funtasticko design

http://funtasticko.net

Perodua derma RM300k kepada Yayasan Nurul Yaqeen

16 Komen

Putrajaya, 23 Feb : Perodua hari ini menderma sebanyak RM300,000 kepada Yayasan Nurul Yaqeen bagi menjayakan Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Sumbangan itu adalah untuk kegunaan selama 2 tahun (2011 dan 2012).

Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh telah menyampaikan cek derma  itu kepada isteri Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Noorainee Abdul Rahman, selaku penaung Yayasan Nurul Yaqeen, di satu majlis yang diadakan di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini .

“Kami menyokong penuh Projek Sekolah Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital yang diilhamkan oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Noorainee. Kita amat bersimpati dengan nasib kanak-kanak yang memerlukan rawatan jangka panjang di hospital dan sekali gus menjejaskan pelajaran dan persiapan mereka untuk menduduki peperiksaan awam,”kata Aminar.
“Projek ini akan memastikan bahawa kanak-kanak yang memerlukan rawatan jangka masa panjang di hospital tidak akan ketinggalan di dalam pelajaran mereka dan juga persediaan mereka untuk peperiksaan awam. Ini adalah selaras dengan slogan  Perodua “Kerana Anda Keutamaan Kami.”

Projek ini telah dilancarkan di hospital rintis Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2011 dan dikembangkan kepada lain-lain hospital-hospital besar awam kemudian.

Selain itu Perodua juga telah bersetuju untuk menghantar pasukan sukarelawannya bagi membantu Yayasan Nurul Yaqeen melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada kanak-kanak dan remaja yang terlibat terutamanya pada musim cuti persekolahan. Pihak Yayasan dengan bantuan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan membantu melatih 100 orang sukarelawan untuk memberi bimbingan secara berterusan di samping memenuhi masa lapang kanak-kanak yang mendapat rawatan pada cuti persekolahan.

Jumlah sukarelawan Perodua yang akan menyertai program ini akan diumumkan kelak.

Pasukan sukarelawan Perodua ini akan turut menyertai lain-lain aktiviti-aktiviti tanggungjawab korporat lain dan juga memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam. Pasukan sukarelawan Perodua telah menghulurkan bantuan kewangan, makanan dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Johor pada masa lalu, kata Aminar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Jimmy Yeow di talian 03 6733 8888 samb 5338 atau En Ahmad Tamimi Omar di samb 5777

* Ini merupakan SIARAN MEDIA pertama dari Perodua. Terima kasih kerana memilih Funtasticko Design.🙂

16 thoughts on “Perodua derma RM300k kepada Yayasan Nurul Yaqeen

  1. P2 tahu jugak bagi kat sini. Tapi aper2 pun p2 still org kite jugak yg bekerja..

  2. Menderma tapi menunjuk-nunjuk… setahu aku DSZ dan Proton banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan, kerohanian dan macam-macam lagi tapi tak minta publisiti pun…

    Perutdua oh perutdua..

  3. off topic …. i hear Inspira will have a upgrade version

    1.8 only manual standard ( CVT cancel)

    2.0 have standard and premium spec

    the spec upgrade
    Start/Stop Engine Button,Auto Fold Mirror,Tweeter,Headlight Levelling Switch and so on ….

  4. anyway,satu menda yg baik. Teruskan p2. Psl nak bukak kilang assembling e-at,menda yg baik,cume jgnlah setakat assemble ajek, sambil2 assemble,blajo2 buat gbox skali. Mana tau,satu ari nanti bleh jd pembuat gbox pertama kat malaysiakan. Xslh mencube. Gudluck

    • p2 skit2 akan jemput TPM.. launch model2 dia TPM… derma pun kepada Yayasan bawah naungan isteri TPM.. cuba la bagi derma untuk usaha dakwah orang asli ke.. rumah anak-anak yatim di Kedah, Perlis, Kelantan yang tak berapa banyak sponsor…

      Ni tak, kadang2 budak2 rumah kebajikan/anak yatim ni pakai henset lagi power dari orang bekerja..semua bank, syarikat swasta salurkan zakat dan bantuan kat mereka je..cuba kalau 300k tu bagi kat pembinaan sekolah tahfiz ke…

  5. Mmm… apa yg perodua buat amal tu dah bagus dah, mgkin public awareness diorg selain bidang industri yg diorg ceburi tu selain publisiti:).

    Bila dah rasa untung banyak, takkan nak bazirkan lebihan untung tu kat cukai yg banyak diorg kena bayar kat government kn? Salah satu cara company nk kurangkan/dikecualikan cukai adalah buat kerja2 amal kebajikan mcm nie atau buat aktiviti2 retreat, percutian utk staff dll. Semua nie dpt kurang/pengecualian cukai.

    cheers!

  6. tumpang lalu… haha…

  7. tahniah bro campro… sejak dapat nombor 2 makin ramai pengeluar keta gunakan blog ini sebagai medium… dgn kata lain sudah terkenal…. bersedialah dgn jemputan2 rasmi pada majlis pelancaran apa2 model…. seblom nih… amik gambo kat showroom jerk tanpa diundang, hehe… semoga terus maju

    • err..takde ape2 penghargaan ke kepada supporter FD?

      bagi la ape2 yang menarik tertarik kau memang deboom..
      kalau tanak bg free..kasi yang diskaun punye price…hehe

  8. gambor panas…!!Proton P3-21A


    http://forum.lowyat.net/topic/2240383

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s