funtasticko design

http://funtasticko.net

Awas Hilux, Triton, D-Max & Navara, Colorado bakal mencabar anda!

11 Komen

Pencabar terbaharu dalam segment trak/pick up kini telah tiba! NAZA Quest (Chevrolet Malaysia) Sdn. Bhd  telah melancarkan Chevrolet Colorado untuk mencabar model sedia ada dipasaran. Dicipta sebagai trak/pick up yang nampak lebih gagah, lasak, berkuasa dan paling penting rekaan yang menarik, pastinya akan menarik perhatian peminat segment trak/pick up di Malaysia.

Model ini menawarkan kelebihan dari segi teknologi & menawarkan lebih nilai berbanding dengan pesaingnya. Didatangkan dengan 2 variant LT & LTZ double cab dengan enjin 2.5L transmisi manual dan 2.8L dengan pilihan transmisi automatik dan manual. Enjin terbaharu yang dikenali sebagai Duramax turbo-diesel ini merupakan enjin yang berprestasi serta menjimatkan bahan api. Harga bagi model ini bermula dari RM 88,888.00 ke RM 110,000.00, manakala penghantarannya dijangka bermula pada bulan April 2012.

Anda tidak perlu risau mengenai aspek keselamatan model ini kerana ia merupakan kenderaan yang paling selamat dalam kelasnya. Ia dilengkapi dengan Electronic Stability Control, Anti-lock Braking System featuring Electronic Brake-Force Distribution, Traction Control, Hydraulic Brake Assist, Cornering Brake Control dan juga beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

11 thoughts on “Awas Hilux, Triton, D-Max & Navara, Colorado bakal mencabar anda!

  1. Meter colorado ni sama kilang dgn meter preve.

  2. pantas ye theking..hehe

  3. apsal model yg murah maintenance makin mahal pulak? part beza ngan model yg 2 lagi tu ke? (kalau ikutkan yg model AT tu lagi mahal kalu tukar ATF – tapi tlabik pulak)

  4. roze ahmad,

    colorado guna tayar code s..maksudnya max speed utk tayar code s ialah 180km/j..so kalau mmg bunyi kat tayar time cecah 180 tu, mngkin tulah sbbnya..

  5. laju tu… merbahaya & membahayakan..

  6. seriously aku mmg minat gila colorado, before aku plan nk angkat triton tapi ntah lah.. bila nampak colorado mmg la wahhh! nampak mahal gila muka dia plus ada monster look sikit…

    ok misal kata aku nk beli cash atas nama company, ada apa2 discount x? ok kalau ada discount rate berapa banyak? boleh email kan ke rezza.ralib@yahoo.com x? then i nk plat no penang yg penting. plat no ni keluar lebih kurang 6-8 bulan lepas. kalau ada tolong email ke saya. thanks sekali lagi

    *btw yg nk beli tu company bukan saya. thanks…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s