funtasticko design

http://funtasticko.net

SPYSHOTS : Apa yang dibuat oleh Exora BOLD & Proton Prevé ini?

98 Komen

Gambar ini diambil oleh sahabat kita bro Prodas sebentar tadi semasa perjalanannya dari Johor Bharu ke Bangi. Apakah yang masih diuji ke atas kedua-dua model ini? Adakah ia persediaan Proton sebelum mengeksportnya ke luar negara? Jika perhatikan chrome line pada model Prevé spyshots tersebut mungkin juga variant yang lain untuk model tersebut. Pada bahagian tengah bumper bawah Exora BOLD itu juga terdapat reflector/blinker. 🙂

Advertisements

98 thoughts on “SPYSHOTS : Apa yang dibuat oleh Exora BOLD & Proton Prevé ini?

  1. Ada chrome lining la kat belakang PREVE’ tuh…

  2. nampak lebih lawa dengan adanya chrome lining tuh.. huhu

  3. yep, warna putih preve mmg nampak tegap. Dah test untuk masuk uk, au, thailand singapore and indonesia

  4. rear fog lamp
    uk version nih…

  5. manual CFE?

  6. Yup, lampu dkt Exora tu bkn blinker/reflector. Tu rear foglight. Since, Exora & Saga saje yg lampu xde rear integrated foglight. Nie utk pasaran UK/European, sbb diorg wajibkan rear foglight utk smua kereta. Waja, Gen.2, Persona, Neo & Preve smua dh ada

  7. Memang mantap bro…adakah chrome lining tersebut boleh didapati dalam masa terdekat????

  8. Terima kasih saudara Prodas! Nampak eksklusif lak bila ada chrome lining tu hehe..

  9. Pingback: Spy Shots : Proton Exora Bold With Rear Bumper Reflector And Prevé With Tailgate Chrome Garnish Spotted On Testing | sembang-auto.com

  10. Prodas,

    Berapa laju dua bijik kereta ni jalan? Halaju skema atau halaju Need For Speed?

    • saya bawak kembara… yg gambar ini saya ambil ketika speed 110-120 jekk..
      lepas tu mungkin diorg dah perasan saya ambil gambar.. diorg pecut dan saya kejar sehingga 160km pn tak dapat…. last2 saya menyerah kalah.. dan mereka terus menghilangkan diri masuk ke R&R ALOR GAJAH…

  11. x dpt jaguar xf.. angkut proton prevé le jwbny.. nice touch proton….

  12. kalu mgikut sales advisor proton ms test drive preve, dia kta proton mmg ada keluarkn Preve siap dgn seat kulit hitam,reverse camera n bbrpa lg ciri tambahan bbding Preve CFE dgn hrga sekitar rm75k. tp bila kecoh kata rm75K utk sebuah preve “TERLALU MAHAL”, maka ditangguhkn dahulu versi tue…xtau la betul ka x ttg hal ni..

    aku penah tgk Saga BLM pemanduan kiri beserta rear foglight di kota kemuning dulu..

  13. gua baru je test drive preve premium spec dgn hyundai elantra lower spec,,,,ksimpulanye….better amik elantra….even harge mahal sket…..sori

  14. lawo sial chrome lining tu..tp aku still prefer Gen-2

  15. Aku masih cuba untuk menerima design lampu belakang..masih rasa tak match dengan design bonet. Harap lama2 nanti dapat terima…

    • bang, u dah penah tengok live x? kalau belum, cube u tgk live, sbb lampu belakang ni unik skt, tgk live mmg lawa la, die ad shape yg ok la, bagi saya la..

    • waktu malam chantek betul lampu belakang ni. dengan susunan led sebaris panjang .nampak sporty.. terserempak malam tadi di highway plus

    • mungkin ade sebab2nya nape x match lampu blkg tu… kalau tgk kete2 lain ade gak lebh kurang mcm tu..bg aku design mcm tu oklah dan ditambah lining chrome tu..nampak lebih menarik dan elegance
      [img]http://www.bmw.com.my/_common/highend/templates/individual/experience/mseries/m3coupe/2007/game/image/bmw_m3_coupe_background.jpg[/img]

      • sori tuan tanah…tkeluar lak url ni…hehe [url]http://www.bmw.com.my/_common/highend/templates/individual/experience/mseries/m3coupe/2007/game/image/bmw_m3_coupe_background.jpg[/url]

  16. aku rasa aku sorang je la kat sini yg x leh terima chrome kt blkg tu. tp kalau nmpk unique yes kalau lawa aku tak rasa lawa. tp x tau la kalau live nmpk cun.

