menjalani ujian jalan raya telah ditemuinya di lebuhraya Karak. Terima kasih bro mohderic kerana sudi berkongsi gambar & info ini dengan kita.

JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17

53 thoughts on “SPYSHOTS : P3-21A ditemui di lebuhraya Karak!!!

  1. Dh x tahu nak komen apa,tunggu jer lah..

    Off Topic:
    Sy nampak Savvy..

  2. gambar no 3 memang buat kereta ni nampak smart🙂

  3. off topic 1

    pndngan peribadi… nie dah nk masuk bln 2 so proton dh leh start marketing kot rasanya… klu btul2 nak pasarkn keta nie bln 3 la… lobi best2 skit… angkat kn keta proton 2 kaw2 plus jgn lupa after sale nye service… utk dptkn kpercayaan n thp keyakinan org thadap model nie n proton…. lg 2 minggu nak lancarkn so dah leh open for booking…. so waiting time 2 minggu utk ordinary customer n top few hundred(random choose dr yg booking awal 2) tu bagi waitng sminggu je… kira dpt awallah….dptkn no plate lain dr lain ke utk dia org few hundred nie…..yg top few hundred nie ble dpt awal akn jd promoter utk p321a yg bakal dlancarkn plus akn mbuatkn org lagi meleleh ble tngok on the road(nie pn kira cam marketing la gak)😉

    off topic 2

    ada tbaca kat website indonesia yg dia orgpn ada test gak p321a nie kat jawa…

    pandangan peribadi shj

  4. Macam Mazda3 rear design ni. Sporty looking

  5. Boleh tak jika bagi posting guna perkataan ppspositif?

    • dah jadi habit org malaysia… maklum la x nampak muka.. bukan kenal pun… entah apa kepuasan yg dapat bila dapat kutuk kata org kat blog sesedap hati… pantang ada ruang…

  6. nampak mcm gemok n solid… best3x…

  7. em,nampak cam cermin kecik blakang dh clear ckit n curving dh nampak. Mgkin ini yg actual kot,bukan prototype. Mgkin slh nampak kot. Dgr cite launching mgkin delay coz ada owner br, xtaulah,hrp2 xbetul.

  8. oh…gen2 rupanya..tukar lampu depan dan lampu belakang kat kedai aksesori ah beng …

  9. Kecewa!!!!kerana kereta ni masih berkoyok lg.hehe

  10. sapalah peminat thumbdown aku nih,he..he..pantang aku post,pasti thumbdown, komenla ckit,bleh kita discuss, nak tau gak aper yg xpuas ati🙂, he..he..

  11. Pertanyaan kepada sesiapa yang arif hal kereta. Nampak dalam gambar di atas, eksos seperti tergantung. Memang sengaja design macamtu atau ada sebab lain?

    • Rasanya bila dh bukak koyok kt bumper tu, mungkin ekzos tu terletak elok kt alur ekzos di bumper. Ni mungkin sbb bumper tu koyok abis, jadi, alur ekzos kena koyok sekali..mungkinlah kot.hehe

    • x silap nak prevent dari ekzos kene koyok tu.. kang x pasal2 terbako kereta, dah delay sebulan 2.

  12. Pingback: Spyshot Proton P3-21A di Lebuhraya Karak | Blogger2u

  13. Proton dipelawa “test” kete diaorg kt h/w timor barat,kawasan baling-jeli,kt sna boleh test mcm2..mendaki,cornering,naik bukit,turun bukit…bru diorg rasa betapa siksanya pemilik2 exora bila melalui jln nie…naik bukit kawasan baling-grik dah mcm lori>>….merangkak!!!! renungkan!

  14. Mmm… gambar no. 2 dah mcm honda civic la plak. i like.

  15. eksos tu tak kompon lag bang.. nnt yang betul2 baru pasang… yg senyap sikit..

