funtasticko design

http://funtasticko.net

2 orang pemenang I-Race bakal ke Eropah

2 Komen

Tahniah kepada 2 orang pemenang I-Race yang bakal merasai pengalaman menjadi pemandu kereta F1 selama sehari, memandu kereta F1 sebenar di atas litar lumba F1 yang sebenar di Eropah semuanya ditaja sepenuhnya oleh Proton. Mereka ialah Cheong Wai Soon dari Rawang dan Siti Adzilah Salleh dari Balakong. Mereka adalah antara 54,565 pengunjung POWER OF 1 yang bertuah untuk dipilih sebagai pemenang utama peraduan tersebut.

Mereka akan dilatih oleh jurutera perlumbaan pasukan Lotus F1 Team untuk memandu Lotus GT4 terlebih dahulu sebelum dibenarkan merasai pengalaman memandu kereta lumba F1. Cheong terpilih untuk memenangi hadiah tersebut setelah membuat membuat tempahan model terbaru P3-21A, manakala Siti Adzilah pula dipilih setelah menyertai peraduan“Buy and Win” kerana membeli barangan Proton lifestyle .

Sebanyak 500 tempahan model terbaru P3-21A telah dibuat seluruh Malaysia. Pameran POWER OF 1 yang telah berlangsung selama 5 hari di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan pameran luar terbesar dari Proton setakat ini. 669 unit kereta Proton, termasuk Exora, Satria Neo dan Saga telah terjual pada acara tersebut selain peningkatan jualan barangan Proton lifestyle. Seramai 2,000 orang pengunjung juga telah menghantar resume mereka untuk memohon pekerjaan di Proton.

Selain itu, tiga unit Proton Savvy telah menjadi rebutan dalam peraduan “SMS and Win” yang menyaksikan sebanyak 11,359 SMS diterima. Sarah Helmi dan Alexius Sagun, kedua-duanya dari Sabah dan Mohamad Nazib Ithnin, dari Johor telah berjaya membawa pulang kereta tersebut, manakala lebih  7,000 hadiah lain telah diberikan kepada pemenang yang bertuah di acara tersebut.

Advertisements

2 thoughts on “2 orang pemenang I-Race bakal ke Eropah

  1. Suzuki wins ‘GTI’ name fight with VW

    FRANKFURT, March 21 — Volkswagen suffered a legal defeat over its alleged brand infringement case against estranged partner Suzuki, after the General Court of the European Union ruled today in favour of the Japanese carmaker.

    In 2004, Volkswagen contested an application granted by the EU’s Office for Harmonisation in the Internal Market (OHIM) the previous year that allowed Suzuki to use the vehicle nameplate “SWIFT GTi” as a trademark for a derivative of its small car.

    *Lepas ni Satria boleh guna nama GTi balik la nampaknya

  2. untuk peraduan sms tu… lepas antar dia antar satu lagi sms tanya model keta dan reg no… saya tak reply.. dapat hadiah rm50…. isteri saya yg reply tak dapat apa2… cakap kat dia baik takyah reply…. walau masa nak amik hadiah kena isi borang dgn maklumat yg sama.. kurang2 kompem dpt hadiah dah.. nampaknya proton nak maklumat pengunjung jer…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s