  17. Lovely design…I like PREVE….My only comment is that PROTON, please update your components in-terms of quality, the picture of the first Preve in accident is still going around, therefore publish and prove again that your design and quality is the best, if not, please do not convince people to buy, 73k is not a small money, as a Malaysian, I support PROTON, as a national car maker, don’t let us down.!

  18. TT… Besar harapan ni bukan lah utk retest bagi part yg fail sblm ni… huhuhu

    Buleh tanya kat kedai Abang ade juai x lining chrome tu… kalau x de antar bengkel kasi celop chrome.

    Preve… terbaik…. Kau Ader??

  19. Dah test drive proton preve ni. 2 benda shj yg mmg kurang. 1st enjin performance below expectation especially biler low rpm. Secondly fit and finishing x memuaskan. The rest semua okay atau puas ati.

    Bab power, enjin terasa berat dan instantaneous power spt lmbat smp apabila brgerak di lampu isyarat atau kuar simpang. Sy confuse engine very sluggish bile tekan pedal utk gerak dr standstill. Biler rpm lebih 2k br ade rs power kick in itupun setelah pedal tekan agak dlm. To be fair, sebelum test drive sy pandu persona dan kwn saya dtg bawa waja cps ke kdai proton trsebut. Kami bersetujui bhw enjin iafm dan cps terasa lebih pick up berbanding cfe ni. Sy pun x faham kenapa mcm ni sedangkn ia enjin turbo yg konsepnya lebih power pack for pick up.

    Bab finishing, need more improvement mls nk komen sgt. The rest it is worth for money.

    Aside from that, preve ni antara worst launching event ever for proton. Dari delay launch, smp ke leak photo yg controversy, unit display welding x btul dan button tercabut sehinggala test drive unit eksiden. Semua ni dh byk mencalarkan image preve. Mmg agak malang nasib proton kali ni.

    • Setuju bro..sya ada exora mc ngan inspira 2.0P so sya rasa mcm bawak exora je ble tekan pedal..x sama mcm inspira..inspira ble tekan terus naik speed..preve nih mcm ada lag sket..nak kata turbo lag, masa test drive exora bold pecutan dia mantap sket..tp smpai sekarang sya x faham, pecutan preve patut leh kalahkan inspira tp feeling tu yg xde..gearbox sluggish tu sama mcm inspira cuma inspira masa nk reverse je..yg preve ngan exora bold sama je sluggish masa N tukar ke D, tp xde problem lepas dh jalan..yang lain..rasanya handling Preve lg best dr Inspira seriously..Inspira x sedap mana masa high speed corner, tp preve mantap habiss…overall preve memang sangat ok and inshaallah tambah sebiji lg proton kat rumah..haha 😀

    • Rasanya ia dipanggil rubberband effect bg CVT gearbox, rpm kereta naik lebih cepat berbanding dgn kelajuan kereta

    • ya kan..ada sedikit rasa berat, tapi once dah jalan rasa ok..bila pandu laju rasa smooth.. c

      kalau kereta sedan biasa yang ringan, tekan sikit je minyak terus rasa nak meloncat sebab body ringan..

      Preve terima banyak kontroversi ni punca utamanya sebab lancar sebelum ELECTION… paham2 la, dah PM yg launch, Ex-PM pun datang, apa lagi.. mereka labelkan sebagai kroni dan terus target untuk jatuhkan dan jadikan modal la..hehe..
      sebab tu politik ni keji.. dan orang politik ni manusia yang paling tak boleh dipercayai..

      tapi kenapa model ‘nasional’ lain tidak terima kejian macam Proton?

      Perutdua

      Naza

      Inokom

      • Saya pun setuju, Preve telah ‘dikontraversikan’ lebih dari apa yang sebenar..sbb kebencian politik yg sgt kuat dikalangan anti kerajaan..yg baik pun dikutuk..KEJI namamnya.

