funtasticko design

http://funtasticko.net

Perancangan Masa Hadapan Unit Styling Proton

82 Komen

UPDATE : Video temubual Azlan Othman bersama wartawan dari samautoscoop.blogspot.com

Gambar sekadar hiasan

1.    Apakah perancangan masa hadapan Unit Styling Proton?

Mengetengahkan rekabentuk sebagai salah satu nilai khusus kepada PROTON dan secara langsung memberi keunikan tersendiri kepada produk-produk yang dihasilkan.

2.    Apakah tema rekaan Proton untuk model masa hadapan, adakah seperti Hyundai yang menggunakan fluidic design atau mempunyai gaya rekaannya sendiri? Jika ada apakah nama tema tersebut?

Setiap rekabentuk PROTON akan mempunyai DNA yang tersendiri dan akan dapat dikenali dari setiap sudut pandangan utama. Nama dan penerangan terperinci tentang tema ini akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak.

3.    Gaya rekaan Proton selepas ini lebih cenderung kepada gaya rekaan Eropah atau Jepun?

Gaya rekaan Proton akan mempunyai ciri-ciri kestabilan kereta Eropah dan beremosikan kereta Asia. Itulah perlambangan gaya yang ingin kami tampilkan.

4.    Adakah Proton masih mengekalkan identiti harimaunya dalam rekaan kereta masa depan?

Identiti muka depan yang cenderung kepada imej harimau akan dikekalkan.

5.    Adakah Unit Styling Proton mempunyai tenaga kerja luar negara & tidak sepenuhnya anak tempatan?

Warga PROTON Design adalah secara keseluruhannya anak tempatan kecuali beberapa orang warga asing yang diambil bekerja secara kontrak untuk menjalankan tugas-tugas yang memerlukan kepakaran khusus.

6.    Adakah Unit Styling Proton membuka studio R&Dnya di luar negara pada masa hadapan seperti pengeluar kereta lain?

Adalah tidak mustahil untuk PROTON membuka studio satelit di negara-negara yang akan menjadi pusat jualan export atau pembangunan dan pemasangan kereta PROTON di masa hadapan kerana ini akan membantu pasukan rekabentuk dalam memahami keperluan pelanggan setempat.

7.    Apakah selepas ini Unit Styling Proton akan bekerjasama dengan pereka luar (3rd party seperti ItalDesign) untuk membantu mereka pada masa akan datang?

Kami sememangnya sudah menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat rekabentuk dari luar negara dan akan terus bersifat terbuka kepada sebarang kerjasama yang memberi manfaat kepada PROTON.

8.    Unit Styling Proton perlu sentiasa menerima pendapat pengguna untuk penambaikan rekaan mereka pada masa depan, setuju atau tidak? Sebagai contoh mereka perlu mengeluarkan lakaran kasar sesebuah model baru untuk dinilai oleh bakal pengguna.

Setuju. Namun, kita juga perlu mengakui bahawa pendapat pengguna adalah pelbagai dan gaya rekaan adalah satu perkara yang subjektif. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kami di PROTON Design untuk menggunakan kepakaran dalam mengenali trend masa hadapan dan membuat analisis yang cukup mendalam sebelum mengeluarkan mana-mana rekaan.

9.    Bilakah Unit Styling Proton bercadang untuk mengadakan Design Contest untuk mencungkil bakat-bakat muda tempatan & antarabangsa?

Ini masih dalam pertimbangan dan kita akan membuat pengumuman jika ada sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini

* Terima kasih kepada Azlan Othman (Head of Styling) Proton Design & Widia Yana (Group Communications Proton) kerana sudi menjawab pertanyaan dari Funtasticko Design. 🙂

82 thoughts on “Perancangan Masa Hadapan Unit Styling Proton

  1. 9. Bilakah Unit Styling Proton bercadang untuk mengadakan Design Contest untuk mencungkil bakat-bakat muda tempatan & antarabangsa?

    Ini masih dalam pertimbangan dan kita akan membuat pengumuman jika ada sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini
    ———————————————————————-

    just do it.
    this is a process of brainstorming, who knows that maybe the silliest idea can one day be a trend setter.

  2. agak2 prototaip city car proton ni bila nak kuar ye..harap2 bila city car proton ni kuar p2 tak komplen sbb blh bg saingan pd myvi (itu pun kalau model myvi ade lagi la)…

  3. ader sapa2 tahu x maner ader jual Emblem Proton yang bulat cam dlm gmbar atas tuh…3rd party punye…= ) wlaupun Proton xde jual..sbb yang bulat nmpak simple n neat ….

