funtasticko design

http://funtasticko.net

Persiapan POWER of 1 sedang giat berjalan

136 Komen

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kerja-kerja persiapan POWER of 1. Nampaknya mereka sedang giat melakukan kerja-kerja penyediaan venue & booth set up. Saya harap acara kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan & sasaran untuk tempahan model P3-21A akan tercapai. Kebetulan masa cuti sekolah ini memang amat sesuai membawa anak-anak & keluarga untuk beriadah sambil melihat sendiri pencapaian Proton.

Boleh muat turun peta susunan booth di sini map . Gambar & video diambil dari http://www.facebook.com/ProtonCars . Layari www.protonpowerof1.com untuk maklumat lanjut.

* harap ada sesuatu yang menarik yang bakal dipamerkan oleh unit Styling Proton, kalau ada clay model untuk bakal model akan datang dalam bentuk konsep pun menarik juga. Tak dapat full size, scale clay model pun jadi la…hahaha…🙂

136 thoughts on “Persiapan POWER of 1 sedang giat berjalan

  1. FD kena organize arrr TT ker…tak pon jadi unofficial proton tour guide ker…maybe after few things, orang macam udeng or any basher boleh memahami how beautiful of the proton is. The more you know, the more you love la gituh…

  2. Apa makna Power of 1? Kuasa yang Satu?

    Apa tarikan utama orang ke sini? Kalau aku tanya diri sendiri, apa yang membuatkan aku ke sana, aku jawab so far takde la sangat..

    Melainkan ada cabutan bertuah, mungkin aku datang dengan tarikan “ahh..mungkin ada rezeki kot, cuba datang dulu”..

  3. Kereta berbungkus wrna kuning 2 kete apa?

  4. ada pertandingan by sns rasanya…sehari sebiji kereta. hadiah lain pun byk jugak.

  5. Tak mai sbb P3-21A tak jadi launch. Save bajet utk pi F1 race nextweek jar.

  6. hari sabtu/ahad smlm nmpk byk satria neo kaler merah darah beku kt situ..

  7. hari sabtu lah datang ~

  8. PANASSS! P3-21A CONFIRM ADA DISITU – IN ONE WHOLE PIECE!!! TAPI DALAM PEEK A BOO BOX LA!!! HAHAHA! JOM TURUN!

  9. whats that YELLOWS?

  10. mybe logic kalau harga p3-21a murah kalau baca berita nie.. sesapa yg pakar leh ulas x?

    http://mynewshub.my/2012/03/12/firma-penyelidikan-positif-tentang-p3-21a-proton/

    • dierang kena dpt balik investment rm300j itu dalam 4thn jikalau mampu jual model ini sebanyak 3k unit ke atas sebulan sekurang2nya. kiranya pada tahun kelima baru makan untung.

      bole di kira juga untung hampir bersih dengan saga flx yg di jangka akan di jual lagi dlm 2tahun lagi sekurang2 nya sebelum keluar penganti nya. untung besar sebenarnya akan datang selepas platform untuk GSC siap dimana akan wujud 3 variasi rekabentuk (saga flx Replacement, small compact mpv, small compact hatch). selepas itu barulah bole di ambil kira untuk create SUV dari platform p321a ini dan penganti exora. major facelift utk inspira juga bole di buat dalam dua tahun lagi dan maybe di besarkan sedikit utk benar2 menganti segment perdana nanti.

      • perluasan market di india dan maybe di arab juga akan membantu merancakkan lagi keuntungan proton. kita mungkin melihat proton berkembang hingga 200% dari keadaan sekarang within 5 years coming.

        di harap 5thn lagi proton akan menawarkan engine jenis REEV, full electric dan diesel sepenuhnya utk setiap model. juga di harap proton lebih rancak mengalakkan rekabentuk kereta tempatan seperti pertandingan rekabentuk yg di buat oleh naza peugeot bebaru ini… (tak rugi la layan bdk2 ipt tu luahkan idea utk brand tercinta negara kita ni..at least ada input fresh tak gitu dato?)

