funtasticko design

http://funtasticko.net

Tunggang Uji: Kawasaki W800 SE 2012

7 Komen

Model retro W800 bakal mula tren baru

SETELAH sekian lama Kawasaki Malaysia cuma membawa model-model sports dan cruisers, kini satu-satunya syarikat superbike dari Jepun yang bertapak secara rasmi di Malaysia memperkenalkan genre baru dalam arena motosikal tempatan – model retro W800 SE.

Sekali imbas, W800 versi tahun 2012 saling tak tumpah seperti model motosikal Triumph atau Norton atau AJS yang menguasai pasaran roda dua negara sekitar tahun 50-an. Sebenarnya, model ini direka oleh Kawasaki bagi mengingati model lagenda jenama tersebut iaitu model W1 yang telah memulakan karier motosikal untuk syarikat tersebut 45 tahun dahulu.

Gaya klasik W800 memang menarik dipandang; malah enjin moden dua silinder sejukan udara itu direka agar kelihatan klasik. Ditambah pula dengan aksesori-aksesori yang seperti “crankcase”, peredam bunyi ekzos, sarung getah fork depan, rekaan lampu depan belakang dan tangki minyak bentuk lama itu, Kawasaki W800 memang akan mengukir senyuman kepada sesiapa yang melihatnya.

Kawasaki Malaysia membawa masuk model W800 Special Edition untuk pasaran tempatan. Ini bermakna stail “black-out” menggantikan krom dan rim aloi bersalut warna emas. Enjin 773cc dua silinder Vertical Twin sejukan udara empat lejang dengan suntikan bahanapi ini menghasilkan 47hp dan 60Nm. Mungkin tidak setinggi model 800cc supersports yang lain kerana model ini lebih menumpukan kepada penunggangan santai.

Kotak gear pula ialah dari model 5-kelajuan dengan hantaran rantai. Klac ialah versi basah dengan multi-cakera. Seperti yang dikatakan, tunggangan W800 memang ke arah penunggangan bersahaja. Kerangka besi “high-tensile” jenis “double-cradle” akan mula meliuk jika selekoh diambil dengan rakus.

Dinding tayar yang tinggi (depan 100/90-19M/C 57H; belakang 130/80-18M/C 66H) tidak membantu untuk tunggangan agresif. Sememangnya, ia adalah motosikal rekreasi untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lebih relaks. Kuasa berhenti dari brek disk 300mm tunggal di depan dan drum di belakang dirasakan memadai. Kelengkapan lain seperti suis lampu dan paparan meter mudah digunakan, walaupun mempunyai rekaan klasik.

Apapun, Auto Anda berpendapat, motosikal seberat 217kg ini cukup mudah untuk ditunggang kerana jarak duduk yang rendah membolehkan penunggang meletakkan kaki rapat ke jalanraya. Bagi mereka yang mahukan sebuah motosikal untuk bersantai bersama isteri, ataupun mahu mencari sebuah motosikal yang mudah dikendalikan oleh si isteri, Kawasaki W800 dengan harga RM58,900 beserta waranti standard Kawasaki selama tiga tahun ini harus diberikan pertimbangan serius. – Auto Anda

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

Spesifikasi
Enjin: 773cc sejukan udara 4-lejang 2-silinder
Kuasa maksimum: 47hp @ 6,500rpm
Tork maksimum: 60Nm @ 2,500rpm
Transmisi: 5-kelajuan manual
Berat kasar: 217kg
Brek: Cakera tunggal 300m (depan); drum 160mm (belakang)
Suspensi: Fork teleskopik 39mm (depan); twin shocks dengan 5-aras preload (belakang)
Harga: RM58,900 tak termasuk insurans

Ciri positif:
– Rekaan gaya retro menarik perhatian
– Tunggangan retro lebih ke arah santai
– Pelana tebal yang empuk
– Didatangkan dengan jaminan dari pengeluar sendiri

Ciri negatif :
– Hanya untuk tunggangan santai
– Tidak cantik jika dipasangkan top box
– Lebih sesuai untuk perjalanan jarak dekat atau urban

Jom “LIKE” page Auto Anda facebook Auto Anda

7 thoughts on “Tunggang Uji: Kawasaki W800 SE 2012

  1. aiihh tk mampu wlpn minat amat retro style ni…penah duduk atas seat jap masa tgk kt kedai thn lpas…motor baru dgn gaya retro…

  2. Motor jenis macam ni kalau simpan pun takkan jemu tunggang. Evergreen design dia.

  3. BILA TAHUN NAK KUAQ REVIEW SAGA FLX SE 1.6!

  4. Sweetttt….

  5. buat koleksi boleh la ni.
    nk buat daily transport, failed.

  6. Artikel menarik. Memang idaman kalbu…cuma belum mampu..

    Kalaulah MODENAS buat model skala kecil macam kawasaki GTO 110 tahun 80an (kalau tak silap). alangkah baiknya..

    Cuma cara pakaian kalau boleh kena sesuai ngan model motor..baru nampak ‘cool’ dan kena dengan gaya ‘retro’nya…sekadar pendapat. Kualiti gambar dah ‘superb’ dah…

  7. mcm best jek motor ni.. review pun best.. cuma lain kali blh x kalau gambar tu x payah ada tone coklat2 atau apa2 tone warna sekalipun.. biar neutral colour/original sbb ni dah kita photo journalist.. biar gambar unedited atau edit level je mcm gambar international punya auto mag review..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s