funtasticko design

http://funtasticko.net

UMW Toyota lancar Prius terbaru dan Prius C

19 Komen

UMW Toyota telah melancarkan Prius versi terbaru dan model Prius C petang tadi. Prius C lebih menjadi tumpuan kerana ia adalah model serba baru kompak dengan harga yang cukup berpatutan – RM97,000 atas jalan termasuk insurans (untuk Semenanjung Malaysia).

Dengan saiz sebesar Yaris, ia dijana oleh enjin 1.5L dari Prius generasi kedua tetapi sistem Hybrid Synergy Drive yang digunakan telah dipertingkatkan untuk memberikan enam peratus lebih penjimatan dari sistem terdahulu. Hasilnya, Prius C menawarkan sebanyak 99hp dari enjin dan motor elektrik. Dengan berat cuma 1,140kg, pasti Prius C dapat memecut dengan tangkas. Walaupun harganya di bawah paras RM100,000, UMW Toyota melengkapkan Prius C ini dengan tujuh beg udara, sistem ABS, EBD, BA, Traction Control dan Vehicle Stability Asist.

Selain dari itu, ia juga dilengkapkan dengan skrin TFT 3.5 inci dengan Multi Info Display dan pemain CD/penala radio dengan fungsi MP3, Aux jack, USB dan iPod. UMW Toyota turut menawarkan sistem navigasi dengan kamera undur sebagai tambahan pada harga RM2,990.

Untuk model Prius terbaru, ia menerima suntikan kosmetik dari segi lampu hadapan dan belakang serta bamper baru. Dua versi ditawarkan, versi standard dengan harga RM139,900 atau versi Luxury dengan harga RM145,500. Bagi versi Luxury, ia didatangkan dengan sistem bunyi JBL 8-channel siap dengan lapan pembesar suara dan skrin sentuh.  Enjin kekal 1.8L dan seperti Prius C, ia boleh menggunakan minyak RON95. Waranti ialah 3-tahun atau 100,000km untuk kedua model.

UMW Toyota juga menerangkan kerana sambutan hangat untuk model Prius C, waktu menunggu ialah antara dua ke tiga bulan. Bagi model Prius, waktu menunggu cuma satu bulan. UMW Toyota mensasarkan jualan sebanyak 1,500 unit untuk model Prius dan 2,500 untuk model Prius C.

Jom “LIKE” page Auto Anda facebook Auto Anda

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

* Nampaknya makin banyak kereta hybrid atas jalanraya lepas ni, harap lepas ni banyak jenama lain juga tawarkan model hybrid dengan harga yang berpatutan 🙂

 

Advertisements

19 thoughts on “UMW Toyota lancar Prius terbaru dan Prius C

  1. bile la plak giliran proton nak launching kereta hybrid…

  2. bro sume dipersilakan tgk interior live kereta ni dekat paultan.
    horrible!
    plastik dashboard dan doortrim memang 60-an…

    tapi nak buat mcm mna..
    toyota..ada jgk supporter kuat

    • aku ade nampak komen saudara kat palutan…

      “owh wowww.. loook at the dashboard..
      my god thats horrible..
      tak nak tunjuk plastik murah lagi??”

      anyway, aku setuju dengan pendapat saudara…ME GUSTA. :megusta:

  3. aiks?? 1.5L pun hp kurang dari insight?? haihh toyota..

  4. apa yg boleh aku simpulkan
    depan dia…..me gusta.jpg
    belakang ….yao ming scared face.jpg
    dalam….meh~

  5. features yang canggih.. bentuk yg menarik. tp nape warranty 3 tahun je? Ni kan hybrid car, risiko kerosakan lebih tinggi tp.. it’s a Toyota. haha.

    kuasa enjin dan pecutan lbh kurg saga flx @
    94bhp=1080kg vs 99bhp=1140kg

  6. Insight tampak lebih menarik…

    #no offense

  7. korang xrase depan dia mcm lancer ke…

  8. pergh tk tahan bila ada org mempertahankan dashboard prius c ni dia cakap dashboard design simple dn menggunakan bhn mesra alam.. kalau korean, p2, p1 pakai dashboard material ni mesti dh kena ludah maki-makian.. mmg buta betul

  9. Hodoh betul kereta ni.. luar dan dalam.

  10. luar- ble thn
    dlm – fail

  11. Bila tengok lampu dia macam recycle MYVI lagi best punya lampu plak. Model ni confirm boleh tapau Honda City E punya market sebab OTR City RM95k.

  12. Bila la nak keluar laporan test drive saga flx se ni…..
    agak-agak kalau lama tunggu mcm ni mahu 50 perenggan ni….
    1 perenggan 1000 patah perkataan… ….

