funtasticko design

http://funtasticko.net

KIA K9 jelmaan BMW 7 series versi K-POP???

43 Komen

Perbandingan dengan BMW 7 series, klik untuk besarkan imej

Adakah ini kebetulan atau disengajakan? Jika dilihat pada gambar model flagship dari KIA yang dikenali sebagai K9, jelas rekaannya hampir sama dengan BMW 7 series. Mungkin juga ini versi K-POP bagi BMW 7 series, hahaha… Apa pendapat anda?

43 thoughts on “KIA K9 jelmaan BMW 7 series versi K-POP???

  1. ..at least diorang tak rebadge kete BMW tu. KIA punye design sume ke arah european market…

  2. ok la kalau grill dpn tu ditukar

  3. ok lah..
    kita ada aisian cars yg ala-ala european cars🙂

  4. ala2 european pun ada asian pun ader gak.. not bad..

  5. Aik? Boleh tak saya kata KIA hilang idea utk hasilkan flagship model mereka? Lagi teruk copy and paste nya kalau nak dibandingkan dengan P321a yang ramai orang kata macam Honda City atau Kia Forte (Yg pada pandangan mata saya tak sama langsung pun)

    Dan disebabkan ia non-Proton, copy and paste – rebadge adalah tiada masalah dan dibenarkan sama sekali bagi pengkritik2 tempatan kita.

    On topic: Engine 3.8 GDI dia ni entah2 tak boleh hirup petrol kat Malaysia..Design K9 ini ok. Cuma Kia mengharapkan grill depannya utk ‘memperkenalkan’ kepada umum – Ini KIA, Bukan BMW..

    • bro, xpayah kutuk mereka yg anti-proton. Xyah libatkan proton pon dalam diskusi ini. ini post tentang KIA. Bezakan diri anda dengan mereka yg anti-proton dengan tidak mengaitkan semua post dengan proton related comment.

      sebenarnya komen anda boleh memprovokasi org untuk start kutuk proton kt post ini. maafkan salah silap teguran ini. terima kasih

      -memperjuang blog yg lebih mesra pembaca-

      • Mmm… idea yg baik drp chaku tapi realitinya statement fridz bagi saya bukan berbentuk kutukan pun. Cuma lebih cynical:) Dan realitinya juga sama ada proton related atau tidak dlm diskusi nie, mereka yg anti-prooton akan terus mencari ruang dan peluang utk bash…

        my 2 cents.

        cheers!

  6. totally agree ngan admin…kia got the whole world eye on them with the teaser and all bout this car…but then kuar jea, ad resemblance 7sr….we expect something new and diff from kia…

    epic fail???

  7. Asia’s answer to BMW ker lol

  8. persaingan

  9. janji terbukti…design yg gempak.
    proton ada? harap daylite running led pun dh keypoh aka keypop

    • Klau proton tiru design bmw, konpem ko kutuk giler2…am i right?

    • lu ni mmg dh t’bukti sakit hati dgn proton…lu ni sma je spesis dgn udemg. dan gua yakin lu & edemg adalah makhluk b’hati busuk yg sma tp suka post komen guna nick lain2. klu jenama luar tiru jenama lain, lu puji melangit sedangkan KIA tu lbih lama wujud dr proton. klu proton rebadge abis lu nk bising. proton wat model sendiri yg lebih gempak dr KIA pun lu sakit hati.allo bro, sekurang2 nya proton ada hala tuju dgn model sendiri..KIA yg lu banggakan tu? design gempak? hahahahahaaaa…lu ni buta design…

  10. apapun lebih cantik dari BMW 7 series. tgk style ala2 Jaguar pun ada.

    • yup.kalau ikut mata aku pun lagi cantik berbanding 7 series. mungkin kia berjaya mengambil inspirasi daripada design 7 series & menjadikannya lebih menarik.

      cuma aku yakin kia masih tidak mampu menandingi dinamik pemanduan & ciri2 pada 7 series ni. even lexus LS460 pun masih kalah dari segi pemanduan berbanding merc S class.

