funtasticko design

http://funtasticko.net

HANGAT : Brochure Proton Prevé bocor!!!

105 Komen

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

Semakin hangat pelancaran Proton Prevé dengan bocornya brochure ni, hahaha… nampak lebih details kali ini dengan highlight pada ciri-ciri uniknya. Yang paling menarik Proton Prevé ni ada jaminan 5 tahun tu, satu perkembangan yang menarik. Jangan lupa ke showroom berhampiran malam Isnin ini sempena pelancaran rasminya!🙂

sumber : forum.lowyat.net

105 thoughts on “HANGAT : Brochure Proton Prevé bocor!!!

  1. Nak Beli. . .p budget xckup. . . .bank pun blom tentu pass. . . Waaaa!! ='(

    • mmang. . . .apply 2nd loan car pun x lepas aku ader try gen2…x mcm dulu dh loan keta skrang. . .pakai motosikal jer la jwab ny. . .pehh

      • hahaha….boleh d’pertimbangkan guna moto. . .nanti ckup duit 10% baru angkut perVey ni. . .hehe

    • semua da ok brochure ni. cuma 1 je. lebih baik kalau guna kereta real. bg sy lg menyerlah dan cantik

    • gear console preve sgt mengecewakan.
      nampak plain n tak power.
      satu lagi kt gear manual sebelah autom ada untuk naikkan dan turunkan gear.
      patut proton letak simbol + atau – sebab kosong. rujuk gambar.

      driver pun tak tahu apa fungsi area tu. at least letak la simbol pus or minus. bubuh chrome lining ka ataupun matted material touch. plastik gila.
      mmg nampak murah gear console and also the stereo set tu.

      engineer and design proton selalu buat kerja tak habis. tdk checklist kot..tk pun mmg tk reti.
      kualiti tak tentu apa jadi lagi.
      nasib la sapa beli first batch ni.

      • tu ada simbol + atau – , fotocop?

      • gambar yg ada mcm mengelirukan..kita tunggu aje esok untuk gambar yg betul2 jelas dan rasmi

      • ade simbol + – la kt finishing tu…. stereo npk murah tpi bosch murah ke? haha..tgk btl2 dulu baru komen..

      • tggu la dulu bro, mmg ader xsilap +-, cume gambo yg ditunjukkan xnampok. Tggu n tgk live esok br komen. Pasal gear console murah n etc, yg vento n elantra nampak mahal ker???

      • mmg ade simbol + – tu cuma x nampak mungkin sbb pantulan cahaya flash kamera tu, kalau nak bash pun jgn bash bile tgk gambar je, tengok real kereta dulu kat showroom hari selasa nanti, saya dah tengok dah… mmg confirm ade simbol + – tu mmg clear…

      • Stereo set tu adalah sama yg dipki kat suzuki SX4… Haha.. Any comment?

      • kalo xde pom xpe..sume driver da tau..ni bukan taun 1955 macam citer back to the future…ni taun 2012…kikiki..buat2 x pandai la lak..

      • komen je banyak, itu low quality lah, ini murah la…
        beli la kereta mahal… semua mahal-mahal…cucuh rokok dia pun mahal….
        ini tidak, proton dah keluar kereta yang berpatutan, tapi hendak semua nampak mahal, kmd nak kereta harga murah….komen je lebih
        orang macam ni pun ada

      • cakap macam pandai sangat… kerja tak habis la… tak reti la.. ko ingat Proton hired engineer dia org yg ada kelayakan PMR jer ke? kalu dah otak tu tak suka Proton ada jer benda yg tak puas hati, ntah2 pakai myvi @ mana2 kereta jepun yg 3rd class jer (dugong @ city) tp cakap macam pakai Merc/Bemer!!

  2. bile tengok dalam brochure tu,sume warna mengancam.fewwitttt🙂

  3. warna elegant brown dan fire red tu memang mengancam.

    • aku suke itam.. nampak mewah. orang yang beli BMW pun byk ambik itam. one more thing, gril depan tu obvious sangat kalau kaler body lain, so kalau ambik itam nampak blend elok skit dengan body.