  13. ada bantuan motor utk hp dan torque, klu 73ps (enjin petrol) + 61ps (motor elektrik) = 101ps? , mcm mana nak kira tu. pastu pasal torque tak pulak dijumlahkan , 111nm + 169nm = ???nm sebenarnya?

    kenapa tak bole campur je dua2 nilai tu dan dpt terus nilai hp dan torque?
    mgkn ada yg bole bg pencerahan…

    pasal boot blkg dlm 260litre, mmg kecik la bg aku, mmg keta ni bkn utk bw brg balik kmpg kecuali klu brg mmg sikit

  14. walaupun hodoh luar dan dalam, jenama prius ni dah gah seluruh dunia. ramai celebrity hollywood yg pakai prius.

  15. Toyota ASEAN apa nak heran… orang tetap beli jugak… tapi kalau Proton semua nak bash….

  16. akupun dah malas nak komen dlm pt. Ada lg ckp ap kena bayo,masih duk zaman lama. Sbb afta, ap kat malaysia hanya utk kwl kemasukan import ajek. Sapa2 bleh apply ap. Ap nih dah kena cukai sekarang,cume nak cntrl xbg ko undervalue kete luar masuk coz nak lari cukai.

    Miti hanya approved rega ajek,bukan set rega,sume atas manufacturer. Xcaya, cubelah banding rega open market value kat singapore ngan rega docket kastam. Lebih krg sama ajek,lain ckit ajek,itupun krn currency exchange berubah.

    Hybrid dh dbg incentif tax rebate. Tp kastam xkuar lg amendment. Tp bleh check rega prius docket, banding ngan rega langkawi,korg taula brp toyota amik profit bg dealer dia.

    Bosan ngan rakyat malaysia yg masih dibrain wash. Walu berkali2 aku bgtau,siap ngan link legit lg,tp depa xmau trime, ttp nk kata toyota mmg jual mrh, slhkan miti,slhkan cukai,walhal tanpa cukai. Mmg ler kete nih mahal coz hybrid mmg mahal utk dihasilkan, tp xtahan dgn fat margin yg toyota amik. Rega docket tuh dh masuk profit manufacturer. Yg profit lepas tax utk dealer.

    Yg aku tau, prius menggunakan bhn mesra alam(nama lembutnya) aka recycle plastic,metal n etc. Satu langkah yg baik coz kurangkan penggunaan bhn br,recycle things. Tetapi cube klu prtn gune, mesti kena maki kau2 coz guna bhn recycle.

    Klu ikutkan,bhn recycle dh reducekan cost,yela, xkan org akan guna bhn recycle klu bhn recycle lg mahal dr yg barukan.

    Tp langkah camnih, prtn bleh buat masa akan dtg klu branding prtn dah kuat. Tp,klu buat skrg,suicide ajek coz org malaysia nih, klu toyota buat,sume ok. Prtn kuar cvt mcm2 perbandingan buruk depa bg, n siap ckp outdated. Prius pkai cvt xoutdated plakkan. Siap pkai enjin basic ajek. Kan bgs klu pkai enjin vios+hybrid. Tp apsal ada pkai otto n atkinson cycle engine? Jimat cost bro coz hybrid mahal, motor electric hybrid dpt cover power n torque dia. Cube tanpa electric motor,underpower gile n hampeh.

    Tukar jek logo prius c jadik prtn,mesti ramai org malaysia ckp mahal, cheap plastic,outdated,mkn duit rakyat,design 80an, cvt outdated,enjin zaman kuno, xbahayake redah banjir(komen masa exora hybrid,tp yg heran,xda org bangkitkan biler prius kuar) etc etc etc yg xbaik2.

    Oh malaysia ku.

  17. klu kete nih adalah kete prtn,cnfirm kena maki 8 tingkat,kena sumpah 7 keturunan :-),nasib baik toyota.

    On topic mood, walubagaimanapun,trime kasih kepada toyota coz amik kesempatan diatas tax insentif ini utk kuarkan kenderaan hybrid dimalaysia pada rega mampu milik. Begitu juga honda,atleast,dpt gak org kite merasa hybrid. To be fair, klu banding prius c ngan insight,masing2 ada strength n weakness masing2. Namun, bg akula, ianya setara ajek antara prius c n insight,cume tepuk dada tanya selera coz nk kata prius c pkai brittle hard plastik,insight juga xketinggalan join the bandwagon. Ini mgkin kerana nak cover cost hybrid n nak menurunkan rega kenderaan hybrid supaya penjimatan dia lebih berbaloi dgn rega yg dibayar.

    Cume prtn,bg aku agak sukar coz kena compete dgn honda n toyota klu nak kuar hybrid. Rega cnfirm kena lebih rendah walupun fair game dr segi tax, equipment kena lebih, powerpun kena lebih,ertikata lain segalanya kena lebih,xbleh buat on par@setara coz brand image xcukup kuat utk ubah persepsi org kita n juga luar negara.

    Ini satu cabaran yg amat berat bg prtn,tp,aku percaya,lg kuat cabaran,lg baik kita jadi. Ayuh prtn,sahut cabaran. Prtn mampu mengubahnya.

    • kan bagus kalau buletin utama or apa2 berita, newspaper, etc leh bagi pencerahan secara terbuka kepada rakyat berkenaan tax di Malaysia. masih ramai yg masih belum tahu kebenaran ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s