funtasticko design

http://funtasticko.net

Tu dia gambar P3-21A!!!

79 Komen

Sahabat kita Pak Abu bagi link gambar P3-21A kat sini. Walaupun gambar ini agak “blur” tapi boleh nampak rupa sebenar kereta ini. Ini la gambar yang tunjuk  kat Buletin Utama tahun lepas, tapi gambar tu juga di”blur”kan. Apa pendapat anda?

JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17

79 thoughts on “Tu dia gambar P3-21A!!!

  1. maybe nama dia waja kot

  2. ni gmbar time conference proton kt shah alam bulan lepas.. time ni DSSZ yg present pic ni kt smua salesman. sempat lg org ni tgkap gmbar ye. huhu

  3. safe design. tapi not bad. better proportion dari Honda.

  4. bagi saya onpare dengan Forte. Cume tinggal fit and finishing jer..

    • proton yang tak ada banyak modal boleh buat kereta macam ni, kalau modal banyak mesti boleh jadi lagi gempak

  5. not bad…not bad at all….agree with akka…considered as safe design…looking forward to test drive it asap….:-D

  6. wa. x sabar nak tempah. dgr cite launch 17 march. so bila leh tempah? safe design. wow faktor kurang pepun personal view, the best proton and malaysian car design ever. konsep lg cantik tapi tetap sy suka. lebih cantik daripada Honda City, Civic, Toyota Altis, Nissan Sylphy, Mitsubishi Lancer, Proton Inspira, on par dgn Kia Forte tp a little bit kurang in term of design berbanding Chevy Cruze dan Hyundai Elantra.

    kalau letak bodykit sesuai konpem cun gilos. tahniah2 pd DSZ dan team production, design yg terlibat. for the 1st time wa betul2 bangga sama lu

    • Saya rasa civic lagi cantik dari forte. pandangan mata saya jer lah. Mungkin agak bias pasal saya pemilik civic. hehe

      • yup, pandangan mata tu subjektif.

        civic pd aku pn lg cantik drp forte.
        shoulder civic streamline, xkaku bagak cm forte.

        ps:
        p3-21a ni mmg ada ala2 waja/civic kt door frame,
        ala2 gen2 kt fender depan.
        boleh kata kemas juga lines nye.

        tunggu gmba betul p3-21a nih, baru nk komen lebih2.

    • Hope Jg harga x lbh rm76 ribu bg Versi plg premium

  7. memang dah macam conti design

    #TM dh nak masuk Proton,jangan dier buat statement ‘P3-21A,asia’s answer to BMW’ suda…

  8. Nice car. Heard its fitted with Campro CFE engine (Thumbs up)
    Looking forward for a test drive soon . .

  9. nampak compact dan sporty mcm bmw 3 siries la plak..
    ni kalu tambah bodykit, rim sukan…pergh…mengiurkan…

    • yep… side profile dier cantik… proton nie model dier cantik, cume yg org banyak komplen (termasuk aku ) ialah interior plastik dier nampak “keras” dan murah (walaupun design dashboard dier cantik).

  10. 1stly, not bad..clean n mature design. I like the upper inner curve at the rear door, balancing those front n rear end simple design.

    Yup,setuju..looks conti.. 🙂

  11. walaupun d blur kan.. tapi nampak warna putih tu mcm shinning je… harap2 ada la warna putih matalic.. pakai solid white, cat tak tahan la..

  12. Rupa dia memang dah boleh agak2, aku mmg boleh terima dah base on shape asal tuah tu. lampu tukar2 sket, bumper etc tu, aku boleh terima lagi. Yg plg penting, enjin 1.6 CFE, ABS, EBD, Airbags, paddle shifters, start/stop button, soft plastic dashboard, proton ride n handling. Aku rasa memang berbaloi, kalau, kalau harganya tak lebih RM70k memang aku nak terus book lah. Mintak2 lah harga tak lari jauh.. huhu

    • ada cfe pun tak guna, hanya premium model sahaja ada. hanya premium price sahaja ada. the exec model patut pakai CFE and feature lain boleh di kurangkan untuk memberi harga gap dengan Premium.

