funtasticko design

http://funtasticko.net

Info mengenai Lotus Youngman SUV

56 Komen

Ini ada sedikit info beserta gambar mengenai Lotus Youngman SUV. Kontrak untuk membangunkan model ini telah diberi kepada Lotus Engineering. Pembangunan dan prototype model ini telah dibuat di Shah Alam (kemungkinan besar inilah Project Iguana). Kemudiannya ia mula dibuat di kilang/pusat R&D Youngman, di China.

Menurut DSSZ ketika sidang media di Cherating semalam, Proton masih lagi mengkaji kesesuaian sama ada menggunakan rekaan model ini sebagai SUVnya atau membangunkannya sendiri atau melalui kerjasama dengan pengeluar lain. Model ini dibangunkan dengan menggunakan platform Gen2, yang telah menjadi model L3 & L5 di China. Enjinnya pula menggunakan Campro CPS & CFE. Jangkaan bila model ni bakal dilancarkan masih lagi tidak dapat dipastikan, semuanya bergantung kepada keputusan pemilik baru Proton, DRB-HICOM.

Advertisements

56 thoughts on “Info mengenai Lotus Youngman SUV

  1. PLATFORM GEN.2…patutla SUV ni nmpak kecik…wheelbase die 2600mm je..

    aku rase baik Proton develop SUV sendiri atau kolaborasi dgn syrkt automtif lain…

    • setuju! 🙂

      cheers!

    • rasa range rover evoque pun kecik gak kan.. aku pun confuse apa sebenarnya definisi SUV… ke kita dah selalu di sogokkan dengan SUV besar kedabak sampai kita lupa apa maksuk SUV (sport Utility Vehicle) atau mungkin SUV ni Sport Urban Vehicle… kene kuar dari kepongpong skit… kita kene jadi trend setter skang….

      • banyak dah sekarang nh, Tapi nh kira CUV nh.. SUT tu mcm nissan navara and SUV nh toyota fortuner.

    • tapi lebih baik p1 Elok lagi elok buat 2 versi/rebadge 2 versi. Versi 5 seater guna T5 nh, manakala versi 7 seater guna seakan2 Hyundai Mohave.

    • berapa berat ni, klu lagi ringan dari exora bold, pkai cfe, urm ,sedap doh ghase ni.

      bg saya, ni mcm ala2 crossover, so size memadai. majority malaysian pon xla besar sgt. isteri, ank 2 org, ok dah ni..

      nak develop suv lain, modal besar lg, at least ni dah ad benchmark. yg develop pon lotus engineering gk, enjin pon cfe, smue proton, so 1 tahun dah boleh launching.

  2. Menurut DSSZ ketika sidang media di Cherating semalam. Cherating? ada gak someone yg mention dia p berehat/ makan2 angin d sana. adakah 2 org yg sama. hehe.

    • Kalau dkt forum LYN :
      Mat79 = DSZ

      Kat blog ni adakah Bro Mat = Mat79 ?
      Jika benar, maka nya Bro Mat = DSZ !!

      So dato’, dgr2 mungkin head group lotus plak lepas ni…..

  3. gua rasa cam nk kensel amik exora bold / preve sbb nk tggu SUV ni…hmmm…rendah je cam sedan…bg gua,design dh bleh tapau CRV & sportage. mgkin dh bleh b’saing dgn X6.dgn lambo URUS x bleh lwn der…

  4. le….platform gen.2……kuat kew????agak2 brape star eh??heheh..just ask 😛

    • engine-near student,

      untuk itu, elok awak dekatkan nama awak tu, jadi engineer student plus automotif, baru tahu kuat ke x platform tu..

  5. wheelbase CRV IX35 still small than T5

  6. belakang gambar 1st tu macam Persona je???ke mata saya yg salah….

  7. Kesesuaian untuk digunakan dan dibawa masuk di Malaysia? Ermm…rasanya elok jemput semua yang terlibat dalam buat review test drive automotive untuk mencuba model ni dulu, daripada feedback diorang..baru decide untuk jadikan model SUV baru di malaysia atau tak..

