funtasticko design

http://funtasticko.net

PROTON lancarkan jelajah Prevé ke seluruh negara

20 Komen

Sekarang sedang berlangsung jelajah motorcade Proton Prevé ke seluruh negara untuk memeriahkan lagi program sempena pelancaran rasminya selain memberi rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan dan kejayaan Proton membangunkan kereta global pertamanya.

Konvoi tersebut telah dilepaskan dari Sri Pentas Bandar Utama, dengan lapan buah Prevé, empat buah Inspira, selain sebuah Persona dan Exora. Sebagai sebahagian dari tradisinya, Proton juga menyerahkan kunci kepada individu yang pertama menjadi pembeli Prevé. Kunci tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Urusannya Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di bilik pameran Platinum PROTON di Mutiara Damansara, yang juga merupakan hentian pertama konvoi tersebut selepas Sri Pentas.

Dari Mutiara Damansara, konvoy tesebut meneruskan perjalanan ke bilik pameran EON din Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur dan seterusnya ke Menara Maybank di Jalan Pudu dan Ambank Berhad di Jalan Yap Kwan Seng.

Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke dua lagi destinasi di Senawang dan Melaka sebelum bermalam di Johor Baru.

Perjalanan hari kedua sejauh 560km konvoi tersebut menjelajah ke Yong Peng, Segamat, Bahau, Temerloh, Mentakab dan berhenti di Kuantan.

Pada hari ketiga, ia melibatkan jarak perjalanan sejauh 450km yang bakal merentasi Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Jerteh, Bachok dan Kota Bahru. Selepas intu mereka menuju ke Tanah Merah, Jeli, Baling, Sik, Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang sebelum mengakhiri perjalanan mereka di Juru, Ipoh dan di Jalan Ampang pada 21 April 2012.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Advertisements

20 thoughts on “PROTON lancarkan jelajah Prevé ke seluruh negara

  1. tertarik dgn komen pasal preve kt hlaman sinar harian…msih mengkondem lg…

    ” Syed Mohd Hafiz
    matang apa kalau masih menggunakan teknologi timing belt ?
    power stearing pkai minyak lg? org x pakai dh.. org pkai
    timing chain dh.. stearing electrik dh.. tlh jgn tertipu.. kata
    lotus ride n handling x kan handling lotus pakai minyak kot?
    hahaha proton2… x habis2 nk tipu rakyat”

    • Bro ada dalam tu jugak ke?saya tgh counter comment diorang kat sana..hahah

    • itu komen bangang. period.

    • Jawapan yang terbaik ialah…..kenapa?…..tak percaya?

    • untuk menjawab pelbagai kutukan dalam blog/forum, rasanya Funtastickos sama-sama bantu Proton bagi fakta yang sebenar kepada mereka.. tak perlu bantai, just cakap fakta, nanti pandaila mereka google, orang sekarang cerdik pandai..hehe

      kita kongsi ilmu yang kita tahu, bukan rugi pun, makin bertambah ilmu ada la..

      pasal jelajah Preve tu, fuhh..memang DSZ and their team kerja kuat.. i give my respect to all of you..

      p/s: Malam masa launch tu, PM Najib kata ucapan penuh bersemangat, mungkin dia nak tuju pada DSZ tapi politician perlu jaga hati orang lain juga..hehe.. team proton lain pun ok speech, cuma perlu lebih diberi peluang bagi open speech..

      Kalau DSZ betul2 keluar, PM bagilah DSZ can pegang/senator Menteri Pengangkutan ke, nanti buat dasar baru, upgrade semua faktor keselamatan dalam kenderaan. Biar safety features kenderaan di Malaysia setaraf dengan antarabangsa, wajibkan crash test kepada semua model yang masuk malaysia(mampus kau perutdua), gerakkan segala institusi keselamatan jalan miros, jkjr dan ntah apa lagi..