      • kebiasaannya untuk setiap unit yg terjual berapa banyak proton untung? kalau ikut analisis saudara setiap unit yg terjual proton untung dlm rm 2000-3000 bg setiap unit yg terjual..kalau 3k unit/bulan terjual utk 4 tahun mmg baru balik modal lah kan..

        baru saya perasan p321a kongsi platform exora..misalnya 2nd row seat dia punyer bonggol kt lantai kan rendah, sama seperti exora..dan wheelbase exora dgn p321a sama lah kan? umumnya exora mmg luas so p3-21a yg guna platform exora mmg akan luas jugalah kan?

        platform exora, enjin cfe dgn iafm+, side mirror persona, design lampu mcm savvy sikit,steering wheel exora,..kira memang banyak kos rnd dapat dijimatkan

  11. mintak tolong sape2 yg pegi event ni tolong tngkap model2 kete yg ade proton pamerkan & klo ade proton wat cantum2 part jd 1 kereta tu hopefully ade la yg rakam..

    xdapat nak g la.. minggu ni penuh dgn assignment nk bagi setel…huhuhu

  12. aduiii…knp la aku dok jauh ni…skali skala wat la kt tmpt lain.kt kuantan ke…bleh org ktn & ganu turun skali…

  13. See u guys at engine booth 5-10pm on 1st day…

  14. wow,btlke rm300 juta jek. Respeklah klu prtn dpt buat camtuh coz inspira rebadgepun kos lebih dr rm300juta, saga blm dr platform savvy n byk menda share dkt rm500 juta. Tp aku rasa cam lebih jek dr 300 juta. Klu dpt buat p321a dlm 300 juta, keep it up, prtn dah merentasi kos development sblm nih. Tggu official masa media preview 14hb nanti,mgkin dsz akan bgtau brp kos sbnrnya.

    • tak silap dua tahun lepas beberapa syarikat automotif jepun telah melawat proton dan sama2 venture utk belajar cara manufacturing yg lagi jimat dan cutcost tanpa mengenetepikan aspek kualiti. itu belum jikalau mereka mampu sepakat utk beli source basic material or parts (cth screw, bracket and so on) secara berkongsi. namun details sebenar brapa costing mereka manufacturing mesti di rahsia kan.

      inspira rebadge tak sampai pun rm300j, if ia pada angka itu maka tiada logik proton utk mengambil model itu. saga flx yg di major facelift dari BLM itu sahaja tak lebih rm75j setahu saya (mungkin lagi rendah). namun harus faham development engine, transmission dan lain2 tech itu adalah sangat2 costly.

  15. INFO TERKINI !!

    Tempahan RM500 untuk model baru Proton P3-21A boleh dibuat pada 14 Mac 2012. Berikut ialah sedikit maklumat mengenai model baru tersebut:

    Proton P3-21A 1.6 CFE (CVT) Executive
    – 6 speed turbo
    – 4 doors family sedan
    – anggaran harga RM65,000

    Proton P3-21A 1.6 CFE (CVT) Premium
    – 7 speed turbo
    – 4 doors family sedan
    – internet modem dalam kereta
    – paddle shift (penukaran gear di steering)
    – anggaran harga RM75,000

    ** Anggaran masa untuk dapatkan stok model baru ini ialah antara 3 hingga 4 minggu bermula daripada tarikh tempahan dibuat bergantung kepada stok warna yang sedia ada **

    Hubungi Penasihat Jualan Proton EON Berhad anda sekarang. SAIFUL: 019-959 7015 @ email: epulzza_ns@yahoo.com

    http://www.facebook.com/pages/Proton-EON-Berhad/231326906903163?ref=tn_tnmn

    Proton EON Berhad
    Buatlah PILIHAN BIJAK. Dapatkan kereta pilihan anda sekarang. *** Singgah ke album gambar *** http://www.facebook.com/pages/Proton-EON-Berhad/231326906903163?sk=photos
    Page: 1,002 like this.

    harap2 btul la info ni….

    • Agak pelik sikit. Adakah sumer variant pakai enjin CFE. Model iafm+ yg 6speed CVT tu kot. Tp kalo 65K pun guna ejin CFE mmg gempaq arr…

    • Dengar cerita keta ni masih pakai hydraulic power steering bukannya EPS dan masih pakai timing belt dan bukannya timing chain.. betul ke?

