funtasticko design

http://funtasticko.net

ETCM – PENAJA RASMI KERETA UNTUK PIALA AXIATA 2012

3 Komen

Kuala Lumpur (12 April 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengumumkan secara rasmi status kerjasamanya selaku penaja ‘kereta rasmi’ untuk acara Piala Axiata 2012. Penglibatan ETCM dalam penajaan korporat sering kali bertujuan menyokong acara-acara dan aktiviti bertaraf nasional serta antarabangsa yang menggalakkan Malaysia di peta dunia.

“Piala Axiata menandakan inisiatif pertama kami untuk menempatkan nama ETCM dengan badminton kepada orang ramai. Kami melihat kolaborasi ini bukan sekadar untuk menyumbang semula kepada para pelanggan, malah sebagai sebahagian daripada sumbangan ke arah pembangunan sukan badminton di Malaysia. Kami juga menilai kerjasama ini sebagai satu platform yang bagus untuk mempromosikan badminton selaku sukan yang sihat di rantau ini,” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Sewaktu sidang media Piala Axiata pada 22 Mac 2012, Axiata Group Berhad (Axiata), salah satu kumpulan syarikat telekomunikasi terbesar di Asia telah mengumumkan penganjuran Piala Axiata bersama pihak Badminton Asia Confederation (BAC) dan Total Sport Asia (TSA). Piala Axiata merupakan kejohanan badminton secara berkumpulan yang menawarkan hadiah keseluruhan paling tinggi di dunia, iaitu sejumlah AS$1 juta.

Pada masa yang sama, Celcom juga menjalankan kempen “Who Will Win” sempena penganjuran sulung Piala Axiata. Dua unit Nissan Livina X-Gear akan diberikan sebagai Hadiah Utama kepada dua orang pemenang bertuah. Penyertaan peraduan tersebut akan berakhir pada 1 Mei 2012.

Piala Axiata menampilkan 8 pasukan dari 6 buah negara yang bertarung selama 4 minggu. Negara yang terlibat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina. Perlawanan akhir akan berlangsung di Tennis Indoor Senayan Stadium, Jakarta, Indonesia pada 14 dan 15 April 2012. Siaran secara langsung pula akan disiarkan oleh Astro Super Sports, Saluran 811 pada pukul 1 petang. Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, sila layari www.axiata.com

3 thoughts on “ETCM – PENAJA RASMI KERETA UNTUK PIALA AXIATA 2012

  1. Funtasticko basi dengan info permotoran.
    hanya berharap pada proton dan kongsi berita sahaja.
    nampaknya, proton kena keluar spyshot bnyk tak pun 3 model setahun supaya funtasticko boleh survive.

    come on la funtasticko, paultan dalam tempoh ‘proton idle’ pun dh bnyk posting. dan berita pun dari dalam negara juga.

    ke kena tukar nama jadi protontastisko …

    takmau la ada paultan sahaja…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s