  8. Boleh bersaing dengan Evoque ni untuk pasaran SUV kecil. Tapi niche market sangat.

  9. x sesuai digelar suv sbb xde 4wd, mgkin crossover lebih sesuai…cth spt mitsubishi ASX

    • kalau lebih kurang mitsu ASX kira cun tu! SUV kecik tapi maybe akan makan balik Preve hatchback, hehe….

  10. Off Topic…
    Semalam terfikir… klu tidak tepat saya mohon maaf… sejak kebelakangan ini banyak syarikat GLC diswastakan oleh kerajaan termasuk proton… dan terkini 10 buah anak syarikat Khazanah dan Pemodalan Nasional Berhad akan diswastakan… Alasan adalah untuk mengurangkan pegangan kerajaan dan meningkatkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi yang masih tidak sampai 30%… atau alasan yang saya terfikir adalah berkaitan politik… langsung atau tidak kita perlu menerima hakikat bahawa semua perkara akan bersangkutan dengan dunia politik… oleh kerana khazanah milik kerajaan dan memegang proton, dikuatiri masa depan proton yang MUNGKIN dianggap liabiliti kepada parti pembangkang, maka kerajaan menswastakan syarikat terbabit… Jika andai parti pembangkang menang pilihan raya, maka mereka tidak ada kuasa untuk melupuskan proton atau menjual proton kepada syarikat luar… sebab ada dengar2 parti pembangkang tidak menyokong proton, kerena mereka mengganggap sebab proton cukai kereta luar tinggi… tidak pasti sama ada DAP akan menyokong proton atau tidak… terfikir kadang2 ada kebaikkannya DRB-HICOM mengambil alih proton… sekurang2nya pegangan bumiputera dalam ekonomi bertambah… dan sekarang 10 anak syarikat khazanah dan PNB akan diswastakan kepada syarikat bumiputera… hari ini paper utusan DSZ ada berkata, proton sudah hilang hak eksklusif dalam Dasar Automotif Negara (DAN) dan akan bermesyuarat semeja dengan Produa, NAZA, UMW, Tan Chong klu membincangkan berkenaan automotif malaysia… tidak seperti dulu, direct terus dengan kerajaan…

    • Nanti akan ada kata semua benda nak dipolitikkan tapi mungkin ada benarnya jugak. Tapi sedih jugak baca paper bila wartawan tanya adakah alasan hilang hak eksklusif tur yang menyebabkan DSZ nak meninggalkan proton. Dia hanya menjawab “Saya menjalankan tugas”. Apa2 pun tempahan proton preve dah melebihi sasaran. 4,300 buah. Target hanya 4,200 buah.

    • GLC memang dah swasta bro; nie bukan pusat tanggungjawab (PTJ)/ agensi milik Kerajaan. Tongkat untuk Proton perlu dibuang untuk competitive dalam market, xkan nak suap sampai bila-bila. Dalam realpolitik benda yang menguntungkan tidak akan dilupuskan, else lain lah maka takleh lah nak kate BN ke PR ke apa ke, its all about economy of scale.

    • ni pendapat aku je.

      company2 yg mmg dh establish agak “susah” nk close down.
      kecuali sbb xde $, itu mmg boleh tutup.

      “susah” sbb ia berkait dgn byk pihak.
      pengeluar, pembekal, pekerja etc.

      jika pembangkang menang, cdgn aku ialah
      pembaikpulihan dlm sistem pengajaran&pelajaran,
      pemulihan sikap/sifat mahmudah dlm masyarakat (terapkan nilai2 murni),
      menaiktaraf sistem pengangkutan awam.

      bukan ape, aku sebenarnye agak pelik kerana Tun M dh sedia byk prasarana world class, tp successor Tun M xfokus pada pembangunan insaniah yg begini. mmg rugi.

      ini pendapat aku shj.