  16. Mmm… 300juta jer kosnya? Nie dah kira terbaik!:) Even persona pun kalau tak silap saya dlm 600juta dan exora dlm 480juta. Sgt2 jimat bila dah ada platform seperti exora dan enjin exora tu… nie bermakna kos nk buat enjin n platform kira paling tinggi ar yek?.

    cheers!

  17. event jerrr besar n di war2kn 1malaysia….tpi utk staff pgi kesane langsung xde benefit ….guna duit sendiri….kna kesana pn trpaksa…arahan…..event nk bgus2…..tpi utk stafff hampehhhhhhh……tlg phk funtastico war2kn yea………kecewa….

  18. entah,rm300 juta tuh dsz yg umum dlm paper masa launch. Saga blm pun sama dkt rm 500 juta, exorapun dkt rm500 juta. Persona bwh rm200 juta. Gen2 rm 600 juta n waja seingataku paling mahal, lebih rm 600 juta. Itu sume diambil dlm paper masa launch. Myvi sendiripun kos dkt rm 300 juta diumum sendiri oleh perodua.

    Kos hasilkan buat kete hasil pembacaan aku dlm rm1-2 billions,tp skrg, manufacturer cube reducekan cost dgn sharing platform n component,bkn sahaja dalaman tetapi juga ngan company lain.

    Sbb tuh saya ckp amat bgs klu prtn dpt hasilkan p321a dlm rm300 juta,cukup baik coz xpenah lg prtn capai kos mcm tuh. Mmg ramai terkejut psl kos inspira, tp xcaye, check sume artikel termasuk paper masa inspira launch yg diumum oleh dsz sendiri.

    Mmg rebadge lg murah coz dh kurang 50% dr biasa buat dr scratch bg prtn,tp xdalah semurah yg disangka coz melibatkan mcm2 kos rnd termasuk tooling n moulding, setup assembly line n testing coz inspira bkn kete asal prtn. Lain kes saga fl@flx, exora n exora bold, pkai yg asal dgn minor modification. Sbb tuh interior xusik design asal coz mahal,kena test smula coz dh xvalid crash test klu tukar sume interior.

    Mmg stuju klu prtn bleh produce p3 dlm rm300 juta coz price bleh murah n dpt keuntungan ngan cepat.

  19. off topic..geng2 sme..korang rase kan..DSZ penah komen kt FD ni x..? aku rase mcm ade je do…heheee….

  20. http://www.protonpreve.com.my/ hahaha.. macam preve jer name die

  21. dua hari lepas ada nampak banyak kereta proton kelumbung atas trak.. dari rupa nampak macam p3.. ada dalam 4 trak x salah saya… semua selimut hitam..

  22. em, kenanga research tuh,knplah research xbrp btl tang airbags kat city n forte 1.6. Xsilap aku 2 airbags ajek, tp depa tersalah tulis 6 airbags. Aku hrp xda ksilapan mcmnih lg kat company yg buat analisis. Kekadang terpikir gak, depa nih tau pasal kete@x, ataupun lebih kepada financial analysis ajek. Tp klu core comparison slh,kekadang xvalid. Just pndpt peribadi ajek. klu bhagian share,aku rasa xda masalah.

    Ps, ada gak penah tau ada journo xtau sgt psl kete,tp dibg test kete,kekadang terpikir,camne diaorg wat komen. Xperlulah tau sgt, tp klu basic pun xtau, kdg2 ksian kat readers coz ramai yg rely pada komen2 tersebut.

    • Tak semua orang mahir dengan kereta dan automotif ni, ramai yang terlibat pun sebab kerja, ada yang makan gaji je..hehe. Kereta ni kita kena betul-betul minat baru jadi, kalau tak ada passion dan ilmu sedikit sebanyak, jadi la review kereta yang dipandu uji tu separuh masak.

