funtasticko design

http://funtasticko.net

Polo Sedan kekalkan ciri rekaan Jerman

34 Komen

UPDATE : Video Polo Sedan 160kmh

Kereta buatan Jerman mungkin diterima ramai sebagai kenderaan yang mempunyai nilai kejuruteraan tinggi dan boleh diharap. Tidak hairanlah jika jenama Volkswagen atau VW menjadi satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Malah gergasi automotif sedunia ini secara tidak langsung telah mula mengorak langkah dalam dunia dua roda melalui  pemilikan saham majoriti dalam syarikat motosikal Ducati melalui anak syarikatnya iaitu Audi.

Ramai juga yang menanti kehadiran Volkswagen Polo Sedan ke negara ini telah membuat pelbagai spekulasi, terutama sekali harganya. Sedan yang disasarkan Volkswagen sebagai kereta Jerman dengan harga berpatutan ini dipasang di India, dan rancangan pemasangan dalam negara akan bergantung kepada permintaan pasaran tempatan dan mungkin negara jiran terdekat.

Jangan tersilap, kerana VW tidaklah sekadar menambah but belakang kepada Polo hatchbacknya, malah telah memanjangkan tapak rodanya sebanyak 82mm bagi mendapatkan ruang yang lebih luas dan meningkatkan panjang keseluruhan kenderaan sebanyak 414mm. Hasilnya Polo Sedan ini mewah dengan 454 liter ruang but iaitu 174 liter lebih banyak dari model hatchback, membuatkan ianya mampu bersaing dengan kenderaan lain seperti Ford Fiesta Sedan yang mempunyai ruangan but 430 liter.

Kereta ini dihiasi dengan krom pada gril depan, penampan angin hadapan dan sekeliling lampu kabus nya. Ia juga didatangkan dengan lampu halogen boleh-laras serta kaca cermin berwarna hijau bagi menyerap haba. Ianya didatangkan dalam enam warna – Putih Candy, Merah Flash ,  Coklat Lembut Terra Beige, Biru Shadow , Perak Reflex  dan Hitam Pekat.

Terdapat juga hiasan krom di bahagian dalam, yang mengelilingi suis lampu, lohong pendingn udara, roda stereng, tombol  brek tangan dan juga tombol gear. Seperti yang mungkin boleh dijangkakan, hiasan kulit membaluti stereng, penutup batang dan tombol gear serta tuil brek tangan.

Tempat duduknya selesa, berkualiti tinggi dan dihiasi kemasan tipikal kereta VW, dengan ruang kepala yang mencukupi. Operasi bukaan cermin tingkap kuasanya mampu dikawal dengan satu suis pusat bagi kesemua empat tingkap, malah boleh dikawal dengan kawalan jauh melalui fob kunci bagi memudahkan anda membebaskan haba panas di dalam kereta anda yang berjemur! Ini mengelakkan masalah terpaksa memasuki sebuah kereta dengan udara panas yang terkepung ibarat sebuah oven. Paparan pelbagai-fungsi juga agak menarik rekabentuknya, dengan pemain muzik empat pembesar suara dan juga pintu belakang dengan poket penyimpanan sisi.

Kenderaan moden ini dilengkapi empat beg udara (dua di bahagian hadapan dan dua di sisi) dan Pembahagi Brek Elektronik (EBD). Ada juga Sistem Cerdas Respons Kemalangan atau ICRS, yang secara automatik akan membuka pintu dan menyalakan lampu kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. Tambatan Isofix juga ada dibekalkan untuk memasang pelana keselamatan kanak kanak.