  4. jaminan 5 tahun, i like…..

  5. mcm2 ada dlm brochure, menarik🙂

  6. adui… kaler apa yg best ni?

  7. haha..syok la pada yang dah book or tengah nak wat keputusan akhir sblum beli…macam den x mampu..hoho..student..stakat mengikuti pekembangan n menyokong keluaran tempatan aje lah🙂 go preve go proton

  8. tgk dkt spec list,semua variant dpt GPS.
    CooL~

  9. So tempting! Nak beli sekarang ke, atau tunggu yg dgn bodykit punya., haih.. Pening.. satu pendapat saya bg proton la, kalau nak special editionkan kereta proton lepas ni, jgnla namakan SE sama mcm perodua tu! Letak je R3! Tapi jgnla mcm inspira R3 tu, tune le sikit engine tu, tambah sikit performance item n roll it out! Confirm panas! Letak harga tinggi sikit pun takpe, dah namanya pun R3. Tp jgn sampai mcm satria neo R3 tu, itu melampau!

  10. hai preve.. makin xsabar nak drive kau… mggu dpn signed loan agreement.. mintak2 xlama sgt list menunggu..

    apa2 pun cayalah pada dsz & team utk product berbaloi2 dari proton… sapa yang angkat vios “J” spec memang menyesal tak hingat… harga sama, kualiti jauh berbeza..

    harap2 proton tak tergesa2 keluarkan se model… mungkin selepas 2 tahun ke.. baru la market stabil…

    • sori bro, vee yosh type J harga lg mhl dr preve previum…aduii…spec lg cikai dr persona baseline…ape ade pd spec,yg pnting pkai keta jenama jepang…mentaliti banggakan jenama luar wlupun vee yosh type j kualitinye lg kureng…sbb kwn aku yg beli vee yosh type j yg bgtau,bkn aku reka citer ni…

      • “KERETA BRAND LUAR”,PANDANGAN SAYA-klau aku katakan lelaki yang memilih kereta brand luar selain dari faktor berkemampuan/konon2 ada gaya dan faktor yg paling besar adalah “PEREMPUAN”

        Faktor2 lelaki jenis(pgi kerja balik kerja,sampai umah tgok tv,baca peper,main dgn anak2 pastu tido x ambil pusing hal lain)yg selalu terjerat dgn keinginan perempuan..
        contoh:

        1) Perempuan Bujang- “U…cuba u tgok boy tu,dah lah handsome drive VIOSSSS..pulak tu”,ar ar lah tapi Myvi pun sesuai dgn lelaki nampak cute jer!!!
        2) Perempuan Sudah berkahwin- “Bang kawan saya dekat opis cakap klau nak tukar kereta baru,xpayahlah beli kereta Malaysia senang rosak,ambik Vios ke!! City Ke!! ok kereta jepun ni tahan.

        -Perempuan lebih gilakan barang yang branded berbanding lelaki(even beli kat Uptown pun xpe janji ada brand)
        -Perempuan jarang mengambil tahu hal yang detail seperti spek yg ditawarkan sbb mata mereka kabur dangan faktor brand.

        kesimpulannya dalam memilih sesuatu barang perempuan lebih berkuasa dari lelaki tetapi bagi saya LELAKI SEJATI dia tahu apa yang perlu/penting/baik dari segi nilai wang untuk dirinya dan keluarganya.

        *INI HANYALAH PENDAPAT 20 SEN SAYA TTG LELAKI BUJANG XBERAPA NAK MAMPU MACAM SAYA dan pada yang mampu Alhamdullilah rezeki ALLAH..pilihan ditangan anda.

    • sapa beli vios j mmg rugi.
      tapi tk boleh cakap jugak, sebab org kita percaya pada brand.
      proton, brand cepat rosak.
      toyota, walaupun simple tapi mahal, produk t or h lebih meyakinkan.
      itu saja.
      proton setakat ini masih di takuk lama.
      tgk la preve ni mcm mana.

