funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton buktikan!!!

59 Komen

Akhirnya Proton telah melancarkan model global sulungnya Prevé yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) Mines Resort City, Seri Kembangan. Model yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia ini juga merupakan bukti kepada kejayaan Proton dalam membangunkan model kereta yang bertaraf dunia. Ia menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak soft launch pada 14 March 2012.

Proton Prevé yang berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud “to prove” atau untuk membuktikan. Cara sebutan asalnya ialah “preev” tetapi telah diubah oleh Proton supaya nampak lebih komersil. Cara sebutan Prevé ialah “prae-vae”. Model ini dibangunkan untuk memenuhi ciri-ciri sebuah kenderaan global yang merangkumi rekabentuk, keselesaan, keselamatan, pengendalian, kualiti dan prestasi enjin.

Harga bagi Proton Prevé ialah RM 72,990.00(Metalik) dan RM 72,540.00(Solid) bagi versi PREMIUM yang dijana oleh enjin 1.6 CFE dengan transmisi CVT (ProTronic 7 kelajuan). Untuk versi EXECUTIVE yang menggunakan enjin 1.6 IAFM+ ia ditawarkan dengan pilihan transmisi Manual (5 kelajuan) dan CVT (6 kelajuan). Harganya bermula dari RM 59,990.00(Metalik) dan RM 59,540.00(Solid) untuk transmisi manual, manakala bagi transmisi CVT harganya ialah RM 62,990.00(Metalik) dan RM 62,540.00(Solid).

Pelbagai ciri-ciri menarik terdapat pada Proton Prevé antaranya ialah lampu posisi LED, lampu belakang LED, rim 16 inci, ruang kabin terbesar dalam kelasnya (Segment C), ruang simpanan barang 508-liter, sistem suspensi multilink di belakang, SID atau Smart Info Display, WIFI 4G, kerusi dengan fabrik kalis air, tingkap kuasa dengan fungsi anti-trap, lampu besar auto dengan Follow-me-Home ,beg udara berkembar, ABS dengan EBD, ISOFIX, ESC dan RESS (Reinforced Safety Structure) yang menggunakan teknologi Hot Press Forming untuk struktur kerangka kereta yang lebih kukuh.

Bagi versi PREMIUM pula terdapat ciri-ciri tambahan seperti sistem audio Double DIN dengan skrin sentuh dan sistem navigasi , push/start button, paddle shifter, Auto Cruise, cermin sisi auto-fold, wiper dengan sensor hujan, pendingin hawa Auto Climate, tambahan beg udara sisi dan BA (brake assist) dengan Traction Control.

Terdapat enam pilihan warna yang ditawarkan iaitu Blue Lagoon, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Tranquility Black dan Elegant Brown. Proton Prevé telah mendapat penarafan 5 bintang MyVap dan direka untuk mencapai taraf 5 bintang Australia NCAP. Ini juga merupakan bukti kesungguhan Proton untuk meningkatkan aspek keselamatan dalam kereta keluaran mereka pada masa hadapan.

Sila muat turun Brochure Proton Prevé di bawah

Preve Brochure

* Gambar akan diupload dalam masa terdekat, tungguuu….

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

59 thoughts on “Proton buktikan!!!

  1. Tahniah PROTON!!

    • congrate Proton. tabik presentation DSZ walaupun berada dlm situasi yg tidak menyebelahinya skrg. hope DSZ terus dikekalkan. masa dato jamil berucap td cara dia cakap “kejayaan proton bkn atas usaha individu tertentu sahaja sebaliknya hasil kerja berpasukan.” bukan nak bersangka buruk tp harap la tak da maksud tersirat disebaliknya.

      respect team proton terutama DSZ. kamu2 memang hebat. saya bangga dengan kamu2 d Proton.

      abis je najib tunjuk kereta terus g showroom

      ni komen sy

      Apa saya suka

      1-design belakang dan tepi nampak macam Volvo S60. ala continental design.
      2-trim kayunya solid, material soft touch menyerlahkan elegen dashboard. dashboard ala2 continental.
      3-stereng kecil dan kemas. sedap dipegang. paling cantik berbanding semua model Proton
      4-paddle shifter, door lock guna magnesium. solid je rasa.
      5-ruang kaki di bahagian penumpang belakang sangat luas. selesa. setanding dengan Nissan Sylphy.
      6-ruang kepala juga lebih banyak. tak da masalah jika anda tinggi.
      7-boot mak oii besaq gedabak. aku yang besaq ni pun muat kalau masuk dalam tu.
      8-cup holder banyak. puas hati
      9-seat walaupun fabric tapi kemas, nampak sikit mewah
      10-material bagi pintu depan pun bagus. detail. rasa lembut bila dipegang. belakang krg sikit. tp masih ok berbanding pesaing (hyundai elantra/ inspira/ cruze/ sylphy).
      11-nampak cantik walau tanpa bodykit.