    • perkara ni agak subjektif, tapi kalau kita tgk pada pandangan org ramai dan parti pembangkang sekarang ni, bila sebut je nama Proton, mmg akan dikaitkan dengan kerajaan, syarikat kroni lah, kerajaan protect lah, bazir duit rakyat lah, so better diprivatise kan.. jgn kata proton, ada juga company lain yg sering dikaitkan dengan kerajaan atau sebagai compeny kroni, at least apa yg kerajaan tgh buat mungkin utk kabaikan rakyat yg kerajaan tidak lagi akan tanggung kompeni2 ni, dan duit lebihan tu akan digunakan utk projek2 yg lebih produktif utk kebaikan rakyat… this is my opinion lah…

      tapi aku takde nak blame kerajaan utk protect sesetengah business ni, dah banyak dah contribution yg company2 GLC ni dah beri… cth peluang pekerjaan, peluang org utk berniaga dengan menjadi vendor, dan sebagainya.. semua atas dasar utk membangunkan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan income dan ekonomi rakyat malaysia.. bukan nak kata aku ni penyokong mana2 pihak tapi aku tgk dari positive point of view…

      mungkin proton bawah drb akan bawa perubahan dari segi proton menjalankan perniagaan kearah globalisasi.. drb pun dah ada cukup experience assamble kereta2 berjenama lain, cara diorg maintain vendor supaya kualiti fit & finish sentiasa pada tahap yg dikehendaki pihak prinsipal (cth mcm VW), dll lagi lah… insya’allah…

      ok lah… back to topik… bro FD.. takde buat coverage ke event proton dengan press di cherating… ada apa2 info menarik tak… tqqqq…

      • Bila sebut KERAJAAN..orang akan kata BN… pemikiran macamtu salah.. perlu diperbetulkan..
        Bila dah set dalam minda Kerajaan = BN, maka macam-macam la benda yang tak berkenaan pun disaling kait.
        Contoh mudah cukai kereta.. cukai di ditetapkan oleh badan kerajaan mengikut dasar-dasar yang dibuat mengambilkira pendapatan negara juga. Mungkin dasar-dasar ini dibuat pada zaman pemimpin tertentu, tapi ia dibahaskan di peringkat bawah sampai la peringkat tertinggi sehingga ianya jadi dasar kerajaan.
        Kalau parti lain memerintah, pindaan boleh dibuat, tapi belum tentu dilaksanakan serta merta, sebab ianya melibatkan masa yang lama, kajian demi kajian supaya tindakan tu tak beri kesan buruk kepada ekonomi negara.

        Contoh la kan, cukai kereta dihapuskan… permintaan minyak dalam negara mesti naik mendadak sebab semua mampu beli kereta baru dengan harga murah. Bila permintaan tinggi sedangkan pengeluaran rendah, maka harga minyak perlu dinaikkan untuk balancekan supply dan demand pengguna. Mungkin juga kerajaan perlu hapuskan subsidi minyak kerana pendapatan negara dalam cukai kenderaan dah tak ada.. harga minyak naik, kita sendiri pun marah.. takkan waktu tu nak ugut tukar kerajaan lain pulak.. kalau asyik bertukar, ekonomi tak stabil

        parti politik sekadar menentukan halatuju kerajaan atas faktor kemenangan mereka dalam pilihanraya.

        Yang penting..dont trust politician… harini dia mungkin sokong parti tu… suatu hari mungkin sokong parti lain pulak..
        harini dia keluar statement tu.. esok lusa akan cakap lain pulak..

        politician ni dibayar gaji dan elaun, mereka bekerja sebagai politician..
        so, biar mereka je buat kerja, terpekik sana sini, tidur dalam khemah…they must do it because duit rakyat dibayar gaji mereka..
        yang paling aku respek ada politician bagi je elaun dan sebahagian mereka untuk kegunaan rakyat..

        so, kalau parti yang sekarang ni pembangkang ambil alih kerajaan nanti pun, mereka belum tentu tutup terus proton… sebab proton ni majoriti org islam yang bekerja.. dan macam pengkomen2 sebelum ni cerita, kuasa membeli masih pada orang islam..

        Kalau Proton target pasaran negara Islam, rasanya lebih baik..