      • yang ditakuk lama ialah orang2 yang berpikiran macam ko la…
        Exora dan Avanza harga lebih kurang sama, dari RM60k+ ke 80k. tapi tahun lepas exora jual 21,000 unit, avanza plak 7,000 unit. bermakna dengan spec yang bagus, proton mampu menyaingi toyota. nampak tak brape ramai yang mula mempercayai proton semula?
        dengan preve ni, aku yakin mampu menggugat vios, altis, city, civic, forte, avante di malaysia.

  11. bapak cun

  12. Bhg yg ada silver insert tu kalau boleh dichrome mmg akan jd cantik, kita tunggu akan pemilik yg nk modify sikit bhg tu, begitu juga keliling gear lever, bhg yg ada gap panel blh letak line tape warna chrome supaya blh nampak smart lagi

  13. fully loaded with gadget.. perfect time for proton to hit may bee (myvi) market…

    • mebi jauh ketinggalan sgt le….booo to mebi!!! hahahah

    • aduii.. bukan sekelas la nak banding dgn myvi tuuu… diff league..

      at least org banding dgn city, vios, altis, sentra… mana org nak banding dgn myvi..hihi

      • ngan Vios, City pun tak layak. Sentra pun sama. Altis layak la sama segmen C. ni sama level ngan Honda Civi, Cruze, Elantra, Forte, Lancer, Mazda 3, Inspira, Sylphy dan VW Jetta juga Ford Focus. Saya suka letak Proton Preve’ premium ni diantara Cruze, Focus dan VW Jetta

  14. aishh… bile naked ni lawa plak.. grill dpn je kasi tuko.. xyah nk wing2 aih

  15. dh book keta ni tdi..SA ckp bleh dpt dlm 1atau 2 bulan..go for Fire Red🙂

  16. nk beli kete ni tp xtawu leps ker x..gj bersh 1800++,kije gov.d/p 10k..leps x kt bank?

    • cari staff proton,guna nama diaorang..dpt murah sket. hehehe

    • huhu..bahaya bro…tgk pule pada pebelanjaan lain..takut lepas kereta kang lain sesak..hu..
      pilihan di tangan sendiri..tepuk dada tanya sama pokok..peace

    • saya rasa lepas…kalau ambil varian manual, D/P rm10k, rate 2.7%. bayaran bulanan masih tak melebihi daripada 1/3 gaji bersih, taida senarai hitam, masih layak. dapatkan daripada perbankan islamik. jadi, pilihlah warna kereta kesukaan anda.🙂
      welcome to the club!

      • 2.7% tu bank mana? so far sy survey maybank bagi 2.84% for 9 years…bank mana yang paling sikit interest? TQ🙂

      • lepas atas kertas saja… dunia sebenar… mau berkerut kepala akhir bulan… apa pun, itu duit masing-masing, nak pakai…pakai lah, tp pesan orang tua… ukur baju di badan sendiri… aku setuju dgn kawan kat atas tu… proton saga dah memadai

    • kalau ambik plg murah, 63k tu lepas kot. loan 90% utk 9 tahun maybe dalam RM600 sbln. kalau takde loan / komitmen lain bleh lepas. tapi, aku tak galakkan. kalau sgt2 perlukan kereta dan terpaksa beli, aku cadangkan Saga je. 300 je sebulan kot… itu dah memadai.

    • Kos sebenar bulanan = Ansuran Bulanan + Petrol + Tol + Servis
      Jadi kalau Preve kos sebenar boleh mencecah RM1000, Tanya diri sendiri RM800 tu cukup x utk keperluan diri dan keluarga

      • aku tambah lagi ek… duit parking, basuh kete, SAMAN, dll…

      • Saya gaji RM1300.00 jerk… Bayar bulanan keta RM300.00… saving ASB RM350.00… PTPTN RM150.00… tapi tak tau kenapa hujung bulan ada baki lagi 30, 40 hinggit…. agaknya lepas tak saya nak book nie dengan downpayment RM10,000.00… keta dah nak habis bulan depan… maknanya bulanan saya ada extra 300 + dengan ASB 350 = RM750.00

    • off
      byr rumah? makan? bil letrik/air/hp/internet? belanja anak? smbgn kpd ibu bapa/adik?

