funtasticko design

http://funtasticko.net

ETCM PERKENALKAN NISSAN ELGRAND DAN MURANO SERBA BARU

1 Komen

KUALA LUMPUR (20 April 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan model Nissan Elgrand, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) premium tujuh tempat duduk dan model kenderaan sports utiliti (SUV) yang dipertingkatkan, Nissan Murano. Kedua-dua model baru ini adalah diimport sepenuhnya dari Jepun. Kedua-dua pun merupai model terbaik Nissan yang memiliki reka bentuk yang menawan. Ia sememangnya disasarkan kepada golongan “niche” yang mengetengahkan gaya hidup mewah sebenar. Dengan pengenalan model-model ini, ETCM berjuang untuk memberikan satu tahap prestasi dan pengalaman baru dalam segmen kenderaan mewah.

Nissan Elgrand Serba Baru

Unsur “Dinamik dan Kemewahan” memang terserlah dalam Elgrand serba baru ini. Elgrand mempunyai tubuh badan yang luas dan rendah demi peningkatan kestabilannya. Manakala, garisan dinamik yang bermula dari bahagian hadapan sampai ke sisi belakang badan Elgrand pula menonjolkan profil kemegahannya.

Para penumpang hadapan dan tengah dapat menikmati keselesaan yang tiada bandingannya menerusi “signature” Elgrand iaitu, tempat duduk jenis “Captain Seat”. Tempat duduk berasingan itu menggabungkan tiga teknologi terbaru: “Seat Cushion-Integrated Leg Rest”, “Articulated Seatback” dan “Three-Layered Cushion Pads”.  Nissan merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan yang menggunakan ketiga-tiga teknologi tersebut dimana penumpang akan merasai seperti tempat duduk kapal terbang kelas pertama.

Sebagai tambahan, “Raja Minivan” itu turut memudahkan para penumpang keluar masuk kenderaan melalui pintu gelongsor automatik yang besar. Di samping itu, ciri-ciri kemewahannya yang lain juga terdiri daripada kawalan suhu automatik dua zon bagi ruang kabin hadapan dan belakang serta sistem hiburan teater tersendiri. “Around View Monitor” yang didapati dalam jentera ini membolehkan pemandu memakir atau mengendalikan kenderaan dengan mudah di ruang yang sempit.

Elgrand memiliki ciri pemanduan dan kestabilan seperti sebuah sedan. Ia dijuruterakan melalui satu “platform” yang terkini. “Platform” tersebut memberikannya titik graviti rendah supaya dapat mengawal kenderaan sepenuh dan juga pemanduan yang selesa. MPV premium itu menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang memiliki kuasa maksima mencecah 280PS @ 6,400rpm dan tork 344Nm @ 4,400rpm.

Ia didatangkan dengan rim aloi aluminium berkilat 18 inci yang disalut krom serta ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu putih, kelabu, ungu gelap dan hitam. Bahagian dalamannya pula menampilkan “upholstery” kulit berwarna perang gelap dan dilengkapi dengan kemasan jenis panel kayu.

Nissan Murano Yang Dipertingkatkan

Nissan Murano, sebuah SUV premium yang pernah memenangi anugerah tertinggi, kini terus menjadi “benchmark” dalam kategorinya dari segi penggayaan, prestasi dan nilai. Murano tetap merupakan salah satu model yang paling menonjol dalam kelasnya dari segi dalaman dan luarannya yang unik.

Antara pembaharuan yang dilakukan adalah reka bentuk gril yang lebih berani, bampar hadapan yang baru dan dilengkapi dengan rim aloi berjejari 5Y 18 inci yang menawan. Pembaharuan di bahagian belakangnya termasuklah rekaan lampu LED yang kemas dan ekzos berkembar yang menampilkan gaya atletik.

Perubahan-perubahan yang dilakukan pada ruang dalaman ialah tempat duduk kulit “double stitching”, bacaan “Fine Vision Meter”, konsol tengah yang direka semula bersama kawalan putar yang lebih baik, paparan tengah di posisi baru demi penglihatan yang lebih jelas serta port USB. Murano menggunakan enjin 3.5-liter V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 260PS @ 6,000rpm dan tork puncak 336Nm @ 4,400rpm. Ia dipadankan dengan transmisi Xtronic CVT termaju dengan “All-Wheel Drive System” yang pintar.

Elgrand dan Murano diimport sepenuhnya dari Jepun. Ia ditawarkan pada harga atas jalan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj pendaftaran berkaitan di Semananjung Malaysia RM384,763.20 untuk Elgrand dan RM318,782.50 bagi Murano.

Kedua-dua kenderaan itu hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (yang mana tiba terlebih dahulu). Perkhidmatan selepas jualan ETCM menyediakan bantuan 24 jam di tepi jalan, menunda dan pembaikan kecil serta-merta di Malaysia. Para pelanggan boleh mengharapkan kepercayaan dan bantuan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh ETCM. Kemudahan-kemudahan tersebut akan sekali gus membantu para pelanggan untuk mengekalkan prestasi dan nilai jualan semula kenderaannya pada tahun-tahun akan datang.

Nissan Elgrand serba baru dan Nissan Murano yang dipertingkatkan boleh didapati di bilik pameran Nissan terpilih seluruh negara bermula 21 April 2012.

One thought on “ETCM PERKENALKAN NISSAN ELGRAND DAN MURANO SERBA BARU

  1. lampu murano baru tu dah macam forte..
    tapi fanboys dorang mesti kate tak tiru punye..

    cehh

    *aku still minat design murano lama.. gagah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s