        Politik KEJI ini adalah ajaran pembangkang. Ajaran yang tiada bersandarkan Tuhan. Seolah2 Tuhan ni ‘perhati’ je ape kerja buat manusia, UMNO/BN Najib ni seolah2 so much powerfull boleh atur itu ini..Tuhan mcm xde tentukan apa2 bg puak2 ngok ini..ini pehamana Muktazillah yg sedang rancak di amalkan oleh sebahagian besar rakyat.
        Sorrylah off topic..tp nk wtcmna iklim Malaysia ni..ckp bab tikus mati pun akan dikaitkan dgn politik..bloq Paultan begitu ultra politik anti krn bila masuk topik Proton.. xhabis2 dgn cerita politik!

      • dengar cite, DSZ nk letak jawatan sebab tak setuju dgn arahan untuk masukkan model luar tapi di letakkan dgn logo proton. sbb proton dah develop 2,3 model untuk di keluarkan proton sendiri, tiba2 nk tepek logo proton utk kete luar..

        tu info yg aku dgr la..soheh @ tak, wallahualam..kita lihat je nanti apa yg akan berlaku pada proton. wish proton grow more success in the future,

        walupun byk kekurangan dan keburukan daripada kewujudan proton, tp kita jgn lupa, hasil dari kewujudan proton jgk kita mempunyai ramai engineer di kalangan org melayu islam. vendor2 yang mempunyai kepakaran engineering pun wujud hasil daripada kewujudan proton dan perodua ni.secara tak langsung, sedara2 kita jugak yang dapat mencari rezeki kat situ.

      • Anyway yg org pkat2 komplen pasal ‘berat’ nak pickup Proton Preve ni bukan krn turbo lagging effect ke? Compression exhausted air tu kena up to certain rpm (kes preve at 2000rpm)? Bukan ke at 2000rpm still low? Idle rpm 850-1000 ? so bg yg nkkan pickup kena ‘jump’ sket la.. 1 x1000 rpm lah utk dptkan turbo charged..yg bwk biase2 ok kot..? betul ke cmtu?

        sorry tk test drive lg..hehe

    • maximum tork hanya pada 2k lah brother…. and cvt punya gearbox dia design untuk fuel saving… rolling start yg slow.. coz punca penggunaan minyak tinggi masa initial movement.. pergerakkan pertama….. lg pn safty feature supaya gearbox tahan lebih lama…. biasalah org malaysia nie ganas.. bila rosak salahkan org lain….. adatlah tu

  20. ada line crome dekat belakang lagi nampak cantik… baru ‘lengkap’ design lampu belakang… design sekarang tanpa crome nampak pelik… ni la jadinya kalau dgr sgt cakap org

  21. throttle lag tu psl cvt

  22. perhh.. aku ingatkan bold 2.0 tadi… nie baru nak kumpul duit nak sambar bold cfe…
    kalau ada yang 2.0 cfe….. perhh.. akan ku tungguuu

  23. perhh.. aku ingatkan bold 2.0 tadi… nie baru nak kumpul duit nak sambar bold cfe…
    kalau ada yang 2.0 cfe….. perhh.. akan ku tungguuu…

    • kalau enjin CFE 2.0L maknenye ade 2.4L power ah..

      • kemungkinan kalau proton mengeluarkan enjin CFE 2.0L, mesti ade kereta sedan eksekutif Proton yg boleh dibandingkan dengan kereta Honda Accord, Toyota Camry, Nissan Teana.

        p/s: Harap Proton Perdana akan mengeluarkan versi yg baru dan boleh dibandingkan dgn Honda Accord, Toyota Camry, Nissan Teana, Kia Optima, Hyundai Sonata.

  24. Alah, tanak yg ni. Nk yg Preve Sapphire yg tme launching tuh!! Kalo tanak kuar lg skrg pn x pe, tp kasi jual itu sport rim yg pasang kt that preve Sapphire yg tme launch itu ari. Gempak seh sport rim tuh!! Proton nih pn kalo ble buat kuar yg gempak terus kn snang. ni salu yg paling gempak kt ujung2 bru kuar. x best aa..