  11. haha kan aku dah kata dlm komen lepas, aku bole ulang komen tu: kalau pisahkan tiger nose tu jadi dua kidney bmw, apa lagi yang nak beza dgn bmw, sbb bkn takat tu je yg di copy, body, lampu blkg, rim, lampu depan…

    bole copy tapi jgn la nampak sampai hampir sgt, mcm kes cipta lagu la, mmg ada had klu nak kata lagu tu bkn ciplak wpun mcm sama, mcm mana? aku dh lupa, kena tanya yg arif la huhu

    balik kpd design, knp nk design dekat sgt sampai mcm tu sekali ? byk lagi idea bole letak, apa kata pakai binatang lain lak sebagai sumber ilham , kuda ke, buaya ke, …t-rex? atau bole je layang kan imaginasi kpd tumbuhan lak, durian ke, betik, manggis…kan ada memacam teknolgi canggih yg bole wat morphing , apa kata gunakan tu semua

    aku tatau la korg tp klu aku la, aku skip je keta2 camni..klu aku ada pilihan la..sb aku suka originality dan nk jugak lain drpd yg lain. sesuatu yg cantik tp unik, sbb kalau design dh dkt sgt dgn bnda lain, jd cpt bosan lak, dh la tgk keta tu hari2, hehe

  12. hmm lampu depan tu lebih mirip BMW 5series GT( model yg sebenarnya lebih kepada 7 series drpd 5series, tapi tak tau kenapa pakai nama 5 series. malahan lampu belakang 5series GT adalah unit yg sama dari 7series F10)

    K9 ni walaupun lebih cenderung kepada european design, unsur asian nya masih terlihat.

  13. ni la baru dinamakan Asian BMW… teringat zaman Tengku Mahaleel..

  14. SEKALI tengok profail body dia cam Proton P3-21A pun ada. cuma Proton saiz kecik la

  15. salutes the korean..they build every west product in asian way.. bmw/audi vs kia, apple vs samsung, bieber vs k-pop??haha

  16. hmm..mentaliti org malaysia.org luar tiru xdehal.ok jer.siap bangga lg.negara sendiri tiru 3 muka surat komen menghentam dan mencarut.hahaha..

  17. aku rasa kereta ni untuk pasaran domestik mereka dan pasaran US. kalau nak jual kat Malaysia, jgn haraplah sebab org masih berpegang kuat kpd jenama mewah jerman. even model flagship hyundai genesis/equus yg bentuknya mcm mercedes takde jual kat sini.

    susah mau ubah persepsi walaupun ia model mewah. tapi tak taulah kalau ada tokey nk nmpk kelainan.

  18. alternatif terbaik bg BMW 7 series dr aspek harga maybe

  19. Jangan kita terlalu memperkecilkan jenama KIA from Korean ni. Sekurang2 nya mereka is on the way to the top of ther world.Kilang pun dh merata di US dan Europe.Mereka telah berusaha gigih malah lebih keras berbanding pengeluar tertentu Japan. Bayangkan lah betapa jauh hebat nye design model ni berbanding dengan kemampuan proton sedia ..fikirkanlah. Yang penting kita harus mempelajari dr mereka dan bukan hanya pandai berkokok di pagi hari.

    • masalahnya Bro…., kalau Proton yang buat macam ni siaplah diaorang berkokok bukan setakat pagi-pagi hari, tengah malam buta pun dh berkokok.

      Aku tak dapat bayangkan kalu K9 ni berjenama Proton, masak bro…….
      p321A pun hebat designnya tapi kalau dh x berkenan awek cun melecun pun dikata senget.

  20. pada pndpt akulah,xda masalah asalkan xcopy 100%,dh design itu sesuai utk kete yg beso2@flagship.

    Tp aku phm knp bro fridzmax bangkitkan menda tuh coz nak highlightkan mentaliti org kite. Itu ajek rasanye. Stuju gak aper yg bro chaku ckp, kite cube jgn ikut n lyn style org anti prtn coz kita sume xbias.

    Ps…cume kekadang,mmg panas ati bile tgk klu produk luar sume org kite kata ok, tp klu produk sendiri,mcm2 kondem. Tp maila kita ramai2 buktikan, walupun kita pro prtn, tp kita xmcm diaorg, yg baik ckp baik, yg xbaikpun kite transparent. Rasanyalah,xda yg regular dlm funtasticko nih perkecilkan kete korea,cume kekadang panas ati ngan org kite ajek coz asyik2 nak jatuhkan produk kite. Kdg2,pyh gak nk cntrl emosi,akupun kdg2 terlepas jugak🙂. Bkn niat nak kutuk,tp skdr highlight menda2 yg xnampak oleh basher.

    On topic, mmg effort yg baik bg kia coz xnak samakan diri cam parent co dia hyundai. Walupun satu company, tp xsemesti sume kena sama walupun design direction. Utk kete yg flagship,bg akulah,design yg lebih bold n elegance mmg lebih baik dr futuristic coz melambangkan kemewahan. Tp pada aku,mgkin pada org lain,lain pandangannya.

  21. adakah DRB boleh pertimbang untuk rebadge model ni ganti Perdana V6 yang dah lama tiada pengganti?

    Baru nampak betul-betul ke’Perdana’an…

    kalau compare dengan gambar-gambar BMW 7 Series tu memang berbeza sikit-sikit je.. tambah lagi jika Kia bagi full accesories dan fully safety features, memang tergugat BMW pasni..

