funtasticko design

http://funtasticko.net

TC Eurocars pertontonkan Clio RS200 Cup

36 Komen

TC Eurocars, pengedar jenama Renault tempatan telah melancarkan model Clio RS200 Cup terkini. Walaupun sebenarnya masih berdasarkan jentera Clio RS terdahulu, ia mendapat suntikan tambahan 3hp lebih kuasa kuda dan tork meningkat sebanyak 20 peratus.

Enjin 2.0-liter tanpa turbo dengan transmisi 6-kelajuan manual memberikan nisbah berat/kuasa kuda terbaik di dalam kelasnya – 6kg/hp. Dari segi luaran, bodykit, spoilers, splitter dan diffuser belakang menggunakan teknologi Formula Satu menghasilkan nilai Cd (aerodinamik) yang lebih baik – 0.75, iaitu 0.02 lebih baik dari terdahulu. Rim ialah dari jenis aluminum aloi 17-inci dan tayar ialah 215/45 R17.

Brek ialah dari jenama Brembo dan pasti akan memberikan prestasi yang menarik, baik di jalanraya mahupun di trek. Direka khusus untuk pemanduan harian tetapi boleh dibawa masuk ke trek tanpa sebarang modifikasi, Clio RS200 Cup untuk pasaran tempatan diberikan sistem suspensi dari spesfikasi Cup.

Ini bermakna, ia menggunakan penyerap hentak yang lebih sporti serta nisbah stering yang lebih rapat. Berbanding dengan Clio biasa, Clio RS200 Cup mempunyai jarak roda yang lebih lebar (48mm dan 50mm, depan dan belakang) serta suspensi belakang jenis torsion beam yang dikeraskan. TC Eurocars menyatakan sasaran jualan model ini ialah lebih ke arah pemandu yang mahukan keseronokan memandu di trek.

Namun begitu, sistem suspensi dan juga ruang kabin masih mampu memberi keselesaan yang baik untuk pemanduan harian. Harga yang disasarkan ialah RM199,000 dan untuk yang berminat, pastikan membuat tempahan di bilik pameran Renault yang berdekatan.

Auto Anda/Funtastickodesign

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

36 thoughts on “TC Eurocars pertontonkan Clio RS200 Cup

  1. Kereta impian ..”opss lupa aku bukan org kaya”.

  2. Harga rm199k tp macam rm30k++ interior dan dashboard tak elok langsung..
    Kepada orang yang kata p321a punya dashboard tu buruk baik tarik balik kata2 anda kerana kereta ini walau pun hampir cecah rm200k tp lebih truk daripada myvi punya dashboard.. ermm

    • sy sokong statement kamu..
      harga overprice n dashboard looks so cheap n boring..

    • Saya fikir awak mesti belum kenal apa itu Renault.

      • betul tu bro fridz, kereta conti memang dlm gambar nampak macam tu, cuba tengok real, masuk dlm & feel segala apa yg ada & test drive la kalau berkesempatan..pasti persepsi akan berubah…

      • belum kete conti best dr kete jepun…penah gak merasa…tp kite ckp pasai design dasbok SAHAJA..sbb kalo proron pnya pasti kono kaw2..isu hangat desbok proton………….makacih.

      • belum plak ahh..`betul`*..typo haha

      • Bertenang bro sekalian..

        Maksud saya ialah Design interior utk Renault memang begini. Funky..boleh tengok mana2 model Renault, kebanyakannya design dashboard ala-ala begini. Even saya berpendapat dashboard P321a lebih well composed daripada Clio RS.

        Wpun begitu, material yg digunakan memang bagus dan berquality.

        Overpriced car? Saya rasa tak juga. Honda Civic FD2 Type R (versi yg xlulus emission std) pun RM199k. Dan saya kira kedua-dua model ni berada dalam liga yang sama.

    • Bro

      Give credit to those who deserve it. This is a bada$$ hatch.

      Orang yg minat Clio RS tak heran pasal dashboard ler. Untuk pemandu yg masih suka lap. Ini kreta rempit ni bro. 200hp dalam 1200kg (berat Neo tu) memang mengasyikkan. Karak tu disengihkan aje. Itu pun untuk mereka yg tahu menggunakannya. Perlu diingat, kereta RS tak perlu nak mod ape-ape pun. Complete package.

      Cuma harganya melampau. Dan kalau TC,…tau ajelah, harga beli tu bukan kos sepanjang nyawa. TCO penting. Tapi org yg mampu keluar RM200K tak ramai yg geti bawak. Org yg geti bawak tak mampu. Kesian.