  25. nampak mcm ade tailpipe kt preve tu. ke sy salah tgk. sbb xsilap sy preve xnmpk tailpipe nye

  26. Korang INGAT tak yg Gambar Proton Preve yg masih dikenali sebagai P3-21A mase tuh? yg pertama kali gambar P3-21A dikeluarkan.. Kan kereta tuh BERWARNA KUNING. pastu tengok bahagian belakang proton P3-21A yg BERWARNA KUNING tuh pn ade CHROME LINING. hakikatnye Proton tak keluarkan kereta Preve yg BERWARNA KUNING dan ade CHROME LINING di belakang die.. kemungkinan beberapa bulan lagi akan ade bende baru di Proton Preve.. seperti Proton Preve BERWARNA KUNING dan ade CHROME LINING di setiap warna yg ditawarkan utk Proton Preve.

    • KEMUNGKINAN Proton Preve akan mengeluarkan “variant” STANDARD (BASIC) yg lebih murah dan ade kekurangannye

      SAMA SEPERTI PROTON EXORA yang “variant” BASIC punye lambat sikit keluar..

      • TENGOK TAK SPYSHOT PROTON PREVE YG MASIH DIKENALI SEBAGAI P3-21A DI BUKIT FRASER TUH? ade 2 kereta preve disitu 1 yg rim alloy, 1 yg rim plastic (steel wheel) tuh..

    • tu lain la….

    • aku ingat coz dah tengok kereta tu sendiri.. kereta crash test… dalam video masa launching kan ada preve kuning tu….. standard automotive initial crash test warna kuning

  27. rasa dah cite pasal lag tuh, tp ada masih xpaham. Eden torai terang lagi skali. Apabila kita menuju kesimpang, secara automatik apabila kita berhenti, kita akan menekan brek kaki kanan, clutch kaki kiri(kes kete manual),sbb klu clutch lepas, kete akan akan tetiba teranjak kedepan n lalu mati enjin sebab kita x tekan pedal minyak.

    Sama jugak kes dual clutch, single clutch mahupun wet clutch based cvt.

    Bila kita berhenti kat simpang(mmg tekan brek), maka clutch akan masuk sbb gear dah dalam keadaan D(macam manual in gear contoh gear 1), supaya kete xmati enjin, clutch ditekan(kita xprasan, sume mekanikal yg buat), apabila kita lepas brek, tekan pedal minyak, maka clutch dilepaskan secara perlahan(bukan abis mengejut utk elakkan rubberband effek dimana tetiba kete melonjak kedepan mcm lastik,itu sebenarnye rubberband effect, org malaysia nih, bile tgk journo tulis, maka ikut jek guna istilah tuh), maka kete akan bergerak secara perlahan(kira mcm safety gak coz rubberband effek nih bahaya utk parking kete n keselamatan, maklumlah,cvt xmcm at biasa,kang tersondol plak apa2 objek kat depan). Ini xsilap dipanggil creep n crawl function, ada dlm post perbincangan kita dlm post cvt dulu, dan juga diterangkan oleh kristof, org punch motive sendiri.

    Klu korang prasan, bila tekan dkt 2k rpm, baru kete bergerak dan rpm yg kita tekan 2k itu menurun, saya ulang,menurun sbb clutch mula dilepaskan. Bila dah lepas sepenuhnya, maka tiada masalah. Mcm dsg juga ada masalah yg sama, tp dikurangkan sbb twincharger berfungsi serendah 1.5k rpm. Tp sebenarnya mmg ader. Yg dlm pug thp, pkai torque converter, sama cam cvt lancer, torque converter based. So,tiada keadaan mcm tuh.

    Klu perasan, bwk kete manual pun sama, contoh bila kita rev, kite xlepas clutch sepenuhnya secara mengejut, tp kita kawal pelepasan clutch, dan situasi sama berlaku, bila kita rev 2k rpm contoh, rev akan menurun bile clutch dilepaskan. Klu biasa bwk manual drive by wire car, lagi ketare penurunan tuh.

    So, cfe yg dilengkapi dgn dbw dan cvt, mmg karektornya camtuh, tp lama2, bile enjin dh masak,kitapun dah paham cara bawak, xsusahpun. Aku bwk xsampai 30 minit pun dah dpt adapt menda tuh. Mgkin dah biasa bwk savvy yg dilengkapi dbw, xda masalahpun.

    Xcaya, tgk fifth gear, evo 10 versus imprezza, imprezza manual, evo 10 dual clutch sst. Tgk camne tiff nadal (xingat camne name dia dieja) bwk masa dia buat u turn brek dgn evo 10 dual clutch, kete mengaum tp xpergi walupun tekan. Itu dual clutch pada evo 10 yo, high pressure tuuuubooooo.