  4. style la eh emblem tuh.. cara

  5. ESok Ada final r3 atTack jam 3.30 petang di bukit jalil. 16 kereta terpantas akan berentap.

  6. Haiyyo Mr. Azlan…U’re such a lucky man in Malaysia, indeed, u’re my idol! you know what, to b a designer- a car designer- is something almost impossible…you know, job market for a designer is very2 limited here…I am actually thinking to pursue my study in this kind of field…-art & design-..but i come all the way from pure science-based course…which i didn’t like much..not even like it by right…so, the talent tht i have, i just keep it, and i only use it during my leisure..& i dare to say, my sketching is much better than what i saw in tht video..hehehehe

  7. offtopic,

    utk makluman, p3-21a memiliki spec yg berlainan utk pasaran antarabangsa, contohnya air bag iaitu 6…. walaumcmmnpn aksesori yg lain adalah lebih kurang sama keputusan ini dbuat bdasarkan dasar automotif sesebuah negara dan dlm ms yg sama proton nk gain profit dsamping mjimat kos…

    secara peribadinya saya bharap top management review kembali kputusan ini n jgn lh nanti rakyat m’sia trasa dsisihkan atau d ank tirikn… biarlah adil secara total spec utk pasaran luar negara dan dlm negara…

    ia sejajar dgn moto proton commited to be better

    • biasa la …. proton waja export ada 4 airbags dan TCS

      malaysia market, waja keluar sampai CPS version pun xda 4 airbags

      ___________________________________________________________

      Saga FLX export to AUS pun ada ESC pada masa depan

      P3-21A confirm ada 6 airbags di UK or AUS

    • tengok kereta korea dan kereta japan …. mereka bagi terbaik punya technology yang sedang ada untuk market negara sendiri

      contoh: kereta japan yang mudah sudah ada stop-start system di negara japan, kereta korea bagi engine terbaru di korea seperti engine GDI Turbo

    • cara macam ni yg dipanggil pengkhianat bangsa.
      bela la mat saleh tu bagai….bangsa negara sendiri ko bagi kereta nk kasi mampus owner…duit ko kedarah..alahai proton…kalau kena sumpah jer, bila nk maju wahai proton…

      apa salahnya ko letak 6 airbag utk full spec..ko ingat org malaysia ni kebal ker makan tongkat ali…

      dah tahu domestic market laku, ko up la skit harga kat oversea tu..tahu la kena cukai, tapi rasanya kalau jual kat bosnia, iran, arab, rakyat diorang suka Malaysia…mesti diorang beli punya…kat UK pun ramai org Islam…adhoii lagi

      • dah bawak kereta mcm lalat tungau, 15 airbag pon x guna sayang oi! lg bagi airbag lg menggila bawaknye..

  8. I rasa kalau tak ada “misai or wings” kat depan , kereta ini lagi lawa.
    Memang proton nak set identity sendiri tapi yang “misai” itu buat spoil.

    Kata imej harimau tapi tambah sayap so jadi harimau terbang ler heheheh mmg
    tak sesuai.

    • hahah betul la.. ape kena mengena proton wing ngan rimau… kalu city car tuh garang ar gak baru la rimau

    • Mmm… saya lebih suka ‘misai’ tu drp xde misai. dah namanya harimau kena ar ada misai:) Logiknya adalah logo prootn bberbentuk ‘shield’ so bila tanpa ada design sokongan seperti itu nampak tersendiri n tak blend dgn design sekitarnya. Konsep sayap pada logo tu mmg relevent. dari dekat ia konsep sayap tapi dari jauh keseluruhan tu dah nampak seperti misai harimau. Aauummm… blend la dgn tiger eye tu… aauuummm…:)

      cheers!

  9. apsal aku tgk azlan ni explain mcm salesman ja…
    tak mcm stylist….sketch tu ja nampak pro, tapi takat cerita buat garis, connected semua tu, benda biasa la…
    satu lagi, rear design pun salah lukis utk p321a…connected bar tu patut kat bawah lampu…
    cam salesman tgh kencing customer…
    hahaha…romantic design? adoii…tdk istilah lain ka nk pakai…
    tu la, mcm tgh cerita sang kancil dan 7 ekor buaya kena ketuk..