  13. boleh la…. x pe.. tggu SE plak.. x pun tggu diBOLDkan plak!! hahaha

  14. if they change the front grill…. maybe something like Honda city grill.. it would be better… kalau tak, it looks ‘kosong’~

  15. Proton, kalau boleh :
    1.Door handle ada lining warna silver mcm civic 1.8sl. Jgn letak warna silver macam persona elegance nya door handle.
    2.Tapak untuk side mirror di cat sama dengan warna body kereta.
    3. Letakkan silver lining di sekeliling tingkap kereta.

    Baru nampak premium.

  16. Kalau Exora 2nd gen buat muka macam ni best gak. Ada iras-iras honda stream gitu.

  17. gambo blakang takde?

  18. Bro nazz…side mirror die leh lipat automatik x??

  19. Proton, kalau boleh :

    – Manual CFE version with 5MT , 5MT is enough ….. so we can get cheaper, more power, more reliable, not like cvt, more freedom in control car …. more important more petrol saving 。。。。

  20. grill yg ni bile jauh nmpk lawo plak…

    aritu yg kete kale kuning grill dia alahai…

    apepun kalo grill tu proton wat mcm honda city baru…mmg cun…

  21. harapn aku pd p321A..

    blower aircon x de bunyi anak tikus bermain sorok2
    material dash berkualiti sama dgn inspira
    steering lebey baik dr exora
    harga RM 80K-87K
    boot besor
    HID sama macam waja cps(lg terang dr BMW bos aku dulu)
    tutup pintu solid
    bukak boot pakai remote
    push stat butang
    CVT 6/7 kelajuaan
    tayar cap michelin pilot spot3
    kapet ade clip
    gajet ade GPS

    ………………………………………………………………………………………………………………….

    yg x perlu ade pd p321A

    seat berkuasa motor macam keta mewah harga RM 1juta
    engine hidup pakai remote
    HUD macam jet perang typhoon
    bumbung boleh lipat-malaysia selalu hujan la weyy
    ezos 2 kanan kiri,sbb org tau bukan engine AMG pom
    ESP-malaysia x de salji
    EPS(hydraulics da oke)
    ……………………………………………………………………………………………………………….

    yg proton da mantap:
    system BCM
    power window
    CVT
    turbo CFE
    power steering
    Proton R&H
    paddle shift
    seat kulit nappa
    cat tahan cuaca panas
    anti karat
    5 star test crash-x tau betol ke salah,exora 4 je
    pre tension seat belt
    EBD,ABS,airbag
    5 stud s/rim
    reverse camera
    aircond sejuk
    multi link&mc pherson suspension
    -MD (DSZ) PROTON da mantap

    t/kasih….

    • Harga RM80k-RM87k memang tak sesuai langsung. Dah masuk territory Inspira. Aku rasa paling2 mahal Proton boleh letak pun maximum RM75k je walaupun aku rasa paling sesuai adalah range RM60k-RM70k. Atas sikit je dari Persona, boleh fight market myvi 1.5 sekali.

      • ini la org kite..harga nk rendah je..R&D keta pakai duit besor ..yg kite bincang nie pasal product terbaikk dr proton..bayor lebey ckit xpe..tp kalo proton bole janji kualiti lebey baik dr pencabar2 terdekat(civic,lancer,altis,selphy,forte)..80k-87k bg sy da cukup murah kalo compere gan keta sagment C Japanense/korea…kite kena target kualiti setaraf dengan keta conti-cruze,jetta,c4 melalui ape yg kite bayor..jgn pikir nk murah je..contoh-pegi kedai makan,ape yg kita nk?(makan sedap,minum sedap,hiasan kedai cantik,kerusi meja Ikea,pybut tetamu cantik/hensem,mkn cepat smpai dan bayor kurang,,pelik2…)

        P321A -keta global pertama proton

      • Bro, aku faham pasal harga takleh nak murah sgt etc. Tapi kena lah realistic juga. Dan Proton buat kereta pun dah ada target market dan segmen dia. Buat apa buat kereta yg terkeluar dari target market & segmen kalau R&D berjuta2 pun. Proton dah pernah buat pun kesalahan tu sebelum ni so tak perlu nk ulang lagi, yg rugi Proton jugak.

        Btw, harga P3-21A yang aku sebut ni pun, memang base on anggaran ramai orang termasuk blog2 kereta kat Malaysia ni. Dan kalau kita ikut logik, mula2 kita ingat model ni adalah pengganti Persona, tapi kemudian Proton kata bukan, Persona akan still dijual bersama2 model ni. Dan kita ada segmen Inspira yang berharga antara RM78K – RM92k, 1.8 & 2.0 pulak tu.