  16. Adakah pemilik baru Proton, DRB Hicom akan melancarkan kereta ini? Pengurusan kanan akan ditukar tidak lama lagi.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DRB-Hicomrombakpengurusankanan/Article/index_html

  17. nampaknyer khidmat DSZ tak dipelukan lagi… sedih.. rayuan kita nmpknyer tak berjaya…
    bak kata perpatah:
    “lembu punyer susu, sapi dapat nama” – kalau straight to point punyer maksud “DSZ punyer jasa, DRB dpt nama”…

    “DRB-Hicom rombak pengurusan kanan
    Oleh Ahmad Farizal Hajat

    2012/01/30
    Konglomerat automotif juga dijangka umum butiran terperinci strategi, peruntukan dana

    DRB-Hicom Bhd akan melakukan rombakan kepada kumpulan pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah Proton Holdings Bhd, dengan melantik beberapa muka baru ke dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu dalam tempoh dua bulan ini.

    Sumber berkata, selepas rombakan itu, konglomerat berkenaan akan mengumumkan pula butiran terperinci mengenai strategi, peruntukan dana serta sasaran tempoh khusus untuknya memulihkan prestasi kewangan Proton Holdings dan mengemudinya bagi menjadi antara jenama kenderaan pilihan. Katanya, rombakan itu juga bertujuan untuk mengukuhkan semula sistem pentadbiran dan pengurusan Proton Holdings agar sejajar dengan matlamat pemilik barunya itu. “Rombakan itu akan dilaksanakan sebaik saja DRB-Hicom melengkapkan pengambilalihan pengeluar kereta nasional itu daripada Khazanah Nasional Bhd dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini,” kata sumber berkenaan kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

    Beliau berkata, pengurusan kanan utama yang dijangka akan digantikan, termasuk Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

    “Setakat ini, kemungkinan calon yang bakal menggantikan Mohd Nadzmi ialah Datuk Nik Hamdan Nik Hassan, yang kini adalah Pengarah Automotif Kumpulan DRB-Hicom.

    “Calon utama yang disebut-sebut bagi menggantikan tempat Syed Zainal pula ialah Datuk Lukman Ibrahim, yang kini adalah Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom,” katanya sambil menambah rombakan itu bagaimanapun hanya akan membabitkan jawatan tertentu kerana DRB-Hicom mahukan gabungan kumpulan pengurusan lama dan baru untuk memastikan tidak berlaku gangguan kepada perjalanan operasi perniagaan pengeluar kereta nasional itu.
    Nik Hamdan dan Lukman adalah bekas kumpulan pengurusan kanan Proton Holdings.

    Nik Hamdam pada 1987 dipinjamkan ke Proton Holdings daripada Hicom Bhd bagi menguruskan bahagian Unit Perancangan Produk, khususnya dalam memperkenalkan rangkaian produk baru, manakala Lukman pernah berkhidmat di Proton Holdings selama 17 tahun.

    Sumber berkenaan berkata, penggantian beberapa pegawai kanan utama dalam kumpulan pengurusan Proton Holdings itu adalah amalan biasa dalam dunia korporat, khususnya bagi sesebuah syarikat yang diambil alih.

    “Ia (rombakan pengurusan) amalan biasa dalam mana-mana syarikat dan dalam kes ini, DRB-Hicom tidak mahu menghabiskan masa hanya untuk ‘berbulan madu’ dengan Proton Holdings (selepas dipilih sebagai calon rasmi bagi mengambil alih Proton Holdings).

    “Apa yang dimahukan untuk kumpulan pengurusan baru ialah terus fokus dan bekerja keras untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Proton Holdings selain mengemudi syarikat itu muncul jenama automotif pilihan, bukan saja di pasaran tempatan malah antarabangsa,” katanya.

    Namun, sumber itu berkata, rombakan berkenaan ialah perkiraan awal DRB-Hicom dan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada terma kontrak jawatan individu yang terbabit, selain memerlukan kelulusan Lembaga Pengarahnya. “

    • aper lokman boleh buat?..

    • sedih kalau DSZ betul kena paksa keluar. banyak lagi wawasan yg dah dia dah rancang utk proton cuma nak dilaksana terbantut sbb kekangan kos.apalah sgt idea org dr DRB kalau setakat jd tukang pasang kereta je…..tengok cth anak DRB modenas hidup segan mati tak mau…

    • Kalau ni betul saya cadang staf-staf proton dan orang ramai hantar surat atau emel kepada pihak drb-hicom untuk meminta mereka mengekalkan DSZ. Kalau tak nak jugak, buat demo aman depan pejabat ke supaya mereka betul2 rasa yang semua orang nak DSZ dikekalkan.. Rasa-rasa pasti boleh sampaikan mesej tu.. dari kita duk komen2 kt sini je kan, tah diorg bace ke tak..