    So, xsusahpun, stakat nih saya prasan, just tekan 2k rpm jek,pastu kete cnfirm gerak, barulah lepas pedal utk bwk bwh 2k rpm.

    Tp klu nak instant response, xsusah, masa berhenti kat simpang, bila tggu pluang nak kuar, lepas brek kaki, tp gunakan brek tgn, so dgn cara camtuh, cvt dh release clutch separuh, so, bila tekan pedal minyak, kete akan pergi cam biasa coz sensor cvt hanya pada brek kaki. Kristof yg terang.

    Bila dah gerak, sbb aper rasa cam xlaju jek? Biasa x dengar org ckp, bwk beemer, merc, audi, bwk 160kmh, rasa cam bwk xsampai 100kmh jek, sbb tuh rasa cam pelan jek. Nak test kena drag 400 meter br tau dan kena org paham camne bwk cvt. Ramai xpaham mmg xtau. Cube pedal to metal, pastuh tgk camne speed naik. Jgn tgk rpm,tgk meter speed. Sekian.

  28. aku dgr ramai kata elantra 1.6 lg power,persona lg power n etc. Jgn memain. Camtulah juga aper org kata cfe pada bold, tp skang, sapa tinggal siapa boh…

    • sebenarnya exora bold boleh tahan jgk la pick up dia..aritu aku dari perak ke terengganu, ari dh gelap dari gerik ke jertih, ada la sebuah kete yg kitorng tak perasan model ape kat belakang yg asik cucuk angin kat belakang even bawak 160kmh..

      lps jertih tu baru perasan rupanya exora bold…pergh..terkesima kejap

      p/s = kete yg aku naik tu bmw e46 325i.

      • betul2…. aku penah follow bold cfe 160km tapi rasanya mkin jauh aku di tinngalkan.. mugkin 180km kot speed dia…
        aku wira 1.5 je..

      • pernah gak nampak exora prime (mgkn test drive unit) warna brown tp lain sikit dari warna bold premium attack corner , baik punya lipat, rasa tercabar waja aku, laju kat corner cam takde corner huhu mcm mana tu

  29. Teruk Proton Preve kena bantai di Paultan kes lower arm patah tu..ramai betul engineeri + politician kt blog tu.. 😦 😦 😦

    [http://paultan.org/2012/04/21/proton-edar-clarifies-viral-proton-preve-crash-pictures/#respond]

    543 hits..punya ramai anti Proton?

    • maaf, bkn nk ckp unsur perkauman, cume nak bercerita, klu org bangsa lain mengata,aku xkisah sgt coz …,tp yg aku xbleh lah adalah naka bangsa kaum aku sendiri…nampak ngat b*d*h nye

    • tu yang aku naik malas baca kat PT. semua komen mcm pandai sangat..hahaha. meluat baca.

  30. dh tulis pendek psl menda nih sblm nih,tp org xpahm, so tulis le panjang,hrp phm.

  31. Nampak macam ada reverse camera la kat exora tu. Kesimpulannya, kalau nak beli kereta Proton ni kena sabar, beli yg 2nd edition or seterusnya nescaya anda akan mendapat lebih diskaun, kualiti & aksesori!

    • exora bold skrg pun dh ade reverse camera…
      ke preve yg ade reverse camera??

    • Time nak tunggu 2nd edition pun..harga pun lain la bro..cam saga blm..pastu saga fl…pastu saga flx……harga tu pun berbeza….x gituu…sapa yang mampu bli harga tuh..boleh la ambik dlu…

  32. rasa mcm derang bawak gi JB utk provide sales training kat proton singapore kot… ada jugak org nmpk kat utara tanah air… mungkin utk sales training buat proton thailand? ntah lah…

  33. ada baca dlm elantra punya forum, masalah wap air kat lampu kete hand to customer. Diaorg ckp small prob, just unscrew handlamptuh, bio kering,pastu okler. Klu anto sc pun diaorg buat gitu, no prob katenye.

    Teringat masa exora dulu, lampu ada wap air, xingat maki satu dunia. Tp anto sc, prtn tkr one to one change lg coz underwarranty.

