funtasticko design

http://funtasticko.net

INFINITI M35h: SALOON HIBRID MEWAH YANG MENGUTAMAKAN ASPEK PRESTASI

1 Komen

KUALA LUMPUR, Malaysia (26 April 2012) – Cadangan pasaran yang unik dan menjadi penanda aras baru dalam aspek kuasa dan kecekapan, model Infiniti M35h mampu menghamburkan kuasa sehingga 360hp daripada teknologi hibrid generasi baharu untuk membawa falsafah jenama Inspired Performance ke tahap tertinggi. Pada masa yang sama, Ia menawarkan penjimatan bahan api dan emisi CO2 yang menerajui kelasnya.

“Bagi tahun 2012, rangkaian kenderaan mewah dan berprestasi Infiniti akan diperkukuhkan menerusi pengenalan model hibrid yang paling pantas memecut di dunia, iaitu M35h. Tidak ketinggalan, model M25 yang ditawarkan pada harga kompetitif. Ia menggunakan enjin 2.5L V6 yang menekankan aspek kemewahan, keselesaan, peralatan yang lengkap dan keseronokan memandu,” kata Pengurus Besar Inspired Motor, Christopher Tan.

“Kami yakin bahawa penambahan rangkaian model mampu meningkatkan lagi tarikan Infiniti kepada para pembeli kereta mewah, selain daripada membawa hospitaliti yang memberi sepenuh perhatian yang amat terkenal dengan jenama Infiniti.”

Harga di atas jalan (OTR) tidak termasuk insuran ialah:

Model Enjin/Transmisi Di atas jalan

(tidak termasuk insurans)

Infiniti M25 2.5-liter V6 / 7 kelajuan automatik RM 350,000
Infiniti M37 3.7-liter V6 / 7 kelajuan automatik RM 425,000
Infiniti M35h 3.5-liter V6 dan motor elektrik / 7 kelajuan automatik RM 499,000

Sekilas Pandang

  • Model hibrid pertama Infiniti dan juga yang pertama mengunakan teknologi Infiniti Direct Response Hybrid generasi baru
  • Kuasa yang cekap: 360hp dengan catatan 14.5km/l pada kondisi pemanduan berbeza
  • Berprestasi tinggi 0-100km/j dalam tempoh 5.5 saat  (Guinness World Record) dengan emisi rendah 162g/km CO2
  • Ciri penyahgandingan (Decoupling) untuk penjimatan luar biasa sewaktu meluncur di lebuh raya
  • Satu motor elektrik dengan sistem klac berkembar menawarkan prestasi linear dan pemanduan pacuan roda belakang yang konsisten
  • Mampu bergerak pada kelajuan sehingga 100km/j dengan hanya menggunakan motor elektrik
  • Sistem stereng yang inovatif, di samping teknologi brek dan janaan semula kuasa
  • Ciri-ciri keselamatan yang memenangi anugerah termasuklah sistem bunyi amaran  untuk pejalan kaki
  • Berkongsi reka bentuk elegan dan kemewahan kabin model M37 & M25

GAMBARAN KESELURUHAN: TEKNOLOGI TANPA KOMPROMI

Infiniti M35h merupakan model pertama yang mengguna pakai lencana Infiniti Direct Response Hybrid daripada pengeluar automotif mewah terbaharu Jepun. Teknologi generasi baharu ini menggunakan pendekatan tanpa kompromi terhadap prestasi pemotoran mewah yang membolehkan M35h melangkaui spektrum prestasi – daripada kesenyapan, emisi sifar ketika dipandu di bandar sehinggalah kecekapan ultra sewaktu meluncur di lebuh raya, selain pecutan sebuah kereta sport dan maklum balas terbaik di jalan yang mencabar.

Menawarkan hamburan kuasa gabungan enjin petrol/elektrik sehingga 360hp, jentera empat pintu ini menggabungkan kecekapan bahan api dan pelepasan rendah berdiri penelitian dari mana-mana petrol, diesel atau saingan hybrid. Dari segi prestasi, M35h adalah lebih laju berbanding pesaing-pesaing yang berenjin enam silinder. Dengan catatan pecutan 0-100km/j cuma 5.5 saat serta tahap penggunaan bahan api rasmi NEDC (New European Drive Cycle) yang menggabungkan pemanduan di bandar dan lebuh raya sebanyak 14.5km/l serta emisi CO2 162g/km,  teknologi Infiniti tampil sebagai contoh terbaru pembangunan teknologi hibrid. Ia nyata lebih pantas dan menjimatkan berbanding para pesaingnya walaupun kosnya sedikit mahal.

