funtasticko design

http://funtasticko.net

Gambar lebih jelas SUV Youngman Lotus

93 Komen

Nampak menarik juga rekaan SUV Youngman Lotus ini. Masih mengekalkan DNA Lotus APX/Proton MSX tetapi walaupun telah diubahsuai untuk nampak lebih moden & futuristik sesuai dengan peredaran masa. Di bahagian gril hadapannya jelas kelihatan flying wing dan tema single graphicnya juga ala Proton Prevé. Adakah ini menunjukkan sinergi antara Proton dan Youngman yang bakal meyaksikan SUV ini bakal menjadi model Proton pada masa depan? Sama-sama kita nantikannya. 🙂

sumber : http://www.chinacartimes.com

93 thoughts on “Gambar lebih jelas SUV Youngman Lotus

    • macam SUV mahal la. bkn taraf CRV kalau base on design tp lebih pd Canyene punya taraf

    • lawa kan? ada gaya gagah macam exora gak 🙂 aku tunggu suv skrg ni… hehe. x sabar nak tgk interior, besok bleh dpt tgk kot.. Beijing Auto Show start besok.

    • lampu depan ok..lain2 fugly.
      kalau proton nk buat suv, elok buat lain.
      design belakang burok sgt .interior hancussss….

  1. cantiknya.. kalau lah proton akan buat SUV nih.. mesti perghh terbaik!
    *Banyaknya persona kat blkg tuh

  2. roofline gen2 masih ada…. sweet… mula2 bmw X6 tiru.. skang nie ada kat suv nie… bangga aku.. hahaha

  3. looks like the spyshot one on ice from before

  4. looks like the one of the spyshots on ice from before

  5. 1.8L 4G93M

  6. wau cantik nampak lain dari yg lain. enjin apa suv ni pakai

  7. honestly pada pandangan saya, klau proton SUV ni launch kt Malaysia, agak sukar untuk dijual kerana semestinya ramai tak yakin Proton mampu buat SUV. lebih2 lg dgn sikap rakyat Malaysia yg skeptikal dgn kemampuan Proton.

    Klau proton keluarkan pun, better launch dulu kat luar negara, kt Thailand ke..kt Aussie ke atau kt timur tengah. lantak la klau ade org kate proton menganaktirikan rakyat malaysia sndiri. yela, bile proton launch global car pertama kt Malaysia dulu (Preve), masih rmai jugak yg skeptikal. So better jual je kt org luar yg lbh meyakini proton.

    • mcm saga FL lancar di Thailand dulu. Sebenarnya saya lebih suke mcm tu, tapi still akan ada effect. Tapi lebih baik mcm tu. Biar tengok org luar komen aper dulu..

    • benar.

      Biar kukuh di pasaran luar dulu.. kemudian Proton masukkan SUV ni sebagai model rebadge jela macam Inspira..

      Btw, tadi ada singgah showroom tgk2 Preve dan SA kata sejak pelancaran haritu dah hampir 3000 tempahan Preve..

      ramai komplen pasal CFE bunyi turbo tu…tapi nama pun Turbo..memang ada bunyi pun.. kalau turbo yang blow off lagi la…vrooooomm…kepish…. vrooooooooom..kepishhhhhh..

      harap dapat minimumkan bunyi turbo tu..

      • bukan bunyi turbo bro..exora bold bunyi turbo sedap je tp dlm preve ni ada bunyi lain, x senyap sangat..bunyi turbo dengar masa pecut je..tp mcm ada bunyi bising even tngah parking..x tau bunyi ape tu sbb dlm exora bold xde bunyi tu

      • CVT dalam Preve sama ke dengan CVT dalam Exora? mungkin CVT tu yang bising….
        aku dah try Preve.. wallet aku siap tertinggal dalam Preve tu.. dah sampai umah SA EON call bagitau wallet aku cicir.. haha.. nasib baik la.. jenuh nak buat balik IC dan segala galanya kalau ilang tu..
        aku rasa macam Exora lebih pickup berbanding Preve. mungkin sebab CVT berlainan.. atau setting lain. sitting position dalam Preve pun tinggi almost macam Exora. aku dah check welding joint yang heboh bagai nak rak dalam FB.. benda kecik je tu. saje derang kecoh lebey. overall, Preve memang ok tapi belum sampai masa aku nak pisahkan Waja aku… sebab masih berbakti dengan cemerlang 🙂 aku tunggu SUV ni dulu. hehe

  8. Kali ni rekaan lebih matang..

    Proton, jangan jual SUV ni di Malaysia.