    Yelarkan, beli kete 100k, sume small prob, xda menda xbleh settle. Klu beli kete 50k ke, 70k ke, asalkan berlogo cap rimau, sume big problem. Byk yg komplen psl cvt gbox overheat, enjin mati. Last2 bile check, kepala bateri longgar lor.

    Kristof sendiri ckp, cvt punch pyh sgt nak overheat, dh testing, siap ada cvt cooler yg lebih, n pkai wet clutch yg mana clutch akan direndam ngan minyak. Mmg susah nk overheat. Cume yg dia akui ada faulty clutch pump batch asal, bkn design faulty, clutch pump yg faulty, sbb tuh diaorg recall awal2, n flx halt sekejap production dia sbb nk tkr pump tuh. Pastuh xda dh.

    Ssh jd rakyat malaysia,klu yg luar, bayo mahal2,xnak ngaku. Siap slhkan climate malaysia lg, sbb tuh getah lining kete lain xtahan. Klu kete malaysia,biasalah, org yg pasang getah tuh bodoh.

    Sorry, emo ckit

    • gua setuju bro.. 🙂 ni ade member gua sorg..pakai waja..tapi dok perlekeh preve ni.. post kt wall fb aku pasal gmbo butang kt dashboard tu tercabut la..pastu gmbo yg preve accident ari tu..aku pelik mamat ni..ape la xpuas hati sgt dgn preve nih..ke dye jeles sbab waja dye dh buruk.?? preve lagi gempak..?? hahahahaha..

      • biasala tu bro..sama la ngan saya..member dok post psl gmbr2 yg xelok pasal preve..xtaula depa sakit ati apa ntah..padahal diorg pon pkai proton gak…myb pngalaman kete proton diorg kot smpai jd benci camtu..tu zmn2 dulu la..proton skrg ni dah kurang cite dah yg buruk2..bydway klo xsuka jgn nyibuk post kat wall fb org..bukan org kaco diorg pon kan..huhu

      • unfriend jer…. hehe

  34. aku bernasib baik coz laluan aku stiap kali aku test drive,laluan sama aku lalu ari2, waja@savvy aku. Diselekoh yg biasa aku lalu, klu waja,aku bwk 120kmh,mmg trase 120kmh, klu laju lg rasa traction dia start loose coz mmg tajam selekoh tuh,kawasan kerap eksiden klu xhati2. Masa bwk savvy, dlm kelajuan sama, rasa goyah ckit, biasa savvy bwk slow ckit, itu blum lg kira bunyi enjin savvy mcm concert rock kapak :-).

    Bunyi deruman waja campro aku pada 120kmh, pada 3k rpm(savvy dkt 4k rpm),perlahan ckit berbanding savvy, tp kuat ckit berbanding vios akak aku. Exora bold pulak, aku amik selekoh yg sama,pada kelajuan 140kmh 3krpm, mmg bunyi enjin bold lebih snyp berbanding waja aku, tp sbb ada whining cvt, lebih kurang jek. Tp kelajuan berbeza, waja 120, bold 140. Klu bwk bold 120kmh, lebih snyp dr waja aku.

    Tp bwk preve satu pengalaman berbeza, sama cam aku bwk ford focus 2.0 duratec, amik selekoh yg sama, aku terasa mcm lebih perlahan sedikit dr waja aku, tgk rpm, lebih krg 3k, tp tgk speedo, br sedar 140kmh. Tp mmg xterasa langsung dh kelajuan 140. Biasanya,aku bwk, hanya tgk meter bila dah masuk apex coz aku rely pada feedback steering berapa limit yg sesuai. Yg tuh aku off guard bila tgk meter dh 140kmh.

    Aku maintain speed naik jambatan tanjung lumpur, sama gak aku buat ngan mana2 kete aku bwk n test drive. Yg pelik, pada klajuan yg sama 140kmh, xterasa laju preve memintas kete di lorong kiri,tp bold terasa pantas. Hanya but oo meter rasa perlahan. Mmg xterasa enjin lost power ketika mendaki jambatan, xmcm waja ku sehingga terpaksa tekan pedal minyak lebih utk kekal kelajuan.

    Aku phm sbb aper org kata perlahan, sbb mmg rasa perlahan. So, aku nasihati, yg order preve premium, ati2 bwk kete, tkt dpt byk surat cinta dr pdrm coz xsedar dh lebih limit.

    Wasallam.