Polo Sedan ini dikuasai enjin 1.6 liter MPI  dengan aspirasi semulajadi yang mampu menghasilkan 105 PS dan dayakilas sebanyak 153 Nm. Ia dikatakan mampu memecut dari pegun ke 100 kmj dalam masa 12,3 saat, dan mampu dipandu sehingga 183 kmj. Jalanraya di Pulau Langkawi tidak banyak memberi ruang untuk menguji kelajuan mutakhir, namun telah mampu mencapai kelajuan 160 kmj dengan mudah di satu lurusan yang kebetulan tiada berkenderaan. Enjinnya agak kecil sesarannya, namun dirasakan agak mengghairahkan gagah melalui penukaran gear baik secara manual mahupun automatik. Polo Sedan ini juga dikatakan menjimatkan dengan catatan 6.5 l setiap 100 km, dan setelah dipandu agak ‘keras’ hampir 100 km, meter minyak didapati masih belum berganjak dari tahap tertinggi. Enjin ini menyalurkan kuasa ke roda hadapan melalui transmisi enam kelajuan automatik berlengkapkan penukar-dayakilas (torque-converter), dengan Tiptronic sebagai pilihan.

Tayar Apollo? Pada mulanya penulis agak skeptikal dengan penggunaan tayar yang tidak dikenali ini pada kenderaan Jerman tersebut. Namun berbekalkan keyakinan kepada tahap kualiti VW, sesi pandu-uji diteruskan tanpa banyak memikirkan hal tersebut. Sebenarnya pada bulan Mac, 2010, pengeluar tayar dari India, Apollo, yang diasaskan pada tahun 1976, telah berjaya meyakinkan Volkswagen AG untuk membekalkan tayar Apollo bagi VW Polo Sedan yang dipasang di India sebagai kelengkapan asal. Dipasang kepada roda aloi 15-inci, Apollo Acelere 185/60 R15 nampaknya cukup baik dan mampu untuk memberikan cengkaman baik dalam selekoh yang laju, dan jika diambil kira bahawa ia mempunyai lapisan kalis bocor, alur yang menolak keluar batu kecil dan sebagainya, mungkin ianya satu pilihan yang agak baik. Namun setakat ini belum dipastikan jika ada yang berminat untuk membawa masuk jenama ini ke Malaysia. Mungkin ada di antara anda yang berminat?

Secara amnya Polo Sedan ini mampu menjalankan tugasnya dengan baik, iaitu bagi keperluan pengangkutan sebuah keluarga yang besar dengan keselesaan sebenar, disamping menawarkan semua kemudahan yang diperlukan dengan kualiti pemasangan yang baik. Sepadan dengan kualiti sebuah kereta yang sederhana besar, ianya bersifat munasabah dan agak seronok untuk dipandu. Polo Sedan ini ditawarkan pada harga RM99,888 tanpa pendaftaran mahupun insurans, dan mampu dipertimbangkan dengan legasi jenamanya, walaupun mungkin ada yang mengatakan ianya agak melebihi pesaingnya dalam kelas yang sama.

Artikel dan gambar daripada saudara Salihin Abd Rahim yang mewakili Funtasticko Design ke majlis pelancaran Polo Sedan di Langkawi baru-baru ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

34 thoughts on “Polo Sedan kekalkan ciri rekaan Jerman

  1. belakang macam BLM takdak sapa nak condemn ker?
    hehehe… tp ciri2 yg ada bagus..😀

    • bagi aku blm cantik..tapi flx ntah ape2..lagi2 headlight..terlebih besar compare dengan size kereta..

  2. takde plak org nk tiaw keta ni..aku tgk interior cm zmn wira…rear lamp cm keta pakcik2..harap ke logo je lawa…100k utk cmni je…ish2…xberbaloi2 ..
    stering die cantek..hehe

  3. serius klu proton bt kete camni msti dah kena kutuk kow2…semua part aku xberkenan kereta ni terutama part bonet yg xkemas n dashboard yg lawa skit je dari saga BUATAN PROTON….cuma VW punya emblem tu je la yg lawa!!!!mana basher2 semua, senyap je…

  4. langsung x berbaloi..
    rear end plain gile kot..
    macam keta murah je ak tgk tapi harga 100K..
    yg paling x best VW ni xpakai enjin TSI n gearbox DSG..