    • ya..betu tu ketua pengawas..
      biar kat pasaran luar laku dulu bawah nama Youngman Lotus..

      tgk Preve jela. ada je gambar yg belum confirm aper2 terus tuduh arm tayar patah..skrg dah senyap dah..haha..

      • Eh, aku bukan ketua pengawas laa…

        Tukang fotostat kertas soalan exam je bai..Nanti aku fotostatkan lower arm yg patah tu sekali. Hahaha

      • eh, bukan ketua pengawas ker. Setahu saya tukang fotostat nh dah diambil alik oleh saya..

  9. Clean design… Tp cube kalau korang bayangkan preve hatch belakang die mcm ni… Mst smart gile…

  10. klu la lampu dpn,gril, flying wing & bumper dpn tu letak kt preve…fuuuhhhhhh!!!! nsb baik gua x pndai edit je…

  11. Preve dah lahir…

    model apa pula lepas ni?

    SUV ni ke?

    atau hatch back Preve?

    atau EMAS?

    rasanya semua dah ada, tunggu lampu hijau dari Tuan DRB-HICOM..

    p/s: Fuhh… DSZ selalu keluar iklan radio…rasanya lagi berkesan dari TV, sbb jarang dah orang kita tgk tv1, tv2, tv3… banyak buka internet. facebook dan dengar radio kalau bawa keta ke tempat kerja atau keluar rumah..

    • Lepas ni model LCC (Lotus City Car) dan GSC kalau tak silap. (Merujuk kepada jiran saya yg outstation ke Spain)

      GSC – Global Small Car. Rumors kata akan pakai enjin 1.2 Mivec 3cyl. GSC derived daripada platform Savvy. Derive lagi jadi Saga R dan Small MPV. Sumber daripada Slide Presentation Proton dulu..

      Ada sesiapa tahu, enjin CFE boleh masuk Direct Injector tak? (Soalan terbuka kepada engineer CFE Proton. Haha)

      • CFE confirm boleh masuk GDI … tapi cost tinggi and quality minyak Malaysia Euro 2M

      • Mmm… kalau projek GSC on, cam ne plak p3-22A? Kalau x salah, salah satu projek nie akan kena hold dulu by DRB. Rumors pernah dgr gak DRB lebih berminat nak teruskan GSC nie berbanding p3-22A di bawah penstrukturan baru dan belanja berhemat diorg. Kalau GSC on dah jadi myvi killer utk pasaran compact city car dan adalah segment populis di m’sia:)

        cheers!

  12. mantap gler design SUV ni mmg sporty habis!

  13. mmg cun!

  14. nampak mcm 5 seater , klu 7 seater rasanya baik angkat exora terus huhu

  15. gang2 r&d powertrain…korg xde plan nk buat CFE 2.0 ngan CFE 2.4 ker…?? rse klu korg ade planning mcm nie….bru bley nk apply kt future models…kasi senyap gang2 basher yg duk ckp CFE udrpower….just my sposen dua…

    • rmai yg kompleh hrga preve mhl (?) dgn enjin 1.6 & spec yg ditwrkan…ala..basher..lbih rela beli vee-yosh type J RM80K & spec cikai…camne la klu proton twr enjin 2.0/2.4? makin gegak gempita diaorg bash…

      • Mmm… 1.6 tapi berprestasi 2.0L. Kan lagi smart choice?U naik kereta 1.6 berprestasi 2.0 tapi x perlu bayar tax n insuran seperti kereta 2.0. Kalau u ada laptop berkuasa superkomputer berbanding komputer supercomputer sebesar bilik tido, Mana yg u rasa yg u pilih?:)

        cheers!