        Rasanya proton pun perlu buat satu FAQ (Frequently Asked Question), biar senang orang rujuk kenapa harga kereta berbeza ikut negara yang diimport..
        Contohnya jika solah tu bertanya kenapa Proton Persona di Malaysia algi mahal di Negara Arab? So bila ada jawapan lengkap dengan pengiraan sekali, benda tu pun jelas la kepada so called blind basher…

        Err… Pendapat neutral aku la kan kepada yang sekarang ni pembangkang, buatla Bersih 3.0 kat bukit Jalil..senang banyak public transport.. Kalau la Final perlawanan bola berpuluh ribu dapat penuhkan stadium dari pelusuk tanahair, tak mustahil mereka2 yang nak berdemo boleh datang jugak.. Bukan ape, aku tak nak jalan JEM.. lepas DEMO tu buatla perlawanan Persahabatan antara team Perkasa dan Team Bersih ke…atau perlawanan persahabatan antara Umno lawan Pas, Dap lawan Gerakan.. lepastu kan penyokong ramai, baru masyuk bersorak…

        lepastu, Proton bukak satu booth test Drive Preve.. konfem lagi masyukk.. jadi Fiesta pulak..baru meriah bersih 3.0..huhu.. pakcik makcik boleh berniaga di sekeliling Bukit Jalil tu… yela, berpuluh2 bas bawak manusia serata negeri..
        harapnya jangan ada tercedera dahla dengan mamat2 yang suka provoke ni..

        btw..harap proton terus maju dan perutdua pun harapnya belajar buat kereta dari sebiji skru sampaila siap sepenuhnya.. suatu hari nanti perutdua akan jatuh jugak, sebab tak selamanya jualan tinggi…

        Just my samah..

      • Kuatnya dia berangan…

      • muahaha..

        tak dapat bayang Brahim Ali pasukan merah jadi striker pastu Lim Guan Eng jadi keeper kumpulan kuning..

    • baru tengingat. Tun M pernah kata, susah2 sangat tutup ja proton. klu swasta, kerajaan susah nak campur tangan. klu gomen sah2 kerjaan ada kuasa mutlak.

    • bagi saya walaupun pembangkang dah pegang, still benda2/ syarikat besar mcm p1 x boleh dilupuskan. Saya rase org2 pembangkang pun bukan nyer semua bodoh(sedangkan kerajaan pun ada seko dua yg bodoh tengin), Mereka nh sebenarnya tertetan dengan hutang malaysia. contoh negeri perak. Bila pembangkang amik alih, hampir berjuta2 hutang ditemui dan cuba diselesaikan(itu yg jumper). So sama la mcm malaysia. PLUS. Hari2 kutipan mahu beratus ribu tapi kenapa dah berbelas tahun still x mampu nak langsai hutang.??
      Itu yg kita kene pikir.

      my 2 scent la..

      • Mmm… bukan ker hutang dunia m’sia dah langsai sehingga 2011 ari tu?

        cheers!

      • setahu saya x.

      • Mmm… ari tu ada kuar paper RM2, 3 billion ker berapa tah. kerajaan settlekn hutang berperingkat sejak 2009.

        cheers!

      • Mmm… nie ada artikelnya.

        Cheers!

        “Pinjaman Bank Dunia sudah dibayar: Ahmad Husni

        KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membayar sepenuhnya pinjaman daripada Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

        Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan meminjam AS$2,646 juta daripada Bank Dunia bagi tempoh 1965 hingga 1999 dan semua pinjaman itu sudah dijelaskan sepenuhnya pada 2011.

        “Pinjaman daripada ADB pula diperoleh dalam tahun 1968 sehingga 2002 yang berjumlah AS$1,285 juta, yang mana sehingga Disember 2011 baki pinjaman ialah sebanyak AS$124 juta,” katanya menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

        Beliau berkata, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan daripada Bank Dunia dan ADB antara tahun 1965 hingga 2002 adalah sebanyak AS$3,931 dan pinjaman tersebut hanya dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.

        “Kerajaan akan terus komited untuk menjelaskan bayaran pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya dan menambah bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

        Ahmad Husni berkata, pinjaman yang dibuat itu hanya digunakan untuk membiayai pelbagai projek membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

        “Semua pinjaman Bank Dunia sudah dibayar sepenuhnya membuktikan kerajaan Malaysia mengamalkan pendekatan pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat hanya untuk membiayai projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat dan selepas mengambil kira kemampuan membayar balik,” katanya.

