funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton serahkan dua buah Exora kepada NGO

1 Komen

Proton telah menyerahkan dua buah Exora kepada NGO terpilih yang merupakan salah satu inisiatif untuk mendekatkan jenama tersebut kepada masyarakat. Dua NGO yang tersebut ialah Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

Majlis penyerahan Exora tersebut telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Encik Ahmad Suhaimi Mohamad Anuar kepada Presiden MAC, YBhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan dan Presiden PEYATIM, YM Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor di Pusat Kecemerlangan PROTON semalam.

Ini bukan pertama kali Proton menyumbangkan kenderaannya, sebelum ini mereka telahpun menyerahkan kenderaan mereka kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), MERCY Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) selain membekalkan kenderaan rasmi untuk beberapa acara sukan antarabangsa yang berlangsung di negara ini seperti  Le Tour de Langkawi, Piala Thomas dan pertandingan badminton Malaysian Open.

Menurut Presiden MAC, YBhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan, Proton Exora tersebut bakal digunakan untuk membawa kakitangan MAC ke seluruh negara bagi menjalankan aktiviti seperti ceramah mengenai HIV, cara menghindari AIDS dan juga pengedaran risalah mengenainya.

Bagi Presiden PEYATIM, YM Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor , Exora tersebut pula bakal digunakan oleh sukarelawan PEYATIM untuk menjalankan aktiviti dan mengadakan lawatan ke rumah-rumah anak yatim diseluruh negara.

Mereka amat berterima kasih di atas sumbangan Proton dalam membantu organisasi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Selain itu Proton dapat merealisasikan slogan mereka ‘Komited Menjadi Lebih Baik’ dan yakin ini merupakan suatu yang baik untuk menyumbang sesuatu untuk kepentingan masyarakat.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

One thought on “Proton serahkan dua buah Exora kepada NGO

  1. ok tu,boleh ketengahkan lagi MPV malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s