    • hes more on design management . not the doers in studio.

      i agree with timeless design. look at waja which still prowling on the road handsomely. look at latest honda accord, it bored you in no time.

    • dye tahu la..tu keje dye..dye study bab industrial design…nk harapkan ko..?? ape ko ade dlm bab design kete nih..cbe anta sketch skali tgk…kutuk pandai…otak org malaysia..cmni la..rendah2kan hasil ushe rakyat malaysia sendiri…aku rase ko ni org anwar ibrahim kot…hehehh… 🙂

      • betul kata ko tu…dia ade gak usaha..harapkan ko , duit gaji pon ngam2 je cukup bulan..azlan ni bagus la..x kenal mmg la ckp mcm2.

    • itu cuma initial sketch je, bukannya dia tak pandai nak buat… dia tu yg pen down design satria neo, sampai sekarang design satria neo nampak menarik lagi… dia banyak pengalaman, belajar dengan lotus & italdesign

    • Mmm… ko nie buta seni ar. Azlano tu terangkan konsep design p321a dgn penerangan mudah utk difahami oleh reporter tu. Kang keluar istilah2 styling yg pelik2 tu, terkebil2 la reporter tu plak nanti. Mendengar penerangannya mmg menarik, bukan ar mcm saleman. Kalau ko pernah masuk u mcm tu ar ko dpt ilmu dari pensyarah ko tu. Setiap garisan2 tu ada reason penuh makna dan bukan sekadar suka2 nk cantik. Semua tu ada karaktor2. Nice. Garisan sisi tu mmg dah sama dgn konsep design yg ada pada honda city, konsep arrow – pernah terbaca konsep nie masa honda city dilancarkan dulu.

      cheers!

  10. adakah dia yng mereka semula saga ? kerana aku ingin hadiah sebijik penumbuk kepada dia kerana merosakan design Proton Saga.

    • i agree with you, the intial design of the saga blm good and i would agree with the term timeless. came the FL it almost moving towards japanese facial treatment.

      am i telling it right?

    • bro gay, takyahla tumbuk. bash sudah la.hahahaha…..

      aku berkenan sungguh dgn clay model yg lengkap tu..lawa lampu belakang dia, tapi bila kat p321a, semak perut tgk.
      kenapalh tk letak lampu tu kat p321a…lawa…
      opss, takut nanti sebijik jadi bmw…huhu…maklumlah ex-org bmw ada dalam proton.

    • saga FLX memang lagi better designed dari BLM.. BLM terlalu bold dan boring.. ikut masing2 lah ada hak untuk menyukai atau tidak tapi ape kena dgn ayat kasar mcm tu sekali?

    • 1st Saga BLM tu diorg mmg buat safe design sbb time proton sedang dlm proses pemulihan. So xleh nk design yg radical n berseni sgt. selepas BLM mendapat sambutan, proton pn kuarkan major facelift yg memaparkan design yg lebih berani dan segar serta sporty.

      Hasilnya momentum jualan dpt ditingkatkan dan rata2 mndapat respons positif drpd pelanggan. Saya sndiri selalu dgr org ckp design FL/FLX cantik. Tp yelah, kecantikan itu subjektif. cume klau majoriti org dah kate cantik, mmg cantik la kan.

    • KO TUMBUK DIA, AKU 10 KALI NAK TUMBUK KO BALIK..
      KO tumbuk dia, dia masuk SJMC
      DIA tumbuk ko? hospital kerajaan la jawabnye utk ko.

      org mcm ko layak pakai kancil jer wahai org miskin.

  11. apa kata korg yg cakap cam pandai sgt, buat sketch keta, upload meh kita tgk sama2
    aku rasa takde yg berani sbb nnti kena bash kaw2….buruk huhu

    • biar la orang nak komen.
      sebab proton buat kereta untuk orang ramai, bukan untuk orang proton.
      dan orang yg nak beli, bukan pakai duit proton. duti sendiri.

      orang komen sebab nak proton produce kereta yang terbaik.
      kalau komen sikit terus suruh design kereta sendiri, baik jgn bukan kilang.

      mcm peminat bola. komen jurulatih, pemain. habis tu, takkan nak suruh peminat yg bayar tiket stadium, beli merchandise yg kasi duit kat kelab pergi ganti diorang?

      adhoiii!!!

  12. now i understand what it means by single graphic design.

  13. am i contemplating or leaving to a bit wanting about azlan’s illustration skill,? hmmmm.