      Apa yang tak suka

      1-pandangan depan kurang wow banding model konsep Tuah 2010
      2-sport rim nampak kecik (16″ kena tukar 17″)
      2-glove box bunyinya kasar
      3-HUD Double Din DVD skrinnya hny besar skrin HTC Sensation aku@ sama besar Samsung S2
      4-ada gap sikit bahagian stereng
      5-ada gap sikit bahagian air cond dalam kawasan trim kayu. juga kecewa sbb tak guna digital auto climate aircond

      so overall saya vote 8.5/10 bagi Proton Preve
      (jika dibandingkan kereta lain segmen C)

      kalau tengok brochure ambil brochure high spec kereta Hyundai Elantra, Chevy Cruze, Kia Forte, Nissan Sylphy dan lain-lain. Bagi saya memang betul2 value for moeny. worth evey cent you pay. premium spec at lowest price in Malaysia market. dah pi tengok kereta Hyundai Elantra, Chevy Cruze, Kia Forte, Nissan Sylphy, Proton Inspira, Mazda 3, VW Jetta. kereta ni memang betul2 berbaloi2 melangkaui apa yang ditawarkan kereta beharga lebih RM 100, 000. Tinggal test drive je.

      p/s :warna merah nampak kecik kemetot. nampak cam besaq saga je (kesan warna kot). esok kena pi ronda2 tengok colour per cantik. hope putih tidak mengecewakan. jika tidak kena tukar.

      • Aku nk tambah skit..

        Pro..

        1. Harga mampu milik
        2. Pandangan Sisi dr separuh pintu belakang ke hujung sisi lampu belakang mcm ala-ala X6.
        3. Dashboard tak lagi keras mcm plastik baldi… dlll

        Con….

        1. Gap yg ketara pada Trunk lid rear bonnet carpet cover belah yg ade cable masuk.
        2. Gap yg ketara pada slot keyless di antara cover keyless dgn dashboard.
        3. Itu jer stakat ni….

    • ni pun berita semalam jugak. harap2 belum basi la… kisah pasal Youngman SUV bakal berada di Beijing Auto Show. betul ke dibangunkan oleh Proton? nampak cun gak, bleh tahan la. aku suka Preve, tapi aku dok tunggu SUV skrng ni🙂

      http://www.carnewschina.com/2012/04/16/youngman-lotus-suv-concept-to-debut-at-the-beijing-auto-show/

      more pics:
      http://jokeforblog.blogspot.com/2012/04/lotus-youngman-suv-spy.html

      • jgn tunggu SUV Proton dulu bro, nanti proton nak kuar lori 4thn lagi…..tunggu la lori tuh…..ekekekekeke…

      • buatpe aku tggu lori, aku bukan nak beli lori. kalo ko nak ko beli la.
        aku tgh tggu CRV baru, bila kuar nanti aku nak compare dgn sportage.. tapi kalo proton kata SUV lagi setahun – dua, aku tunggu la lagi. tak rush nak beli pon.

      • suv proton tu masuk ke mesia?

      • yup.. dgrnya proton develop SUV tu utk youngman. youngman yang byr kos R&D, dan development skrng ni mainly kat china sebab youngman nak staff diorang mula belajar dari proton segala proses utk buat kereta. kiranya skrg ni proton tgh transfer knowledge kepada youngman la…
        bila keluar nanti akan kluar brand youngman dulu. proton ada option utk rebadge semula SUV tu sebagai Proton punya model plak lepas tu. so design maybe akan berbeza sebab taste kat china ngan malaysia tak sama.

      • safety dia cmne?

  2. Menawan Dunia..

    dah tak de umphh tgk gambar sama..kalau ada Special version tadi sure tak tido malam duk belek2 gambar..

    apepun.. JOM TEST DRIVE…

    p/s: PM Najib agak knowledgeable pasal kereta jugak, tak baca teks pun mcm VVIP DRB-HICOM..DSZ still best speaker utk mlm td..

    Nite.. tido tak lena sgt tak dpt tgk model special edition..

