funtasticko design

http://funtasticko.net

Proton buka bilik pameran Platinum baharu di Jalan Ampang

9 Komen

Bilik pameran Platinum baharu Proton di Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya hari ini. Ia dirasmikan oleh Pengarah Urusan Proton, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Bilik pameran yang berkeluasan 619 meter persegi, boleh mempamerkan enam buah kereta Proton di ruang pameran utama, selain beberapa kemudahan seperti ruangan lounge yang luas untuk pelanggan, bilik perbincangan, pantry, tandas dan surau.

Rekaannya yang moden dengan dinding kaca yang besar adalah sinonim dengan bilik pameran Platinum yang lain seperti di Mutiara Damansara.Pembinaannya telah bermula pada bulan Jun 2011 dan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan September 2011.

Di majlis yang sama juga, Proton telah menyerahkan kunci kepada lima pembeli terawal Proton Prevé, iaitu Feroza Ghulam Sarwar, Ng Chee Thong, Ahamad Shahril Zainuddin dan Zainal Abidin Sulaiman, yang mana telah memilih versi CVT Premium, manakala Nurhafizah Hamrun pula menerima kunci Prevé  CVT Executive berwarna  Blue Lagoon metalik.

Sempena pembukaan bilik pameran itu juga , Dato’ Sri Haji Syed Zainal menyambut ketibaan was also Proton Prevé Motorcade yang selesai menjelajah seluruh negara selama lima hari untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat sendiri model tersebut dengan lebih dekat selain berkongsi kegembiraan bersama Proton kerana telah berjaya mengeluarkan kereta globalnya yang pertama.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

9 thoughts on “Proton buka bilik pameran Platinum baharu di Jalan Ampang

  1. Laa.. DSZ ada kat sini ke tadi… kalau aku tau aku dah pegi dah… dapat gak salam hehe… aku hari-hari lalu depan proton ni… dulu beli saga fl kat sini la… 6 bulan pastu kuar saga flx… tak guna betul proton..

  2. just “rumors”, klu nak bayangkan preve322a, search lexus yg bontot pendek, sekian…cantik kn:)

  3. Proton kenapa tak kuarkan gambar Preve Exec juga .. terutama manual.. tertanya2 juga macammana interior dan exterior yang membezakannya..

    • Exterior x byk beza..klu x slp exec xde fog light n spoiler blkng je..interior plak xde wood trim n built in gps..yg sure mmg byk specs xde kt exec..nk tau details bleh tgk kt broucher..

      • exec pon ada fog lamp tu..suma sama kecuali enjin,pddle shift n bendalah2 electronic yg lain..yg ketara adalah wood trim kat dashboard dah jadi plain..n unit gps skrin tu dah xde ganti ngan radio yg sama size dgn skrin tu..slain tu xde spoiler kecik tu..ngah tunggu preve exec sy kluar ni..xsabo lak rasa..mmg xkan hebat mcm premium tp kasi makeup sket jd sama je ngan premium tu..klo rajin search je preve executive kt google tu..ade je diorg snap pic..tp proton patut promot jgk yg exec..sbb xsume org mampu amek premium..ramai jgk amek exec compare persona b-line yg still on d line..

  4. Wah, driver2 nih mesti x sabar nak pi keje esok ngan kereta baru. Tahniah.

  5. ramai eh yang kijer area jalan ampang nih…aper kater pekena test drive sesamer kat sini kalo ader maso..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s