  14. i cannot see how he spills his emotion down on to a paper. it looks wrong and literally its a car.

    his expression should be more conceptual ,,enough just with a few lines define essence of the car character.

    and lines should be explained for its dynamism of the car’s aerodynamic as a land transportation and a positive effect to the ground when the car in motion.

    and the silhouette of the car should relates to the most pleasent organic curve like in some part of god made living creature,

    anyway we understand the project requirement.

    • yup…agree with you.
      azlan punya explaination mcm salesman.
      tk nampak mcm technologist…

    • ni la kata2 org miskin tp cita2 tinggi. diri dah tua, nak further study pon takde duit. kerja komen org je la..ko ckp dia mcm salesman? xkisah la kan…tp ko tgk diri ko plak mcm ape? duit gaji bulan2 cukup ke bro? kereta dah abis loan? master ada? rumah ada? DSLR ade? harap mulut je la..

  15. mcm2 ckp, pengkhianat bangsalah n etc. Masa prtn nal kuar rega ura2 80k, mcm2 org bising,mahal lah,itu ini, sbb tuh aku tkt klu reduce price,ada menda akan reduce.

    Kat jepun n korea, xda plak rakyat dia ckp aper2 pasal proce. Trime jek.

    Prtn 12 thn inhouse develop kete sendiri dr thn 2000-2012. Cube cite masa toyota ke,hondake, hyundai ke,kia ke, dlm masa 12 thn develop inhouse, camne keadaan kete diaorg? Ada rakyat diaorg kondem, maki n hamun? Kritik secara konstruktif adalah, n bg support.

    Kite ni ckp jek ygk kete korea,tgk jepun, tp bahasa n cara n perangai, masa berkomenpun x sama mcm menda yg diagung2kan, cam ketam nak ngajo anak jalan lurus bro.

    Masalah prtn sendiripun berpunca dr typical malaysian punya mind set n attitude. Menda nih bkn sng nak ubah. Tp mereka mencuba. Kita kat sini pun mencuba supaya kita jadi masyarakat yg lebih baik.

    Cite jepun sana, korea sini, tp, kat jepun, tsunami melanda, tetap beratur,ttp hrmat mghormati, tp kat sini, br ujan, Dh terabur, dh maki hamun.

    Aku kekadang mmg agak ksr bhsnye coz org kite nih,mcm2. Org jepun, toyota bg design dugong, diaorg redha jek, xda maki designer itu ini. Org malaysiapun redha coz aper2 toyota kuar mantop. Tp bile org malaysia ada wat design, serba xkena. Nk kritik, xda masalah, memaki,mencaci, menghina, aper der?

    Nanti bila anak lu blajo kat skolah, bile cikgu marah, inilah, xpandai, mak bpk pun sama, keturunan sama bodoh. Lu nak rilek ke der@ berapi?

    Perangai mcm tuh,memaki hamun, mencaci(konon2 nak spy improve), memperkecilkan, menghina n etc, itu sume typical lah bro. Typical malaysian,dah berzaman dah, dr aku kecik sampai dewasa,keje org kite hanyalah kutuk org kite.

    Kat sini,kita nak ubah, ubah dr segi minda n attitude. Renung2lah, cerminlah diri dahulu. Duk ludah ke langit, nanti kena muka sendiri gak. Perangai org malaysia,sampai blog automotif luar negara duk kutuk produk sendiri, bkn automotif, mcm2 lg.

    Tp ko xjumpe org jepun@korea@negara lain duk kutuk produk sendiri kat blog antarabangsa, xda maki hamun kerajaan sendiri kat luar. Yg dalaman, kite bincang secara dalaman. Itu adalah typical malaysian.

    Klu kat korea, org melayan org bwk kete korea, lebih dr yg bwk kete lain mahupun kete jepun kat korea. Tp kita, sebaliknya berlaku. Xpayahlah nak ckp tgk jepun, tgk korea, klu kite sndiripun masih jauh ketinggalan dr mereka dr segi mindset n attitude.

    Oleh itu, sama2lah kite berubah, commited to be better. Sekurang2nya mereka mahu berubah menjadi lebih baik, anda????