      • bile kuarkan 1.8 or 2.0 depa kata pula reliable ke engine cc lagi besar ni coz proton hanya ada 1.3 n 1.6 shj… mcm2 point basher ni lagi2 mindless basher..tp ade gak trolls hehe…ape2 pun its a good advert agar lagi terbuka mata public terhadap proton n bagus juga sebagai kritikan 😀

      • setuju dengan fauzan..

    • Betul tu apa yang fauzan ckp… cuma yg aku nampak skarang…
      1) 1.6 CFE wat twin/dual soft turbo ( guna utk preve R3, peganti exora, suv ngan AWD n segment D ganti perdana)
      2) 1.3 iafm+ wat soft turbo (guna utk gsc)
      3) 1.3 iafm+ twin/dual soft turbo (gsc R3, peganti saga, dan kereta segmen
      B)

      engin na yg ada skarang leh leh guna utk base line je… plus membangunkan teknology direct injection.

      hanya pandangan peribadi

      • bro…mksud sye ttg idea campro CFE 2.0 ngan 2.4 adalah berpaksikn idea engine downsizing….
        > campro CFE 2.0 = 2.4/2.5 N/A
        > campro CFE 2.4 = 3.0/3.5 N/A
        jd amat sesuai la klu proton nk gnakn sbg main powertrain utk future models yg ke arah C,CD,D,MPV,SUV dll…

        >mcm idea d’atas..pd pndpt pribadi sye la…mcm xbrape nk praktikal coz development cost bley jd high sbb nk pki twin turbo…even vw pon consider nk stop prod 1.2 tsi twincharger sbb trlalu complicated and costly nk buat…

        >in terms of engine lifetime tkot 1.3 twin turbo x thn…campro iafm+ xsesuai utk ltk turbo…klu sesuai dan achive dyno test lbih 150000km x pch xpe la gak…blom amik kira parts2 yg lain…

        >about GDI…mmg bgos…tp utk situasi proton skang…mrk xperlu nk kalu nk buat la..sbb cost tinggi dan budget diorg pon xbrape nk rmi…maybe lg 2-3taun ke…sbb sye dpt info dah ade prototype dri 1.2 > 2.4 liter engine kt rNd…tinggal nk dpt approval je….

        > engine diesel pon diorg tgh develop dgn hawtai…sbb hawtai dah bley hasilkn enjin diesel euro 5/6 ngan gearbox skali…kita tnggu je la…

        just my sposen dua….(^_^)

  16. Mmm… model SUV nie cantik bahagian depan dia. bahagian blakang tu masih bleh diperbaiki.

    cheers!

  17. bawa masuk m’sia & pakai enjin CFE, gerenti dpt sales 300 biji sebulan pun dah kira okay lah tu..

    • p/s: hari sabtu lepas, saya & family gi window shopping kat Galaxie Mall, tgh dinner kat situ, ternampak lak DSZ, ingat nak kejar dia ingat nak ucapkan tahniah & tanya betul ke dia akan meninggalkan Proton… tp anak tgh menangis lak masa tu…

      • ujung thn lps aku jumpa DSZ kt Airport Kepala Batas, Kedah..
        dia naik firefly jek..

        segak, kemas & mcm ada auralah, tp yg paling penting SEDERHANA..
        aku kurang amik berat sgt bab penampilan seseorg.. tp bila tgk DSZ dpn mata mmg tergamam..
        pakai kemeja tangan panjang (tangan baju dilipat naik), seluar slack dan beg sandang.. simple… tapi nampak berkarisma..

        waktu tu baru msk zohor.. dia terus masuk surau solat..
        malu lak aku yg duduk jer (tp aku musafir.. hmmm, dia pun musafir.. hehe)

        bila dia lalu dpn aku, aku tarus bangun utk bersalaman dgn dia..
        semua penumpang ushar hairan.. malu lak, tapi peluang camni jarang jumpa..
        so, lantak la..

        dia mmg seorg yg sangat-sangat-sangat ramah.. sumpah..
        mcm2 benda aku nk ckp kat dia.. last2 dia lak yang tanya aku mcm2..

        i’ll vote u for PM dato seri.. 😀

  18. Offtopic.

    GP Bahrain, Iceman n Grosjean for podium. Tuan tanah tak nak buat post ke. giler best race semalam, kurang sikit je thrill dr Malaysiangp.