  5. exterior dia straight cut je..interior boring..dashboard WIRA lagi menawan cantik..tail die iras2 SAGA BLM pn ade.. xberbaloi le dgn spec low end..
    sorry le..

    basher2 PROTON..lari mana aaar???

    • sembunyik bwh meja

    • volkswagen interior memang plain. semua polo dengan golf pun same. tapi kalau rm80k untuk kereta ni, aku rase preve pun orang tak tengok dah.

      • orang tu bergantung kepada individu, so x semua akan berfikiran sebijak mcm bubu. thats y ada nyer supporter n basher for every brand.

  6. Mmm..kalo cmpur insurance maunye 100k lebih jugak ni..baikle aku amik inspira or civic ke

    • bagi saya bawah 100k FORTE amat2 berbaloi..

      • selain Proton Preve. Forte ngan Cruze berbaloi. pe lg Cruze pun conti + muscle. besar pun besar. x silap 2012 punya dah ada push start button

  7. x de plak org kondem pasal stereng texture dia..lbh2 lg yg ditengah2 tu…texture dia mcm stereng gen.2….oh lupa…Its a VW!!

  8. itu la kalau bmw lambang proton pun mesti orang ckp design buruk giler.. hairan orang kita ni bukan nak ber support.. kalau ya ada masalah pun mungkin pasai ni first global car Proton. jadi munkin ada la skit2 tuh.. Merc dan Bmw pun ada

  9. bila jenama kereta luar yng hampeh semua pakat diam jer…
    kalau proton semua xkena!
    aku berdoa agar golongan yang suka pelekeh maki hamun proton ini nyawa mereka dia ambil oleh allah dalam kemalangan jalan raya…ya allah engkau amibl lah nyawa mereka ni dengan azad seksa engkau ya allah…kerena mereka ini mempunnyai hati yang busuk! malah mereka ini tidak mempercayai engkau ya allah!!!!!!….semoga engkau masukan mereka ini ke dalam neraka jahanam..amin…

    • tak baik mendoakan keburukan keatas org bro…doa biar Allah tunjukkan kat dorg dgn cara yg Allah sendiri tentukan…

    • Astaghfirullah… bawak2 mengucap n sama2 muhasabah diri. Jangan la emo sampai tahap camni bro! Jangan main2kan doa camni, doa utk kebaikan meskipun kita berdoa utk musuh kita, semoga musuh kita diberi hidayah oleh Allah, syurga neraka bukan urusan kita, kita beramal dan harapkan redhaNya, bukan kerja kita nak suruh Allah masukkan sapa2 dlm neraka.

      Ni yg aku malas baca blog Malaysia ni, TERLALU EMO! Bukannya nak bahas secara ilmiah, baik basher mahupun fanboys.

  10. waksegan polo – buruk x buruk,design cm uncle kalau ade org bagi free aku sebat je,kualiti jerman das auto tu beb x mcm potong low class…

    kalau polo itu proton -dah la dashboard cam 90,meter cikai,bentuk cam pakcik2 je….enjin still mpi,org lain dah pakai direct injection…105ps je aduh….rim kecik kedekut betul tayar apollo,cap ayam mana lani….kalau org bagi free pun x hingin aku.,hmmph..

    trollface.jpg

  11. kereta ini sesuai kepada golongan veteran yang mempunyai jiwa yng sabar tenang
    sukakan kepada benda yang simple,easy dan ringkas macam pak cik
    paki cik bukan hendak pandang rendah terhadap proton tertapi saga FLX depan dia mmmm…kan baik BLM sejuk sahaja bila memandang…amin…alhamdulilah…gitu

  12. Proton kena bnyk gunakan insert krom kat dashboard , walaupun polo kereta entry level tp ada unsur krom telah menaikan sikit level dalaman kereta

  13. polo letak unsur krom tu rasanya nak biar nampak mcm kete mahal sbb harga dia tak murah. 100k?hmmm….. baik amik kete lain je

  14. tp tgk video kt ats..speed @160kmh, NVH die mantop gak

  15. Org luar boleh beri review yg positif pd model Proton Satria Neo

  16. Begitu juga dgn Proton Savvy

  17. Biasalah….Malaysian….kritik produk sendiri….puji brand org lain

  18. it not the FSI direct injection engine?

