funtasticko design

http://funtasticko.net

2012 – TAHUN YANG MENARIK UNTUK EDARAN TAN CHONG MOTOR

1 Komen

Kuala Lumpur (21 Februari 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah menganjurkan Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media sempena berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina pada hari ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Majlis makan tengah hari ini telah menjadi aktiviti tahunan ETCM sejak lima tahun lalu. Selepas mengharungi tahun 2011 yang agak mencabar, ETCM akan memberi tumpuan kepada pelancaran model-model menarik pada tahun 2012, contohnya pelancaran model serba baru NV200 Vanette dan Navara Single Cab pada baru-baru ini. Model-model lain yang bakal dilancarkan termasuk sebuah sedan segmen B dan beberapa model CBU yang menarik. ETCM juga akan memperkenalkan program perintis bagi model kenderaan elektrik, iaitu Nissan Leaf pada tahun ini.

Semasa majlis itu, Pengarah Eksekutif ECTM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Tahun 2012 akan menjadi tahun yang penuh dengan dugaan untuk sektor automotif. Suku pertama tahun 2012 akan kekal mencabar kerana gangguan rantaian bekalan komponen susulan banjir di Thailand masih belum pulih dengan sepenuhnya. Selain itu, syarat pinjaman yang ketat untuk sewa beli kereta mungkin akan menjejaskan jualan kami. Tambahan pula, pengguna juga berasa bimbang tentang prospek ekonomi global. Pasaran hanya akan mula pulih pada separuh kedua tahun ini. MAA menjangka jumlah jualan industri akan meningkat 2.5% kepada 615,000 unit pada tahun ini. Kami pula yakin bahawa jumlah jualan Nissan akan melepasi pertumbuhan industri dengan pengenalan model-model baru dalam segmen-segmen yang belum diceburi Nissan.”

Jumlah jualan Nissan pada 2011 menghampiri 31,000 unit. Malah, Nissan menduduki tempat kedua dalam ‘Kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia 2011’.

Pencapaian-pencapaian penting yang lain termasuk Nissan Grand Livina masih merupakan model jualan terbaik MPV Bukan Nasional dengan menguasai 40.4% pasaran manakala Nissan Urvan yang menguasai 43.7% pasaran kekal sebagai Van Bertingkap Diesel paling laris. Di samping itu, Nissan Sylphy adalah model 2.0L terlaris dalam segmen C Bukan Nasional dengan penguasaan pasaran sebanyak 10.1%.

“Sektor automotif telah mengalami situasi turun naik tahun lalu akibat bencana alam yang tidak diduga di Jepun dan Thailand. Banyak syarikat automotif yang terjejas dan Nissan juga tidak terkecuali. Namun begitu, kami masih memperolehi beberapa pencapaian yang hebat walaupun semasa menghadapi keadaan yang penuh dugaan,” tambah Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Berikut adalah anugerah yang dimenangi oleh Nissan sepanjang tahun 2011:

  Model Anugerah Daripada
1 Sylphy Pemenang – Segmen Kereta Bersaiz Sederhana J.D. Power Asia Pacific 2011 Malaysia Initial Quality Study (IQS)
2 Teana Kereta Eksekutif Terbaik New Straits Times/ Maybank COTY2U Awards 2011
3 Teana Pemenang – Kategori Sedan Besar AUTOCAR Asean Car of the Year Awards 2011
4 Teana Sedan Eksekutif Pemasangan Tempatan Terbaik Asian Auto / Auto Industry Awards 2011
5 Navara King Cab Trak Pikap Terbaik 2011 New Straits Times/ Maybank COTY2U Awards 2011
6 Navara King Cab Trak Terbaik 2011  Wheels Weekly / LIVE LIFE DRIVE Car of the Year 2011 & 2012 Award
7 Navara 4×4 Manual Ketiga dalam Kelas – Kategori Trak Pikap Asian Auto AmBank Fuel Efficiency Awards 2011
8 Latio Hatchback Ketiga dalam Kelas – Kategori Kereta Keluarga Kecil Asian Auto AmBank Fuel Efficiency Awards 2011

One thought on “2012 – TAHUN YANG MENARIK UNTUK EDARAN TAN CHONG MOTOR

  1. bro campro,

    x d note ” ini adalah iklan media rasmi ke-2 dari tc motor bla3″ ker..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s