funtasticko design

http://funtasticko.net

Edaran Tan Chong Motor diiktiraf sebagai “JUARA PENGEDAR NISSAN” tiga tahun berturut-turut

4 Komen

Kuala Lumpur (14 Mac 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah dianugerahkan “Juara Pengedar Nissan” oleh syarikat prinsipalnya, Nissan Motor Co., Ltd. (Jepun) untuk tahun ketiga berturut-turut. Sijil tersebut yang ditandatangani oleh En. Hiroto Saikawa, Naib Presiden Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd. (Jepun) adalah pengiktirafan rasmi kepada ETCM atas pencapaian ‘kecemerlangan prestasi dan kemajuan operasi yang hebat’ pada 2011.

Sijil itu diserahkan kepada kedua-dua Dato’ Tan Heng Chew, Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motor Holdings Berhad dan Dato’ Dr Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif ETCM oleh En. Toru Hasegawa, Presiden Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd. dan Nissan Motor (Thailand) Co., Ltd. serta Naib Presiden Serantau bertanggungjawab bagi Operasi Asia dan Oceania (kecuali China) bersama En. Steve Ardianto, Naib Presiden Kanan – Perancang Korporat Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd.

ETCM adalah salah satu daripada pengedar Nissan di dunia yang dianugerahkan dengan pengiktirafan “Juara Pengedar Nissan 2011” di kalangan Nissan National Sales Companies (NSC) yang dinilai di General Overseas Market (GOM).

Sebuah jawatankuasa khas Nissan telah dibentuk untuk melakukan penilaian teliti di seluruh dunia bagi menentukan “Juara Pengedar Nissan” yang baru. Kriteria penghakiman merangkumi prestasi, proses-proses dan pengurusan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

4 thoughts on “Edaran Tan Chong Motor diiktiraf sebagai “JUARA PENGEDAR NISSAN” tiga tahun berturut-turut

  1. kenapakah penampilan encik berbaju kemeja putih itu kelihatan agak selekeh?

  2. org jepun kot, org jepun old timer mmg mcm tu…

  3. impressive but hopefully they will bring in more nissan global model..i mean in term of specs..

  4. Dalam pada org kite pakai smart2 nk amik anugerah, org jepung yng nk bagi anugerah lak pkai sempoi semak abis…juxtapose btoi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s