        Jadi di mana logiknya Proton nk keluarkan kereta baru yg berharga lebih dari RM80k, dengan 1.6l & body kecil dari Inspira? Sorry bro, aku bukan cakap main bedal je atau pasal nk murah semata2 aku nk beli kereta ni, kalau ikutkan baik aku cakap ikut harga Persona sekarang, lagi murah, lagi ramai akan beli. Tapi kita boleh tengok, kebanyakan pengeluar kereta akan ada kereta untuk setiap segmen, dan harganya berbeza2 mengikut segmen yg ada.

        Model P3-21A ni memang bagi aku model make or brake utk Proton. Kalau model ni Proton dah perfectkan dari segi kualiti, fit & finish, reliability, baru orang akan buka mata dan tak kisah dah kalau lepas ni, harga Proton tak jauh beza dgn model2 Jepun & Korea tu. Tapi for the mean time, kalau Proton letak harga P3-21A ni dlm territory Vios/City/Inspira, memang silap lah bagi aku.

        Anyway, dah tak lama dah.. dalam sebulan je lagi. So kita tunggu je la yer.. hehehe

      • keta nie (p321A) dalam segment C(altis,lancer,inspira,civic,forte,selphy,cruze,focus,mazda3), engine sekitar 140hp,toque 220 Nm dan ciri2 yg sy da list diatas…logiknye harga hi-line RM 80k-87k..isipadu selinder engine kecil x penting(1.6liter)..kite leh tegok VW 1.4TSI dan power mcm 2.0 engine…cost nk buat RM-x kuar lg tp sy anggarkan RM 650-700juta..

        tp nk letak RM42K pom oke gak, dengan beberape syarat:

        -keta nie mesti cacah production 3-4 juta setaun
        -satu atau dua kilang pemasangan setiap satu benua (slovakia,argentina,russia,china,india,canada,spain,maxico,USA+tanjung malim)

      • Bro, aku faham segmen kereta yg ko cakap tu, masalahnya, kita tgh bercerita tentang Proton. Aku, antara orang yg paling nak tgk Proton berjaya di serata dunia dengan product yg boleh dibanggakan. Aku percaya, ramai rakyat Malaysia yg lain pun macam tu. Jadi, sebelum kita nak mention nama Proton P3-21A ni sebaris dengan nama kereta2 yg ko sebut tadi, cuba ko jawab sendiri soalan ni, ko rasa orang akan beli tak kalau Proton P3-21A tu, harga dah sama dengan City/Vios/Forte/Inspira? Cuba ko tgk, Inspira tu sendiri dalam segmen Civic/Altis, proton letak harga bukan main murah lagi bila dah rebadge, tapi ada tak jualan City/Vios (yg segmennya di bawah Inspira/Lancer tu) terjejas? Apa yg kita nampak, sale Inspira ni tak seperti yang diharapkan oleh Proton sendiri. Jauh tersasar dari target bulanan.

        So apa yg aku nak cakap ni, memang mentaliti rakyat Malaysia, masih belum boleh menerima kereta dengan lencana Proton tapi harganya yang tidak jauh beza dgn kereta Jepun (wpun kereta jepun tu spesifikasinya tidak sehebat Proton tadi). Ini semua ada banyak faktor, antara yg paling senang kita nampak, adalah dari segi reputasi. Proton terpaksa menghadapi reputasi yang boleh kita katakan dah tercalar dek kerana produk2 yang below par sebelum2 ni. Kita akui, Proton dah semakin berubah, dengan produk2 yg bagus seperti Persona, Saga dan Exora. Tapi Proton masih dalam tempoh transition lagi. Belum lagi mencapai tahap pengeluar jepun atau korea.

        Senang kita tengok kereta2 Korea lah, cuba tgk dari segi pricing, even sekarang ni pun, kereta diorg dh dasyat2 dan canggih, tapi still dia letak harga lebih rendah dari saingannya dari jepun dalam segmen yg sama. Kalau 3-4 tahun lepas pun, harga kereta2 dari Korea ni memang boleh kata murah lah kalau compare dgn Jepun. Ni semua untuk bagi peluang supaya orang rasa tak ralat utk mencuba, kiranya kalau beli, tapi tak sehebat kereta jepun, takpelah, harga pun tak mahal sgt. Tapi bila orang yg beli tu dah impressed, kesannya amat positif bagi pengeluar tersebut. Pemilik mungkin akan membeli jenama yg sama apabila ingin menukar kereta, dan lebih baik lagi mereka mungkin akan mempromosi pula pada kawan2 dan saudara mara.