      Teringat pulak SA Proton yang bagitau saya Exora Bold enjinnya 1.8, enjin dulu CFS tapi sekarang CFE, kamera undur belakang pulak ditunjuknya lubang pancut air kat wiper belakang tu, saya diam je tapi dalam perut dah senak teramat dah..hahaha

      • i tanya salesman exora bold..kenapa handbrake jauh di bawah..patut guna foot parking brake macam alza..dia kata yake alza guna foot brake? dia kata handbrake better..boleh buat handbrake turn..???? hahaha.. bodoh ke apa?

  23. ye la salesman bukan technical person atau car enthusiast. and they dont have a proper course regarding technicality of automobile. we cant expect them that far.

    unless they have their own initiative to dig more knowledge on cars.

    but if we go down to the back of service center and talk with TA technical assistance then conversation about cars will make more sense.

    in a more sensible way e sometimes can educate salesman. make friend with them ,use our wisdom in sharing what we know with courtesy and respect one’s sensitivity.

    we cannot promise everybody will get it but at least we have effort to help our friends out there

  24. sales person dh dipanggil technical briefing walupun xdalah dlm sgt,tp masih mendalam berbanding org luar. Tp dulu siap bg technical book n comparison,dicetak dgn cantik utk kegunaan internal,tp malangnye, buku tuh buat koleksi ajek,xpenah nak baca n semak. Skang dgrnye dh xda,hanya slides sahaja. Itupun klu nak dgr ngan teliti.

    Passion perlu diterapkan,xkisahlah keje aper2pun, klu wat keje,xda passion, mcm melepas batuk ditangga, janji gaji masuk,klu salesman,janji kete jual. Tp yg xbest klu menda yg dicite tuh auta,so,mcm menipulah. Tp pendpt aku ajek.

    Tp dh sikap org kite camtuh walupun bkn sume. Aku kenal ada sa yg biasa dpt sa of the month,jualan tip top,tp tanya apa cps,jwbnya throttle body,lg kuat tekan,lg beso bukak. Pastu cvt prtn pkai nissan punya.

    Aku penah tanya apsal sa x amik tau sgt psl produk, dia jwb, pembeli bkn tau aper2 klu cite,janji cite best, bleh jual kete. Servis centre pun sama. Ada yg bgs service advisor n foreman,yg amik tau sume yg berlaku n sume problem2 customer report. Ada yg buat xport dgn jwapan, biasalah prtn, xkan aspect mcm mercedes kot@dh kete murah,sume menda murah.

    Kekadang aku kesian kat rnd team yg susah pyh buat keje,ksian gak marketing yg susah2 buat technical highlights,tp depa xmau dgr sgt n amik tau. Klu x dipanggil briefing, product knowledge, oklah klu xtau aper2, tp dh dipanggil,dh diterangkan,masih xtau. Camne nak guna bcm pun diajar, tp ada sa yg masih xtau walupun dh dijual exora bertahun2.

    Prtn ada buat survey pada owner samada sa ada bg penerangan lengkap@x, tp sa kekadang siap kautim lg ngan pembeli🙂.

    • Ok la dia kata nissan punya. ada SA tuh cakap proton buat sendri setelah tengok yang inspira punya. hahaha

  25. saya ingat nak krja jadi salesman proton lah.saya rasa saya lebih baik dari dorang masa saya datang ke booth dorang.ahahaha

  26. sy igat lg taun 2005..ade salesman proton PJ dekat bulatan pj state-skg da tutup…sy tanye die..ABS tue ape..dengan kompiden die jawab Automatic Brake Lock System..perggh..dahsyat2..

  27. Kalo compare kos development P321A lg murah dr saga kan..tp harga die masih terlalu jauh beza..RM75K utk premium kalo 70K okla sikit.

    Model Premium dgn Executive beza die CFE dgn IAFM+ ..iakah?

    • margin yg agak besar itu adalah utk recover balik mcm2 investment sebelum ini yg tercarry over rolling nya.. lagi pun keta ni segment atas lagi dari saga so its price wise jikalau 55k to 65k shj bagi saya kerna pasti akan mendapat sales volume yg lagi tinggi (plus bole juga kacau market myvi..)