    • bro tau mana org jepun tk komen bro.
      bro pnh duduk jepun berapa lama?
      ke bro nk tunggu org jepun masuk FD bagi komen dlm ni pasal kereta diorang?
      wira, savvy, waja walaupun mmg ada problem masih belunggok kt atas jln malaysia. sebab harga atau sebab kualiti bro?
      adakah kuantiti dinilai dari segi kepuasan atau nilai harga?

      toyota, honda semua tu pioneer masa dulu. sapa nk komen sbb idea tu semua diorang yg adapt dari henry ford.

      proton kt malaysia mestilah org komen sedikit sbnyk kerana proton bukan pioneer buat kereta. dia pindah teknologi shj. dan bila pindah teknologi, maksudnya semua basic requirement dh ada. dan sekarang 26 tahun, baru nk boleh buat kereta berkualiti.sselama ni proton buat apa bro?
      comp kereta china yg cedok n plagiat pun dlm tempoh 10 tahun dh boleh hasilkan kereta yg hampir2 sama mcm proton.
      apa kes bro?

      • bila masa plak toyota n honda pioneer bro??? Pastu siap ckp statement adapt dr henry ford. Apo dah poning ko nih. Klu adapt, xnamanya pioneer bro. Toyota n honda jugak blajo masa teknologi dah ujud bro. Senang dr org sblm tuh bro. Sama jek situasi.

        Nk banding org muda nfan otai, ko tau x sbb aper ader gelaran otai,old timer n etc. Sbb org lamo, lg byk pengalaman, lg byk ilmu. Sbb tuh ko xleh banding ngan toyota n honda. Klu prtn dh ptg diaorg, malula bro, kejar korea dulu. Koreapun brp lame nak pintas jepun dlm automotif? Ko baca dl sjarah hyundai, brp lama amik masa walupun hyundai nih,

        satu2nya,aku ulang,satu2nya automaker yg ada kilang pembuatan besi sendiri, dan kilang besi yg guna tecknologi elektrik no 2 terbesar didunia. Tp brp lame amik masa bro diaorg nak catch up jepun? Europe,blum lg,american, yup.
        tp prtn,company kecik. Sabola bro,inipun dh kira ok, dh bleh nak bersaing, dh bleh mng anugerah luar walupun company kecik.

        Nak banding ngan negara china bro, nabipun ckp, blajo sampai ke china bro. Nak tau sbb aper, sbb sikap diaorg, sbb tuh diaorg cpt maju. Tgk bro, i phone tiruan china buat, ada x org negara china maki hamun, mencaci, apelah bodo nak buat mcm iphone, blajo skolah tadika, n bla,bla, bla…lg sokong n beli lagi. Sama gak kete diaorg, xda plak diaorg maki masa motorshow yg diaorg hybridkan sume kete,sepan honda,blakg toyota. Diaorg,orait aper,plagiat lg, xda plak rakyat depa maki hamun. Siap bangga.

        Tp prtn, rebadge dgn underlicensed, xingat punya kena maki, amik ko. Bile buat kete design sendiri, ape lagi, design bdk tadika, xgitu aku punya. Aku bkn nk backup azlan, tp klu azlan ckp cam salesman, ko rasa ko ckp mcm aper bro?

      • Tp prtn, rebadge dgn underlicensed, xingat punya kena maki, amik ko. Bile buat kete design sendiri, ape lagi, design bdk tadika, xgitu aku punya. Aku bkn nk backup azlan, tp klu azlan ckp cam salesman, ko rasa ko ckp mcm aper bro?

        Macam uselessman……:-)

      • adoiyai akupunya… lagi banyak bersuara lagi banyak nampak kebodohannya… dungu tak tentu pasal… melalak bagai nak rak, tapi bodoh dari segenap segi… sejarah tak tau, reka bentuk tak tau, diskriminasi pasaran tak tau… apa dia tau pun tak tau…

      • aku setuju dgn mat. hal kondem mengondem mmg no 1. kalau tak suka jgn beli. jgn dtg apa2 roadshow proton & jgn ambik free gift. pesan dgn anak2 ko jgn kerja dgn proton & jgn kerja dgn vendor2 proton, jgn minat tengku Djan ok.