        Bagi aku, inilah proses yang sedang diusahakan oleh Proton. Untuk mencapai semula kepercayaan pengguna bahawa kualiti dan teknologi kereta2 Proton sudah jauh meningkat dan pada certain aspects, mungkin lebih baik dari kereta2 jepun atau korea. Dalam proses ni, Proton tak boleh hanya war2, “Wahai rakyat jelata, mari beli kereta Proton, gerenti dah xde banyak problem, enjin pun bagus, kualiti tinggi bla bla”. Orang takkan mudah percaya macam tu je. Jadi kalau digunakan faktor harga, macam aku cakap tadi, org yg nak merasa kereta baru akan rasa “Hmm.. specs canggih, bentuk mantap, HARGA NOT BAD! – Why not?” 😉

      • Teman setuju!!harga yg sesuai 60k-70k utk premiun.proton dh try inspira pd range harga city vios dan dr segi jualan boleh disimpulkan gagal.

  22. So..apa nama kereta ni? jom teka..hehe..

    Proton Panglima
    Proton Premiera
    Proton Replica
    Proton Fantasia (sempena nama funtasticko haha)
    Proton Maxima (kuasa torque maksimum..perghh,,meleleh)

    Siapa orang terawal yang beli kereta ni bersiap sedialah menjadi DUTA ke mana saja anda pergi… sentiasa orang tengok, interview dan puji…pergh..

    Dah lepas tu mcamam2 aktiviti, kelab tumbuh dan new owner boleh bersosial secara sihat..

    amacam? selamat menyambut maulidur rasul…

    • salam maulidur rasul kepada semua pembaca blog… 🙂

      • salam diterima..

        btw, nama start E ok gak. Contoh kasar: espire.

      • no Espire

        espire ialah nama condom

        boleh typing espire condom di google

      • Espire nama kondom ke. tak perasan pulak aku. hehehe.. anyway, aku rasa takde lah masalah beso pun. Kebanyakan nama2 yg ada dlm dunia ni, ramai je pengeluar barangan lain yg pakai. Aku dah google espire, memang ada jenama kondom (website dia .com.my so maybe local product kot?), tapi ada jugak company information technolgy services etc.. Aku tak pastila, tapi aku rasa Espire takla sinonim dgn jenama kondom. Kalau buat Proton Durex tu lain cerita la kot. huhu

      • selamat maulud nabi kembali 🙂

      • salam maulidur rasul juga kepada tuan rumah…

        cadangan: nama untuk p3-21a:

        1. Proton Spirit
        2. Proton Contina (conti+caldina…lol…tak tahula sedap ke tak nama tu…)

      • mcm nama aku dah, contina, cortina. haha

      • gunakan nama tempatan..lebih molek.. 🙂

      • Proton Rose

    • Saya teka kereta ni akan dinamakan Proton Persona jugak. Kirakan ni 3rd generation Persona lah kan? Betul tak? Tapi kemungkinan besar sudah semestinya Proton akan letak nama baru kot.

  23. proton 1M (1Malaysia)

  24. proton mega

  25. Saya tadi nampak dsz Di taipan… humble orangnye….pakai selipar beli groceries sayur,buah penuh tangan bawak plastic..drive inspira…tauke kedai nampak excited,dia tegur tauke,besar hati tauke tu….
    Sorry off topic…tapi Kesian la kalau dia digantikan dia betul-betul work hard to change perception and working on quality….if there’s a problem regarding proton he deal with it instead of accuse orang biased malaysia product ke…ape ke….hopefully drb kekal kan dia…

    • if nk tau, dia Nazir msjd al-falah sblh taipan tu…

      • dunia dan akhirat dia pegang dua2 elok..tawaduk org nya so far sy ketahui.. moga2 dia di kekalkan coz he is the right person to be a MD n COO… harap2 TM choose him juga…

  26. susah nak dpt org mcm ni pegang syarikat korporat

  27. rasanya ikut plan asal, warna putih pearl white. Xtaula klu ada offer solid white. Erm, kerana kekaburan gambo, ada lg slope n curving yg xnampak sgt cam kat hood depan n sebelah bwh bumper depan ada slope kedepan. Klu perhati betul2 bila launch nanti,akan nampak dari depan cam muka rimau mengaum,tp xler ganas sgt ngauman dia. Klu yg penah tgk gambo gsc@emas yg update dulu2, ada nampak similarity theme muka rimau dia.