    • org yg komen tu mesti x tau pe2 psal engineering kan…hahaha komen tah pe2..eps tu proton dah implement kat Proton Juara yg org M’sia ckp peti sejuk bergerak tu…Proton Juara tu klu nk ik0tkan,mmg sistem bgus tp market x terima…pasal timing chain tu,dia ingt teknologi skrg ke bru guna timing chain..padahal tu teknologi lma b4 org guna timing belt..pastu bru org implementkan blk timing chain tu skrg…stiap bnda,ada pro n con…klu nk komen,biar matang…

  2. Sy rasa ada keperluan proton utk add eps dan timing dalam siri2 akn dtg.
    Proton juga perlu plan contigentcy utk owner proton trade in pd harga yg tinggi pd market . Harap pihak proton tak berdiam diri kerana model selepas waja harga jatuh byk banding p2.

    • Taknak harga jatuh bukan beli kereta. Tapi beli tanah, rumah, emas dll..

      I thought Proton pernah initiate nak guna eps. Tapi sebab penggunaan eps ni pastinya membuatkan Proton R&H akan terjejas. As a layman, eps ni macam dewa diagung2kan. Teknikalnya, tak tahu kelemahan sistem eps ni.

      Ya, Proton perlukan eps, tapi eps yang mempunyai adaptive system, synchronize dgn mode pemanduan Sport dan halajau kereta macam yang pernah dipasang pada Fiat Grande Punto Abarth. Bukan eps bodoh macam Myvi dan Vios, bila laju melayang2 tak boleh control.

      Timing belt pula, takde masalah pun pakai belt. Satria Neo yang mat Jepun lenjan bawa rally tu pun pakai timing belt. Menang pulak tu. Takde pulak dengar orang Jepun pakai Myvi/Vios yg pakai timing chain tu bawak rally. So, timing belt campro – Rally proven.

      • Btul tu..eps ni tech yg bagus tp perlu sesuaikn dgn r&h proton. Kalo x percaya, try bwk myv yg basic tu…memg rs x konpiden kalo nk speedg. Sy pernh bwk honda city 2004 stndrd yg pki eps, sy rs sedap lg bawak persona yg pki hidrolik je tu.

  3. sekarang semua org ada phd in automotive design + engineering + marketing n management..owsemmm 😛

    • welcome to School of Engineering Funtastickos’
      Professor Mat lead us.. haha

      The King is the Dean

      Campromania is the Shareholders

      the rest is student..
      i’m practical student for highway racing team. muahahaha

    • aku nak jadi siak surau kt sekolah ni boleh? nak sembang auto sgt x pandai, skt2 bolehla. huhu.

  4. ya ka bro,sy ada
    …yg nama sape yea?

  5. Salam bros yg hebat2 di FD, sy punya loan utk preve ni da approve, tinggal nk sign agreement n tunggu kereta sampai je ni..tapi saye nk tanye,kereta baru memang perlu running-in utk 1000km pertama ke atau ni hanye mitos?

    • tunggu bro mat bagi lecture okay..hehe

      kalau aku, 1st 1000km tu sekadar nak buang kotoran-kotoran/ sisa2 halus acuan gear, gear dan benda2 yang tak sepatutnya lekat dalam enjin..walaupun QC dah dibuat kat kilang, tapi pendapat peribadi aku, 1000km pertama tu wajib pantang dulu..hehe..kalau ada org cucuk atas highway, bg jela diorang syok sendiri dulu..hehe
      so far.. kenderaan yang aku pernah miliki semua smooth enjin.. alhamdulillah..

  6. Preve Elegance Brown seperti gambar di atas sangat AWESOME!!!

  7. oo..org taiping punya…tp sy kgum dgn sttment bro chor…terbaikkkk…sy pn ingt nk menangkis jgk tp rs mcm mls dh.org yg mengkondem ni smpi bla2 pn cr point nk bash…

  8. cerita pasal timing belt bukan pasal rally …cerita pasal berapa ramai orang putus timing belt…
    memang salah owner…tapi kena pikir kos tukar timing belt tu berapa jugak…nak tanggung anak sekolah dan berbagai semua guna duit…lain la kalau timing belt tu boleh tahan sampai 200k ..sedap la jugak….tapi sebenarnya ada timing belt yang tahan sampai 300k…cuma tak semua jenis kereta ada jual timing belt jenis tue…kalau teknologi honda dulu2 kalau putus timing belt tak effect pun kat batang valve…cuba la PROTON FIKIR…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s