    • jangan… bahaya… sebulan mau RM1000 nak maintain kereta ni… ansuran+minyak lagi… lagi…basuh kereta kau tak kira?… mau tiap-tiap minggu nak bagi nampak kilat… kereta baru lah katakan… basuh kat rumah pun sama saja… larat ka…

  17. hari2 aku tnjuk gmbr preve ni kt wife aku (yg baru pregnant ank ke 2,hehehhehehe) smpai dia ckp td….
    “beli je la bang…saya x ngidam,abg plak yg ngidam…”

    aku ngidam fire red la…dh meleleh2 air liur ni…m’jejeh2 smpai ke lntai…hahahahaha

  18. tv 1 ada siaran langsung pelancaran preve; esok pukul 9.30 malam

  19. Semalam dah tgk depan mata sendiri..kaler merah & biru…
    Terbaek la…Cun!!!

  20. sape SA sinih
    5 years warranty eh
    btlke?

  21. mengancam

  22. tzktau lekat ke tak link ni.. Pakai utube mobile…

  23. jadi 6 speed cvt punya spec dalam web ter’leak’ proton edar tu tak betul la yer… ataupon malam karang baru dorang buat kejutan…

  24. saya berminat nak beli kereta ni tapi rasanya gaji tak cukup la, semalam sy ada bertanya pd salesman dia area nilai, dia kata interst 3.0 tapi sy punyer gaji x ckup sebab kena ada basic 1800, kalau basic 1500 hanya boleh beli saga atau persona, atau perlu penjamin. walaupun saya berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan tapi masih perlukan penjamin….ada sesapa boleh tolong

    • Ada boleh tolong. Tolong ukur baju di badan sendiri seperti kata orang-orang terdahulu.

    • 1500 basic saya rekemen saga saja…. persona pon saya tak rekemen.. perlu pikir komitmen lain sama

      • tapi kalau da h campur elaun dan lain2 …dapat la 2k ++++..basic gomen mmg camtu tuan…….mana ada keje goverment gaji banyak sangat…skrg ni pun pakai saga dah tapi takder penjamin pun tu pun tolak biru angkasa dah 8 tahun pakai keta tuh..

      • tak silap saya bank skang tengok gaji bersih… pastu dia tolak pulak komitmen lain mcm rumah dan sebagainya… atau senang citer.. gaji bersih adalah 3 kali ganda dari bayaran bulanan keta.. kalu bulanan 700… gaji bersih mestilah min 2100… kalu 2k pastu tolak lg pinjaman angkasa segala tuh memang tak lepas la..itu blom lagi semak ngan komitmen dan hutang lain kalu ada.. itu tak silap saya la…

    • maafkan saya kalu tak setuju… sungguh pun itu duit awak dan awak bleh buat apa saja dengan duit tu… tapi saya nasihatkan kalu nak pakai kereta, proton saga adalah lebih sesuai dengan nilai gaji yang ada tu. Memang seronok berkereta baru, besar dan cantik, tapi mesti ada kesan ke atas perbelanjaan seharian. belanjalah ikut kesesuaian dan kemampuan.

      • mari mengira
        kata la interest 2.8% setahun
        preve – RM73,000
        downpayment/duit muka – RM20,000

        nilai pinjaman – RM73,000-RM20,000 = RM53,000
        nilai pinjaman keseluruhan ((2.8 x 9 bulan)+100)) / 100 x 53,000 = RM66,356
        installment sebulan = 66,356 / (12 bulan x 9) = RM614.xx

    • sebenarnya, kalu nak buat pinjaman, kita tak payah tanya bank pun..lulus ke tidak.. cuba kita kira sendiri… pendapatan banyak mana tolak perbelanjaan banyak mana… sendiri buat keputusan..lulus ke tak lulus atas kita jugak..

    • bagi saya x kisah gaji banyak mana pun, janji byar duit muka tinggi.