    • no need find excuse lah, like this not helping proton, on feature spec on car depend how your marketing to run it. proton marketing is a lot outdate compare to other car like P2.

      ofcourse add other 2 airbag will increase price but not 80K your said, it just 1~2K max, 80K your just make big amount to scare people.
      the marketing should make 2 version of P321A cfe, one can sell like announce 75, other one can sell 80K just add 2 extra airbag become 6 airbag and leather seat, so it can close people mount, people will buy or not is other think, u can see myvi 1.3 sell until 57K and other 11 variant .

      other think u can take Exora bold as example, 1.6 EB cps sell price is 71K and CFE 72k, after add accessories, OTR price Exora cps sell on 75K and CFE at 80K, u see why proton not sell Exora Blod exec with 72K? just 1K cost different CPS and CFE, now u can how good is EB exec.

      for P321A, Exec 70K, premium 75, luxury 80K more suitable all with CFE. consumer can get benefit with latest CFE technology and aslo feature on the car, this can cover people mount to compliant. and some people using this create politic issue.
      u should know how Proton brand in malaysian brand, any issue in proton also can become politic issue, every time i sick see how many facebook news feed from ‘some people” talk bad proton and government using different proton car price and spec from other country. u can see no facebook news feed talk bad on P2

      for Korea, no need to said too much they also do protection, event Japanese car not allow sell in korea untll last few year. so they alot oem just like proton with mitsubishi. and japan, there car manufacture also sell best spec and best feature in country market.

    • bro Mat…. mcm sy gtau kat event haritu,…. dh agak die akn kembali…hahahah

    • pioneeer kat negara dia la, Japang.

  16. aku dah faham dgn konsep rekabentuk yg dibawa oleh proton. mereka tidak
    mahu “design” yg terlalu radikal kerana tidak semua org suka design sebegitu.

    mcm gen-2 yg beliau design dulu pd aku sgt menarik ttapi ia agak radikal dan sedikit sbyk golongan konservatif tak brp berkenan. nasib baik model persona yg diasaskan dari gen-2 yg mmg cantik itu telah berjaya selain mmg ramai yg minat sedan.

    cuma aku hrp konsep single graphic design dpt dikemaskan lg terutamanya garisan belakang. sejak dari persona, exora dan terbaru, P3-21a, proton suka letak bar melintang yg panjang sehingga ada yg berdebat warna krom cantik ka atau warna ikut body. kalau proton leh ” cleankan” skit belakang atau hanya buat body line tanpa bar bg aku ia lebih kemas. at least tak lari dari konsep asal.

    tu jelah pndgn peribadi aku.

    • kan azlan kata kt video tu. dia nk tunjukkkan conecction dari depan ke belakang n dari sisi ke sisi.
      selagi azlan masih stylist proton, cam tulah design kereta proton sampai bila2.
      aku puntk faham dlm rear design p321a.
      semata mata nk ikut takrifan azlan, bar tu tetap wujud walaupun nampak semak n huduh.
      better letak bar tu dgn contrast color mcm chrome tkpun bronze color.
      kalau design kereta ikut taste sendiri, cam nilah hasilnya.

      • setiap citarasa dan pndpt org x sama bro…dulu mase leak photo ade line chrome…naaaaa menggunung makian org ramai sebb chrome tu nmpak huduh, x matching laa..tak ngam la..bla bla…
        tp ko plak sebaliknya..so mknany x mngkin kta dpt penuhi kehendak semua org….

        Mcm aweq jgk bro..kalu ko taste yg x bertudung tu cantik (itupun klu ko taste lah) ad org suka yg bertudung…lain2 citarasa la….

        peace yoo..

  17. Pd gambar City Car di atas, logo bulat kelihatan amat menarik. Jika digunakan pd p321a rasanya kereta tersebut akan kelihatan lebih cantik lagi.
    Satu lagi sy perhatikan, kereta proton pd bhg belakang kurang menarik. Contotnya Exora. Inilah pendapat dr kwn2 sy berkenaan Exora. Hrp pihak Proton mempunyai design director yg berpengalaman dan mampu merekabentuk kereta yg lebih cantik dari kereta Jepun. Salam. Gracias.

    • jap lagi ada la pro proton yg tukang angguk akan berapi kepala baca komen you.
      diorang tk boleh terima pendapat, nanti mesti suruh you design kereta sendiri,,,,kakaka

    • mmg nak kena komen…ko bg pendapat ikut tekak ko, bukan tekak 1 malaysia wahai donkey. aku tak kata kat ko ye savvylover..