    • Kita terima hakikat DSZ sebenarnya sudah gagal:-

      -Dia gagal membawa Proton kembali ke tahkta No 1 national car,
      -Masih banyak dealer yang sub standard dia simpan .
      -Front liner seperti salesman tidak merasa apa2 perubahan gaji+margin komisen kecil + jual proton bukan satu karier tapi kerja utk teruskan kehidupan.
      -For them (sales) kalau ada customer 50-50 saga or myvi dia org prefer cust beli myvi sebab komisen lebih baik.
      -DSZ sepatutnya undur sebab dia tak pernah tahu keluhan diluar sana……mgkin org kilang dan sekeliling rasa dia ok tapi dilupakan org diluar sana.

      * lupa banyak sales perodua aka myvi sumbangan dari SA proton.

      Goodbye DSZ….

      • Mmm… pandangan masing2. DSZ tak gagal. Sapa2 yg mengikuti perkembangan proton hingga ke hari ini xkn cakap beliau gagal. Hanya kerana x dpt kembalikan title tahta no. 1 national car dikira gagal? Penlaian dangkal (sorry…). Comitted to be better adalah ungkapan yg membawa perubahan kepada model2 proton hari ini. Yes perodua lead sales dgn penguasaan 30% tahun 2011. Proton? 29+ % utk bukan pasaran kereta compact rebadge yg dikatakan murah. Tapi masih bleh compete.

        Banyk lagi perubahan yg dilakukan oleh beliau. X payah la disebut satu persatu kat sini. Jika beliau digugurkn dari barisan pengurusan proton hanya kerana strategi DRB utk mengukuhkan pengaruhnya dlm prootn, itu sahaja. Please la jgn bagi komen2 dengki sebagai menidakkan integriti, karisma dan cetusan inspirasi yg beliau berikan dlm kepimpinannya dlm proton. Cuma isunya di sini adakah hanya kerana politik dalaman seperti ini, sesuatu organisasi itu sanggup ‘membuang’ permata yg berpotensi ini? Kalau jawapannya ‘ya’ so, u ouls bleh nilai sendiri bagaimana DRB nie…

        Apa2 pun, yg terbaik buat proton.

        cheers!

  18. off topic,

    dlm 2 ke 3 minggu lg drb-hicom akn rombak proton di antara org yg akn mgantikan nadzmi ialah Nik Hamdan Nik Hassan dan yg akn ganti dsz ialah Lukman Ibrahim…

    sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DRB-Hicomrombakpengurusankanan/Article

    • goodbye proton…xde ape dh yg interesting dgn proton klu xde DSSZ……………sah2 rebadge model lain je la lps nie

  19. P3-21A ni hatchback ke sedan? aku tgk dah mcm hatchback dah?

    • sedan.. tapi pendek gemuk mcm mazda 3

    • Notchback macam Wira Aeroback, Gen-2 lebih Aerodinamik dari sedan biasa. Lapisan udara tak berpisah dari permukaan. Bumbung tak menjunam ke belakang. Kurangkan drag/vortices.

      Cuma luas tingkap belakang besor lah. Akibatnya berat juga bertambah skit bandingkan dgn sedan design 3 box.

      Selalu nampak satu kete ada 3 org. Nampak gaya kali ni diaorg dah finalisekan lampu belakang. Kalau tak memang lampu dummy tu bulat aje.. Tapi kalau naik Karak tu memang endurance test ler.

    • x silap p3-22a hatchback..p3-21a sedan..vauxhall astra benchmark car utk p3-22a ni..best2

  20. Kadang2..bila tengok semua gmbr sepaishot ni..rasanya P321A ni design pintu belakang dia nmpk lg cun kalu x de lebihan C pillar tu…rasanye la..

  21. Pingback: Spyshots:P3-21A di Jalan Tol Kerak, Malaysia « ariefinm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s