funtasticko design

http://funtasticko.net

Infiniti FX 2012 Terima Penggayaan Bahagian Hadapan yang Memukau

6 Komen

KUALA LUMPUR, Malaysia (22 Februari 2012) – Auto Dunia Sdn Bhd – pemegang francais kenderaan Infiniti di Malaysia mengumumkan tawaran model crossover mewah berprestasi tinggi, Infiniti FX 2012 bermula dari 24 Februari 2012 menerusi Infiniti Center Kuala Lumpur. Perubahan sporty pada bahagian hadapan, fascia luaran, rim aloi 20 inci dan kluster instrumen yang dipertingkatkan untuk model 2012 membuatkan rekabentuk FX yang ikonik itu diangkat ke satu tahap baru. Namun harganya kekal tidak berubah.

Harga di atas jalan (OTR) (tidak termasuk insurans) adalah:

Model Enjin/Transmisi OTR(tidak termasuk insurans)
Infiniti FX37 4WD GT 3.7-liter V6 / 7 kelajuan automatik RM 435,000


Mengenai Infiniti FX 2012

Terus menjadi salah satu model SUV dengan ekspresi luaran paling agresif di jalanan pada masa kini, Infiniti FX 2012 dilengkapi enjin bersesaran 3.7 liter 24 injap DOHC V6 berkuasa 320 kuasa kuda bersama sistem Continuously Variable Valve Timing Control System (CVTCS) untuk mencapai pecutan maksimum 235 km/h dan 0-100 km/h dalam tempoh 6.8 saat. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang hadir bersama ciri Downshift Rev Matching dan Adaptive Shift Control (ASC) serta paddle shifter magnesium yang kemas.

Di sebalik kemasan FX, gayaannya yang menonjol disempurnakan dengan struktur kerangka termaju, menawarkan ruang untuk lima orang dan kapasiti empat buah beg golf bersaiz penuh. FX menggunakan sepenuhnya kejuruteraan platform Peminggang Hadapan (Front Midship, FM) yang kukuh dengan agihan berat seimbang di antara bahagian hadapan dan belakang bagi menawarkan prestasi pengendalian yang tiada tandingan.

Infiniti FX 2012 turut dipasang dengan sistem pacuan pintar semua roda (Intelligent All-Wheel Drive) yang menggunakan strategi kawalan agihan tork. Ia mengagihkan kuasa tork secara automatik (0:100 sehingga 50:50 dari roda hadapan ke roda belakang) berdasarkan kepada keadaan jalan dan pemanduan. Suspensi double-wishbone pada roda hadapan dan suspensi multi-link (roda belakang) menawarkan pengendalian yang selesa, keras dan tepat. Tugas membrek pula disediakan oleh brek cakera ventilasi pada keempat-empat roda bersama sistem Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA) dan Electronic Brake force Distribution (EBD).

Gaya agresif FX memberikan bayangan mengenai prestasi yang ada di bawah hudnya yang panjang. Selain jarak roda yang dipanjangkan, bahagian hadapan pendek dan unjuran belakang. Penampilan berprestasi yang jelas itu turut melibatkan lampu-lampu kabus dan lampu utama ikonik High Intensity Discharge (HID) xenon dwi-fungsi. Siluet agresif diserlahkan lagi melalui satu garis bahu dari bahagian hadapan ke belakang yang kemas, rumah hijau, garis bumbung dan spoiler belakang yang bersambung. Lampu belakang LED yang besar dan memanjang pada tubuh kenderaan pula membantu mencipta momentum aerodinamik. Sementara ekzos berkembar yang besar dengan kemasan krom menyempurnakan penampilannya yang sentiasa bersedia.

Bahagian dalaman FX menawarkan suasana yang hangat dan mengalu-alukan. Ditambah dengan kokpit yang berorientasikan pemandu menerusi butang-butang kawalan intuitif, sistem audio tercanggih, navigasi dan teknologi. Bermula dari sistem Premium Audio Bose dengan 11 unit pembesar suara hinggalah Intelligent Cruise Control (Full-Speed Range) serta sistem Around View® Monitor (AVM)  yang menggunakan empat kamera sudut luas yang dipasang di bahagian hadapan, sisi dan belakang FX bagi memberikan pemandangan objek 360 darjah di sekeliling kenderaan ketika memandu di lokasi-lokasi sempit. Ia menggunakan sistem pemprosesan imej termaju untuk menggabungkan imej-imej daripada keempat-empat buah kamera dan menyediakan satu ‘Pandangan mata burung’ yang unik di sekeliling kenderaan.

Ciri-ciri hospitaliti antaranya ialah Kunci Pintar Infiniti (Infiniti Intelligent Key) dengan butang penghidup (Push Button Ignition) dan sistem lampu Sequential Welcome Lighting Illuminated Entry. Sistem lampu tersebut dimulakan dengan nyalaan lampu cermin luar apabila pemandu mendekati FX, sebelum kawasan-kawasan utama diterangkan sebaik sahaja pemandu dan para penumpangnya masuk ke dalam kabin.

FX menawarkan pelbagai sistem teknologi terkini termasuklah Distance Control Assist (DCA), Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP) dan Intelligent Brake Assist (IBA) bersama Forward Collision Warning (FCW).

Infiniti FX 2012 ditawarkan dalam tujuh warna iaitu Graphite Shadow, Malbec Black, Umbria Twilight, Liquid Platinum, Black Obsidian, Midnight Mocha dan Moonlight White.

Bermula dari 23 hingga 26 Februari 2012, peminat F1 boleh mengunjungi jelajah Infiniti F1 Roadshow yang bakal diadakan di Bangsar Shopping Center (BSC) Kuala Lumpur. Di sana, jentera Red Bull Racing RB8 F1 akan dipamerkan bersama rangkaian penuh kenderaan Infiniti.

Infiniti Center Kuala Lumpur terletak di Chulan Square, 92 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari 10.00am hingga 7.00pm. Maklumat lanjut mengenai Infiniti, silia hubungi +603 2142 3332 atau layari www.infiniti.com.my

6 thoughts on “Infiniti FX 2012 Terima Penggayaan Bahagian Hadapan yang Memukau

  1. err..pelikla depan dia ni…macam thirsty hippo..

  2. kalau proton yg buat dpn keta mcm tu comfirm kene bash

  3. ‘memukau’….ewwww….pretty ugly car to me. forget about the performance. even exora bold has better front hood and bumper. I dont think this car can hit the sales target…good luck infiniti….lol…:-)

  4. giler debab……….

  5. Bagi mereka yang ingin lari daripada jenama premium Jerman, SUV ini boleh menjadi salah satu pilihan.

  6. SUV on steriods.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s