  3. Kadang2 aku teringatkan perjalanan Proton mula2 nk buat kereta ni.sanggup berpanas p skodeng bwah pokok nk dpt shoot gambar dgn camera compact aku.bila dh beli dslr dia tutup pulak port tu..haha.hari2 masuk sini tgok info.phonex project.persona r la.punch motive.gatrag la duduk x duduk 2 tahun gak nk tunggu..akhirnya aku puas hati hari ni dpt gak pegang2..alhamdullilah mencampai thap kepuasan aku dgn harga tu..insyallah aku akn booking gak.tq

    • hahahaha.. itu semua kenangan manis bro chor kan.. X per, sekurang2nyer EPILOG BRO CHOR bersama P321a still ada dlm FD nh.. Cari jer mesti ada..

    • terbaik. sweet siot. boleh buat movie ni. chor dan preve, bagai aur dengan tebing. hahaha

      • Aku sebenarnya rindukan komen bro theking.sifu..mana depa ni p..

      • chor, the king dh tkr keje klu xsilap. Sifu ada rasanya kot, cume x aktif mcm dulu. Bahaya kot coz byk mata memandang info leak

      • bro mat,

        oh yer ker theking dah tukar. Sebab dulu die ada bagi tau mccm buzy sikit. X tahu lak die tukar. Last komen pun dekat bulan 3 hari tu.

  4. Terrrbaikk

  5. just went to the showroom, not bad not bad🙂

  6. Dh book tp x test drive lg..InsyaAllah akan p test drive dlm masa t’dekat…awal2 ni for sure ramai org huhu….

  7. harap dpt upload gambar proton preve sapphire….
    mmg mencuit hati time dsz ckp loghat td
    bawa pitih byk2 ye…haha

  8. tahniah proton!
    kekalkan DSZ!

  9. Tahniah Proton!
    Kekalkan DSZ. Proton tidak sesuai diurus oleh orang management yang tak tahu apa-apa pasal engineering. Berbanding DSZ yang memang engineer, bab2 teknikal memang superb.

    Semoga produk lepas2 ni lagi mampu dipasarkan ke seluruh dunia. =)

    • betul2.. DSZ berucap x yah pakai text pun. Yg lain (eg: org besar) semua bertext. Teringin nak jadi mcm dssz. Berucap dengan yakin dan tegas. Walaupun saya nh ex-tourism management student ( we have to speek infront of others people spontaneous), nerve wreck is still my worst enemy.

  10. sape ada video launching especially dsz punya speech tu, tolong share.
    tak sempat tgk sbb sdg belanja barang dapur kat tesco..huwaaa!!

  11. sungguh2 betul proton basher dgn cerita penipulara dan cakap ‘ayam’ saja …
    kesian mereka….
    mcm meroyan pun ada deme ni…..

  12. Teman tgk yg biru tu cun je..tergugat hati teman.

  13. Pingback: HermasJalil.com – Nasional: Najib lancar kereta Proton Preve berinternet

  14. gambar preve warna hitam takder ke? dalam tv semalam nampak putih, biru & merah jer…

  15. Semalam semasa tengah tengok Preve dekat showroom kedengaran ramai yang memuji kereta PROTON baru ni. Nampak solid,elegan dan kemas termasuk interior dengan soft plastics. Paddle shifter dan pedal pintu yang pakai magnesium menyerlahkan lagi kemewahan preve walaupun harga jauh lagi kurang daripada pesaingnya. SA PROTON ok,cuma mereka macam kurang promosi kelebihan yang ada pada kereta ni. Contohnya 4 airbag yang takde pada pesaing yang sekelas dengannya.

    Kedengaran juga beberapa orang komen macam ni. “Body besar tapi pakai 1.6. Kalau pakai 1.8 ok jugak”. Aku pun terus menyampuk. Ni pakai turbo. Macam VW sume tu sume dah pakai turbo sekarang dengan enjin yang kecik. Minyak pun jimat. Terus dia senyap.

    Apa yang aku suka tentang kereta ni adalah lampu LED. Plastik lembut pada papan pemuka. Enjin CFE tak boleh komen lagi sebab belum test drive. Ruang dalaman yang sangat besar..sangat besar. Stering yang gebu dan sedap dipegang. Kalau nak taip banyak sangat ni. Tapi Preve memang terbaikkk.

    Apa yang aku tak suka tentang PREVE adalah LCD yang kecik sangat. Takde Reverse cam. Dan lubang kunci yang gedabak besar dekat bonet belakang. Wing proton yang agak slim. Kalau bold kan macam sapphire tu lagi nampak gagah. Takpe kita tunggu fl nanti.

    Apa yang aku harap ada pada fl nanti adalah rim 17,bodykit yang simple tapi elegan. Logo proton yang bulat dan skrin LCD yang besar.

    Tunggu test drive. Tak sabar nih.