      • bkn pertikai pasal enjin or material..pasal design jek…bkn ckp renault tk bes..
        DESIGN desbok..sbb skg isu desbok proton kna kodem..naaaakkk ikut kan..lg cantik design proton tu…DESIGN…PLEASEEEEE..

      • Siapa kita nak kata design lawa ke tak. Sapa diaorg nak kata dash Proton teruk ke tak. Seburok-burok Alphard tu ramai yg beli. Ramai yg terigin. Tak kesahlah cd dia berapa. Memang batu blok.

        Tak yah lah nak cakap. Org kita buta seni. Meyalak mcmana pun x guna. Janji bendanya org beli. Kena tegok target market. Design cantik-cantik pun kalau org tak suka, burok jugak di mata diaorg.

        Kita kena tengok, letakkan Brand dulu sebelum Target Market, sebelum Design. Dapat RED DOT pun buat ape kalau x leh jual.

  3. alahaiii..dashboard+interior..design+color haha..dgn rege 200k..kalo lah proton mau meroyan basher mngutuk–erkk..pro pn kutuk gk kalo cm ni..
    apa2 pn org m`sia sokom brg lua..tk kira la baram apa pn..minda

  4. gempak…tapi design dashboard bodoh tp praktikal….conti car kalau drive mmg best…berat semacam jerr…sedap bawak…
    harga tk masuk akal…

  5. Continental punya design, dia tak ahbeng mcm Jepun. Dia lebih pada sesuatu yang simple tapi dengan ergonomics yg tinggi. BMW punya dashboard, lagi la simple, tapi dia gunakan padded surfaces dan banyak buttons dia bercahaya di belah malam.
    Mungkin ada antara kita kurang fasih tentang kenderaan, walaupun komen mengalahkan Jeremy Clarkson. Tak apalah, mungkin jadi tanggungjawab mereka yang arif untuk ajar.
    Apa pun, Clio RS200 Cup disasarkan kepada mereka yang turun ke trek dan pandai menghargai enjin high revving n/a serta transmisi manual.
    Yang biasa bawak Myvi, sila pandu uji trolley pasaraya. Bagi kami lelaki dan driver sejati hargai kereta seperti RS ini.
    Jangan jadi Melayu bodoh sombong ya.

  6. CoD 0.75?
    erm…design nmpk mcm smooth.

    p32-1a pun dpt 0.30
    satria neo 0.35
    prius 0.25

    • CoD ni nilai utk daya aerodynamik (downforce) , kalau nilai tinggi maka lebih banyk downforce dihasilkan dan lebih stabil bila selekoh

      nIlai utk P32-1A tu utk daya seret (drag), kalau nilai rendah lagi bagus supaya lebih senang laluan angin (smooth), nilai CoD utk P32-1A mungkin lebih kurang mcm RS200

      • cod=coefficient of drag. is a dimensionless quantity that is used to quantify the drag or resistance of an object in a fluid environment such as air or water.

  7. pompuan itu spoil the car image and environment

    • aku rasa mmg funtasticko ni nak buat kelainan, selalunya model sexy je posing tepi kereta. tapi sebab blog ni dalam bahasa melayu, dan majoriti yang komen pun melayu, dia bagi la model yang bersopan santun plak.
      kalau kat Arab, model pakai purdah kot… nampak mata je.

  8. Itu model ka? Itu test driver untuk program Auto Anda tu. Belum tentu korang boleh lap dia kat trek.

    • tu la pasal bro, dia belum kenal siapakah gerangannya wanita ini… inilah kelainan yg kita buat, asyik letak perempuan seksi je tertonggek2 depan kereta, tapi bawak kereta pun xreti, lesen pun tarak… hahaha…

  9. huhuuu..saya nak tanya, apa kaitan abg yg naik moto untuk entri moto Kawasaki W800 SE 2012 dgn kakak model di atas? dua senyum2 mcm tanda setuju je, ehm ehm ehm..nampaknya funtasticko dah jadi blog match matching ni.. hehehe.. abang funtasticko campromania..saya pun bujang, boleh tlg match kan dgn mana2 gadis litar yg bertudung x? kalau dapat btudung labuh lg best!!! BoNuSSSS!!!!

  10. gambar dia mantap sbb pakai dslr, kalau P3-21A keluar kena kasi review dulu lps tu keluarkan kat blog ni

  11. DSLR tak semestinya gambar cantik. Ini pun takat biasa aje.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s