funtasticko design

http://funtasticko.net

Ducati Streetfighter 848 dilancarkan

3 Komen

Next Bike Sdn Bhd pengedar & pengimport jenama Ducati di Malaysia telah menambahkan satu lagi model dipasaran dengan pelancaran model Ducati Streetfighter 848 hari ini. Majlis pelancarannya bertempat di bilik pameran Ducati, TTDI Plaza tengahari tadi.

Ducati Streetfighter 848 merupakan naked bike yang dijana oleh enjin 848 Testastretta 11 dengan beberapa penambahbaikan untuk menjadikan lebih mantap. Ini pastinya menambat hati peminat naked bike yang mahukan jentera yang berkuasa dan seronok untuk ditunggang. Rekaannya yang menawan pasti membuatkan ia menjadi perhatian semasa berada di jalan raya.

Harga yang ditawarkan untuk model ini ialah RM99, 333.00. Ducati Streetfighter 848 menambahkan lagi barisan model Ducati di Malaysia setelah Monster diperkenalkan pada 2011 dan pada bulan lalu model Ducati Diavel AMG telah dilancarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

3 thoughts on “Ducati Streetfighter 848 dilancarkan

  1. Kenapa la mahal sangat…bila la nak merasa dapat naik motorsikal yang stabil & selamat…selamanya lah naik kapcai macam ni…

  2. Tak mampu berkata apa-apa..

    Dari setiap sudut, nampak begitu sempurna.

    Tiap kali merentas lebuhraya, bunyi deruman enjin yang garang mampu menggongcang jiwa,

    Hanya Johari mengenal Maniam yang pecinta motor dan kereta, dulu kini dan selamanya..

  3. adamtenang selagi cukai import eksais dan segala mcm tax sampai 300% sampai bila bila beli motor kapcai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s