  28. Teaser video dah keluar kat youtube. Bahagian interior dh boleh tgk dgn jelas

    http://www.youtube.com/watch?v=-tqu-6-jdlo&
    http://www.youtube.com/watch?v=vzFo3UHpKC8&

  29. Proton dh release video baru, Jean Alesi tu…

    • Suka melihat profile pada 0:02. Mempunyai rupa kereta conti. Rasanya kalau guna rim 17′ lebih mengancam.

      Dalam video ni, kalau guna anjing/kucing/arnab instead of kon merah, pasti lebih menarik..

  30. Dr Wolfgang Eppel – Better tech doesnt mean higher price

  31. dah dwnload

  32. saper2 yg ada info?

    kawan ofis aku berminat nak tempah model ni…tp dia tanya adakah dia boleh tgk kereta ni dan test semasa power of 1 ni? Then katalah dia tak jadi ambil kereta ni selepas pelancaran sebenar nanti, adakah duit booking tu dipulangkan semula.

    Aku takleh nak terangkan kat dia sbb aku sendiri pun takde info. Dan dia pun sebenarnya nak “rasa” bawak kereta tu dulu then baru decide nak beli ke tak. Aku cadangkan elok dia tunggu je pelancaran sebenar tp takut lmbat dpt.

    bukan apa, member aku ni ckp booking proton masa softlaunch dia hanya sesuai untuk loyal customer proton je.

  33. emm.. menarik, ade kelas..
    cadangan supaya pihak proton buat plat edisi khas sempena pelancaran kete global pertamanya… cth mcm plate putrajaya.. proton..XOIC…GiM..
    buat ler plat “Preve xxxx”….boleh tambah income…

  34. CONFIRM..ari ni ada soft launch p321a..jam berapa tak pasti..
    pakat2 la pergi..

    • plan nk pergi hari ni…tapi kena turun kuantan plak ptg ni ade hal… jumaat kot baru p bukit jalil…

  35. kalo takde apa2 hal..saya akan turun petang ni ke bukit jalil l..agi satu sbb ada upin ipin..my son mesti suke

  36. DAMN NICE! SALUTE!

  37. Salute to malaysian engineers who have done this project!

  38. dlm Pt dh ade pic baru..

    tapi masih berbalut…

  39. Ada slalom side by side dengan Persona P321a ni. Screechhhhhh…..Best2. Nak tunggu F1 dengan S2000 pula ni. Sekali tengok comouflage P321a tu macam BMW la pula.

    • aku tgk p3 dgn camouflage tu mcm bmw
      bila bukak mmg la bkn bmw tp proton, knp design camtu sbb conti design..
      apa pun dgn camouflage pun dh lawa, apa lagi dh bukak nnti hehe
      em knp bhgn blkg nmpak mcm ditinggikan sikit? atau bhgn dpn direndahkan utk show ni?

  40. wow. 1 perkataan. terbaik.syok tgk video2 ni. tahniah team Proton di bawah DSZ dan Italdesign Gugario

  41. leh tengok p3 ikut lubang nie… hehe

  42. P3-21 mmg dah boleh booking arini…td DSZ sendiri announce pada media entourage masa walk-around event PPO1 ni…ada amik gmbr sket, nnti saya email/bg links..hehehe

  43. video memg best…teruja tgk..patutnya da start tayang kat tv ni..mai pakat2 promote kat blog memasing..terbaikkk

  44. dlm berita tv1 tghari td pun ade tunjuk p321a ni…

  45. lagi video p321a

    crash test

  46. terbaiklah…kete dah boleh dikatakan terbaik..marketing team dah mula main peranan,skang tinggal staff pemasangan, qc dan servis plak yg kene betul2 kene pastikan produk dan servis yg terbaik mesti diberikan kpd pngguna..kpd dealer proton servis bg la servis yg baik..mmg beza hasil kerja diantara dealer proton servis dgn proton servis…semoga berjaya proton.