    Dipahamkan,Mmg dah didesignkan kearah continental@europe market cam forte,ceed, i30(bukan elantra md), jetta, civic fn@accord euro,ford n etc. Masih agak safe coz klu terlalu kontroversi,bahaya coz proton bukan nama beso nak jd trendsetter lg. Nanti jadi cam gen2, nak buat kontroversi, mmg kontroversi siap handbrake mcm pedang,xda glovebox n inner door handle bulat,tp makan diri. Byk yg xsuka dr suka.

    Klu ikutkan,aper yg prtn buat bg p321a nih dah mengikut aper komplen2 org terhadap model terdahulu n aper yg market nak. Smoga berjaya n jgn buang dsz.

  28. ini sbenarnya pencabar vios n honda city dimarket asia n asia tenggara mahupun australia. Walupun persona, xjauh la sgt ngan vios mahupun honda city,tp utk mengatasi brand honda n toyota, prtn perlu buat sesuatu yg lebih n dsz sedar betapa kuatnya brand power. Jd, langkah diambil mcmmana kia n hyundai berjaya, dgn membuat sesuatu yg lebih dr benchmark n competitor dia(mcm avante last generation n forte). Bila dah berjaya, br bleh buat radical coz dh jadi hype n trendsetter, kluarlah fluiditic concept.

    Dsz nampak menda tuh n buat step by step. Mmg keuntungan prtn xbyk,xmcm dulu,tp coz byk duit kuar utk improve rnd n kete br. Dulu hanya rebadge n pkai kete yg sama sampai 20 thn(saga lama). Mgkin sbb tuh khazanah nak jual coz xnak kuor blanja byk utk rnd, yg penting nak untung byk. Tp bg aku, buat dulu betul2, brabislah duit dulu, nanti puasati, client puas ati, sales akan naik, brlah untung byk.

    • camna untung nak banyak..
      – buat Le Tour De Langkawi – Proton disuruh taja
      – buat Terbuka Bandminton Malaysia – Proton disuruh taja
      – buat Thomas / Uber cup – Proton kena jadi Title sponsor
      – buat Rally Malaysia – Proton kena taja sama
      – kebanyakan kereta peronda polis (baru&lama) – Proton kena taja sama
      – hampir kebanyakan gov fleet – proton kena taja

      P2 (aka pendua) jual kereta banyak giler, tapi susah skali nak tengok diorang taja benda2 besar..

  29. buat masa skang solid white – confirm, others tranq black, gen silver, fire red & blue lagoon

    • bukan ke dulu plan asal pearl white?so,xjadilah yek,dh jd solid white. Yg warna laen, mmg mcm sama jek dr plan asal,xda perubahan. Warna cam ijau spyshot latest tuh blue lagoon.

      Hrp2 sgt ada pearl white utk premium version, br nampak executive. Yg executive n standard, bleh buat solid white utl kurangkan kos. Tp, bukan byk beza sgt pun. Klu bleh, bio sume pearl white. Kerana nak jimat rm800,amik solid white, 8 tahun tension coz jd kuning2 n pudar(utk yg commoner, tp yg duk jaga maintenance kaler keter cam 3 layer polish n wax ke n etc,tahan ler, tp nk maintain xtahan 🙂 )

    • kaler kuning xde ke?

  30. aku rasa xde masalah dgn exterior design, takkan la org malaysia tak bole terima design ala-ala conti mcm ni, nak kata hatchback, dah sedan dah, interior dah ada softouch kan, boot dah besar, realibility? campro pun bkn baru sgt pun, dah ada yg pakai sampai ratus2 riban km…tak rosak pun..tak tau la klu harga pulak yg akan jd penghalang…

  31. PROTON ALPHA 1.6

    “SIMPLE YET STYLISH”

  32. proton tu arap bole ade 6 airbag..

Tinggalkan Jawapan kepada Nazz - P1 Glenmarie Batal balasan