funtasticko design

http://funtasticko.net

Jazz Hybrid dilancarkan

17 Komen

Akhirnya Honda Malaysia telah melancarkan Jazz Hybrid, ahli keluarga hybrid terbaru mereka. Secara rasminya, Honda  kini mempunyai pilihan model hybrid terbanyak di Malaysia selain Insight dan CR-Z. Menggunakan enjin yang sama dengan Insight, 1.3L i-VTEC petrol bersama dengan sistem IMA hybrid, ia menawarkan sehingga 30 peratus atau 21.3km/l penjimatan minyak berbanding dengan varian 1.5L petrol (Honda Malaysia masih menjual model ini).

Honda masih mengekalkan ciri unik model Jazz iaitu sistem Ultra Seat dengan tangki minyaknya terletak di bawah kerusi hadapan, manakala bateri IMA berada ditempat simpanan tayar gantian. Jazz Hybrid juga didatangkan dengan kit membaiki tayar pancit yang sama seperti model Stream RSZ.

Untuk mengekalkan bateri supaya sentiasa dalam keadaan sejuk, air ducting telah dibuat pada D-pillar untuk menghantar udara sejuk dalam kabin kepada bateri IMA. Anda tidak perlu risau jika kereta anda dilanggar dari belakang kerana bateri IMA terletak antara diameter tayar, bermakna jika berlaku kemalangan, tayarlah yang akan menyerap impak tersebut.

Mengenai bateri pula, Honda Malaysia memberi jaminan selama 5 tahun atau 140,000km. Jika anda masih merasa was-was, Honda Malaysia cuma mengenakan caj kurang dari RM8,000 untuk menggantikan bateri tersebut (tidak termasuk kos buruh), yang mana masih murah berbanding dengan jenama “T”.

Model ini juga dilengkapi dengan enam airbag, Hill-Start Assist, lampu LED, rim15-inci, Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, BA dan banyak lagi. Pakej servis percuma selama 6 bulan atau 10,000km juga disertakan. Pada harga RM 94,800 (atas jalan termasuk insurans), Jazz Hybrid ketika ini merupakan kereta hybrid termurah dalam pasaran, namun ia masih mengekalkan kelengkapan yang canggih dan kualitinya.

Kami akan membuat ulasan pandu uji model ini tidak lama lagi – AutoAnda

17 thoughts on “Jazz Hybrid dilancarkan

  1. Rm95k?? Mahal siot!!!!!!!! Better buy new proton!!!

  2. harga tak masuk akal

  3. nampaknye hybrid car ni mmg ‘mesra alam’ tapi kos maitainent dia nampak lebih tinggi.cuba bayangkan dalam masa 5 atau 6 tahun dah kene ready duit utk replace bateri..minyak safe tapi cost dialihkan kepada benda lain plak..just to my cent

    petang tadi masa nak balik kg,lalu mrr2 ke batu cave terserempak dgn nissan leaf warna biru turqoise,design hampeh x lawa langsung (xde dengar la pulak orang bash kete ni ),mgkin dssbkan kete jepun kot…

    ….mcm mane dgn reev,adakah lebih practikal dan user friendly x, berbanding dgn kete jpn yg satu ni…tadi sepupu saya yg keje kat honda melaka ade kata honda nak beli dua buah P3 nak buat research tang tech dan meterial…nampaknye jepun pun dah mula usha2 tech yg proton guna.lepas ni proton kene lbh advan dari jpn…

  4. semua company kereta akan beli kereta competitor bro, untuk tengok kemajuan pihak lawan. Normal la. Dia orang kena report ke HQ.

  5. Setakat ni macam tak berbaloi je guna kereta hybrid. Resale value akan jatuh. Agaknya la ada ke orang nak guna secondhand battery?

  6. kena faham..dengan skala ekonomi sekarang ini kereta berkonsep hijau (hybrid, REEV atau electric) adalah hanya berfokus pada pasaran mewah dan premium yang punyai rasa tanggungjawab besar terhadap alam sekitar.

    *selagi kerajaan tidak membuat kesemua stesen minyak memiliki electric car charger station dan masih kurang bengkel profesional membaiki kenderaan2 green concept ini maka selagi itu la harganya akan di takuk agak mahal…

  7. Bila tengok interior keta nih.. baru dapat kita dpt rasakan betapa cun dan classy interior p321a.. tahniah proton

    Unit styling dah buat kerja.. unit marketing pon dah buat keja.. sekarang tiba giliran unit pemasangan, qc dan after sales jadi pelengkap.. jgn sesiakan susah payah korang selama ini…

    • jgn risau, aftersales mmg selalu fail…thats Proton…

    • Kebanyakan keta import mesti dashboard byk button..dan ini menampakkan ia mewah dan advance..p321 dashboard design mmg exclusive tapi byk ruang kosong..x byk press button..mn yg bagus gaknya

      • kena bndg side by side la, kdg2 button head unit je buat jd nmpak byk, function tak byk mana pun

  8. montly 1000 fuel 300= 1300.

    proton monthly 500 fuel 450 = 950

    • tu belum kira maintenance cost lagi tu huhu

      • battery 8000rm

        second hand value ,,guess? remember battery replacement! go figure the depletion of the car price due to the fright of battery impotency.

        kita ambik muah maa, batery sudah lemah lor, lima tawon. (trade in)

        after 5 years batteries does make different doesnt it??? at least half of its capability.

  9. ok the most the batteries lasts 10 years, yeah lucky enough.

    sell the car after 5 years.
    so the new buyer will face the upcoming expiration of the battery. will it fail on the tenth year. the moment he bought the 5 years old car means he bought wit 50% of the battery capability. can he save fuel like a new hybrid,,? nope , not fully , the battery will command patrol engine to work more because of erratic batteries.
    so whats the point buying 5 years old hybrid?.

    after 6 to 7th year who would buy this hybrid as the batteries is readily bagging for a change for its next 2 years. is it worth a buy?.

    so we are talking about the ownership prospect of hybrid,,,

  10. harga tak masuk akal. dah dapat full exemption pun harga mcm nie lagi ker. mmg manipulative betulla HONDA ngan TOYOTA nie. tgg proton kuar hybrid baru nak turun kot.

    apa pasal jepun boleh jual (tukar currency) harga RM 66K ja…

    logistics cost takkan sampai 10k/car kottt

    • toyota prius c lagi better value..
      jazz hybrid ni yg nampak sgt overpriced.
      at least prius c full hybrid..
      jazz hybrid cuma assisted hybrid..

      itu pun harga kurang 2k je?
      come on lah..ambik kesempatan

    • hang bodoh ke? kalo kerajaan korup benarkan honda jual kat harga 70k, proton makan ape? bankrup terus bang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s