  19. IT IS NOT THE LATEST ENGINE,, PLEASE LOOK AT BELOW BELOW, NO DIRECT INJECTION,.. EMISSION IS EURO 2..
    THE ENGINE IS BEING USED IN VW POLO MK4 BETWEEN 2002-09
    http://en.wikipedia.org/wiki/File:VW_Polo_IV_front_20080215.jpg.

    JUST TO PONDER, WHILE OTHER MODEL OF VW RANGE HERE NOW AT LEAST FSI TSI TFSI

    —————————————————————————-

    1.6 R4 16v 77-80kW
    identification
    parts code prefix: 036
    engine displacement & engine configuration
    1,598 cubic centimetres (97.5 cu in) inline-four engine (R4/I4); bore x stroke: 76.5 by 86.9 millimetres (3.01 in × 3.42 in), stroke ratio: 0.88:1 – undersquare/long-stroke, 399.4 cc per cylinder, compression ratio: 10.5:1 (China), 12.1:1 (AUS)
    cylinder block & crankcase
    grey cast iron; five main bearings, die-forged steel crankshaft
    cylinder head & valvetrain
    cast aluminium alloy; four valves per cylinder, 16 valves total, double overhead camshaft (DOHC)
    fuel system & engine management
    electronic multipoint injection; Bosch MD 7
    electronic injection Total Flex gasoline or ethanol (Brazil)
    DIN-rated motive power & torque outputs, ID codes
    77 kilowatts (105 PS; 103 bhp) @ 5,700 rpm; 148 newton metres (109 lbf·ft) @ 4,500 rpm — AUS, AZD, ATN, BCB (discontinued)
    77 kilowatts (105 PS; 103 bhp) @ 5,600 rpm; 153 newton metres (113 lbf·ft) @ 3,800 rpm — BTS, CFNA, CLSA
    80 kilowatts (109 PS; 107 bhp) @ 5,800 rpm; 150 newton metres (111 lbf·ft) @ 4,200 rpm — (China)
    applications
    SEAT Ibiza Mk3, Mk4 & Mk5, SEAT Córdoba Mk2, SEAT León Mk1, SEAT Toledo Mk2, Škoda Fabia Mk2, Škoda Roomster (BTS: 05/06->), Škoda Octavia, Volkswagen Polo Mk4, Volkswagen Golf Mk4, Volkswagen Bora, VW Jetta Mk4 (China), Volkswagen Citi Mk1, Volkswagen VeloCITI, Volkswagen Citi Life

  20. lebih baik angkat FORTE 2.0SX lagi value for money.. macam rugi ja beli Polo sedan nih.. huhu tp kalau ada duit lebih tu ikut suka la..

  21. tiptronic is crisp. floor shift actuation has a good macho shift action compared to paddle shifter.
    slow move to a quick overtaking requires 2 down downshift and the car revs for power surge.

    in normal D the car is no hurry. it lets you enjoy the scenery.
    steering is light with height adjustment.

    although the engine is from the past. its lively and tiptronic let the engine to squeeze some athletic sprint.

    thanks vw for letting me a go in a polo sedan.

  22. for sure yang banyak beri komen kat atas tu “tak biasa” dengan kereta jerman..nak habaq mai VW bagusnya kat engine, gearbox dan handling..jangan duk citer pasal tail lah, lampu lah, dashboard lah, interor lah..itu typical japanese car..nak komen biarlah tang teknologi injinnya, kotak gear dan handlingnya beb..porah! asyik bawak kereta jepun nak komen kereta conti..poodahh!

  23. sape kata keta ni x best? aku dah bawa naik gunung raya, langkawi. handling dan gear transmission mmg best giler. enjoy pkai tiptronic bila naik bukit.. 60 – 70 km/j senang2 n rasa selesa..😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s