    • sy pon test kat jln tanjung lumpo tuh..mmg bes n dh book pon sebijik..hehe

    • tahu2, 2-3 minggu lps tu dpt curat cintan drp pilis trapik..:-D

      • last org komplain pasal padel tersekat sampai x boleh tarik balik sedangkan deorg yg sedap tekan. l

    • i did test it at the day of the launch. yes the car is superb.

      2 things that bugs me. 1, low speed sluggishness 2. still some sound from engine bay.

      for number 1 . people said its due to the mapping of its drive by wire, (throttle) that it gives the sensation of throttle lag.
      for number 2. i dont know.

      if proton do care, maybe proton have to make a recall on d.b.w. by resetting or replacing with a slight sharper response d.b.w.

  35. through experiencing the car, reading feedbacks from other forum .
    it seemed that the complain is that ,a lagging accelerator pedal.

    hope that proton quickly sort this matter.
    let say,,,what if people only to test the car only in city speed, all they feel is lags… this may a put off a potential buyer.

    so we hope proton do feel the need to respond instantly to this matter in maintaining a proton;s reputation at best , thanks in advance.

    sincerely
    awak.

  36. I went for a Preve’ test drive today at Proton showroom nearby Giant Section 13, Shah Alam.. Finely served by the saleswomen.. After a week waiting time.. Fuhh finally~.. Hehe.. Overall is superb!.. The car amazingly amazed me in every aspects.. But 2 things bother me while testing the car :

    1) Lagged acccelerating.. I even push the pedal a bit harder but still feel the sluggishness.. When the meter clock at 2000rpm onwards, I feel the kick of the torque.. Unlike the Exora Bold I’ve test drive before.. It is kicking from 0 !

    2) The interior finishing feel a bit loose here and there.. Maybe that is a test drive unit that faced many kind of people test drove it.. I think Proton’s QC is improving and can be better..

    I did have a chit chat with the salewomen about pictures that leaked by irresponsible haters.. She said sometimes it is done by other brand salesman not from customer or public.. I tried to push the airbag indicator hardly but it isn’t moving at all.. I don’t know how do they do it and that’s very insane~.. Well, about the welding issue I’m outta line.. I’ve no idea about it.. Not to forget she told me how to insert and release the key to prevent the holder broken.. Insert – just simply push the key and then push the Start/Stop button.. Release – push the key 1st and pull out the key from the holder.. She told me there’s a test driver wanted to release the key simply pull out the key without push 1st and the holder broken and blame on the Proton QC.. aiyakk

    After all, thanks to Kak Linda, the saleswomen for good service and to Proton, keep improving.. 🙂

    • bro mat dah cerita yg Preve die kick start bermula 2000rpm(semua cvt mcm nh) Kalau nak tahu lebih lanjut cube bace ada komen dari bro mat.
      Lagipun Preve nh lebh kepada perjalanan lancar manakala Bold perlu kuasa untuk tarik bebanan yg banyak.

  37. senario org malaysia ni semuanya nak tiptop!!

    tanya pakcik Mail kat kedai makan Simpang Kuala….

    uii…nak keta ada ebeg(airbag)(kalau boleh setiap cerok keta nk ada ebeg)….brek ABS..EBD…ESC..VSA…EPS…GPS…ABC…DEF…GHI…JKL bla.bla.bla.bla…

    TAPI………bila tanya ABS tu natang pa???EBD tu lagu mana??
    jawapannya..Utk keselamatan la…

    haisyyyy….nk kna ada satu silibus ni utk crita apa kebenda ABS tu..EBD tu ESC tu EPS tu..mcm mna dia bfungsi…Ni bila bwak keta x mau pakai sitbelt…(walaupun indikator dok bekelip2..nk cadang kat Proton boh indikator sitbelt tu sekali dengan suara becakap “OI!!!!PAKAI SITBELT LA!!!”) pastu kalu xcden ebeg x kmbung dok hairan…

    Kuliah Subuh 🙂

  38. Sebenarnya ni lah adat dunia perniagaan. Proton ptt dh bersedia nak hadapi segala dugaan seperti ini. Sana sini mmg byk org benci dan dengki kat proton tu mmg lumrah. Walhal yg x penah drive keta proton pun anti smp pig crazy.