  18. timeless design-

    transcending the time,,yes,its proton gen2

  19. kdg2 walaupn benda tu pahit tp kena telan juga… itu utk kebaikkan diri… contohnya ubat yg pahit kita telan juga sbb dia adalah asbab myembuhkan penyakit walaupn hakikatnya penyembuh itu ialah allah…

    setiap staff proton dh buat shabis baik namum setiap pihak mempunyai matlamanya sendiri… azlan dgn styling dia, engineering dgn engineering dia, management ngan pengurusan dia, maketing dgn pasaran dia… so lahir lah design yg sedemikian iaitu p321a…

    p321a adalh yg tbaik dlm class nya dari segi panjang, lebar, performance, gaget, safety, dll…. pd pandngan perbadi aku ia di kedudukan yg sama atau tinggi sedikit dari kereta2 jepun dan korea tp bawah sedikit ataupn sama level menghampiri kereta2 eropah…

    di antara cabaran proton bkn sekadar kekangan kewangn dlm mhasilkn sbuah kereta spt p321a namun dlm nk educate rakyat mengenai kereta… cnth mgenai air bag yg di putuskn oleh pengurus adalah realistic… klu aku dok dposition pengurusan akupn akn ambil keputusan yg sama… apa yg utama adalah profit bg aku… sbb aku pengurus… itulah kpi aku… dlm masa yg sama aku tpaksa akur dgn dasar automotif negara… klu di ikutkn p321a melebihi kriteria yg dtetapkn oleh dasar automotif negara…. manakala masih bnyk lagi produk2 dari jepun dn korea yg hanya memenuhi kriteria minimum dasar automatif negara… itu telah meletakkn comitment proton yg comitted to b better…

    namun bl aku bckp sbg rakyat n bakal pbeli aku mengharapkn tiada double std n sama sekata utk pasarn luar dn dlm negara… dasar automotif negara adalah dasar yg digubal oleh kerajaan… dgn proton educate rakyat maka lahirlh rakyat yg berkesedaran dn memiliki ilmu pengetahuan…. melalui rakyat yg berkesedarn n berilmu pengetahuan maka dasar automotiif negara ini dapat ditambahbaik nilainya… makin ramai rakyat yg bilmu dn bkesedaran maka mkin ramailah rakyat akan bsuara maka makin ramailah ahli politik dlm proses cuba mjadi hero n mkin ramai lah lagi akn menyedarinya so kabinet akn putuskn penambahbaikkn utk dbentg n dbahas dipalimen maka terhasillh dasah automotif negara yg ditambahbaik……lantaran semua pengeluar kenderaan terpaksa akur dan tunduk … hasilnya kereta yg tinggi nilai keselamatn dn berkualiti… jd yg sebenarnya ia terletak di tangan kita iaitu rakyat malaysia….

    offtopic :

    p321a menengahkan penggunaan yaw sensor dan slip differential yg di couple kn dgn esc

    • Yup….Kalu sumbat 10 airbag sekalipon..tp klu drive mcm lahanat jalanan..innalillahiwainnailaihiraajiuunn lah jawapnya…..

      • itulah sbbnya kiasan permulaan cerita ialah ubat yg pahit perlu di telan sebab dia adalah asbab…. samalah seperti apa yg bro ckp iaitu sikap pemandu yg memandu, safety feature n lain2 yg berkaitan hakikatnya adalah asbab sahaja sesuatu benda itu terjadi tp pd hakikat yg sebenar2nya ialah allah itu sendiri…

        cnthnya disini kt ada beberapa variable contoh saya katakan (xn ialah variable, n merujuk pd nombor)

        x1=sikap pemandu yg memandu
        x2=safety feature
        x3=kekangan kewangan

        x1 boleh ditambah baik namun memerlukn masa yg panjang n lama dan memerlukan consistency (istiqamah)

        x2 begitu mudah dan senang utk dtambahbaik namun mesti diingat harganya mesti meningkat

        x3 yg rendah akn menghasilkn thruput yg bernilai n bimpak tinggi dlm erti kata lain klu duit ada semua boleh n mungkin tp bl dilanda kekangan kewangan semuanya susah n disinilah lahirnya inovasi dlm bkerja 😉

        Kesimpulannya x2 iaitu safety feature adalah variable yg mudah n senang utk kita bermain namun ia berkadar terus dgn kekangan kewangan ialtu x3 dan melalui elemen inovasi maka ia adalah mungkin…

        klu dia kata nk jd maka jadilah… manusia busaha sehabis baik n sbaik mungkin…. yg pd akhirnya tpulang n kembali pd tuhan seawal n seakhirnya…

        hanya pandangan peribadi aku

  20. Siapa leh confirmkan saya..Proton baru ni version SE akan dikeluarkan ke x? Daripada beli premium line, better tunggu SE yg saya harap ada leather seat, new front bumper design ala-ala Exora Bold, twin exhaust pipe ala2 Chevrolet Cruze Sport and 6 airbag…anyone??