M35h ialah jentera hibrid sepenuhnya. Ia dipasang dengan enjin V6 dan motor elektrik yang mampu berfungsi dalam mode bersiri atau selari, sekali gus membolehkan kereta digerak menggunakan tenaga elektrik, petrol atau gabungan kedua-duanya. Terima kasih kepada enjin V6 dengan ciri penyahgandingan, motor elektrik penuh kuasa (68bhp) dan pek bateri lithium-ion yang sangat responsif. Ciri-ciri itu membolehkan Infiniti Direct Response Hybrid melakukan lebih lagi berbanding sistem hibrid lain, sama ada di bandar mahupun di lebuh raya. Ujian-ujian menunjukkan bahawa M35h boleh dipandu lebih jauh, lama dan pada kelajuan lebih tinggi semasa menggunakan kuasa elektrik berbanding model-model hibrid yang ada di pasaran sekarang. Dalam ujian-ujian yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS), Infiniti M35h mampu dipandu dalam mode elektrik sahaja sehingga 50 peratus daripada masa ujian ketika melalui jalan-jalan yang merangkumi lebuh raya dan kesesakan jalan raya di bandar.

Ciri-ciri utama sistem hibrid tersebut adalah penggunaan satu elektrik motor supaya tidak memberatkan kenderaan, tiada torque converter bagi mengurangkan kerugian mekanikal, prestasi linear dan rasa pengendalian yang konsisten. Terima kasih kepada hantaran kuasa enjin petrol/elektrik yang lancar kepada roda belakang yang meningkatkan tahap maklum balas untuk keseronokan memandu sepenuhnya. Penggunaan transmisi tujuh kelajuan automatik sepenuhnya meningkatkan lagi tarikan M35h.

Sebagai tambahan, M35h dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik dan sistem janaan semula hybrid baharu yang inovatif. Paparan hibrid pada papan pemuka pula menunjukkan aliran tenaga. Sementara sistem bunyi amaran ketika kenderaan dipandu perlahan (Approaching Vehicle Sound for Pedestrians, VSP) merupakan yang pertama dijadikan sebagai ciri standard ke atas mana-mana kereta hibrid. VSP mengeluarkan bunyi yang tidak mengganggu dengan kenyaringan berbeza bergantung kepada kelajuan kenderaan sehingga 30 km/j untuk membantu memastikan keselamatan pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain apabila M35h bergerak dalam mode elektrik yang senyap.

M Dalam Semua Cara

Model saloon M menawarkan asas sempurna kepada teknologi penting ini. Hanya dipisahkan oleh lencananya, M35h berkongsi tubuh aerodinamik yang tersendiri dan tiada bandingan (Cd: 0.26), di samping ruang kabin luas sama seperti model M37. Dibina berasaskan kepada platform FM (Front-Midship), M35h memberikan kualiti pengendalian yang jitu dan digabungkan dengan keselesaan pemanduan yang ditala untuk laluan di negara Eropah.

Turut menawarkan pengalaman pemilikan lima bintang oleh Infiniti, setiap M35h dilengkapi dengan peralatan standard tertinggi. M35h hadir bersama sistem keselamatan termaju, kemewahan, kemudahan serta sistem komunikasi/hiburan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja.

