funtasticko design

http://funtasticko.net

Pelancaran motosikal NAZA NZ125R & rumah terbuka Tahun Baru Cina Kumpulan NAZA

4 Komen

Baru-baru ini NAZA Bikes Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan NAZA telah melancarkan motosikal 125cc, NAZA NZ125R. Pada masa yang sama rumah terbuka Tahun Baru Cina Kumpulan NAZA bertempat di NAZA World juga diadakan serentak dengan pelancaran tersebut.

Pelancaran NAZA NZ125R telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Ir. Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah En. Wee Hong, Presiden, Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter, Malaysia, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza dan Dato’ SM Zulkifli SM Amin, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Motor, NAZA WORLD. Majlis juga dihadiri lebih 1000 jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Model NAZA NZ125R ini adalah hasil dari usahasama dengan rakan strategik dari Korea, Taiwan and China. Dengan pelancaran model ini, ia bakal merancakkan lagi saingan segment underbone dengan jenama lain. Harga yang ditawarkan untuk model ini ialah RM 3,788.00 dan bakal berada di bilik pameran yang terpilih mulai minggu ini.

NAZA NZ125R, berenjin 4 lejang sejukan udara yang mematuhi standard piawaian pelepasan asap Euro 2. Antara ciri menarik model ini ialah penjimatan bahan api yang boleh mencapai sehingga 65km per liter pada kelajuan tidak lebih daripada 80km sejam, terbaik dalam kelasnya. Dianggarkan pemilik NZ125R boleh menjimatkan RM500 setahun untuk petrol sahaja. NZ125R hanya satu-satunya motosikal underbone dalam pasaran yang dilengkapi dengan electrical power point. Fungsi tersebut boleh memudahkan penunggangnya mengecas telefon bimbit, memasang GPS dan lain-lain.

Tiga rumah kebajikan iaitu Rumah Orang-orang Tuan Sri Setia, Pertubuhan Orang Cacat Cina Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Shelter terpilih untuk menerima sumbangan daripada pihak NAZA dengan sumbangan berjumlah RM 5,000.00 setiap rumah kebajikan tersebut. Penghuni rumah kebajikan tersebut juga bukan sahaja diraikan sebagai tetamu malah menerima ‘Ang Pao’  setiap seorang.

 

* ini merupakan SIARAN MEDIA pertama dari Kumpulan NAZA. Terima Kasih kerana memilih Funtasticko Design sebagai salah satu saluran media.🙂

4 thoughts on “Pelancaran motosikal NAZA NZ125R & rumah terbuka Tahun Baru Cina Kumpulan NAZA

  1. TAHNIAH FD DAN NAZA, HARAPAN SAYA NAZA LEBIH IKHLAS BANTU BUMIPUTERA.

  2. adoi..saya pernah memiliki yamaha 125zr..bunyi Z dengan R dah sama..bunyi N di depan yang buat spoil..haha..

    apepun tahniah sebab naza berjaya melancarkan moto kapcai pertama mereka (pertama ke? ) diharapkan modenas serta pengeluar moto kapcai lain boleh bersaing secara sihat bagi melariskan jualan..

  3. kalau Proton ada keluarkan Motorsikal… rasanya ada persaingan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s