funtasticko design

http://funtasticko.net

Volkswagen Passat pemasangan tempatan dilancarkan

19 Komen

UPDATE : DRB-HICOM telah mengumumkan harga bagi model Volkswagen Passat pemasangan tempatan ini ialah RM170,888 yang mana jauh lebih rendah berbanding dengan model CBU yang berharga RM184,888.

DRB-HICOM bersama Volkswagen hari ini dengan rasminya melancarkan model Passat pemasangan tempatan. Ini juga menandakan bermulanya era baru bagi DRB-HICOM yang bakal menjadikannya hub untuk pemasangan kenderaan Volkswagen untuk pasaran tempatan dan juga rantau ASEAN. Majlis pelancaran pada pagi tadi telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kompleks Automotif DRB-HICOM, Pekan, Pahang.

Dalam ucapannya beliau berkata sejumlah RM1 bilion nilai kerjasama antara DRB-HICOM dan Volkswagen membuktikan ia contoh terbaik bagaimana sektor swasta dengan sokongan penuh kerajaan boleh memberi sumbangan untuk merealisasikan aspirasi Malaysia. Beliau juga gembira kerana DRB-HICOM dan Volkswagen sedang berusaha untuk memastikan 40% kandungan tempatan dalam model tersebut sejajar dengan saranan kerajaan di bawah Dasar Automotif Negara (NAP).

Model Passat 1.8 liter TSI ini merupakan model sedan premium yang  dipasang di sini akan menjadikan ia lebih mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Setakat ini sejumlah 300 unit Volkswagen Passat telah dipasang di kompleks tersebut dengan mematuhi piawaian ketat yang ditetapkan oleh pihak Volkswagen.

Pada sidang media yang berlangsung selepas majlis tersebut, Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM berkata, harga bagi model ini belum lagi ditetapkan disebabkan beberapa faktor yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan ianya akan diumumkan pada masa yang terdekat. Harganya mungkin akan ada perbezaan dengan model CBU. Kualiti pemasangan model ini adalah setanding dengan buatan Jerman. Beberapa orang pakar dari Volkswagen Jerman didatangkan khas ke sini untuk memantau kualiti model tersebut.

Buat permulaan hanya model Volkswagen Passat akan dipasang di sini manakala untuk pemasangan model Volkswagen yang lain ia bakal dibincangkan kelak. Untuk merealisasikan sasaran 40% kandungan tempatan tercapai, sebanyak 27 buah vendor tempatan sedang dinilai oleh DRB-HICOM dan 20 daripadanya lulus ujian tersebut. DRB-HICOM juga sedang mengkaji untuk mengeksport model Volkswagen Passat ini pada masa akan datang.

Pada sidang media itu juga beliau ditanya mengenai adakah benar ura-ura Volkswagen Polo bakal dijadikan sebagai model Proton benar dan jawapannya adalah tidak benar sama sekali. Hanya spekulasi dari pihak media dan tiada kaitan dengan DRB-HICOM. Menurutnya, DRB-HICOM tidak bercadang untuk rebadge mana-mana jenama luar sebagai kereta Proton. Ia merupakan satu langkah kebelakang kerana Proton telah wujud selama 27 tahun dan sepatutnya perlu terus dipacu kehadapan.

 

19 thoughts on “Volkswagen Passat pemasangan tempatan dilancarkan

  1. best juga dapat join event ni tadi, dapat Passat tu sebijik, hahaha…

  2. ha..ha..,bgs2. Bleh tambah koleksi vw kat umah bro. Ini br betul, 40% localised, bkn cam penganalisis ckp sblm nih,60%🙂

  3. baguslah klu vision DRB mcm 2….klu nk JV ngan vw utk new model or engine development…it will be a good idea…

  4. Dpt juga ambik gambar DS Najib bawak Passat. Duk sebelah DS Kamil blkg Adnan dgn mat saleh volkswagen.

  5. saya pun ada. campromania masa najib kt stage, u standing kt mana?
    saja nk kenal u. kalau i kenal u pun, i tk pergi jumpa u.
    sapalah saya ni.
    anyway , souvenior vw mmg best.

  6. Alhamdulillah. Semoga ia memberi pengalaman dan pengetahuan kpd anak tempatan. Diharap pd masa akan datang , kereta Proton setanding dgn jenama VW dari segi kualiti dan teknologi.

  7. Mmm… bagus la rumours polo-proton tu just spekulasi jer.

    cheers!

  8. saya tak pasti VW ada produk untuk military….. mungkin DRB HICOM (DEFTECH) akan rebadge

  9. passat tur, nama baru waja kew???
    rupa dia macam waja jerk…
    sebijik dari depan…

  10. bgs,dh berkurang 20% cbu tax, tinggal ckd jek lg 10%. So,klu dpt tempatan sepenuhnye,rega lebih kurang dlm 160k+-, dgn part2 tempatan yg lebih murah coz xda cost nak shipping n etc n tax ckd 10% dh xda. Dah masuk area camry n accord 2.4. Tp xper,walupun 1.8,tp performance dh mcm 2.4. Welldone.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s