Peralatan M35h

  • Upholsteri kulit mewah semi-anilina
  • Tempat duduk hadapan dengan ciri kawalan suhu berudara
  • Kawalan suhu Forest AirTM
  • Sistem bunyi keliling Bose® Premium dengan 16 unit pembesar suara
  • Kemasan kayu Japanese White Ash berkilat bersama kemasan perak
  • Lampu hadapan jenis Bi-Xenon yang menggunakan sistem AFS (Adaptive Front-lighting System) sewaktu membelok bersama alat pembersih
  • Kotak Muzik Pacuan Cakera Keras Infiniti (Hard Disk Drive Infiniti Music Box) dengan pembaca cakera padat dan sambungan USB/iPod®

Infiniti M25: Prestasi Mewah Kini Lebih Mudah Diperolehi 

Penambahan model M25 baharu ke dalam rangkaian model M Sedan membuatkan gabungan unik di antara prestasi dan kemewahan kenderaan Infiniti lebih mudah menarik para pembeli kereta mewah di Malaysia.

Walaupun M25 merupakan model Infiniti paling mampu dimiliki setakat ini, ia tidak berkompromi mengenai aspek prestasi dan kemewahan. Dikuasakan oleh unit enjin V6 bersesaran 2.5 liter DOHC 24 injap, ia berupaya menghasilkan kuasa sehingga 218hp dan tork 243Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. M25 yang berpacuan roda belakang ini menetapkan penanda aras pecutan 0-100km/j dalam tempoh 8.5 saat sahaja, selain mampu mencapai kelajuan sehingga 231km/j.

Secara visualnya, tidak banyak yang membezakan di antara model M25 dengan M35h Hybrid berprestasi tinggi dan M37 kerana semuanya dipasang dengan rim aloi aluminium bersaiz 18 inci bersama tayar berprestasi bersaiz 245/50 R18. Senarai peralatan standard yang ekstensif termasuklah Drive Mode Selector, Active Noise Control, Adaptive Front lighting System (AFS) dengan lampu yang dilaras secara automatik, kunci pintar (Intelligent Key) dengan ciri kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, bumbung moon-roof kaca, tempat duduk dibalut kulit dan kemasan kayu yang menjadi signatur Infiniti.

Infiniti M Line 2012 ditawarkan dalam enam warna: Platinum Graphite, Malbec Black (hitam), Storm Front Grey (kelabu), Liquid Platinum, Black Obsidian (hitam) dan Moonlight White (putih).

Infiniti Center Kuala Lumpur terletak di Chulan Square, 92 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga  7.00 petang. Maklumat lanjut mengenai Infiniti, sila hubungi +603 2142 3332 atau layari laman web www.infiniti.com.my

PERINCIAN INFINITI M35 HIBRID

Enjin Petrol/ Elektrik

Sistem “Direct Response Hybrid” bagi model Infiniti ini cukup terkenal kerana sifatnya yang kompak, ringan dan bercekapan tinggi. Sistem itu dipadankan bersama kuasa dan maklum balas secara langsung yang amat penting demi keseronokan memandu sebuah Infiniti. Ia dipadankan dengan enjin 3.5-liter V6 (302hp) bersama motor elektrik tunggal 68hp dan dua kedudukan klac yang menjadikannya hibrid paling berkuasa dalam segmen tersebut.

Klac pertama (jenis kering) dipasang di antara enjin V6 dan transmisi/ motor elektrik. Dikawal secara elektronik, ia membenarkan proses penyahgandingan (decoupling)  semasa kenderaan berada dalam mod pemanduan elektrik dan penghasilan kuasa semula. Penyahgandingan yang mampu mengurangkan seretan mekanikal dan meningkatkan kecekapan kenderaan itu tidak hanya berlaku sewaktu kesesakan jalan raya, malah ketika pemecutan ataupun peluncuran di atas jalan raya jua.

Klac kedua (jenis basah) pula terletak di bahagian lain dalam motor elektrik tersebut. Ia dipakejkan dalam transmisi yang menggantikan fungsi “torque converter” konvensional. Hasilnya, ia mengubah kotak gear tujuh kelajuan itu menjadi transmisi manual yang diautomatikkan (automated manual). Penggunaan bahan apinya juga dikurangkan sehingga 10% berbanding transmisi automatik jenis “torque converter” yang seumpama dengannya.

Transmisi yang dikawal secara elektronik itu dapat meningkatkan tahap responsif demi satu pengalaman pemanduan yang lebih “sporty”. Pecutan juga semakin lancar, terima kasih kepada penukaran gear jenis “motor-assisted” yang maju.