    Ke bro campro tgk epl smlm. hehe.

    • umah tarak astro la bro, hahaha

      • tengok online Bro.. search je

      • oo yeke, ko lantik la sapa2 cover F1 n Rally. aku rasa bro,org yg plg seswai wat masa ni ketua pengawas, Fridzmax. haha. menarik dude. kalau die nak tolong la, hehehe.

      • F1 ke? Sekarang ni dah kurang minat dgn F1. Lagipun sejak dulu lagi saya penyokong Mclaren.

        Kalau bagi coverage utk rally mungkin boleh kot. 13 Julai 2012 ni InsyaALLAH akan berada di Johor, tengok Rally APRC 2012 live depan mata.

        Tahun ni menarik sbb ada Skoda Fabia S2000. Harap ada Citroen DS3 R3 jugak.

  19. serius smart..
    tapi kalau proton yg buat mcm biasalah mesti byk mulut longkang yg tak putus² menghentamnya..sigh~

  20. bro2 sekalian fd, hamba nak bertanya, youngman lotus ni logo die memang sejak azali lagi shape macam proton punya logo ke?

    sapa yg pandai render apa tunggu lagi, ini la masanya menunjukkan bakat anda. headlamp wat mcm proton pye style, bulat2 mcm preve, ada led, rear lamp pon sama, led kt top, satu baris. spoiler pakai mcm neo cps, hehe. mesti jadi buruk, haha

    • jawapannya:

      Sebab tu perutdua tukar logo asalnya kepada logo2 bulat hampir sama dengan Daihardsu da Toyolta..

      cara jawapan ni ilham daripada cara menjawab ustat azhar idrus.. haha..
      orang bertanya : ustat, apa hukum bersanding?
      Ustat Azhar : harus jika kedua pengantin itu ayam..

      hahaha.. jawapan bodo, tapi suruh orang berfikir..

    • nak tambah soalan…sape2 ade info psl youngman lotus ni dan sejarah syarikat ni ??…
      die ni bawah lotus ker??(pasal ade name lotus..)

  21. body mantop, headlight cun, cuma design blkg tu boleh fix lg kot. lampu belakang tu cam besar sgt.

    • Yang buat pelik tu segitiga hitam kat atas lampu blakang.. ape punya style laa…

      • Tukar hitam ikut kaler body caver balik ler

      • ada sapa terrer photoshop masuk kaler budy situ. Ini kalau jual kat malaysia mesti laris nih. Livina suv yang huduh tuh pun ada orang beli tak kan yang lawa camni tak beli kott

  22. belakang mcm audi q4 sebijik,tp mmg cun giler la..

  23. Khabar-khabarnya DRB-HICOM nak jual Lotus kepada Youngman. Agaknya bole ke Proton nak bawak SUV ni masuk M’sia nanti?

    http://www.businessweek.com/news/2012-04-22/drb-hicom-discusses-lotus-sale-with-chinese-firms-times-says

  24. Lawa! Lagi lawa dari concept lekiu!! Kalau lotus rebadge model ni, dah boleh setanding dah dgn urus! Not in terms of quality or power.. but the range of products! Kalau proton follow gak concept lekiu, sah2 org mengamuk.. hehe!

  25. pemandu punya headroom tak nampak sempit ke?

    • “As is most small family sized cars these days. It makes about 140bhp and 205 Nm torque.”

      bro, preve 138hp, 140ps, huhu

  26. drb jual lotus kt youngman rugi la….
    elok drb beli youngman plak

    • sukar rasenye nak beli youngman.. sape2 ada data brapa unit youngman sell pada tahun lepas or tahun2 sebelum nya? kena tgk dgn brapa keluaran proton then bandingkan.. rasanya macam youngman ni lagi byk jual dari proton because market sana besar then tgk begitu cepat mereka expand design dan juga facelift.