        Ahmad Husni berkata, sebahagian besar pinjaman daripada Bank Dunia dan ADB digunakan untuk membiayai projek pembangunan luar bandar termasuk pembangunan sektor pertanian, perhutanan, pembangunan tanah rancangan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felcra), bekalan air, pengairan, pembetungan, kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan serta menyediakan skim kredit mikro dan tabung pinjaman untuk pengeluaran makanan.

        Selain itu, pinjaman juga digunakan untuk membiayai pembangunan pengangkutan bandar, telekomunikasi, jalan raya dan lebuh raya.

        “Projek-projek ini sudah memberi sumbangan yang besar kepada usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan, kemudahan infrastruktur luar bandar, pendidikan dan kesihatan rakyat,” katanya. – sumber AntaraPos”

      • oh, artikal nh mg saya tahu, tapi kita still ada hutang sampingan yg kita sendiri x tahu. Banyak pnc. Yg 2-3 biliion nh mmg dah sattle… yg lain.. Itu yg saya maksudkan..

      • kekeke… ape pasal discuss pasal hutang malaysia ni? dari SUV, jadi forum politik pulak. pendirian politik aku pulak:
        – memang dunia akhir zaman ialah zaman berhutang. sistem ekonomi dan kewangan zaman ini memang menggalakkan hutang, sekali gus menggalakkan riba. siapa takde hutang, diorang tak boleh hidup secara normal. dari negara amerika yg ada hutang beribu-ribu trillion sampai la aku kat malaysia ni pun ade hutang. cuma segelintir sahaja yg tidak berhutang dan tidak terlibat dgn sistem hutang dan mereka inilah yg seat on the top of global economic system. kalau malaysia tidak ada hutang, for sure one way or another, kuasa kuasa ini akan buat malaysia berhutang, salah satu nya menjatuhkan kerajaan yg suka bayar hutang. remember economic hitman?
        – aku sokong bn jadi kerajaan, sebab dalam bn, umno taiko. dalam pakatan, pas tak taiko, pkr pun tak berape nak taiko. penting ada parti melayu yg taiko dalam perikatan politik untuk menjamin melayu memegang nahkhoda, kalau tak, melayu jadi pak turut.
        – umno korup? pkr dan pas pun pada aku korup. tapi korup diorang kecik jer, sebab diorang pegang resource yg sedikit jika dibanding dgn umno. tapi kalau diorang pegang resource yg byk, same je macam umno. hadis nabi cakap zaman ini manusia akan lantik yg terhina antara mereka untuk jadi pemimpin. so majoriti pemimpin yg dilantik, adalah yg korup. kalau yg bersih pun, bila dah dilantik, majoritinya akan jadi korup sebab godaan kuasa dan harta dunia. tgk saja pemimpin keluarga (suami), lagi ramai yg korup kalau dibanding dgn zaman ayah kita atau zaman sebelumnya. kalau dah pemimpin institusi keluarga korup, sama jugalah dgn institusi kerajaan.
        – kalau nak demo bersih, demo lah kat tempat yg tak menyusahkan org lain, contohnya stadium nasional. kalau ikut kakak aci tu, memang saje je dia nak demo kat tempat yg kontroversi. bukan demo yg dia nak sebenarnya, konfrontasi yg dicari. lagi org tak bagi kat dataran, lagi nak buat kat situ. konfrontasi dicari utk dijadikan news material utk bagi pressure kepada pemerintah. bagi kakak aci, lagi berkesan sekiranya polis datang bawak kayu, baling bom, sembur air… lagi bagus kalau ade yg pengsan, mati. memang kakak aci tidak ada niat nak menunjuk perasaan dgn cara tak kacau org lain, org lain tak kacau dia.
        – ha tu jer.. takde idea dah.

  11. cfe 1.6 turbo.. oklah tu,,, bleh brsaing dgn produa @ yang sesaiz dgn dia..