    Tp aku rs yg paling jelas..sbb dh mindset org Malaysia fikir kerana wujudnya protonla harga keta import jd mahal walaupun x berapa benar. Kadang2 smp rs x logik x pnah beli kereta proton..tp benci dan dendam kesumat mcm dah own kereta proton bertahun2. Cthnya mcm org x suka kereta China Cherry ke Geli ke, x der la nk bash kaw2, x suka jgn beli dah fullstop. Tp bg proton senario itu berbeza kerana setiap pembeli kereta mcm terasa impaknya disebabkan proton. So yg x de kaitan dgn proton akan automatiik jd basher proton tanpa sedar. Kasi hentam saja proton walaupun tanpa apa sbb pun. Perodua dan naza agak beruntung dr jd mangsa keadaan sbb wujud lewat dr proton dan masih ade genetik kereta import.

    Pada saya ini adalah kesilapan gov sejak dr awal lg..tetapi proton yg menjadi kambing hitam. Kalo proton berjaya keluarkan keta sehebat merc atau VW ssekalipun some Malaysian akan tetap rs sakit ati kerana excuse yg sama..sbb proton la i talak bole pakai honda accord mah.

    • kita orang malaysia sukar menerima hakikat kewujudan proton. sangat pantang kalau di highlight kekurangan produk proton.. semua nak bash..aku ada kawan pakai golf mileage baru 30k tapi gearbox dia dah buat hal..post kt facebook.. tgk komen takde le seteruk mana.. paling teruk pn ayatnye adalah ‘hmm. kalau gearbox automatik tu le masalahnya’..lain-lain komen semua bersifat intelektual yang menjelaskan kekurangan dsg berbanding gearbox auto biasa. cuba kalau posting defect kereta proton.. aku tak rasa komen sesopan tu akan muncul…apatah lagi komen berbentuk ilmiah.. yang ada maki hamun je..sampai bila rakyat malaysia akan bermentaliti seperti ini tak taulah

  39. gambar welding la… tayar tercabut la… butang tenggelam la dah tak bawak kesan skang… banyak yang condem sebenarnya bukan nak beli pon.. baru seminggu… booking dah 4300 unit dah pon… untuk kereta rega 60k paling murah satu pencapaian yang hebat… tahniah proton

    • tahniah.. kuasa membeli pada orang Islam tak kira macamana si kafir menuduh dan memfitnah barangan buatan orang Islam..Proven..

      kereta ni direka khas untuk rakyat malaysia, diuji dengan keadaan cuaca, keadaan jalanraya di malaysia, disesuaikan dengan sikap rakyat malaysia dan yang penting hasil kerjasama pasukan proton dan usaha yang berterusan dengan penuh PASSION dari DSZ..

      harap ada improvement untuk versi facelift sabagaimana komen2 dalam borang feedback masa test drive..

      p/s: Minat Exora Bold sebenarnya, tapi kalau Preve dah perbaiki beberapa kekurangan astetik, boleh rekomen kepada rakan-rakan dan ahli keluarga untuk versi SE atau facelift..

  40. Assalamualaikum smua..bla lak nk ada review tk versi executive ni.??nk tau gak ‘kepoweran’ preve enjin aifm++ ni wlau x sepower cfe.

    **ukur baju bdan sendiri:):)

    Wassalam.

    • rasa dah ada org buat review kan…. tak baca lah nie..

      • ader ker? saya tak pernah jumpa lagi ada review yang betul2 untuk iafm+, ada cuma yg diselit2 skit dari review cfe… mcm enjin lebih bising dari cfe.. adakah versi iafm+ ada lag mcm cfe yg perlu 2k rpm untuk gerak.?

  41. aku pakai proton thn 1995 smpai la ni ok je….xpernh pun buat hal yg truk2…bangga dgn iswara aeroback aku n bangga ngn proton………

  42. Nak kepastian sikit utk kereta baru exora bold CFE…

    1. kereta baru beli…lepas jln jauh memamng enjin ada bau hangit ke? bau ala2 mcm getah panas…
    2. kipas aircond memang bising ke?
    3. lepas mati enjin….kipas still hidup dan mati sendiri…

    • jawapan.

      1. kenecpergi sc. Sebab kdg2 ada getah yg baru nak bekerja..
      2. kalau dok luar kereta mmg la bising.
      3. Engin mati mmg kipas akan hidup jugak. Safety reason.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s