      *elok proton beli saham mitsu n suzuki skit..jadikan rangkaian mcm PSA.

      • nope, sales youngman di china tidak terlalu memberangsangkan sebab showroom mereka terletak di bdr2 kecil, bukan di major2 city. keadaan mungkin berubah lepas ni, sebab SUV memang agak laris di china.

      • Mmm…. jualan youngman mmg tak besar. Tapi utk jv dgn lotus/proton nie, pengeluaran minimum utk model rebadge gen2/persona adalah pada tetapan 30,000 unit setahun:) Nilai nie masih dikatakan kecil bagi sebuah negara yg ‘besar’ dari segi populasi n daerahnya:)

        cheers!

  27. Youngman Lotus T5 SUV ni guna engine campro CPS & campro CFE….

    http://paultan.org/2012/04/23/youngman-lotus-t5-could-this-be-protons-new-suv/

    • Cuba kita tengok diorang komen apa kat PT..

      Offtopic:
      Ada pulak mamat tu terpaksa buat account dgn nama ‘lost hope on Preve’. Semata2 nak tulis komen Saga FLX n Exora better built quality daripada Preve…

      Ni sengal tahap tertinggi punya orang..

  28. Senang2 jual je Proton kt Youngman..baru rakyat malaysia semuanya PUAS.. hahaha..

  29. off topic:
    rasanye…proton ni kena jadik macam kumpulan pop shuvit tu kot…sblm ni orang tak brape kenal sngat band tu kat malaysia..tapi bila dah meletops kat japan dan negara lain, baru la nama diorg diterima kat malaysia..huhu..

  30. aku ske styling suv nih.
    exterior simple&maskulin.

    1.6cfe (lg power kalu ada diesel la of coz)
    2×4 (lg bagus kalu 4×4 selectable)
    5+2 passanger
    reverse cam
    interior ambient lighting
    sunroof

    tang side mirror yg aku kagum tuh..spyshot dulu bapak huduh side mirror dia..yg ni cantek weh~

    • Diesel x silap deorg tengah develop. Proton lak tengah Collaborate dengan Hawtai mengenai Engine euro 5 diesel mereka.

  31. Aku rasa proton takde masalah nak develop SUV daripada platform yg ada. Cuma segmen SUV ni tak sebesar kereta sedan. tu yg mereka tak tergesa2 sangat nak keluarkan sedan.

    Untuk SUV Youngman ni, pada aku overall shape dah cantik. Cuma kena buat perubahan pada depan dan belakang sesuai dengan citarasa tempatan. Kalau dapat keluarkan SUV mcm Kia Sportage baru atau VW tiguan, pun dah cantik.

  32. adakah model ni yg dulu banyak diperkatakan proton bakal mengeluarkan kereta semacam caldina…

  33. this is a sucess interm of styling.
    i really hope proton take this design signature for proton models.

  34. SUV ini mengingatkan saya kepada Exora Penyek yang pernah disiarkan sebelum ini…

  35. hari ni ada baca berita DRB akan meletakkan seorang pengurusan kanan proton di Group Lotus (mungkin sebagai pengerusi utk gantikan Dato’ Nadzmi). Mungkinkah DSZ akan dilantik sebagai Pengerusi Group Lotus ?

  36. contact bro campro tp dia bz kot. ni dia rendering saya

    http://imageshack.us/photo/my-images/198/suv1.jpg/
    http://imageshack.us/photo/my-images/600/suv2.jpg/

    buat huduh2 je pakai touchpad

  37. penah nampak proton test drive.. time tu ngn inspira.. sebelum launch inspira.. laju tu.. bawak zigzzg plak tu ekeke jalan depan lim kok weng cyberjaya

  38. bila Proton SUV dikeluarkan ??????????

  39. saya harap suv ni guna engine diesel 2.0L atau 3.0L max

  40. kalau designnya unik dan menarik,bolehlah proton mendapat award

  41. ini auto atau manual??????

  42. nama apa suv in ah

Tinggalkan Jawapan kepada farghmee Batal balasan