  47. nak tengok semua part gambar dan apa2 berkaitan dengan p321a … masuk channel proton je… tak payah tunggu launch besar tu.. soft launch pun kita da bleh tengok daa…’

    http://www.youtube.com/user/ProtonInteractive/videos

  48. Front side profile P3-21A

  49. gambar2 utk F1 demo…malas pulak nk up P321, sbb PT dh scoop awal2 lagi..huhu

    http://ewanf1.blogspot.com/2012/03/lotus-f1-demo-proton-power-of-1.html

  50. “A foreign friend who knows cars, tested the car and says it is up to the standard of the up-market cars from Europe” – chedet.cc – PROTON CARS

    Lepas tengok video-video kat atas, adakah ‘foreign friend’ tu Jean Alesi?

    Apa-apapun lepas keje nanti singgah, dekat dah ngan ofis..hehe

  51. ada sape2 yg menang peraduan sms & win? dia suruh redeem hadiah kat kaunter, tapi aku dah balik lah..keje..

  52. Proton, shut up and take my money!!!

  53. Baru balik dari showroom, SA kata launch date 6 April

  54. I smell something not good here..

    Beberapa shot diambil semasa show Power of 1 telah menunjukkan bebrapa kelemahan outlook design P321A ni. Ya mungkin disebabkan view angle shot x cantik tp dah menjadi khabar anginburukk yg makin mengganans.

    Inilah keburukan jika gagal menunjukkan keseluruhan kereta pada satu masa.
    Org ramai dah mula buat bad hipostisis base pd wrong shot angle…
    Kereta blom kuar org dh kata x cantik..bila dah launch bad impression akan masih menghantui some public view..

    Aku yg bukan basher pun tgk alamak buruk lak view kt peek box tu kali ni..lg2 lampu blakang tu..moga berjayalah proton..

    http://paultan.org/2012/03/14/proton-p3-21a-sneak-peek-teaser-at-power-of-1/p3-21a-box-0006/

  55. Gambar awek bosch dan Lotus tak ada ke?

  56. wow wow wow wow wow wow wow .memang wow bila tengok video2 ni. good job org marketing. cuma rasa lbh baik video ni jika ditayang sikit2 menjak 2 bulan lepas. cth tayang pasal enjin dulu. kmdn pasal seat belakang dan seterusnya.

    td dah p book. hope semua urusan pinjaman dipermudahkan. potong stim betoi la BNM ni. ni la 1st time betul2 excited nak kereta sgt2

    • Diharapkn video tu ditayangkn jugak dekat slot iklan tv, jgn berlegar dlm dunia maya je mcm video flx dulu, bukan semua org ada internet, tp semua org ada tv kat rumah, boleh keluar satu2 sampai hari perlancaran…..

  57. Tahniah, nampaknya pihak Proton mendengar apa yang dibincangkan di khalayak. Kalau dulu isu emblem logo pada steering wheel dah selesai, bab pemasaran pun nampak ada perubahan, teruskan. Biar semua orang tahu tentang P3-21A ni. Bagus, teruskan penjelasan tentang ciri-ciri yang ada pada kereta ni. Tambahan lagi bila pelancaran yang sebenar biar kebabooo punya. Biar sales advisor pun betul2x tahu tentang kereta yang dia jual, bukan setakat nak amik komisen saja. Kalau tidak naya aje kena perleceh dengan orang ramai/bakal pelanggan.Harapan selepas ini ialah khidmat selepas jualan dan pusat servis yang lebih baik, setaraf dengan kereta global. Rakyat sudah bosan dengan sesetengah khidmat selepas jualan yang seperti “apa boleh buat, proton maaa”.

    N.a.k p.e.r.g.i. t.e.m.p.a.h s.a.t.u

    “Credit where credit is due”

  58. looking at the price, its no everybody’s car, sad,,,,,,

    • Target buyer middle to high income. Sbb tu la p1 x stop jualan persona… Spaya dpt capai semua golongan.yg mampu bleh bli kete ni…

    • rasenye kt dunia ni xde evrybody’s car.. kereta direka utk memenuhi market yg berbeza2.. sebab tu kete banyak segmen

  59. paultan nk start buat report kaw2…siap ada gambar lagi…awat FD lambat….cam na nk beat paultan nih…

  60. orang yang kat atas aku ni gay…hehehe… :troll:

  61. ok klu sesiapa nak thumbnail video2 proton tu, boleh klik kat url bwh:

    ni yg dimerge di paultan.org

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s