  22. OK chaku,

    Maaf kalau kenyataan diatas dirasakan berbaur hasutan. Saya tak bermaksud begitu, cuma skeptik dgn mentaliti rakyat kita. Tapi betul juga kata bro, adalah lebih baik saya bersikap profesional terhadap pengkritik Proton. Dan ini adalah lebih berfaedah daripada mencari gaduh.

    On topic:

    Mengenai pengendalian Kia berbanding BMW. Saya tak pernah memandu mana2 model BMW. Cuma berdasarkan kepada pendapat rakan2, BMW adalah ‘Driving Machine’ yang dikatakan lebih seronok apabila dipandu berbanding duduk di seat kiri belakang sebagai bos. Lain pula dengan jenama Mercedes, duduk sbg bos adalah lebih baik berbanding memandunya. (Ni orang cakap, lagipun saya hanya berpeluang memandu beberapa model Merc). Pemanduan Kia, Forte seronok dipandu – tapi sangatlah tak boleh dipadankan dengan segment K9.

    Berkenaan rekaan K9. Ambil sedikit masa lagi, mungkin ramai yg akan berminat dgn model ini.

  23. rupa lebihkurang tapi org korea tetap beli beramai2.. janji buatan/ciptaan dari negara mereka…

  24. Mmm… design KIA k9 nie dah ok dah. sesuai dgn segmentnya yg ingin menampilkan nilai mewah dan elegence. Cuma design languagenya begitu mirip dgn BMW itu jer, terutama konsep gril ‘tiger nose’ tu dah berlaku evolusi dan seakan2 konsep grill BMW ‘ kidney’ tu. Psycologinya tetap ada – bersedialah BMW, laluan mu tidak begitu mudah utk segment itu selepas nie, cam tu ar lebih kurang amaran KIA dgn pengenalan model ini:)

    Apa2 pun memandang 7 series bak kata bro fridz lebih kepada ‘Driving machine’ berbanding K9 nie lebih humanoid sket:), kontur body lebih mcm human touch jer berbanding 7 series yg dah mcm batu bata:) aerodinamik nya pun lebih meyakinkn cuma tidak berkenan dgn bahagian depan model nie; dah seperti bentuk ikan kerapu kena mata kail joran jer, tak sporty dan lagi satu lampu depan yg begitu jauh terpisah dgn grill dah seperti juling air jer gamaknya. Tapi keseluruhannya ok. Yg paling menarik perhatian adalah bahagian belakang nya. cantik….

    my 2 cents.

    cheers!

  25. off topic, entah aper2 org komen kat pt, guna perkataan rubbishlah, s**t lah, nak tiru jeremy clarkson lah tu, copycat betul.

    Pastuh ada yg persalahkan p1 coz toyota n honda xnak bukak hub kat sini. Ini sume kes blajo xabis subjek ekonomi,perniagaan n perdagangan dulu. Klu bajo subjek sejarah dulu masa skolahpun bleh dpt ilmu knp melaka jadi pusat perdagangan satu masa dulu.

    Aperla nak jadi ngan org kite, xmau membaca n blajo. Yg suka baca menda yg ngarut2, tabloid, tgk melodi(no offense),baca menda yg xda fakta, asalkan puaskan ati masing2.

    Xhairanlah kenapa kita xmaju2 sampai sekarang walupun dah lama merdeka. Haishhh. Sorry off topic.

  26. kereta besar… harga besar… tak payah lah nak comment banyak sangat… bukan mampu pun.. yang mampu beli tak buka pun page nie baca… tengok dan lihat jer lah wahai rakyat jelata

  27. kenapa saya tengok tak sama…
    kew mata saya nie tak pandai menilai…
    nampak ada perbezaan…

  28. takde berita baru pasal P3-21A ke???

  29. mungkin ia nampak sama dari segi luaran..maybe they try to capture same market segment..tapi aku percaya KIA ade philosophy sendirik and they have their own direction in designing cars..bukan sekadar copy and paste dari BMW..

  30. bole la kot utk pasaran usa, klu tak , takkan hyundai kia bole popular kat sana, kat sini, masih tebal lagi populariti produk dari jepun dan eropah, produk korea bkn tak bole popular tapi ambil masa…mat salleh mmg berfikiran lebih terbuka dan lebih mudah menerima, dh budaya diorg gitu…kat sini, susah sikit , sdgkn produk tempatan pun bole kena kutuk bagai nak rak, inikan pulak produk luar (kecuali mcm jepun dan eropah)

  31. Bila k 9 boleh ada dpasaran malaysia.? Cantiklah, cuma harga je jangan sampai mcam bmw sudah. Kopi tak kopi.. memang hebatlah kreta ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s