funtasticko design

http://funtasticko.net

Pemandu Ujian Red Bull Racing Sébastien Buemi Membuat Penampilan Eksklusif di Infiniti Center Kuala Lumpur

Tinggalkan komen

KUALA LUMPUR, Malaysia (22 Mac 2012) – Sébastien Buemi, pemandu ujian dan simpanan rasmi  Red Bull Racing Formula One Team telah bertemu dengan tetamu jemputan Infiniti dalam sesi eksklusif “Meet & Greet” di Infiniti Center Kuala Lumpur hari ini.

2012 merupakan tahun kedua perkongsian maju antara Infiniti dan pasukan Red Bull Racing Formula One (F1) yang menyaksikan peluang-peluang kerjasama teknikal antara kedua-dua organisasi dan selain kewujudan jenama Infiniti yang menonjol pada kereta F1, pemandu dan peralatan pasukan. Kerjasama ini melambangkan sepenuhnya etos Infiniti iaitu Inspired Performance.

Selain dapat “berlumba” dengan Sébastien Buemi melalui sebuah simulator pemanduan F1, para tetamu dan wakil media juga berpeluang bertemu dengan Buemi secara lebih dekat semasa sesi bergambar dan autograf, diapit oleh kenderaan-kenderaan mewah “berprestasi” Infiniti dengan hiasan Red Bull Racing Formula One.

Pemandu kelahiran Switzerland itu menyertai Red Bull Racing pada 2008 dan memulakan kerjayanya sebagai pemandu aktif F1 pada 2009 untuk pasukan Scuderia Toro Rosso. Buemi telah menyertai 55 kali Grand Prix dengan mengumpul 29 mata Kejuaraan Dunia.

“Beberapa varian baru khas untuk memenuhi kehendak pasaran kereta mewah akan diperkenalkan pada tahun 2012. Antaranya adalah hibrid pertama dunia yang berprestasi tinggi, iaitu M35h, sebuah model M sedan dan juga M25 yang tampil dengan enjin 2.5L V6, akan ditawarkan pada harga berdaya saing. Di samping itu, model crossover FX yang serba baru ini turut memberi wajah baru dengan estitika luaran yang lebih sporty bagi menyokong ciri-ciri prestasinya yang unggul. Kami yakin bahawa pelbagai pilihan model yang diperluaskan ini akan meningkatkan lagi tarikan Infiniti kepada pembeli kereta mewah dengan memenuhi unsur hospitaliti yang sedia ada,’’ kata Christopher Tan, Pengurus Besar Inspired Motor.

Infiniti Center Kuala Lumpur terletak di Chulan Square, 92 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari 10.00am hingga 7.00pm. Untuk maklumat lanjut mengenai, hubungi +603 2142 3332 atau lawat www.infiniti.com.my .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s