Motor elektrik yang diletakkan di dalam transmisi itu memiliki kuasa 68hp, di samping tork puncak pada 270Nm @ 1770rpm. Selain bertindak sebagai penjana kuasa dan penghidup motor, motor elektrik itu juga bertindak selaku unit pendorong (propulsion) samada secara persendirian atau bersama enjin V6 apabila pecutan maksimum dilakukan. Ia berfungsi untuk mengecas bateri seperti biasa dan dapat memulihkan kuasa sewaktu proses nyahpecutan dan membrek.

Brek janaan semula yang maju serta pek bateri lithium-ion “output” yang unggulnya dapat menghasilkan tindak balas cas dan nyahcas secara pantas. Mod elektrik ini membolehkan perubahan gear dengan lancar tanpa emisi, walaupun pada kelajuan setinggi 100 km/j.

Enjin 3.5 liter V6 dipilih untuk model ini sebab karekter torknya (350Nm @ 5000 rpm) yang mampu melengkapkan “output” motor elektrik dengan sempurna. Tork tinggi daripada motor elektrik dari rpm sifar ini menawarkan prestasi pergerakan yang baik dan tetap “sporty” pada kelajuan rendah.

Sistem Brek Dan Stereng Yang Inovatif

M35h menggunakan sistem stereng jenis elektro-hidraulik dengan bantuan “on-demand”. Sistem stereng ini mempunyai dua keistimewaan iaitu prestasinya yang “semula jadi” seumpama stereng berkuasa hidraulik dan penjimatan bahan api yang kagum seperti sistem stereng elektrik. Ini adalah sebab motor hanya berfungsi ketika roda dipusing, sekali gus meningkatkan tahap kecekapannya. Sistem itu juga lebih kompak dan ringan berbanding dengan “set-up” stereng kuasa tradisional.

Brek juga direka khas demi memenuhi keperluan pembeli serta dapat menyumbang kepada pengurangan emisi buat kenderaan “sport” saloon ini. Ini merupakan satu inovasi pertama di dunia di mana motor pacuan elektrik kenderaan digunakan untuk mengoperasikan silinder-silinder brek. Sistem itu dikenali sebagai “Electric Driven Intelligent Brake”. Apabila pemandu menekan pedal brek, kuasa membrek tersebut akan dikekalkan. Pada saat yang sama, tekanan hidraulik brek geseran juga dikawal bagi membantu memaksimumkan janaan semula tenaga motor hibrid.

Pendekatan Sistem “Vehicle Sound for Pedestrians” (VSP)

Infiniti M35h adalah kenderaan hibrid pertama di dunia yang memperkenalkan satu sistem amaran pejalan kaki yang standard dan mengutamakan keselamatan pejalan kaki. Sistem itu menggunakan satu rangkaian bunyi yang tersendiri supaya tidak mengejutkan pejalan kaki ataupun orang buta apabila kenderaan menghampiri mereka, terutamanya ketika kenderaan mendekati pejalan kaki dengan senyap semasa penggunaan kuasa elektrik.

VSP dikawal oleh komputer. Ia disambungkan dengan satu alat bunyi sintesis dalam kereta dengan menghubungkan sebuah pembesar suara yang terletak di bahagian bampar hadapannya. Sistem itu berfungsi secara automatik sebaik sahaja kenderaan dihidupkan sehinggalah ia mencapai kelajuan dalam sekitar 30km/j. Sebaliknya, penyahaktifan akan berlaku apabila kenderaan diperlahankan pada tahap kelajuan 25km/j.

Selepas penyelidikan yang menyeluruh untuk mendapatkan bunyi paling berkesan dan tidak mengganggu, akhirnya satu bunyi gelombang sinus yang memiliki julat di antara 2.5kHz hingga 600Hz telah dipilih. Kekerapan bunyi akan berubah mengikut kelajuan kenderaan, sama ada M35h sedang memecut atau sebaliknya. VSP mengeluarkan bunyi paling kuat ketika enjin dihidupkan sebagai petanda bahawa kenderaan akan bergerak. Sistem itu juga boleh ditutup secara manual.

One thought on “INFINITI M35h: SALOON HIBRID MEWAH YANG MENGUTAMAKAN ASPEK PRESTASI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s