    • memang conform ada la.. spec sport ka, Spesel edition ka, limited edition ka.. mesti akan kuar punya..

  21. 1-hat off to azlan, tapi for improvement, harap proton boleh variasikan input design. maybe let azlan handle model A, and hire other to model B base on design language proton guideline.
    2-satu lagih..maybe proton kena buat video documentary from sketch to finish product untuk educate mesia nyer orang…tak tahu bukan design canggih macam transformers boleh approve for production..
    3-maybe azlan nampak gugup sket kat dalam video nih..mcm takut takut…maybe dier improve bab nih to make proton look good.

  22. ok, memandangkan pameran ni dh abes, ada xsapa2 yg dpt tgk mpv baru tu?
    rasanya sblm karnival tu ckp ada preview sket2?

    …ke aku salah dgr nih..

    • MPV baru tu Exora Bold n Prime ker?
      kalo yang ni memang da lame launch da…

    • Seperti dah diduga..selepas berakhirnya Power of 1 x der ape pun yg suprise spt diwarwarkan. Semua hanyalah old stuff yg diulang2..cuma video teaser p321a tu jerla yg best..yg lain sumer ummphh..

      • harap p321a jerrr…
        yg lain semua stok lama…yg duduk dalam stor pun angkut keluar habis

      • kalau dah duga buat ape ko dtg? duduk umah je le..kalau dah benci, takyah ambik tahu la ape2 pasal proton..baik ko ganti sembahyang yg dah byk ko tertinggal tu. ade gak paedahnye.

  23. azlan u talk too much…the design doesnt transcend to what particularly been said….makes things simpler..Proton should get a new chief stylist.

    • can u talk in front of public?kalau boleh meh ke proton jadi chief stylist daripada ko dok buat multilevel marketing skrg nih.

  24. off topic:

    dekat website ni:

    http://driveittobelieveit.com.my/#

    sub COMFORT, tuk video auto sensors and spacious cabin tu, belakang butang play bulat tu kete pe eh??

    auto sensors gambar side mirror tu bkn p3 kan?

    spacious cabin tu plak bukan grill p3 kan?

    22a ke??

    pasal grill tu emblem proton.

  25. Akupunya dah jadi pengomen tegar di blog FD…

    peribahasa yang sesuai untuk Akupunya..”malu tapi mahu”..

    ha ha hatchback..

    • Mmm… biarkan jer la dia tu. Dia merapu mgkin sebab dia x mampu tapi mahu. Tu yg dok lenjan bash tak sudah2 tu… meroyan kot! (Sorry..) Weird la baru teaser jer dah bleh mcm nenek kebayan tafsir cantik x cantik tanpa musabab. Bagi saya overall dah cantik dah. Lebih2 lagi bila tengok aksi live demo di power of 1. Aksi n prestasi P321A sungguh mempersona. Rasa nak robek2 jer wallpaper black n white kereta tu. X hodoh mana pun. Lain la kalau org yg komen tu mmg dah jaki gila, bunga yg cantik pun dia kata buruk lagi hodoh. Cam nie la, kecantikan kereta nie adalah begitu subjektif. Tapi bila kita ada maklumat lengkap dan dpt hayati motif, bahasa rekabentuk n halatuju masa depan proton yg nk ditonjolkan mgkin penerimaan dan pemahaman rekabentuk nie mengubah persepsi kita. Tak gitu?

      cheers!

  26. 2012-p321A(pencabar civic)
    2013-p322A(x leh jalan model)
    2014-pencabar myvee kua-kompom kalah,exora electric-pick cup weyyy..torque tinggi weyy
    2015-SUV premiumm kua lawan CRV
    2016-pengganti perdana (D segmenn)

  27. saya ingin tahu adakah proton mencapai sasaran untuk mendapat 1000 tempahan untuk model P3-21A sempena program proton power of 1?

  28. mr azlan ,we always love continental style. keep it up..

  29. proton da wat yang terbaik….dari segi pembuatan body ngn rangka keta….proton boleh ja nak wat keta mahal2…proton nk buat keta yang harganya mampu dmiliki oleh rakyat mlaysia….klu nk wat keta kuality mcm toyota…harga pn mcam harga toyota la…design keta nih mcm2 da kat RND proton….suma cantik2…pikir yang posotif yang da kt proton….

Tinggalkan Jawapan kepada PRO AZLAN OTHMAN Batal balasan