  16. Mase Dato’ Jamil Khamil speech..mengantuk..(sebab bace skrip)..
    Mase DSSZ speech…mantap!! speech mmg nmpk natural dan knowledgable.

    • betul2..

      bro savvy, dulu kan ada benda surpise yg dssz nak ucapkan. Aper bende tu. If i’m missing something?

      • Mmm… yg surprise tu mgkin dia nak bagitau dia dah nak berenti:( Tapi mgkin x sampai hati…huhuhu… tapi dia x cakap kn? maknanya 50/50…

      • yg tu ker.. Ker ada bende lain. Kt PT pun still bende nh cycle around..

  17. Gambar gua tgh mkn x de plak dlm ni…hehehe kul 12 bru smpai umah…

  18. terbaek!!!! lama plak nak tunggu bulan Jun… huhu…

  19. Unbelievable… Tadi waktu pelancaran semalam, Pengerusi proton sebut, kos Preve hanya RM540 juta… others automotive car kena belajar dari proton…

    • preve kan derivative drp exora..

      • yep bro tapi ada company yg jual mahal nak mampus sedangkan kereta dari paltform yg sama ubah sikit2 lak tu.. Tahu kan trio T iaitu Hi..For…Inn..

  20. off topic, kawan2 prasan x yg dlm exec cvt, dah xda L mode, ditukar ke S mode. Suara sumbang kita didengari oleh mereka🙂. Alhamdulillah, mereka mendengar.

  21. awat tadak reverse camera??? rakyat malaysia x semua tinggi utk jeling blakang… lagipun x tau if ada budak tgh main sorok2 kat belakang, pasu ke, kepala paip ke masa reverse..bontot kete ni consider tinggi gak..

  22. petang nih boleh gih pegang-pegang dulu…kalo sempat gih test drive..
    great speeches by DSZ, Datuk Khamil kena improve lagih…your speeches not convince me enough to think your product is good.

    To tuan tanah:
    1-Selain boleh buat showdown bertulis untuk with civic, forte, altis etc.secepat mungkin…buat versi you tube gak..versi video. ramai rasanyer askar askar kat sini ader DSLR yang boleh shoot video.

    2-Pergih buat sesi terjah kat proton edar. rakam camner derang handle model baru nih..start from intro sampai test drive. and upload to you tube arr..

  23. bro FD… kalau tak silap semlm ada 1 unit warna elegent brown diletak kat area foyer luar dewan tu… bro ada amik gambar tak? kalau ada mohon share… tq…

  24. sgt wow apabila p showroom smlm…tp ada yg perlu improve lg..nak tgk model putih…byk showroom kaler merah,biru jer…takut kalo putih xlawa nak tukar kaler lain..smlm tgk overall sgt puas ati..cuma laci dashboard tu agak ketat masa nak tutup…myb dah ramai bukak tutup kot..hope leh improved lg…agaknya bodykit sapphire tu proton kuarkan tak??nak kasi mekap mcm tu la..hehehe

  25. satu lagih..harap tuan tanah guna kamera yang level ok sket kot…pasal gambar yang diuploadkan nampak macam over saturated…contrast ader lari sket nih…just my two cent arr…

    and satu lagih….sesi temubual ngan designer cik azlan dah upload…
    maybe tuan tanah boleh temubual engineer suspension ker…safety ker…
    dapatkan ceriter exclusive derang…maybe more interesting arr…

    tapi geologist yang amik kunci semalam tuh cun la lak…kaya ( kalo geologist Oil and Gas arr) +cun+ader kete best…walla…give me your number please..hahaha

    • pakai dslr dah tu, cuma speed ligth tertinggal, terpaksa pakai flash yg standard je bro, kalau ikut gambar gelap, edit dlm photoshop jadi gini pulak, hahaha…

      • Bro ni la cabaran bila shoot dlm cahaya yg kurang.built in flash mmg susah nk control.xpe nanti jgn lupa speedlite lagi bos..hehe..ni pun dah ok untuk beginner mcm kita.klau nk gambo mcm bro hezeri.modal kena besor..body+lens+speedlite xtau la berapa modai dia…sesuailah dgn thap pro dia.

      • ni dslr pinjam je bro, hahaha..ada duit nanti nak gak beli yg baik punya, hehehe

  26. memang tak menyesal kepada sesiapa yang menunggu kereta nih😀

    Terbaek!!

  27. Congratulations to DSZ and to all the people in Proton and all the vendors. Keep up the good work. Keep it up!!!

    I’ll see your Global Small Car (EMAS) and P3-22A (Hatchback)? When I can meet the P3-22A? Hahaha…

    All the best!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s