  12. bro FD, leh citer sket tak pasal projek iguana tu? (projek pheonix rasa2 nya preve kot…) ada dlm post lama bro FD yg cover pasal project ni, tapi time tu katanya menggunakan platform exora… tapi yg ni gunakan platform Gen2… mungkin ada info tambahan yg bleh kita dapat dari segi perancangan proton ttg model SUV/crossover ni… waktu event power of 1, kebanyakkan engineer proton ada juga inform pasal platform enjin baru dari proton… tq…

    • saya bagi sikit.

      x silap project nh start tahun 08-09. Pheonix tu project engine la..

      • ic… pasal tgk tahun derang mula project pheonix tu hampir sama ngan preve, tu yg assume preve…

        masih tertunggu2 kalau ada info apa lagi projek dlm R&D proton sekrg ni… selain dari yg DSZ dah inform haritu, takde plak byk info pasal new engine development…

      • Mmm… kalau tak salah new engine, lotus akan take over pembangunannya utk model2 supercar tu termasuk model ethos city car lotus yg menjadi asas pembangunan GSC proton nanti.

        cheers!

  13. Aku rasa, better Proton bangunkan SUV sendiri dengan menggunakan platform terkini seperti exora/preve. Lambat2 pun takpe asalkan puas hati dgn hasil kejuruteraan dan kualitinya.

    Bukan tak yakin dgn SUV youngman ni, tapi nanti benda ni akan jadi modal kepada basher2 utk menghentam proton. Memang proton boleh jimat banyak kalau guna SUV youngman ni, tp tak sure ia dpt memenuhi keperluan dan citarasa org msia.

    • pedulikan apa yang basher nak kata. basher memang takde keje lain, dah nama pun basher, mmg kerja derang dok bash aje la…
      aku rasa elok gak kalo Proton bawak masuk SUV T5 ni ke Malaysia, takyah la ambik byk.. target dalam 1,000 unit sebulan pun dah memadai… sekadar ‘gap filler’ macam Inspira lah. dalam masa yang sama Proton boleh la develop SUV yang lebih besar guna platform Exora utk 7 seater ke… sama macam Proton buat Preve sambil rebadge Inspira la… Proton dapat gak duit skit daripada takde langsung.

      • “pedulikan apa yang basher nak kata. basher memang takde keje lain, dah nama pun basher, mmg kerja derang dok bash aje la…”

        ni saya setuju, most of the basher ni pon mmg dah block minded towards proton. klu proton buat kereta mcm bentley pon, kang drg cabut satu button, amik gamba, sebarkan, proton no quality, proton itu proton ini…..

        usah di pedulikan!

      • Ya, benda dah ada, bentuk pun meyakinkan, amik je. Bahagian belakang tu improve sket, tp kalau sebijik camni pun xde masalah bagi aku.

  14. Pasaran SUV bg proton mgkin agak kecil dan kalo invest dgn amount yg tinggi agak sukar nk dpt good ROI. Kebanyakan org Melayu masih belom bersedia memiliki SUV yg mn dimiliki kebanyakan hanya oleh non Malay yg smmgnya lebih prefer to brand import.
    Kalo MPV senario agk berbeza kerana org kita mmg suka MPV ditambah kebanyakannye mmpunyai bilngan keluarga yg besar dan duk jauh2. Semestinya setiap famili harus ptt ada MPV sendiri. Bole buat gi kebun, angkat2 brg, berniaga, masuk sendat anak2. Bab kata all in one. Tapi CRV?

    Apa2 pun proton bole try test market dulu.Pastu pastikan SUV ni penuh dgn gadget2 yg agak terbaik utk SUV. Jgn la jd mcm Toy rush tu..org beli semata2 cop jepun jer tp tau2 jerla pki platform avanza ni x da apa kosong. Dan harga kalo lebih 90K mcm x perlu la nk launch sbb kalo SUV proton lebih hebat dr xtrail atau crv pun org ttp kata..ala proton baik amik keta import ja alang dh kuar duit byk.

  15. cun jgk interiornya(kat paultan)….
    kalau proton ambik bulat2 suv ni ok jg….
    klu boleh buat 2 versi; 2wd & awd

  16. air vent dia mcm pernah nmpak je…
    mcm share parts dgn gen 2/persona

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s