      EG: Saga 45k. Kalau muka 15k, bulan 2 average dlm 400 selama 9 tahun. Dan kalau teringin nak pakai Preve’, sekurang2nyer duit muka kena ada dlm 15-20k untuk bulan2 average 650 kebawah. Dengan itu, x la pening roadtax insurans..

      • mm klu nak senang kira bole pegi kat site proton edar , kat situ ada kalkulator pinjaman

  25. adakah cvt ni jimat minyak…sapa boleh terangkan

  26. sekadar berkongsi..

    sy keje swasta.. gaji dlm tiga lapan.. lepas tolak2(epf,socso n tax) adala dlm tiga-tiga..anak 2 orang, bini baru sorang🙂 … commitment lain mmg xda.. rumah sewa empat-empat sebulan.. anak2 abes dalam 1k .. gedebak gedebuk …purata dapat save dlm 1k or 700..

    selama ni drive kancil je… tp semenjak anak no2, rasa mcm sempit dan tak selesa.. yelah..barang makin banyak.. yg sulung dah lasak.. tiba2 preve nak kuar.. bincang2 dgn bini.. kami setuju amik preve.. check dgn bank bule lulus.. tapi bila kira2 dia punya bayar balik.. hmmm… hampir2 xjadi..

    sebulan lebey kurang 800.. 9 tahun.. tak campor minyak, toll, insurance, meantenance.. lebey kurang suma nya 1200 baru cukup.. hmmm… skrg mcm nk tukar plan amik saga flx se plak..

    so kengkawan yang ada niat amik preve ce kira2 balik bajet belanjawan bulanan anda.. orang kata kete baru ni, nafsu nak berjalan pun membesar la.. hehe..

    cukup ke dgn gaji tiga pat ribu nak drive preve.. terpulang lah.. tepuk dompet tengok bajet..

  27. Beli Preve 2nd hand je lagi 2 tahun nanti. Harga jauh merudum daripada baru dan masih ada 3 tahun warranty lagi. Seelok-eloknya letak muka 30%, bukan apa kalau terasa nak tolak kereta nanti harga kereta masa dah susut nilai tu cukup2 je nak kambus hutang di bank nanti.

  28. sebaik2 loan kereta ialah tempoh yang pendek sbb kereta bukan aset tp liabiliti…….klu bukan keperluan mendesak, pakai dulu kereta sekenhen sementara nk kumpul duit deposit muka utk bayar muka yang tinggi…..sebaik2 dptkn loan utk tempoh 5-7 tahun jer….9 thn x digalakkn sbb hrge kereta akan cecah 50% lebih mahal drpd hrge beli asal, byk tu beb….

    adalah lebih baik, jika dahulukan keperluan membeli aset spt rumah drpd kereta sbb hrga rumah makin lama, makin naik tp kereta makin lama, makin susut nilai…..

    • betui tu iechang.. bayangkan setahun 3.0%.. kali kan 9.. xke 27% .. mokne nye.. kalu rege kete tuh 100k.. kamu bayo jadi 127k.. banyak duit tu 27k wei.. tp klu xberutang sampai bile pun xmerasa ape2.. nak cite kumpul duit, hmm… mimpi le gamak nya.. dgn keadaan ekonomi sekarang nih susoh yob..

      • alop proton preve owner..nak join gak club walopon kete lom dpt..huhu…klo xutang xdpt la nak bwk kete even kancil pon…papepon ikut la poket sendri,,kalo ckup,pkai je…bydway balik dr showroom..agak teruja..xsia2 booking awal2..hope dpt cepat la..dah cuba belek2…overal mmg puas ati cuma ada yg perlu dibaiki..headlamp dia perghhhhhhh….boot sgtla besar..dlm sgt slesa..cuma rasa gps screen tu mcm tlalu kecik lak compare dgn cabin space dlm tu..papepon ok sgt..booking yg manual je…sbb xnak over budget bulanan tu..plak tu ikut kemampuan..preve adalah kereta yg patut dimiliki utk org2 yg nak kereta yg value for money..

  29. Unbelievable… Tadi waktu pelancaran, Pengerusi proton sebut, kos Preve hanya RM540 juta… others automotive car kena belajar dari proton…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s