funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton mulakan langkah untuk pertahankan kejuaraan APRC

9 Komen

 

Proton akan memulakan langkah untuk mempertahankan kejuaraan APRC untuk musim 2012, dengan bermulanya cabaran rali Brother International Rally of Whangarei di New Zealand. Bukan sahaja Proton memulakan cabaran musim ini sebagai juara bertahan, ia juga bakal menyaksikan Proton menjadi pasukan pilihan untuk memenangi pusingan kali ini, di mana Proton juga muncul sebagai pemenang pusingan ini pada tahun lepas.

Mengetuai cabaran APRC musim ini ialah penyandang juara Alister McRae. Beliau bakal beraksi bersama bekas juara dua kali Junior World Champion PG Andersson yang membuat kemunculan sulungnya dalam perlumbaan tersebut.

Selain itu Karamjit Singh dan juara bertahana APRC Junior Champion, Akira Bamba juga bakal beraksi bersama pasukan PROTON Cusco Rally Team yang menggunakan jentera Satria Neo1600cc. Kenneth Koh pula bakal menjadi pelumba ketiga pasukan tersebut.

Rally  Whangarei bakal menyaksikan 16 peringkat khas yang meliputi jarak sejauh 283.28km. Pusingan pertama pada Sabtu ini akan mempunyai 8 peringkat dan  baki 8 lagi pusingan akan berlangsung keesokan harinya.

Semoga berjaya!!!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

9 thoughts on “Proton mulakan langkah untuk pertahankan kejuaraan APRC

  1. budak kecil pun duk usha kereta kuning..

  2. gudluck Proton…
    I Luv U…

  3. Gud luck kepada 8 biji Satria Neo di Whangarei 2012.

  4. perghh, sebaris ngan evo tuh, caya laa proton..

  5. Tgk ni mcm mana org luar negara komen pasal Proton Preve, malu betul kalau diaorang baca mcm mana org malaysia komen pasal kereta kat paultan, mcm org x bertamadun, mentaliti…. mentaliti

    * cuma x syok sikit mungkin aussie akn dapat 6 airbag dan kat malaysia se nanti mungkin baru ada 6 airbag, dekat australia standart dia tinngi sbb tu kena offer 6 airbag, tp kat malaysia honda dah tetapkn kereta yg ‘bagus’ kena ada 2 airbag je hmmmm…

    http://www.caradvice.com.au/166003/proton-preve-small-sedan-revealed/

    • bro..diorg yg ragam cam2 masih tersangkut time 90’s dolu2 agknye..
      smoga masih ada hidayah utk mereka..ameen..

      psl airbag lebih tu pendapat aku x kisah asalkan ade beze price nye..kalu kat sini 4 kat aussie 6,mesti yg 6 airbag 2 lg mahal..jgn yg aussie nye lg murah sudah la.. =)

      er..bro nazz_glenmarie mayb de info kot..

  6. Suka btol dgn komen diorang ni:

    “Even Proton is now  better than Toyota, Turbo charge engine with high low end torque and 7-speed automatic!!”

    “Indeed. Better than Mazda 3, Commodore, Falcon and most of the other best-selling cars too. Won’t be long ’til Proton beats Nissan to number one spot for top full line importer…”

  7. mmm..masih ku tertanya2..milik siapa Neo S2000 warna putih di kelana jaya area tasik kj..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s